Sunday

Rukun shalat dan penolakan sifat shalat Albani

Agar shalat umat sekelian mengikuti sifat shalat nabi, maka para imam-imam Ahlu Sunnah Wal Jamaah (4 Madzhab) sedari awal lagi telah menyusun kitab-kitab fiqh shalat, yang dibahas dengan lengkap mengenai rukun shalat (juga rukun tiap-tiap rukun shalat tersebut), syarat sahnya shalat, sunah-sunah dalam shalat dan sebagainya dengan dalil-dalil dan hujjah yang shahih. Fiqh Shalat inilah yangg dipegang dan dipelihara oleh ulama-ulama Ahlu Sunnah Wal Jamaah dan umat muslim diseluruh dunia. Dalam pendapat-pendapat antara ulama madzhab Ahlu Sunnah Wal Jamaah, terdapat perbezaan dari sudut yang bertaraf permasalahan ranting feqhiyyah, iaitu antara afdhal dan tidak afdhal sahaja bukan taraf bidaah membidaah antara satu sama lain sebagaimana yang dilakukan oleh pengikut Albani yang menyatakan hanya shalat mereka sahaja sahih berpandukan buku Albani, sedang selainnya adalah bidaah.

Lantaran hakikatnya, ramai kalangan para muslimin bukan sahaja tidak tahu mana rukun yang wajib dalam shalat dan mana yang sunah (tidak wajib) dalam shalat, dan bahkan malah ramai yang tidak bershalat langsung ataupun mengambil tahu tentangnya, memudahkan pihak-pihak yang berselindung dibawah nama salafy/ahlusunnah untuk membidaahkan dan sehingga mengelirukan umat ini dengan sewenang-wenangnya. Diantara buku-buku yang mengelirukan ini adalah buku yang judul “sifat shalat nabi” yang ditulis oleh Syaikh Nasiruddin Albani, seorang syaikh dari sekte wahabi-salafi yang sering mengaku dengan nama salafy/darul hadits dan sebagainya. 'Sifat Shalat Nabi', hatta seolah-olah judul buku itu ingin menyimpulkan bahawa hanya Al-Albani saja yang punya otoritas menetapkan keshahihan shalat sesuai dengan sifat shalat nabi, dengan kata lain, selain dari Albani, semuanya tidak sahih. Oleh itu, perlunya umat sekelian mempelajari dan mendalami rukun shalatnya serta mengerjakannya sebagaimana termaktub sekian lama didalam kitab-kitab mengikut madzab Ahlu Sunnah Wal Jamaah yang diikuti agar tidak mudah dikelirukan sewenang-wenangnya oleh pihak yang tidak bertanggung-jawab ini.

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasullulah saw bersabda: “ Apabila engkau berdiri untuk melakukan shalat maka berwudhulah dengan sempurna, kemudian menghadap kiblat, kemudian engkau bertakbir kemudian bacalah yang termudah bagimu dari Al Qur’an, kemudian engkau berukuk hingga tuma’ninah dalam berukuk kemudian angkatlah kepalamu sampai engkau meluruskan badanmu berdiri (I’tidal), kemudin bersujut hingga engkau bertuma’ninah dalam bersujut, kemudin angkat kepalamu (duduk antara 2 sujud) hingga engkau bertuma’ninah dalam dudukmu kemudian engkau sujud kedua kalinya hingga bertuma’ninah dalam sujut, kemudian lakukanlah seperti yang tadi diseluruh shalatmu” (HR. Imam Bukhari dan Muslim) dalam Riwayat Muslim, Rasullulah s.a.w bersabda : “Hingga engkau bertuma’ninah dalam berdirimu”

1. Niat - berniat dalam hati untuk melakukan shalat dan menjelaskan sebabnya atau waktunya (kalau memang shalat tersebut memiliki sebab atau waktu tertentu) dan diniatkan fardliyahnya (kewajibannya) pada shalat fardlu. dan Hadits Rasul saw “sesungguhnya amal itu dengan niat”.

