Showing posts with label Israk. Show all posts
Showing posts with label Israk. Show all posts

Saturday

PERIHAL APAKAH NABI SAW. MELIHAT ALLAH DENGAN MATA KEPALA DALAM MALAM MI’RAJ


Masruq berkata: Aku bertanya kepada ‘Aisyah r.a.: Hai Ibu apakah Nabi Muhammad saw. telah melihat Allah? Jawab Aisyah r.a.: Sungguh berdiri bulu romaku sebab pertanyaanmu itu, dimanakah engkau dari tiga macam, orang yang menerangkan itu maka ia dusta:

1. Siapa yang menerangkan padamu bahwa Nabi Muhammad saw. melihat Allah, maka ia dusta. Lalu ia membaca : Laa tudrikuhul abshaaru wa huwa yudrikul abshaara wa huwal lathiful (Allah tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata, dan Dia yang mencapai semua penglihatan, dan Dia maha halus kekuasaan-Nya yang maha mengetahui sedalam-dalamnya) dan ayat: Wama kana libasyarin an yukallimahullah illa wahyan au min waraa’i hijab (Tiada seorang yang berkata-kata dengan Allah melainkan dengan wahyu atau dari balik tabir/hijab).

2. Siapa yang mengatakan bahawa ia mengetahui apa yang akan terjadi esok hari, maka sungguh dusta, lalu dibacakan ayat : Wama tadri nafsun madza taksibu ghada (Dan tiada seorang pun yang mengetahui apa yang akan terjadi esok hari).

3. Dan siapa yang berkata bahawa Nabi Muhammad saw. menyembunyikan apa yang diwahyukan oleh Allah maka sungguh orang itu dusta, lalu Aisyah r.a membaca: Ya ayyuhar rasulu balligh maa unzila ilaika min rabbika (Hai utusan Allah sampaikanlah apa yang diturunkan oleh Tuhan kepadamu).

Tetapi Nabi Muhammad saw. telah melihat Jibril dalam bentuk yang sebenarnya dua kali. (Bukhari, Muslim).

- "Dan tidak mungkin bagi seorang manusia pun bahwa Allah berkata-kata dengan Dia kecuali dengan perantaraan wahyu atau dibelakang tabir atau dengan mengutus seorang utusan (malaikat) lalu diwahyukan kepadanya dengan seizin-Nya apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Tinggi lagi Maha Bijaksana." (Asy-Syura - ayat 51)

Di belakang tabir bermakna ialah seorang dapat mendengar kalam Illahi akan tetapi dia tidak dapat melihat-Nya dengan mata kepala seperti yang terjadi kepada Nabi Musa a.s.

Waktu Mi'raj, Rasulullah s.a.w hanya mendengar suara dari belakang hijab (tabir) dan dia hanya melihat cahaya sebagaimana yang dijelaskan dalam hadist shahih riwayat Muslim : "Dari Abi Dzar, dia bertanya kepada Rasulullah SAW, "Apakah engkau melihat Tuhanmu?" lantas beliau menjawab "saya hanya sungguh melihat cahaya." (HR. Muslim).


Manakala riwayat Ibnu Abbas r.a akan nabi melihat Allah dalam peristiwa Mi`raj adalah merupakan Ta’wilan Ijmaliyy iaitu ta’wilan yang dilakukan secara umum dengan menafikan makna zahir nas al-Mutasyabihat tanpa diperincikan maknanya (sebagai contohnya perkataan istawa dikatakan istawa yang layak bagi Allah dan waktu yang sama dinafikan zahir makna istawa kerana zahirnya bererti duduk dan bertempat, Allah maha suci dari bersifat duduk dan bertempat).

Wallahualam.

Friday

Israk dan Mikraj, menembusi dimensi ruang dan waktu

Peristiwa Israk dan Mikraj (perjalanan Rasulullah s.a.w dari Masjidil Haram menuju Masjidil Aqsa, kemudian ke Sidratul Muntaha) yang diabadikan di dalam al-Quran merupakan satu ‘peristiwa agung’ yang mengandungi makna yang besar untuk dihayati. Peristiwa ini bukanlah perjalanan Rasulullah s.a.w ke tempat Allah Azza wa Jalla namun perjalanan Baginda ke tempat bermunajat kepada Allah Azza wa Jalla dan menerima perintah ibadah sholat lima waktu (Allah tidak memerlukan tempat sebagaimana berdoa mengangkat tangan ke atas tidak menunjukkan keberadaan Allah di langit tetapi langit adalah kiblat doa sama seperti menghadap Qiblat (Ka’bah) tidak menunjukkan keberadaan Allah dalam Ka’bah ataupun dekat kepada Allah ketika sujud bukan menunjukkan keberadaan Allah pada tempat sujud).

