Wednesday

Aqidah Ahlu Sunnah wal Jamaah - 2


Allah Maha Mendengar dan Maha melihat. Tiada suatu pun yang terhalang dari pendengaranNya, sekalipun halus, serta tiada suatu pun yang terhalang dari penglihatanNya, sekalipun begitu amat kecil. PendengaranNya tidak terbatas dengan jarak yang jauh mahupun dekat dan penglihatanNya tidak terbatas seperti kerana ketiadaan cahaya atau gelap dan seterusnya.

PendengaranNya dan penglihatanNya itu tidaklah sama sekali dengan pendengaran dan penglihatan oleh mahluk, sebagaimana zatNya tidaklah menyamai sama sekali dengan zat mahluk.

Allah Maha berfirman, Pemberi perintah dan larangan, Pemberi janji dan ancaman. Al Quran, Taurat, Injil dan Zabur adalah kitab-kitab yang diturunkan olehNya kepada rasul-rasulNya dengan cara berfirman yang merupakan sifat zatNya dan bukan merupakan mahluk dari sekian mahluk-mahlukNya yang lain. Bahawasanya, Al Quran adalah firman Allah yang bukan mahluk, kerana kalau mahluk atau bersifat mahluk, tentulah ayatnya akan rosak, hilang atau musnah, sedangkan ayat Al Quran itu dijamin oleh Allah sendiri akan pemeliharaan keatasnya.

Allah adalah Tuhan yang Maha Bijaksana dalam segala perbuatanNya, Maha Adil dalam segala keputusanNya. Maka dari itu semua selain Allah, baik manusia, jin atau malaikat, mahupun langit, bumi, bintang, tumbuh-tumbuhan, benda padat, yang dapat dilihat atau yang dapat dirasai, semuanya itu adalah benda-benda baru yang dicipta olehNya dengan kekuasaanNya, yakni yang dahulu tiada kemudian dijadikan ada, ditumbuhkan dari asalnya belum wujud lalu wujud, sebab sejak azali yang Maha Ada itu hanya Allah dan tidak ada yang lain.

Maka Allah mengadakan mahluk sesudah itu, sebagai tanda bukti kekuasaanNya, juga untuk merealisasikan segala sesuatu yang telah dikehendaki olehNya, juga kerana sebagai kebenaran kalimatNya sejak azali lagi. Segala sesuatu itu dicipta, bukan kerana Allah memerlukan atau berhajat kepadanya, sebaliknya segala yang diciptaNya sentiasa berhajat kepada Allah.



1. Katakanlah: Dia-lah Allah Yang Maha Esa
2. Allah yang menjadi tumpuan sekelian mahluk untuk memohon sebarang hajat
3. Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan
4. Dan tidak ada sesiapa pun yang serupa denganNya

Surah Al-Ikhlas yang diturunkan diMakkah berisi penegasan tentang keesaan Allah, tentang Allah tidak berhajat atas apa pun melainkan segalanya yang berhajat kepadaNya serta tiada apa pun yang menyerupai Allah.

iQuran BahasaMelayu

Sunday

Aqidah Ahlu Sunnah wal Jamaah - 1


- Tentang kalimah syahadah:

Kepercayaan ahli sunnah mengenai zat Allah s.w.t yang Maha Suci ialah bahawa Dia adalah Tuhan yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya, Maha Dahulu yang tiada permulaaNya,
wujudNya yang tiada penghabisan. Dia adalah Maha Abadi, Maha kekal, tiada binasa sama sekali. Dia tidak akan hilang dan tidak akan lenyap, bersifat dengan segala keagungan. Tidak akan musnah atau terputus sekalipun dengan berlalunya waktu.

Bahkan Allah adalah Maha Dahulu dan Maha Akhir. Maha zahir dan Maha Batin. Dia Maha Mengetahui segala sesuatu. Dia bukanlah suatu benda yang dapat digambarkan.
Dia tidak menyamai segala yang wujud dan tidak suatu pun benda yang wujud menyerupai sifatNya. Dia tidak dibatasi oleh penjuru atau arah, tidak pula didalam lingkungan
bumi atau langit. Dia "beristiwa" diatas arasy sebagaimana yang difirmankan olehNya dan dengan pengertian yang dikehendakiNya.