Berniat dalam hati untuk melakukan shalat dan menjelaskan sebabnya atau waktunya (kalau memang shalat tersebut memiliki sebab atau waktu tertentu) dan diniatkan fardliyahnya (kewajibannya) pada shalat fardlu.Sedang masalah lafaz niat itu adalah demi Ta’kid saja, (penguat dari apa yg diniatkan), berkata shohibul Mughniy : Lafdh bimaa nawaahu kaana ta’kiidan (Lafaz dari apa apa yang diniatkan itu adalah demi penguat niat saja) (Al Mughniy Juz 1 hal 278), demikian pula dijelaskan pada Syarh Imam Al Baijuri Juz 1 hal 217 bahawa lafaz niat bukan wajib, ia hanyalah untuk membantu saja.

Niat shalat dilafazkan sebelum takbir adalah sunah, untuk menuntun hati, sebagaimana dalam hadits : “tidak akan lurus iman/yaqin seorang hamba sebelum hatinya betul, tidak akan betul/lurus hati seorang hamba sebelum lisannya lurus”. Namun kerana niat adalah wajib dilakukan pada “saat beramal (mu’tarinan bil’amal), maka pada saat mengucaplan lafadz Takbir “Allahhu Akbar”, bersamaan ia harus berniat dalam hati, minimum dalam shalat wajib/fardhu ,contohnya : “usholli fardhaddhuhri” (fathul mu’in). Niat adalah menjadi wajib kerana untuk bershalat dalam waktunya, maka ini dikaitkan dengan niat shalat yang hendak dikerjakan, misalnya berniat shalat Subuh 2 rakaat dalam waktu subuh dan sebegitulah seterusnya sehingga untuk bershalat jamak buat musafir, diwajibkan berniat keatasnya iaitu misalnya berniat untuk menjamak taqdim solat asar diwaktu solat zohor (bukan hanya mengerjakan shalat zohor kemudian shalat asar tanpa niat akan perbezaan antara dua shalat tersebut).

Dalil melafazkan sesuatu niat terdapat dalam hadits shahih riwayat imam Muslim no : 2168 berikut :

ان انس رضى الله فال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول " لبيك عمرة و حجا "

Dari Anas r.a berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w mengucapkan “ Labbaik umroh wa hajjan “. Hadits ini berkaitan tentang niat haji yang mana beliau s.a.w lafazkan dengan lisan, maka dapat diqiyaskan bahawa jika niat di dalam haji sunah dilafazkan dengan lisan, maka demikian juga melafazkan niat dengan lisan dalam ibadah yang lainnya seperti shalat, puasa dan zakat. Yang mana lafaz niat sedemikian itu adalah demi Ta’kid saja, (penguat dari apa yg diniatkan), sedangkan terdapat kalangan para pengikut Albani sewenang-wenangnya menjatuhkan bidaah tercela buat lafaz keatas sesuatu niat seperti lafazan "usholli..." semasa hendak memulakan shalat.

2. Menghadap kiblat dan berdiri dalam shalat Fardhu, hendaknya menghadap kiblat sebelum bertakbir (syarah dari Imam alwi abbas al Maliki kitab Ibanatul ahkam). Berdiri dalam shalat fardlu bagi yang mampu.

3. Bertakbir, iaitu membuka shalat dalam takbirratul ikhram (pendapat terbanyak dari Imam Syafi’I, Imam Hambali dan Imam Maliki bahawa takbiratul ikhram wajib dengan lafaz ‘Allahhu Akbar’).

Mengucapkan Allahu akbar (takbiratul ihram) sehingga mendengar suaranya sebagaimana hal ini juga dilakukan pada setiap rukun qauli. Lafaz “Allahhu Akbar” harus terdengar ditelinga, dari huruf alif (‘a’) sampai huruf ra (“r”) (syarah safinatunnajah). Inilah perkara yang sangat penting dalam rukun takbir.

4. Membaca Al fatihah, para ulama kalanagan Imam Syafi’I, Imam Hambali dan Imam Maliki mewajibkan membaca Al fatihah disetiap rakaatnya sebagaimana Hadits Rasulullah saw : “ Tidak sempurna shalat seseorang bila tidak membaca biummil Qur’an (Al Fatihah)” (HR. Bukhari dan Muslim). Manakala bagi mazhab Hanafi, bila shalat berjemaah, cukup sahaja bagi imam membacanya.