Hanya  dalam satu malam, Allah SWT membenarkan perjalanan Rasulullah s.a.w menembus segala dimensi ruang dan waktu untuk melihat sebahagian dari tanda-tanda kebesaran-Nya yang dilakukan dengan jasad dan roh Rasullullah s.a.w dalam keadaan jaga (bukan mimpi). Sesungguhnya ruang dan waktu hanya milik Allah dan Allah mencipta segalanya sebagaimana yang dikehendaki-Nya.

“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1).

Sayyid Qutub dalam kitabnya yang terkenal, Fi Zhilal al-Quran menyatakan, “Perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa adalah perjalanan yang murni pilihan daripada Zat Yang Maha Kasih dan Maha Lembut, yang menghubungkan akar kesejarahan agama-agama besar dari zaman Nabi Ibrahim dan Ismail hingga Nabi Muhammad s.a.w. Demikian pula, perjalanan agung ini menghubungkan akar sejarah tempat-tempat suci bagi agama tauhid (agama-agama monoteisme) yang besar sepanjang masa. Perjalanan ini adalah untuk menberitahu seluruh manusia bahawa Muhammad adalah Nabi dan Rasul terakhir yang menjadi pewaris agama-agama tauhid terdahulu. Demikian pula dengan Israk Mikraj tersebut, menjadikan Muhammad sebagai penutup seluruh Nabi dan rasulNya. Israk Mikraj adalah perjalanan yang menembus dimensi ruang dan waktu, serta memiliki makna yang lebih luas dan mendalam.”

Sepanjang perjalanan (isra’) itu Rasulullah s.a.w ditemani oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Ketika baginda tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.

ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa a.s menerima wahyu daripada Allah.

iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa a.s dilahirkan)

Dalam perjalanan itu juga baginda  menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api  dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

-    Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Baginda dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
-    Tempat yang berbau harum. Baginda diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).
-    Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang) .
-    Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
-    Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami.
-    Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba’.
-    Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
-    Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
-    Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
-    Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
-    Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
-    Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah s.a.w tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.
-    Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah s.a.w turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segenap anbia` dan mursalin menjadi makmum. Rasulullah s.a.w terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj (naik ke Hadhratul-Qudus), didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah s.a.w dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

-    Langit Pertama: Rasulullah s.a.w dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam a.s.
-    Langit Kedua: Nabi s.a.w dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa a.s dan Nabi Yahya a.s.
-    Langit Ketiga: Naik ke tangga langit ketiga, baginda bertemu dengan Nabi Yusuf a.s.
-    Langit Keempat: Naik ke tangga langit keempat, baginda bertemu dengan Nabi Idris a.s.
-    Langit Kelima: Naik ke tangga langit kelima, baginda bertemu dengan Nabi Harun a.s yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
-    Langit Keenam: Naik ke tangga langit keenam, baginda bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa a.s. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
-    Langit Ketujuh: Naik ke tangga langit ketujuh, baginda bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah s.a.w, Nabi Ibrahim a.s  bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu “LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim a.s bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib, Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
-    Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah s.a.w menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah s.a.w dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
-    Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah s.a.w masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
-    Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab mengadap dan bermunajat kepada Allah S. W. T:

Allah S. W. T : "Ya Muhammad". Rasulullah s.a.w menjawab : "Labbaika". Allah S. W. T : "Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan".
Rasulullah SAW: "Ya Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izinMu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan".

Allah S. W. T : "Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan dibawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang".

Selesai munajat, Rasulullah s.a.w di bawa menemui Nabi Ibrahim kemudian Nabi Musa yang kemudiannya menyuruh Rasulullah s.a.w merayu kepada Allah S. W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj, Rasulullah s.a.w turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq, pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi bukti peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu.

(Sumber: Kitab Jam’ul-Fawaa’id)

Sunday

Israk & Mikraj - 5

Disamping perjalanan Israk dan Mikraj ini adalah suatu akan tanda ketinggian darjat Rasulullah s.a.w, ia juga adalah untuk menguji dan memahatkan keyakinan sebenar umat Islam akan kebenaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Dimana setelah berita ini disampaikan oleh Rasulullah s.a.w, pihak musyrikun mempersendakannya, ada kalangan mereka yang memeluk agama Islam diwaktu itu menjadi longgar pegangannya dan menjadi murtad, manakala mereka yang benar-benar beriman, menjadi bertambah teguh keimanannya seperti Abu Bakar r.a dan para sahaba serta sahabi yang lain.

Abu Jahal yang mendengar berita perjalanan Israk dan Mikraj ini setelah kembalinya Rasulullah s.a.w, amat gembira kerana menyangka kini dirinya mendapat alasan untuk menyangkal segala kebenaran yang dibawa oleh Rasulullah.s.a.w. "Sekiranya aku mengumpul semua disini, bersediakah engkau menceritakan kepada mereka apa yang engkau sampaikan padaku?", tanya Abu Jahal. "Kenapa tidak", jawap Rasulullah s.a.w.