Dia ada diatas arasy dan langit, bahkan diatas segala sesuatu sehinggakan kedasar tanah dan dibatas bumi dan ketinggianNya itu tidak menambah jaraknya dengan arasy atau langit,sebagaimana juga tidak menambahkan jarakNya dari bumi dan tanah. Bahkan ia Maha Tinggi darjatNya dari bumi dan tanah. Sekalipun demikian, Dia tetap dekat dengan segala yang wujud, Dia lebih dekat dengan hambaNya daripada hamba itu dengan urat lehernya sendiri, sebab kedekatanNya itu tidak sama dengan dekatnya benda, sebagaimana juga zatNya itu tidak sama dengan zat segala mahluk dan benda.

Dia tidak bertempat disuatu benda dan tiada sesuatu benda pun bertempat dalam zatNya. Maha suci Allah daripada dilingkungi oleh sesuatu tempat, sebagimana Maha Suci Dia daripada dibatasi oleh masa,bahkan Dia telah ada sebelum terciptanya zaman dan tempat dan sampai sekarang ini pun masih tetap dalam keadaanNya sebagaimana dahulu.

Dia adalah Tuhan yang Maha Luhur, Maha Hidup, Pemaksa, Pemberi Balasan, yang tidak dihinggapi sifat lalai serta lemah, tidak mengantuk ataupun tidur, tidak juga rosak
ataupun mati. Dia adalah Maha Satu dan Sendiri dalam mencipta dan membuat segala yang baru, Maha Esa dalam menjadikan dan membentuk.

Dia Maha mengetahui segala sesuatu, meliputi segala perkara atau peristiwa yang terjadi, mulai dari dasar tanah hingga kepuncak langit,tidak terhalang daripada penglihatanNya sekalipun seberat debu yang ada dibumi ataupun dilangit, bahkan Dia mengetahui gerakan seekor semut hitam yang berjalan diatas batu hitam yang licin diwaktu malam yang kelam.

Dia mengetahui bagaimana gerakan sebutir debu ditengah-tengah cakerawala ini. Dia Maha Mengetahui segala yang disembunyikan atau yang diterangkan. Mengetahui apa-apa yang terlintas dalam kalbu, apa-apa yang tergerak dalam ingatan ataupun rahsia yang disembunyikan. Semuanya itu dimaklumi dengan sifat ilmuNya.


bersambung....

Friday

Antara hajat dan maksud hidup


Hajat atau keperluan untuk setiap kehidupan yang bergelar insan pada asasnya adalah sama sesejak dahulu-kala. Antara keperluan utama adalah seperti pakaian, makanan-minuman, kenderaan (alat pengangkutan), pengindapan, pendapatan serta berkeluarga. Ini adalah keperluan asas yang mana darinya bermula kehidupan seharian.

Manakala maksud adalah apa yang tersemadi dalam diri, pengertian apa yang utama buat diri serta pemikiran mengenai apa yang paling penting buat diri lalu dari situ seterusnya menjadi hala-tuju atau kepastiaan keatas diri akan tujuan kehadirannya dimuka-bumi.

Sewajarnya keperluan hidup dipenuhi agar mudah atau kurangnya masaalah dalam melalui kehidupan seharian tetapi apakah itu tujuan utama kejadian insan. Sedangkan ditegaskan bahawa Allah menjadikan insan serta jinnat semata-mata hanya beribadat, jadi dimana pengertiaan serta kefahaman diatas ayat tersebut?

Perbezaan antara hajat dan maksud adalah misalnya, seseorang tersebut hendak membina rumah, jadi dikerahkan waktu, fikiran, belanja serta tenaga diatas maksudnya membina rumah tersebut. Disiapkan plan ruang-ruang untuk pengindapan yang besar dan selesa disamping tidak dilupai akan pembinaan tandas. Jadi disini maksudnya membina rumah bukan membina tandas, namun adalah kewajipannya juga untuk membina tandas kerana tandas adalah merupakan sebahagian dari keperluan asas seharian.