Membaca al Fatihah dengan Basmalah dan semua tasydid-tasydidnya dan disyaratkan muwalah (bersambungan; tidak terputus dengan berhenti/diam yang lama misalnya) dan tartib serta mengeluarkan huruf sesuai makhrajnya dan tidak melakukan kesalahan pada bacaan yang sampai merubah makna seperti mendlammahkan huruf “TA” pada kalimat أنعمت , dan diharamkan salah baca yang tidak merubah makna akan tetapi hal tersebut tidak membatalkan shalat.

- Mengenai posisi kedua tangan (bersedekap) setelah takbir (pada waktu berdiri), Berkata Imam Nawawi rah.: “Meletakkannya dibawah dadanya dan diatas pusatnya, inilah madzhab kita yang masyhur, dan demikianlah pendapat Jumhur (terbanyak), dalam pendapat Hanafi dan beberapa imam lainnya adalah menaruh kedua tangan dibawah pusar, menurut Imam Malik boleh memilih antara menaruh kedua tangan dibawah dadanya atau melepaskannya kebawah dan ini pendapat Jumhur dalam mazhabnya dan yang masyhur pada mereka” (Syarh Imam Nawawi ala shahih Muslim Juz 4 hal 114).

Ibnu Huzaimah meriwayatkan didalam sahihnya daripada Wail Ibn Hujr yang menyatakan "Aku bershalat bersama Nabi s.a.w, maka Nabi s.a.w meletakkan tangan kanan diatas tangan kiri dibawah dadanya."

Adapun kitab “sifat shalat nabi” yang ditulis Syaikh Nasiruddin Albani, dalam shalat hanya “tangan bersedekap diatas dada” adalah sahih, selainnya adalah bukan sunah dan malah bidaah tercela.

5. Rukuk, diriwayatkan oleh sahabat Rasulullah s.a.w Ubbayd assaa’idi ra berkata : “bahawasannya melihat Rasulullah s.a.w jika bertakbir kedua tangannya sejajar dengan bahunya, jika berukuk kedua tangannnya memegang kedua lututnya, sampai dengan akhir…..” ( HR. Imam Bukhari dan Muslim)

6. Tuma’ninah dalam berrukuk, sebagaimana hadits 1 diatas “…kemudian engkau berukuk hingga tuma’ninah dalam berukuk…”.

Thuma’ninah ketika ruku’ dengan kadar membaca Subhanallah. Thuma’ninah adalah diamnya seluruh persendian tulang (anggota badan) pada posisinya sekaligus (serentak).

7. I’tidal, sebagaimana hadits 1 diatas “… kemudian angkatlah kepalamu sampai engkau meluruskan badanmu berdiri (I’tidal)…”

- Setelah bangun dari rukuk diwaktu  I’tidal, “Tangan bersedekap pada waktu i’tidal”….adalah bid’ah yang dibuat-buat lazimnya oleh para Wahabi-salafi. Tidak ada dalil yang menunjukan perkara ini, dan hal ini tidak pula dicontohkan oleh Rasulullah dan tidak dijumpai dalam fatwa-fatwa imam ASWJ (imam-imam

4 madzab). Lihatlah orang-orang yg terpengaruh kitab sesat “sifat shalat nabi karya albani” mereka merasa shalat mereka yang paling benar dan mereka bersedekap setelah i’tidal.

8. Tuma’ninah dalam I’tidal, “…Hingga engkau bertuma’ninah dalam berdirimu…”

- Mengenai Qunut, memang terdapat Ikhtilaf pada 4 madzhab, masing masing mempunyai pendapat, sebagaimana Imam Syafii mengkhususkannya pada setelah ruku pada rakaat kedua di shalat subuh.., dan Imam Malik mengkhususkannya pada sebelum ruku pada Rakaat kedua di shalat subuh (Ibanatul Ahkam fii Syarhi Bulughulmaram Bab I). Mengenai Qunut dengan mengangkat kedua tangan telah dilakukan oleh Rasul saw dan para sahabat, hal ini diriwayatkan pada : Sunan Imam Baihaqi Alkubra Juz 2 hal 211 Bab Raf’ul yadayn filqunut, Sunan Imam Baihaqi ALkubra Juz 3 hal 41, Fathul Baari Imam Ibn Rajab

Kitabusshalat Juz 7 hal 178 dan hal 201, Syarh Nawawi Ala shahih Muslim Bab Dzikr Nida Juz 3 hal 324, dan banyak lagi.