Maka dengan penuh semangat, Abu Jahal pun berlari-lari masuk kelorong-lorong mengundang orang-orang Quraish datang keMasjidil Haram untuk mendengar cerita dari Rasulullah s.a.w tentang perjalanan Israk dan Mikraj beliau. Setelah berkumpul semuanya, maka Rasulullah s.a.w pun mula menceritakan akan perjalanan Israk dan Mikrajnya, manakala Abu Jahal begitu gembira kerana racunnya untuk mempersendakan Rasulullah s.a.w dianggapnya telah berjaya.

Abu Jahal kemudian berdiri dan dengan nada mengejek berkata, "Sekiranya engkau benar-benar telah bertemu nabi-nabi yang engkau sebutkan, maka cuba sifatkan bagaimana bentuk mereka agar para hadirin dapat memastikan ceritamu". Maka Rasulullah s.a.w pun mengambarkan bahawa Nabi Isa a.s mempunyai perwatakan yang sedang dan warna kulitnya kemerah-merahan manakala Nabi Musa a.s bertubuh sasa dan agak gelap kulitnya. Mengenai Nabi Ibrahim a.s, Rasulullah s.a.w mengambarkan akan kesamaan rupa-bentuk Nabi Ibrahim dengan dirinya.

Setelah itu, Abu Jahal menuntut dari Rasulullah s.a.w akan bukti-bukti kebenaran perjalanan Israk dan Mikraj beliau yang dapat menyakinkan mereka. Rasulullah s.a.w menceritakan bahawa dalam perjalanannya menuju Syam, beliau telah melalui suatu kabilah, disebuah lembah dimana seekor unta mereka lari tersesat, namun atas petunjuknya, mereka telah bertemu kembali dengan unta mereka tersebut. Juga diceritakan, setibanya beliau dibukit Dhajnan, Rasulullah s.a.w melalui serombongan kabilah yang berehat dalam perjalanan mereka keMekah. Rombongan kabilah tersebut didahului oleh seekor unta abu-abu yang mengangkut dua buah karung, yang satu berwarna hitam, sedang yang satu lagi berwarna hitam-putih dan akan memasuki Mekah melalui jurusan Tan`iem.

Untuk memastikan cerita Rasulullah, maka pihak Quraish telah menghantar beberapa orang keTan`iem untuk melihat rombangan kabilah tersebut dan setelah diselidik, benarlah sebagaimana apa yang diceritakan oleh Rasulullah s.a.w. Namun mereka masih enggan untuk mempercayai cerita perjalanan Rasulullah s.a.w.

Al-Muth`iem bin Adi, seorang pemuka Quraish berkata; “Bagaimana kami dapat mempercayai ceritamu ya Muhamad, bahawa engkau dapat melakukan perjalanan pergi-balik keBaitul-Maqdis hanya dalam tempoh semalam sedang kami memerlukan tempoh berbulan-bulan dengan unta kami. Demi tuhan kami Lata dan Uzza, kami tidak akan menerima ceritamu ini sebagai suatu yang benar dan pasti engkau telah berdusta“.

Abu Bakar r.a yang berada disitu segera berkata dengan lantang: "Aku percaya ya Muhamad, bahawa apa yang diceritakan adalah benar dan engkau adalah pesuruh Allah".

Al-Muth`iem bin Adi bertanya Abu bakar r.a, "Percayakah engkau Abu Bakar bahawa dia telah melakukan perjalanan pergi-balik dalam tempoh hanya semalam?". Abu Bakar r.a menjawab, "Aku percaya kepadanya tentang hal-hal yang lebih jauh dan lebih ganjil dari itu. Aku percaya kepadanya tentang berita-berita langit yang dibawanya siang dan malam, maka bagaimana aku tidak mempercayai tentang Israk dan Mikraj, yang merupakan suatu kemulian anugerah Allah kepadanya".

Sebegitulah keyakinan yang dimiliki oleh Abu Bakar r.a, sehingga layaklah dirinya digelar Abu Bakar Siddiq. Penyataan Abu Bakar r.a ini juga menguatkan lagi keimanan golongan-golongan sahaba yang setia. Rasulullah s.a.w seterusnya ditanya akan rupa bentuk Baitul-Muqadis yang mana pada permulaannya agak sukar untuk Rasulullah s.a.w mengingati akan ciri-cirinya, namun Allah Taala telah membuka dihadapan Rasulullah s.a.w akan pandangan buat Baitul-Muqadis, dimana beliau dapat menjelaskan dengan sejelas-sejelasnya akan ciri-ciri bentuk Baitul-Muqadis yang mana diakui sendiri akan kebenaranya oleh pihak Quraish yang pernah kepergi Baitul-Muqadis.

