Saturday

Tempat kelahiran Imam Mazhab dan Pengumpul Hadith


Tempat Kelahiran Imam 4 Mazhab & Para Imam Pengumpul Hadis Sunan Sittah

Imam Abu Hanifah – Kufa, Iraq (80-150 Hijrah)
Imam Malik – Madinah, Arab Saudi (93-179 Hijrah)
Imam Asy-Syafi'e – Gaza, Palestin (150-204 Hijrah)
Imam Ahmad bin Hanbal – Baghdad, Iraq (164-241 Hijrah)

Imam Bukhari – Bukhara, Uzbekistan (194-256 Hijrah)
Imam Abu Daud – Sistan, Iran/Afghanistan (202-275 Hijrah)
Imam Muslim – Neyshabur, Iran (204-261 Hijrah)
Imam Ibnu Majah – Qazwin, Iran (209-273 Hijrah)
Imam At-Tirmizi – Termiz, Uzbekistan (209-279 Hijrah)
Imam An-Nasai'e – Nasa, Turkmenistan (215-303 Hijrah)

Sunday

Kiblat





“Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidilharam. Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi al-Kitab (Taurat dan Injil) memang mengetahui bahwa berpaling ke Masjidilharam itu adalah benar dari Rabb-nya; dan Allah sekali-kali tidak lengah terhadap apa yang mereka kerjakan.” (QS. Al-Baqarah: 144)


Ali bin Abi Thalhah r.a meriwayatkan, dari Ibnu Abbas r.a, katanya, “Masalah yang pertama kali dinasakh (dihapus hukumnya) di dalam al-Qur’an adalah masalah kiblat. Hal itu terjadi ketika Rasulullah (s.a.w) hijrah ke Madinah. Pada waktu itu ramai penduduknya adalah Yahudi dan orang-orang Yahudi pun merasa senang melihat Rasulullah (s.a.w) menghadap ke Baitul Maqdis sekitar 16 atau 17 bulan lamanya, padahal beliau sendiri lebih menyukai (untuk menghadap ke) kiblat Ibrahim. Kerana itu, beliau berdoa memohon kepada Allah sambil mengadahkan wajahnya ke langit, maka Allah Ta’ala pun menurunkan ayat:

Qad naraa taqalluba wajHika fis samaa-i falanuwal liyannaka qiblatan tardlaaHaa fawalli wajHaka syath-ral masjidil haraami wa haitsu maa kuntum fawalluu wujuuHakum syath-raHu (“Sungguh Kami [sering] melihat wajahmu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkanmu ke kiblat yang engkau sukai. Palingkanlah wajahmu ke arah Masjidilharam. Dan di mana saja kamu berada, Palingkanlah wajahmu ke arahnya.”)

Dalam ayat tersebut Allah Ta’ala menggunakan kata perintah (فَوَلِّ) yang menunjukan perintah untuk menghadapkan wajah ke arab kiblat. Dan arah kiblat ditunjukan dalam kalimat (شَطْرَ) yang bermakna arah. Ibn Katsir rah. menyatakan, “Allah Ta’ala memerintahkan untuk menghadap kiblat dari semua arah muka bumi, baik timur, barat, utara dan selatan.”

Muslim meriwayatkan dari Anas r.a, sesungguhnya Rasulullahshallallahu alaihi wasallam, pernah sholat menghadap kearah baitul maqdis, lalu turunlah ayat: “Sesungguhnya kami mengetahui berbolak-baliknya mukamu ke langit, oleh kerana itu (sekarang) kami memalingkan kamu ke satu qiblat yang pasti kamu rela, maka hadapkanlah mukamu kearah Masjidil Haram.” Kemudian seorang laki-laki dari Bani Salamah berjalan (sedang mereka semua sedang ruku’ dalam sembahyang subuh) dan mereka sudah sembahyang satu raka’at. Lalu ia menyeru: ketahuilah! sesunguhnya qiblat telah dipindahkan. Lalu mereka berpaling sebagaimana keadaan mereka kejurusan qiblat.” (HR Muslim, Ahmad dan Abu Daud).


Al-Qurthubi rah. berkata:

لَا خِلَافَ بَيْنَ الْعُلَمَاءِ أَنَّ الْكَعْبَةَ قِبْلَةٌ فِي كُلِّ أُفُقٍ، وَأَجْمَعُوا عَلَى أَنَّ مَنْ شَاهَدَهَا وَعَايَنَهَا فُرِضَ عَلَيْهِ اسْتِقْبَالُهَا، وَأَنَّهُ إِنْ تَرَكَ اسْتِقْبَالَهَا وَهُوَ مُعَايِنٌ لَهَا وَعَالِمٌ بِجِهَتِهَا فَلَا صَلَاةَ لَهُ، وَعَلَيْهِ إِعَادَةُ كُلِّ مَا صَلَّى

Tidak ada perselisihan di antara ulama bahawa ka’bah adalah kiblat dari semua penjuru. Dan mereka pun berijma bahawasannya barangsiapa yang menyaksikannya secara langsung dengan mata kepala maka diwajibkan atasnya untuk menghadapnya. Dan bahawasannya barangsiapa tidak menghadapnya sedang dia melihat langsung (ka’bah) dan mengetahui arahnya maka tidak ada sholat baginya dan dia harus mengulang sholatnya.