Mengenai dalil shahih masalah qunut, sanadnya adalah sebagai berikut :

حدثنا عمرو بن علي الباهلي ، قال : حدثنا خالد بن يزيد ، قال : حدثنا أبو جعفر الرازي ، عن الربيع ، قال : سئل أنس عن قنوت (1) النبي صلى الله عليه وسلم : « أنه قنت شهرا » ، فقال : ما زال النبي صلى الله عليه وسلم يقنت حتى مات قالوا : فالقنوت في صلاة الصبح لم يزل من عمل النبي صلى الله عليه وسلم حتى فارق الدنيا ، قالوا : والذي روي عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قنت

شهرا ثم تركه ، إنما كان قنوته على من روي عنه أنه دعا عليه من قتلة أصحاب بئر معونة ، من رعل وذكوان وعصية وأشباههم ، فإنه قنت يدعو عليهم في كل صلاة ، ثم ترك القنوت عليهم ، فأما في الفجر ، فإنه لم يتركه حتى فارق الدنيا ، كما روى أنس بن مالك عنه صلى الله عليه وسلم في ذلك وقال آخرون : لا قنوت في شيء من الصلوات المكتوبات ، وإنما القنوت في الوتر

dikatakan oleh Umar bin Ali Al Bahiliy, dikatakan oleh Khalid bin Yazid, dikatakan Jakfar Arraziy, dari Arrabi’ berkata : Anas ra ditanya tentang Qunut Nabi saw bahwa apakah betul beliau saw berqunut sebulan, maka berkata Anas ra : beliau saw selalu terus berqunut hingga wafat, lalu mereka mengatakan maka Qunut Nabi saw pada shalat subuh selalu berkesinambungan hingga beliau saw wafat, dan mereka yg meriwayatkan bahwa Qunut Nabi saw hanya sebulan kemudian berhenti maka yg dimaksud adalah Qunut setiap shalat untuk mendoakan kehancuran atas musuh musuh, lalu (setelah sebulan) beliau s.a.w berhenti, namun Qunut di shalat subuh terus berjalan hingga beliau s.a.w wafat.

Berkata Imam Nawawi rah.: mengenai Qunut subuh, Rasullullah s.a.w tak meninggalkannya hingga beliau saw wafat, demikian riwayat shahih dari Anas ra. (Syarah nawawi ala shahih Muslim)

Berkata Imam Ibn Hajar AL Asqalaniy rah.: Dan telah membantah sebagian dari mereka dan berkata : Telah sepakat bahawa Rasul s.a.w membaca Qunut Subuh, lalu berikhtilaf mereka apakah berkesinambungan atau sementara, maka dipeganglah pendapat yang disepakati (Qunut subuh), sampai ada keterangan yang menguatkan ikhtilaf mereka yg menolak (Fathul Baari Bisyarah shahih Bukhari oleh Imam Ibn Hajar Al Asqalaniy)

9. Sujud pertama dan Sujud kedua, “…kemudian bersujud hingga engkau bertuma’ninah dalam bersujud…” dan Hadits Rasulullah s.a.w : “aku diperintah untuk bersujud dengan 7 anggota tubuh (atas dahi, kedua tangan, kedua lutut dan jari-jari kaki)” ( HR. Mutafaqul’alayh). Sabda Rasullullah s.a.w yang lebih kurang maksudnya: “Sujudlah dengan meletakkan kedua telapak tanganmu dan angkatlah kedua sikumu” (HR. Muslim)

10. Tuma’ninah dalam sujud pertama dan tuma’ninah dalam sujud kedua, sebagaimana hadits 1 diatas “…kemudin bersujud hingga engkau bertuma’ninah dalam bersujud…”.

Sujud dua kali iaitu dengan meletakkan dahinya semuanya atau sebahagiannya pada tempat shalatnya dalam keadaan terbuka dan melakukan penekanan padanya serta menjadikan bahagian bawah (belakang) badannya lebih tinggi dari bagian atas (depan)nya (at-Tankis), meletakkan sebahagian dari kedua lututnya dan bahagian dalam kedua telapak tangannya dan bagian dalam jari – jari kedua kakinya.