- Ibn Ishak dalam menyatakan mengenai periwayat-periwayat hadis Israk dan Mikraj bahawa; ….“mereka semua meriwayatkan dari Rasulullah s.a.w sebahagian dari apa yang beliau sebutkan tentang peristiwa Israk yang beliau alami. Sungguh pada peristiwa Israk yang beliau jalani dan apa yang beliau sebutkan didalamnya terdapat tujuan, seleksi dan salah satu bukti akan kekuasaan Allah. Didalamnya juga terdapat pelajaran bagi orang-orang berakal, petunjuk, rahmat pengukuhan bagi orang yang beriman kepada Allah dan membenarkannya. Sungguh peristiwa Israk adalah salah satu bukti kekuasaan Allah. Allah S.W.T mengisra’kan baginda seperti yang di kehendaki-Nya untuk memperlihatkan ayat-ayat-Nya kepada yang Dia inginkan, hingga beliau boleh menyaksikan bukti-bukti kekuasaan-Nya dan kemampuan-Nya mengerjakan apa sahaja“


Friday

Israk & Mikraj - 4

Dari masjid Al Aqsa, Jibril a.s membawa Rasulullah s.a.w naik kemikraj pertama. Dimikraj pertama, ketika Jibrail a.s meminta agar dibukakan pintu, terdengar suara bertanya: "Siapakah engkau?"  Dijawabnya: "Jibril". Jibril a.s ditanya lagi: "Siapakah bersamamu?" Jibrail a.s menjawab: "Muhammad" Jibril a.s ditanya lagi: "Adakah dia telah diutus?" Jibril a.s menjawab: "Ya, dia telah diutus". 

Bila pintu dibukakan pintu maka terlihat seorang insan yang duduk, sedang dikanan dan kirinya tampak sekumpulan insan-insan lain, dimana bila beliau melihat kekanan, beliau tertawa, tetapi bila melihat kekiri, beliau menangis. Kemudian beliau menyambut Rasulullah s.a.w dan Jibril seraya berkata: "Marhaban (selamat datang) nabi yang soleh dan putra yang soleh".

Rasulullah s.a.w bertanya kepada Jibril: "Siapakah itu?" Jawabnya: "Itu adalah Adam a.s., sedang sekumpulan orang yang dikanan kirinya adalah anak cucunya. Kumpulan yang dikanan adalah ahli surga dan kumpulan yang dikirinya adalah ahli neraka, kerana itu, beliau tertawa bila melihat kekanan, dan menangis bila melihat kekirinya". Nabi Adam a.s kemudiannya mendoakan kebaikan buat Rasulullah s.a.w.

Seterusnya Rasulullah s.a.w dibawa naik kemikraj kedua. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Terdengar suara bertanya lagi: "Siapakah engkau?" Dijawabnya: "Jibril".
 
Jibril a.s ditanya lagi: "Siapakah bersamamu?" Jibril a.s menjawab: "Muhammad". Jibril a.s ditanya lagi: "Adakah dia telah diutus?" Jibril a.s menjawab: "Ya, dia telah diutus".

Pintu pun dibukakan lalu bertemulah Rasulullah s.a.w dengan Isa bin Mariam dan Yahya bin Zakaria, dimana mereka berdua menyambut rasulullah s.a.w dan mendoakan rasulullah s.a.w dengan kebaikan.
 
“Marhaban nabi yang saleh” Rasulullah s.a.w bertanya: "Siapakah ini?" Jawab Jibril: "Itu Isa" Nabi Isa bertubuh sedang, kulitnya putih kemerahan bagaikan orang yang baru keluar dari pemandian,

Rasulullah s.a.w kemudiannya dibawa naik kemikraj ketiga. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Terdengar suara bertanya lagi: "Siapakah engkau?" Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: "Siapakah bersamamu?" Jibril a.s menjawab: "Muhammad".  Jibril a.s ditanya lagi: "Adakah dia telah diutus?" Jibril a.s menjawab: "Ya, dia telah diutus".
 
Pintu pun dibukakan, lalu Rasulullah s.a.w bertemu dengan Nabi Yusuf a.s yang ternyata beliau telah dikurniakan kedudukan yang sangat tinggi. Nabi Yusuf a.s menyambut Rasulullah s.a.w dan mendoakan kebaikan. "Marhaban nabi yang saleh". Rasulullah s.a.w bertanya: "Siapakah ini?" Jawab Jibril: "Itu Yusuf".

Rasulullah s.a.w dibawa seterusnya naik kemikraj keempat. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu lalu terdengar suara bertanya lagi: "Siapakah engkau?" Dijawabnya: "Jibril". Jibril a.s ditanya lagi: "Siapakah bersamamu?" Jibril a.s menjawab: "Muhammad". Jibril a.s ditanya lagi: "Adakah dia telah diutus?" Jibril a.s menjawab: "Ya, dia telah diutus".
 