Al-Qurthubi rah. juga menyatakan:
وَأَجْمَعُوا عَلَى أَنَّ كُلَّ مَنْ غَابَ عَنْهَا أَنْ يَسْتَقْبِلَ نَاحِيَتَهَا وَشَطْرَهَا وَتِلْقَاءَهَا، فَإِنْ خَفِيَتْ عَلَيْهِ فَعَلَيْهِ أَنْ يَسْتَدِلَّ عَلَى ذَلِكَ بِكُلِّ مَا يُمْكِنُهُ مِنَ النُّجُومِ وَالرِّيَاحِ وَالْجِبَالِ وَغَيْرِ ذَلِكَ مِمَّا يُمْكِنُ أَنْ يُسْتَدَلَّ بِهِ عَلَى نَاحِيَتِهَا.

Dan mereka (para ulama) telah berijma bahawa barang siapa ghaib (iaitu tidak melihat ka’bah secara langsung) maka hendaknya dia menghadap arah ka’bah tersebut. Jika tidak nampak, maka baginya menggunakan petunjuk yang dari bintang, angin, gunung dan selainnya (kompas, navigation dll) yang memungkinkan sebagai alat yang dijadikan petunjuk untuk menunjukan arah kiblat.

Al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulallah shallallahu alaihi wasallam pernah bersabda:
إِذَا قُمْتَ إِلَى الصَّلاَةِ فَأَسْبِغِ الْوُضُوءَ ثُمَّ اسْتَقْبِلِ الْقِبْلَةَ فَكَبِّرْ
“Jika engkau hendak mendirikan sholat maka sempurnakanlah wudhumu, kemudian menghadaplah ke kiblat lalu bertakbirlah.” (HR. al-Bukhari Muslim)

Al-Nawawi rah. berkata:

الباب الثالث في استقبال القبلة :وهو شرط لصحة الفريضة، إلا في شدة خوف القتال المباح، وسائر وجوه الخوف. وشرط لصحة النافلة، إلا في الخوف، والسفر المباح. والعاجز، كالمريض لا يجد من يوجهه.
 
Bab Ketiga Mengenai Menghadap Kiblat.  Menghadap kiblat adalah syarat sah sholat fardhu kecuali dalam keadaan ketakutan yang teramat sangat dalam peperangan yang dibolehkan, dan semua hal yang menyebabkan ketakutan.  Menghadap kiblat juga menjadi syarat sah untuk sholat sunnah kecuali dalam keadaan ketakutan yang teramat sangat, perjalanan yang mubah, dan tidak mampu, seperti orang yang sakit dan tidak ada yang menghadapkannya.

Yang dikecualikan dalam masalah menghadap kiblat iaitu sholat sunnah dalam perjalanan, dalam kondisi ini maka mengikuti kemana arah kendaraan, kemudian dalam kondisi perang dan seseorang yang tidak mengetahui arah kiblat setelah dia berusaha berijtihad mencari arah kiblat yang benar.

رَوَي اْلبُخَارِيُّ عَنْ جَابِرٍ قَالَ : كَانَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم يُصَلِّي عَلَى رَاحِلَتِهِ حَيْثُ تَوَجَّهَتْ فَإِذَا أَرَادَ الْفَرِيضَةَ نَزَلَ فَاسْتَقْبَلَ الْقِبْلَةَ.

Al-Bukhari meriwayatkan dari Jabir r.a, bahawa beliau berkata, “Adalah Rasulallah shallallahu alahi wasallam sholat di atas kendaraannya dengan menghadap arah yang dituju kendaraan. Dan jika beliau hendak shalat fardhu maka beliau turun dan menghadap kiblat.” (HR. al-Bukhari No.400)

Ibn Hajar al-Asqalani rah. menjelaskan faidah hukum dari hadits tersebut dengan mengatakan, “Hadits ini menunjukkan untuk tidak meninggalkan menghadap kiblat dalam sholat fardhu, dan perkara ini sudah ijma’. Akan tetapi tatkala dalam kondisi takut yang sangat maka itu mendapatkan rukhsah.”
Sholat yang pertama kali dikerjakan dengan menghadap ke Ka’bah adalah sholat Asar diMadinah, manakala khabar ini sampai ke penduduk Quba’ ketika mereka mahu mengerjakan sholat Subuh.
 
Dan dari Ibnu Umar radhiallahu anhu, ia berkata: ketika orang-orang berada di Quba’ (waktu shalat subuh) tiba-tiba ada seseorang datang kepada mereka, lalu ia berkata: Sesungguhnya Nabi shallallahu alaihi wasallam, pada malam ini telah diturunkan kapadanya ayat Al Quran, dan sesungguhnya ia diperintahkan untuk menghadap qiblat, oleh kerana itu menghadaplah ke qiblat, sedang muka-muka mereka waktu itu menghadap ke Syam, kemudian mereka berputar ke jurusan Ka’bah.” (HR Bukhari, Muslim dan Ahmad)
Btn_blue_77x28

open source - sumber terbuka

Mana-mana coretan yang dikira baik, dibenarkan mengambil (copy-paste) tanpa perlu bertanya tuan blog ini. Manakala mana-mana coretan yang terdapat kesilapan, mohon ribuan kemaafan dari tuan blog ini. - " Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya "

Coretan lalu

zar4art

Bayan

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com
Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com

Waktu sholat

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

English to Arabic to English Dictionary
Find word:
Exact Word / Starting Word Sub Word
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
www.SearchTruth.com

Salam damai