11. Duduk diantara dua sujud, sebagaimana hadits 1 diatas “…kemudin angkat kepalamu (duduk antara 2 sujud) …”

12. Tuma’ninah diantara dua sujud, sebagaimana hadits 1 diatas “…hingga engkau bertuma’ninah dalam dudukmu…”

13. Tasyahud akhir, riwayat Muslim dari Ibn Abbas r.a berkata Rasulullah s.a.w mengajari kami tasyahud “Attahiyatul mubaarakatus shalawatutthoybatulillah…” sampai dengan akhir.

Tasyahhud akhir , iaitu membaca :

Attahiyatul mubarakatuhs-solawatut-taiyibatu lillah. Assalamu'alaika aiyuhan nabiyu warahmatullahi wabarakatuh. Assalamu'alaina wa'ala ibadillahis salihin. Asy-hadu alla ilaha illallah. Wa-asy-hadu anna Muhammadar rasulullah. Allahumma salli 'ala Muhammad. Wa'ala a-li Muhammad. Kama sollaita 'ala Ibrahim wa'ala a-li Ibrahim. Wabarik 'ala Muhammad wa'ala a-li Muhammad. Kama barakta a'la Ibrahim wa'ala a-li Ibrahim. Fil 'a-lamina innaka hamidummajid

Maksudnya:- Segala ucapan selamat yang berkat - berkat (berganda - ganda) dan doa yang baik - baik semuanya untuk Allah. Selamat sejahtera atasmu wahai nabi dan Rahmat Allah dan keberkatanNya. Dan selamat sejahtera atas kita dan juga hamba - hamba Allah yang baik - baik. Aku mengaku bahawa tiada

Tuhan melainkan Allah. Dan aku mengaku bahawa Muhammad utusan Allah. Ya Allah anugerahkanlah kesejahteraan atas Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti yang Engkau telah anugerahkan kesejahteraan atas Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti yang Engkau telah berkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Tinggi.

Atau paling sedikit (juga seperti dalam tasyahhud awal):

Attahiyatul mubarakatuhs-solawatut-taiyibatu lillah. Assalamu'alaika aiyuhan nabiyu warahmatullahi wabarakatuh. Assalamu'alaina wa'ala ibadillahis salihin. Asy-hadu alla ilaha illallah. Wa-asy-hadu anna Muhammadar rasulullah. Allahumma salli 'ala Muhammad.

- Mengenai mengucapkan “Assalamualaika ayyuhannabiyyu warahmatullahi wabarakatuh”, adalah wajib dan merupakan Syarat Sah shalat, demikian dalam Madzhab Syafii, mengenai pendapat para muhaddits lainnya bahawa setelah wafat mereka merubah pembacaan salam itu maka Imam Syafii tetap berpegang pada yg diajarkan langsung oleh Rasul saw dimasa hidupnya dan Jumhur (sebahagian besar) ulama tetap berpegang pada lafadh yg diajarkan dimasa hidupnya Nabi saw, demi menjaga lafadh shalat yang diajarkan oleh Rasul saw (Atahdzir wattanwir Juz 11 hal 318) dan didalam madzhab syafii tidak sah terkecuali mengucapkan

“Assalamualaika ayyuhannabiyyu warahmatullah wabarakatuh” (AL Majmu’ Juz 4 hal 81).

Adapun kitab “sifat shalat nabi” yg ditulis Syaikh Nashiruddin Albani, beliau melarang membaca “Assalamualaika ayyuhannabiyyu warahmatullah wabarakatuh”  sedangkan ini adalah pendapat yang lemah dan menyesatkan umat. Albani mengutip pendapat ini secara tidak lengkap dari kitab Fathul Bari (Ibnu Hajar Atsqalani), padahal ibun Hajar Atsqalani adalah jelas-jelas ulama bermadzab syafei! dan dalam kitab Fathul Bari (Ibnu Hajar Atsqalani) menyebutkan berbagai pendapat dalam bacaaan tahiyat hanya untuk menambah wawasan pembaca mengenai bacaan tahiyat shalat, tetapi bacaan tahiyat yang paling shahih adalah pendapat Imam Syafii, iaitu tetap berpegang pada apa yang diajarkan langsung oleh Rasullullah s.a.w dimasa hidupnya, dan Jumhur ulama tetap berpegang pada lafaz yg diajarkan dimasa hidupnya Nabi s.a.w, demi menjaga lafaz shalat yang diajarkan oleh Rasul saw (Atahdzir wattanwir Juz 11 hal 318).