Pintu pun dibukakan maka bertemulah Rasulullah s.a.w dengan Nabi Idris a.s dimana beliau menyambut Rasulullah s.a.w dan mendoakan untuk kebaikan. Nabi Idris berkata: “Marhaban (Selamat datang) nabi yang saleh dan saudara yang saleh”

Rasullah s.a.w bertanya kepada Jibril: "Siapakah ini?" Jawabnya: "Ini Idris". Allah s.w.t berfirman: `Dan kami telah mengangkat ke tempat yang tinggi derajatnya.`

Rasulullah s.a.w seterusnya dibawa naik kemikraj kelima. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu dan terdengar suara bertanya lagi: "Siapakah engkau?" Dijawabnya: "Jibril". Jibril a.s ditanya lagi: "Siapakah bersamamu?" Jibril a.s menjawab: "Muhammad". Jibril a.s ditanya lagi: "Adakah dia telah diutus?" Jibril a.s menjawab: "Ya, dia telah diutus".

Pintu pun dibukakan lalu bertemu Rasulullah s.a.w dengan Nabi Harun a.s dimana beliau menyambut Rasulullah s.a.w dan mendoakan kebaikan. “Marhaban nabi yang saleh” Rasulullah s.a.w bertanya pada Jibrail: "Siapakah ini?" Jawab Jibril: "Itu Harun".

Rasulullah s.a.w dibawa seterusnya naik kemikraj keenam. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu, lalu kedengaran suara bertanya lagi: "Siapakah engkau?" Dijawabnya: "Jibril". Jibril a.s ditanya lagi: "Siapakah bersamamu?" Jibril a.s menjawab: "Muhammad". Jibril a.s ditanya lagi: "Adakah dia telah diutus?" Jibril a.s menjawab: "Ya, dia telah diutus".
 
Pintu pun dibukakan lalu bertemu Rasulullah s.a.w dengan Nabi Musa a.s dimana beliau juga menyambut Rasulullah s.a.w dan mendoakan dengan kebaikan. Nabi Musa a.s menyambut : “Marhaban nabi yang saleh” Rasulullah s.a.w bertanya pada Jibrail: "Siapakah ini?" Jawab Jibril: "Itu Musa". Nabi Musa a.s merpakan seorang yang coklat rupanya, tinggi dan keriting rambutnya, kurus, seperti orang dari suku Syanu’ah.

Seterusnya, Rasulullah s.a.w dibawa naik kemikraj ketujuh. Jibril a.s meminta supaya dibukakan, lalu terdengar suara bertanya lagi: "Siapakah engkau?" Dijawabnya: "Jibril". Jibril a.s ditanya lagi: "Siapakah bersamamu?" Jibril a.s menjawab: "Muhammad". Jibril a.s ditanya lagi: "Adakah dia telah diutus?" Jibril a.s menjawab: "Ya, dia telah diutus".
 
Pintu pun dibukakan maka bertemu Rasulullah s.a.w dengan Nabi Ibrahim a.s berhampiran dengan Baitul Makmur. Begitu luasnya baitul Makmur dimana setiap hari tujuh puluh ribu malaikat akan memasukinya untuk melakukan tawaf, dan yang telah keluar, tidak mungkin dapat masuk kembali lantaran banyaknya para malaikat.

Rasulullah s.a.w melihat bahawa dirinya sangat menyerupai Nabi Ibrahim a.s. Kepada Rasulullah s.a.w, Nabi Ibrahim a.s berkata; "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: Subhanallah, wal-hamdulillah, wala ilahaillallah, Allahu akhbar dan Wala haula wala Quawwata illa billahil-aliyyil-azhim. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sebatang pohon dalam surga"

Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah s.a.w dan Jibrail masuk kedalam Baitul-Makmur dan bersolat (Kedudukan Baitul-Makmur adalah betul-betul berada diatas Baitullah diMekah).

Rasulullah s.aw dibawa seterusnya untuk naik kemikraj kelapan. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu Sidratul al-Muntaha. Sidratul Muntaha ( سدرة المنتهى‎ , Sidratul Muntaha) adalah sebatang pohon bidara yang yang sangat besar, menandai akhir dari langit ketujuh, mulai tumbuh dilangit Keenam hingga langit Ketujuh, merupakan sebuah batas dimana makhluk tidak dapat melewatinya. Dedaunannya sebesar telinga gajah dan buah-buahannya seperti bejana batu. Menurut Kitab As-Suluk, Sidrat al-Muntahā adalah sebuah pohon yang terdapat di bawah ‘Arsy, pohon tersebut memiliki daun yang sama banyaknya dengan sejumlah makhluk ciptaan Allah.

Allah berfirman dalam surah An-Najm 16,
“ Ketika Sidratul Muntaha diliputi oleh sesuatu yang meliputinya (an-Najm, 53: 16) ”
Dikatakan bahawa yang menyelimutinya adalah permadani terbuat dari emas.