Sebaliknya apa akan yang terjadi apabila insan meninggalkan maksud pembinaan rumahnya dan menjadikan keperluan pembinaan tandasnya sebagai maksud pembinaannya? Dihabiskan masanya menghiasi tandas dengan sebegitu indah disamping ruang-ruang yang luas, manakala ruang-ruang pengindapan lain dibinanya sebegitu kecil dan tidak teratur. Sedangkan waktu yang digunakan nanti untuk menggunakan tandas hanyalah beberapa minit sahaja dalam kehidupan sehariannya.

Inilah misalnya seseorang tersebut yang hanya mengejar-gejar keperluannya, meninggalkan maksud kejadiannya untuk beribadat kepada Allah serta menjadikan keperluannya sebagai maksud hidup sedangkan hidup didunia ini hanyalah sementara, bagaikan hanya satu kerlipan mata dibandingkan kehidupan sebenar buat selama-lamanya diakhirat.

Insan yang hanya mengejar dunia dan menjadikan keperluannya sebagai maksud hidupnya, maka dia akan kerugian didunia dan akhirat.

Didunia hidupnya tiada barkah, gelisah, sentiasa merasai tidak mencukupi, kebosanan terhadap sesuatu sentiasa hadir, fikiran yang gafla, tiada ketenangan jiwa dan seterusnya, manakala untuk akhirat yang mana nanti merupakan kehidupan selama-lamanya, tiada bekalan disediakan. Segala yang dilakukannya, tiada tujuan yang pasti, hanya untuk menghabiskan waktu dan memenuhi nafsu (Sedang, segala yang dikecapi didunia hanyalah seperti mengunyah suatu makanan, selazat mana pun makanan tersebut, bila ditelan dan melintasi kerongkong, segala rasanya hilang, hanya sebentar dikecapi).Dan akhirnya, tenggelamlah dia dalam dunia kebendaan yang membinasakan diri mahupun ia menjadi punca kebinasaan kepada pihak lain.

Sebaliknya, bilamana seseorang itu menjadikan maksud kehidupannya untuk beribadat kepada Allah, dia akan mendapat keuntungan didunia dan akhirat.

Bilamana ibadat dijadikan maksud hidup, bilamana usaha Rasulullah s.a.w dijadikan maksud hidup, maka apa yang dilakukannya bermatlamat disamping saban waktu, dia dapat memperbaiki diri, mematangkan diri dan darjatnya ditinggikan. Dan bila diambil jalan yang ditunjukkan oleh Rasullulah s.a.w, dengan sendirinya seluruh kehidupannya 24 jam dikira ibadat dan merai pahala yang tidak putus-putus. Perniagaannya(muamalat) mengikut sunnah dikira beribadat, akhlak yang baik yang selari dengan kehendak sunnah dikira beribadat, pergaulannya mengikut sunnah adalah ibadat (dan malah menjadi punca kebaikan pada pihak lain), bernikahnya dikira ibadat, menyuap makanan mengikut sunnah dikira ibadat hatta bila seseorang itu tidur dengan mengikut sunnah Rasulullah, dia dikira beribadat hingga bangunnya dari tidur.

Diatas kebenaran inilah, pentingnya sentiasa berpesan-pesan tentang maksud sebenar kejadian insan dan dunia ini hanyalah keperluan bukan maksud hidup.
Sebagaimana bila seseorang itu melangkah masuk ketandas, disunnahkan melangkah dengan kaki kiri, sebagaimana juga bila seseorang itu melangkah keluar dari masjid adalah disunnahkan dengan kaki kiri. Kerana tandas dan dunia adalah sama iaitu hanya keperluan sedangkan beribadat adalah maksud sebenar kejadian insan itu sendiri.
Btn_blue_77x28

open source - sumber terbuka

Mana-mana coretan yang dikira baik, dibenarkan mengambil (copy-paste) tanpa perlu bertanya tuan blog ini. Manakala mana-mana coretan yang terdapat kesilapan, mohon ribuan kemaafan dari tuan blog ini. - " Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya "

Coretan lalu

zar4art

Bayan

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com
Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com

Waktu sholat

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

English to Arabic to English Dictionary
Find word:
Exact Word / Starting Word Sub Word
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
www.SearchTruth.com

Salam damai