- Berkenaan mengangkat jari ketika lafaz kalimah Thoyibah dalam tashyahud, Imam Al-Hafiz Mahyiddin An-Nawawi rah. telah ditanya di dalam kitabnya Al-Fatawa tentang isu mengerakkan jari (telunjuk) di dalam solat. Pertanyaan itu berbunyi : “Adakah menggerakkan jari telunjuk pada tangan kanan itu disunatkan.? Bilakah waktu yang sesuai untuk menggerakan jari tersebut? Adakah menggerakkanya secara berterusan itu membatalkan solat?”- hingga tamat soalan.

Maka Imam al-Nawawi rah. menjawab : “Disunatkan mengangkat jari telunjuk dari tangan kanan ketika melafazkan huruf ‘hamzah’ pada kalimah (Lailahaillallah) sekali sahaja tanpa menggerak-gerakkanya. Sekiranya seseorang itu mengulangi pergerakannya berkali-kali, maka hukumnya adalah makruh. Hal ini tidak membatalkan solat. Demikian menurut pendapat yang sahih. Dikatakan juga, iaitu menurut pendapat yang lemah menyatakan batal shalatnya" Fatwa Al-Nawawi m/s 54. Juga didalam madzab Hanafi, jari hanya diangkat ketika lafaz kalimah toyibah dan diturunkan kembali tanpa mengerakkan-gerakkannya.

Manakala Madzab Malik menyatakan sunah mengerakkan jari sebagaimana dinyatakan bahawa Syeikh Salamullah berkata di dalam Syarah Muwattha dengan katanya “Pada hadis Wail bin Hujr menurut Abu Daud[4] yang berbunyi “Kemudian Baginda mengangkat jari telunjuknya, lalu saya dapati Baginda menggerakkan jari telunjuknya sambil berdoa”

Syeikh Al-Mazhab Al-Hanabilah iaitu Ibn Qudamah Al-Hanbali di dalam kitanya “Al-Mugni” m/s 534 juz 1 : “Dan baginda mengisyaratkan dengan jari telunjuk dengan mengangkatnya ketika Baginda menyebut lafaz Allah Taala ketika bertasyahhud. Perkara ini ditentukan berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin al-Zubair yang bermaksud : “Sesungguhnya Nabi SAW mengisyaratkan dengan jari telunjuknya dan Baginda tidak menggerakkannya”. Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Dawud.

Sedang para pengikut Syaikh Albani mengajar bahawa hanya mengangkat jari dan mengerak-gerakkannya (malah sehingga ada yang seperti memusing-musingkan jarinya), hanya itu sahaja yang sahih, selainnya adalah bidaah.

14. Duduk diTasyahud akhir.

15. Bershalawat kepada Rasullullah s.a.w sebagaimana hadits 3 diatas “ Kita diperintah untuk bershalat.. maka bagaimana kami bershalawat keatasmu…”. Imam Syafi’I berpendapat bahawa beshalawat atas Rasullullah s.a.w dan keluarganya dalam shalat adalah Wajib dan paling sedikit membaca: (Allahummashali ‘ala Muhammad)

16. Salam, “sesungguhnya Rasulullah s.a.w menutup shalatnya dengan salam” (HR. Imam Bukhari dan Muslim). Para Imam beritifak bahawa salam awal wajib bagi seorang imam atau ma’mum atau sendiri dan salam kedua sunnah, dan paling sedikitnya salam (Assalamu’alaikum) dikeranakan penduduk Madinah melakukannya. (Kitab Ibbanatul Ahkam: Imam Alwi bin Abbas al maliki)

17. Tertib, sebagaimana urutan rukun – rukun hadits diatas.Tertib (berurutan) dan jika dia sengaja meninggalkannya (tertib) seperti melakukan sujud sebelum ruku’ maka batal shalatnya. Dan jika dia lupa maka hendaklah dia kembali ke posisi yang ia lupa kecuali dia telah berada pada posisi seterusnya (dan digantikan dengan sujud sawi).