Jika Allah memutuskan sesuatu, maka “bersemilah” Sidratul Muntaha sehingga diliputi oleh sesuatu, yang menurut penafsiran Ibnu Mas’ud r.a adalah “permadani emas”. Penerangan tentang Sidratul Muntaha dalam hadits-hadits tentang Isra Mikraj tersebut hanyalah berupa gambaran (metafora) sebatas yang dapat diungkapkan kata-kata, sedang hakikat sebenarnya, hanya Allah sahaja yang maha mengetahui.

Dari Anas bin Malik, dari Malik bin Sha’sha’ah, dari Rasulullah s.a.w; Dia pun menyebutkan hadits Mikraj, dan didalamnya: “Kemudian aku dinaikkan keSidratul Muntaha”. Lalu Rasulullah s.a.w mengisahkan: “Bahawa daunnya seperti telinga gajah dan buahnya seperti bejana batu”. (HR al-Baihaqi, Bukhari dan Muslim)

Dari sidratul muntaha dilihatnya pula empat sungai, dua sungai non-fisik (bathin) disurga, dua sungai fisik (dhahir) di dunia: sungai Efrat di Iraq dan sungai Nil di Mesir. Disinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah s.a.w menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai yang air tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah-buahan, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah, disamping unggas-unggas emas yang berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi indahnya untuk diungkapkan. Rasulullah s.a.w juga dapat menyaksikan sungai Al-Kautsar yang mengalir terus kesyurga.

Jibril juga seterusnya membawa mengajak Rasulullah s.a.w untuk melihat surga yang indah. Inilah yang dijelaskan pula dalam Al-Qur’an surat An-Najm. DiSidratul Muntaha itu juga, Rasulullah s.a.w telah melihat bentuk wujud Jibril yang sebenar. 

Ibnu Mas’ud meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah melihat (bentuk asli) Jibril. Ia memiliki enam ratus sayap.” (HR Muslim)

Dan sesungguhnya Muhammad telah melihat Jibril itu (dalam rupanya yang asli) pada waktu yang lain, (An-Najm 53:13) ”

Setelah disurga, Jibril mengajak pula Rasulullah s.a.w untuk melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya. Rasulullah s.a.w seterusnya dibawa lagi naik kemikraj kesembilan oleh Jibril a.s dimana sampai suatu batas, Jibril terpaksa meninggalkan Rasulullah s.a.w keseorangan untuk meneruskan perjalanannya. Rasulullah s.a.w masuk kedalam nur lalu naik keMustawa dan Sharirul-Aqlam. Disitu, beliau melihat seorang lelaki yang ghaib didalam nur `Arasy, iaitu lelaki yang didunia lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu-bapanya (mentaati dan menghormati orang tuanya).

Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah melihat hijab Allah yang berupa cahaya. Abu Dzar r.a meriwayatkan: "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w: “Apakah tuan melihat Allah?”. Rasulullah s.a.w menjawab: “Cahaya. Bagaimanakah aku melihat-Nya?" (HR Muslim)

Dari Abdullah bin Syaqiq: ‘Aku berkata kepada Abu Dzar r.a: “Seandainya aku melihat Rasulullah s.a.w, pasti aku akan menanyainya.” Lantas Abu Dzar r.a bertanya: “Tentang apa?” Aku akan menanyainya: “Apakah beliau melihat Allah?” Abu Dzar berkata: “Aku telah menanyainya, kemudian beliau jawab: ‘Aku telah melihat cahaya’.”(HR Muslim)


Bersambung...