Saturday

PERIHAL APAKAH NABI SAW. MELIHAT ALLAH DENGAN MATA KEPALA DALAM MALAM MI’RAJ


Masruq berkata: Aku bertanya kepada ‘Aisyah r.a.: Hai Ibu apakah Nabi Muhammad saw. telah melihat Allah? Jawab Aisyah r.a.: Sungguh berdiri bulu romaku sebab pertanyaanmu itu, dimanakah engkau dari tiga macam, orang yang menerangkan itu maka ia dusta:

1. Siapa yang menerangkan padamu bahwa Nabi Muhammad saw. melihat Allah, maka ia dusta. Lalu ia membaca : Laa tudrikuhul abshaaru wa huwa yudrikul abshaara wa huwal lathiful (Allah tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata, dan Dia yang mencapai semua penglihatan, dan Dia maha halus kekuasaan-Nya yang maha mengetahui sedalam-dalamnya) dan ayat: Wama kana libasyarin an yukallimahullah illa wahyan au min waraa’i hijab (Tiada seorang yang berkata-kata dengan Allah melainkan dengan wahyu atau dari balik tabir/hijab).

2. Siapa yang mengatakan bahawa ia mengetahui apa yang akan terjadi esok hari, maka sungguh dusta, lalu dibacakan ayat : Wama tadri nafsun madza taksibu ghada (Dan tiada seorang pun yang mengetahui apa yang akan terjadi esok hari).

3. Dan siapa yang berkata bahawa Nabi Muhammad saw. menyembunyikan apa yang diwahyukan oleh Allah maka sungguh orang itu dusta, lalu Aisyah r.a membaca: Ya ayyuhar rasulu balligh maa unzila ilaika min rabbika (Hai utusan Allah sampaikanlah apa yang diturunkan oleh Tuhan kepadamu).

Tetapi Nabi Muhammad saw. telah melihat Jibril dalam bentuk yang sebenarnya dua kali. (Bukhari, Muslim).

- "Dan tidak mungkin bagi seorang manusia pun bahwa Allah berkata-kata dengan Dia kecuali dengan perantaraan wahyu atau dibelakang tabir atau dengan mengutus seorang utusan (malaikat) lalu diwahyukan kepadanya dengan seizin-Nya apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Tinggi lagi Maha Bijaksana." (Asy-Syura - ayat 51)

Di belakang tabir bermakna ialah seorang dapat mendengar kalam Illahi akan tetapi dia tidak dapat melihat-Nya dengan mata kepala seperti yang terjadi kepada Nabi Musa a.s.

Waktu Mi'raj, Rasulullah s.a.w hanya mendengar suara dari belakang hijab (tabir) dan dia hanya melihat cahaya sebagaimana yang dijelaskan dalam hadist shahih riwayat Muslim : "Dari Abi Dzar, dia bertanya kepada Rasulullah SAW, "Apakah engkau melihat Tuhanmu?" lantas beliau menjawab "saya hanya sungguh melihat cahaya." (HR. Muslim).


Manakala riwayat Ibnu Abbas r.a akan nabi melihat Allah dalam peristiwa Mi`raj adalah merupakan Ta’wilan Ijmaliyy iaitu ta’wilan yang dilakukan secara umum dengan menafikan makna zahir nas al-Mutasyabihat tanpa diperincikan maknanya (sebagai contohnya perkataan istawa dikatakan istawa yang layak bagi Allah dan waktu yang sama dinafikan zahir makna istawa kerana zahirnya bererti duduk dan bertempat, Allah maha suci dari bersifat duduk dan bertempat).

Wallahualam.

Friday

Israk dan Mikraj, menembusi dimensi ruang dan waktu

Peristiwa Israk dan Mikraj (perjalanan Rasulullah s.a.w dari Masjidil Haram menuju Masjidil Aqsa, kemudian ke Sidratul Muntaha) yang diabadikan di dalam al-Quran merupakan satu ‘peristiwa agung’ yang mengandungi makna yang besar untuk dihayati. Peristiwa ini bukanlah perjalanan Rasulullah s.a.w ke tempat Allah Azza wa Jalla namun perjalanan Baginda ke tempat bermunajat kepada Allah Azza wa Jalla dan menerima perintah ibadah sholat lima waktu (Allah tidak memerlukan tempat sebagaimana berdoa mengangkat tangan ke atas tidak menunjukkan keberadaan Allah di langit tetapi langit adalah kiblat doa sama seperti menghadap Qiblat (Ka’bah) tidak menunjukkan keberadaan Allah dalam Ka’bah ataupun dekat kepada Allah ketika sujud bukan menunjukkan keberadaan Allah pada tempat sujud).