Thursday

Israk & Mikraj - 3

Hadith mengenai Israk dan Mikraj

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أُتِيتُ بِالْبُرَاقِ وَهُوَ دَابَّةٌ أَبْيَضُ طَوِيلٌ فَوْقَ الْحِمَارِ وَدُونَ الْبَغْلِ يَضَعُ حَافِرَهُ عِنْدَ مُنْتَهَى طَرْفِهِ
قَالَ فَرَكِبْتُهُ حَتَّى أَتَيْتُ بَيْتَ الْمَقْدِسِ قَالَ فَرَبَطْتُهُ بِالْحَلْقَةِ الَّتِي يَرْبِطُ بِهِ الْأَنْبِيَاءُ قَالَ ثُمَّ دَخَلْتُ الْمَسْجِدَ فَصَلَّيْتُ فِيهِ رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ خَرَجْتُ
فَجَاءَنِي جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام بِإِنَاءٍ مِنْ خَمْرٍ وَإِنَاءٍ مِنْ لَبَنٍ فَاخْتَرْتُ اللَّبَنَ فَقَالَ جِبْرِيلُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اخْتَرْتَ الْفِطْرَةَ ثُمَّ عَرَجَ بِنَا إِلَى السَّمَاءِ فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ فَقِيلَ مَنْ أَنْتَ قَالَ جِبْرِيلُ قِيلَ وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ قِيلَ وَقَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ قَالَ قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ فَفُتِحَ لَنَا
فَإِذَا أَنَا بِآدَمَ فَرَحَّبَ بِي وَدَعَا لِي بِخَيْرٍ ثُمَّ عَرَجَ بِنَا إِلَى السَّمَاءِ الثَّانِيَةِ فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام فَقِيلَ مَنْ أَنْتَ قَالَ جِبْرِيلُ قِيلَ وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ قِيلَ وَقَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ قَالَ قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ فَفُتِحَ لَنَا
فَإِذَا أَنَا بِابْنَيْ الْخَالَةِ عِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ وَيَحْيَى بْنِ زَكَرِيَّاءَ صَلَوَاتُ اللَّهِ عَلَيْهِمَا فَرَحَّبَا وَدَعَوَا لِي بِخَيْرٍ ثُمَّ عَرَجَ بِي إِلَى السَّمَاءِ الثَّالِثَةِ فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ فَقِيلَ مَنْ أَنْتَ قَالَ جِبْرِيلُ قِيلَ وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قِيلَ وَقَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ قَالَ قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ فَفُتِحَ لَنَا
فَإِذَا أَنَا بِيُوسُفَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا هُوَ قَدْ أُعْطِيَ شَطْرَ الْحُسْنِ فَرَحَّبَ وَدَعَا لِي بِخَيْرٍ ثُمَّ عَرَجَ بِنَا إِلَى السَّمَاءِ الرَّابِعَةِ فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام قِيلَ مَنْ هَذَا قَالَ جِبْرِيلُ قِيلَ وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ قَالَ وَقَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ قَالَ قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ فَفُتِحَ لَنَا
فَإِذَا أَنَا بِإِدْرِيسَ فَرَحَّبَ وَدَعَا لِي بِخَيْرٍ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ { وَرَفَعْنَاهُ مَكَانًا عَلِيًّا } ثُمَّ عَرَجَ بِنَا إِلَى السَّمَاءِ الْخَامِسَةِ فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ قِيلَ مَنْ هَذَا قَالَ جِبْرِيلُ قِيلَ وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ قِيلَ وَقَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ قَالَ قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ فَفُتِحَ لَنَا
فَإِذَا أَنَا بِهَارُونَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرَحَّبَ وَدَعَا لِي بِخَيْرٍ ثُمَّ عَرَجَ بِنَا إِلَى السَّمَاءِ السَّادِسَةِ فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام قِيلَ مَنْ هَذَا قَالَ جِبْرِيلُ قِيلَ وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ قِيلَ وَقَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ قَالَ قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ فَفُتِحَ لَنَا فَإِذَا أَنَا بِمُوسَى صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرَحَّبَ وَدَعَا لِي بِخَيْرٍ ثُمَّ عَرَجَ إِلَى السَّمَاءِ السَّابِعَةِ فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ فَقِيلَ مَنْ هَذَا قَالَ جِبْرِيلُ قِيلَ وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قِيلَ وَقَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ قَالَ قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ فَفُتِحَ لَنَا
فَإِذَا أَنَا بِإِبْرَاهِيمَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُسْنِدًا ظَهْرَهُ إِلَى الْبَيْتِ الْمَعْمُورِ وَإِذَا هُوَ يَدْخُلُهُ كُلَّ يَوْمٍ سَبْعُونَ أَلْفَ مَلَكٍ لَا يَعُودُونَ إِلَيْهِ
ثُمَّ ذَهَبَ بِي إِلَى السِّدْرَةِ الْمُنْتَهَى وَإِذَا وَرَقُهَا كَآذَانِ الْفِيَلَةِ وَإِذَا ثَمَرُهَا كَالْقِلَالِ قَالَ فَلَمَّا غَشِيَهَا مِنْ أَمْرِ اللَّهِ مَا غَشِيَ تَغَيَّرَتْ فَمَا أَحَدٌ مِنْ خَلْقِ اللَّهِ يَسْتَطِيعُ أَنْ يَنْعَتَهَا مِنْ حُسْنِهَا
فَأَوْحَى اللَّهُ إِلَيَّ مَا أَوْحَى فَفَرَضَ عَلَيَّ خَمْسِينَ صَلَاةً فِي كُلِّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ فَنَزَلْتُ إِلَى مُوسَى صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ مَا فَرَضَ رَبُّكَ عَلَى أُمَّتِكَ قُلْتُ خَمْسِينَ صَلَاةً قَالَ ارْجِعْ إِلَى رَبِّكَ فَاسْأَلْهُ التَّخْفِيفَ فَإِنَّ أُمَّتَكَ لَا يُطِيقُونَ ذَلِكَ فَإِنِّي قَدْ بَلَوْتُ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَخَبَرْتُهُمْ
قَالَ فَرَجَعْتُ إِلَى رَبِّي فَقُلْتُ يَا رَبِّ خَفِّفْ عَلَى أُمَّتِي فَحَطَّ عَنِّي خَمْسًا فَرَجَعْتُ إِلَى مُوسَى فَقُلْتُ حَطَّ عَنِّي خَمْسًا قَالَ إِنَّ أُمَّتَكَ لَا يُطِيقُونَ ذَلِكَ فَارْجِعْ إِلَى رَبِّكَ فَاسْأَلْهُ التَّخْفِيفَ قَالَ فَلَمْ أَزَلْ أَرْجِعُ بَيْنَ رَبِّي تَبَارَكَ وَتَعَالَى وَبَيْنَ مُوسَى عَلَيْهِ السَّلَام حَتَّى
قَالَ يَا مُحَمَّدُ إِنَّهُنَّ خَمْسُ صَلَوَاتٍ كُلَّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ لِكُلِّ صَلَاةٍ عَشْرٌ فَذَلِكَ خَمْسُونَ صَلَاةً وَمَنْ هَمَّ بِحَسَنَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا كُتِبَتْ لَهُ حَسَنَةً فَإِنْ عَمِلَهَا كُتِبَتْ لَهُ عَشْرًا وَمَنْ هَمَّ بِسَيِّئَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا لَمْ تُكْتَبْ شَيْئًا فَإِنْ عَمِلَهَا كُتِبَتْ سَيِّئَةً وَاحِدَةً
قَالَ فَنَزَلْتُ حَتَّى انْتَهَيْتُ إِلَى مُوسَى صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَخْبَرْتُهُ فَقَالَ ارْجِعْ إِلَى رَبِّكَ فَاسْأَلْهُ التَّخْفِيفَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقُلْتُ قَدْ رَجَعْتُ إِلَى رَبِّي حَتَّى اسْتَحْيَيْتُ مِنْهُ " .