Hanya  dalam satu malam, Allah SWT membenarkan perjalanan Rasulullah s.a.w menembus segala dimensi ruang dan waktu untuk melihat sebahagian dari tanda-tanda kebesaran-Nya yang dilakukan dengan jasad dan roh Rasullullah s.a.w dalam keadaan jaga (bukan mimpi). Sesungguhnya ruang dan waktu hanya milik Allah dan Allah mencipta segalanya sebagaimana yang dikehendaki-Nya.

“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1).

Sayyid Qutub dalam kitabnya yang terkenal, Fi Zhilal al-Quran menyatakan, “Perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa adalah perjalanan yang murni pilihan daripada Zat Yang Maha Kasih dan Maha Lembut, yang menghubungkan akar kesejarahan agama-agama besar dari zaman Nabi Ibrahim dan Ismail hingga Nabi Muhammad s.a.w. Demikian pula, perjalanan agung ini menghubungkan akar sejarah tempat-tempat suci bagi agama tauhid (agama-agama monoteisme) yang besar sepanjang masa. Perjalanan ini adalah untuk menberitahu seluruh manusia bahawa Muhammad adalah Nabi dan Rasul terakhir yang menjadi pewaris agama-agama tauhid terdahulu. Demikian pula dengan Israk Mikraj tersebut, menjadikan Muhammad sebagai penutup seluruh Nabi dan rasulNya. Israk Mikraj adalah perjalanan yang menembus dimensi ruang dan waktu, serta memiliki makna yang lebih luas dan mendalam.”

Sepanjang perjalanan (isra’) itu Rasulullah s.a.w ditemani oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Ketika baginda tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.

ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa a.s menerima wahyu daripada Allah.

iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa a.s dilahirkan)

Dalam perjalanan itu juga baginda  menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api  dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

-    Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Baginda dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
-    Tempat yang berbau harum. Baginda diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).
-    Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang) .
-    Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
-    Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami.
-    Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba’.
-    Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
-    Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
-    Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
-    Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
-    Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
-    Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah s.a.w tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.
-    Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah s.a.w turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segenap anbia` dan mursalin menjadi makmum. Rasulullah s.a.w terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj (naik ke Hadhratul-Qudus), didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah s.a.w dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

-    Langit Pertama: Rasulullah s.a.w dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam a.s.
-    Langit Kedua: Nabi s.a.w dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa a.s dan Nabi Yahya a.s.
-    Langit Ketiga: Naik ke tangga langit ketiga, baginda bertemu dengan Nabi Yusuf a.s.
-    Langit Keempat: Naik ke tangga langit keempat, baginda bertemu dengan Nabi Idris a.s.
-    Langit Kelima: Naik ke tangga langit kelima, baginda bertemu dengan Nabi Harun a.s yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
-    Langit Keenam: Naik ke tangga langit keenam, baginda bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa a.s. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
-    Langit Ketujuh: Naik ke tangga langit ketujuh, baginda bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah s.a.w, Nabi Ibrahim a.s  bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu “LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim a.s bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib, Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
-    Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah s.a.w menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah s.a.w dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
-    Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah s.a.w masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
-    Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab mengadap dan bermunajat kepada Allah S. W. T:

Allah S. W. T : "Ya Muhammad". Rasulullah s.a.w menjawab : "Labbaika". Allah S. W. T : "Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan".
Rasulullah SAW: "Ya Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izinMu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan".

Allah S. W. T : "Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan dibawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang".

Selesai munajat, Rasulullah s.a.w di bawa menemui Nabi Ibrahim kemudian Nabi Musa yang kemudiannya menyuruh Rasulullah s.a.w merayu kepada Allah S. W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj, Rasulullah s.a.w turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq, pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi bukti peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu.

(Sumber: Kitab Jam’ul-Fawaa’id)
Btn_blue_77x28

open source - sumber terbuka

Mana-mana coretan yang dikira baik, dibenarkan mengambil (copy-paste) tanpa perlu bertanya tuan blog ini. Manakala mana-mana coretan yang terdapat kesilapan, mohon ribuan kemaafan dari tuan blog ini. - " Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya "

Coretan lalu

zar4art

Bayan

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com
Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com

Waktu sholat

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

English to Arabic to English Dictionary
Find word:
Exact Word / Starting Word Sub Word
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
www.SearchTruth.com

Salam damai