Anas ibnu Malik r.a meriwayatkannya:

Rasulullah s.a.w bersabda: Aku telah didatangi Buraq. Iaitu seekor binatang yang berwarna putih, lebih besar dari keldai tetapi lebih kecil dari baghal. Ia merendahkan tubuhnya sehinggalah perut buraq tersebut mencecah bumi. Baginda bersabda lagi: Tanpa membuang masa, aku terus menungganginya sehinggalah sampai ke Baitulmuqaddis.
Baginda bersabda lagi: Aku mengikatnya pada tiang masjid sebagaimana yang biasa dilakukan oleh para Nabi. Baginda bersabda lagi: Sejurus kemudian aku masuk ke dalam masjid dan mendirikan sembahyang sebanyak dua rakaat.

Setelah selesai aku terus keluar, secara tiba-tiba aku didatangi dengan semangkuk arak dan semangkuk susu oleh Jibril a.s. Aku memilih susu. Lalu Jibril a.s berkata: Engkau telah memilih fitrah. Lalu Jibril a.s membawaku naik ke langit. Ketika Jibril a.s meminta agar dibukakan pintu, kedengaran suara bertanya: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Lalu dibukakan pintu kepada kami.

Ketika aku bertemu dengan Nabi Adam a.s, beliau menyambutku serta mendoakan aku dengan kebaikan. Seterusnya aku dibawa naik ke langit kedua. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami.

Ketika aku bertemu dengan Isa bin Mariam dan Yahya bin Zakaria, mereka berdua menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Aku dibawa lagi naik langit ketiga. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami.

Ketika aku bertemu dengan Nabi Yusuf a.s ternyata dia telah dikurniakan sebahagian dari keindahan. Dia terus menyambut aku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Aku dibawa lagi naik ke langit keempat. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami.

Ketika aku bertemu dengan Nabi Idris a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: Dan kami telah mengangkat ke tempat yang tinggi darjatnya. Aku dibawa lagi naik ke langit kelima. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami.

Ketika aku bertemu dengan Nabi Harun a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Aku dibawa lagi naik ke langit keenam. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami.

Ketika aku bertemu dengan Nabi Musa a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Aku dibawa lagi naik ke langit ketujuh. Jibril a.s meminta supaya dibukakan. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami.

Ketika aku bertemu dengan Nabi Ibrahim a.s dia sedang berada dalam keadaan menyandar di Baitul Makmur. Keluasannya setiap hari memuatkan tujuh puluh ribu malaikat. Setelah keluar mereka tidak kembali lagi kepadanya.

Kemudian aku dibawa ke Sidratul Muntaha. Daun-daunnya besar umpama telinga gajah manakala buahnya pula sebesar tempayan. Baginda bersabda: Ketika baginda merayau-rayau meninjau kejadian Allah s.w.t, baginda dapati kesemuanya aneh-aneh. Tidak seorang pun dari makhluk Allah yang mampu menggambarkan keindahannya. Lalu Allah s.w.t memberikan wahyu kepada baginda dengan mewajibkan sembahyang lima puluh waktu sehari semalam.

Tatakala baginda turun dan bertemu Nabi Musa a.s, dia bertanya: Apakah yang telah difardukan oleh Tuhanmu kepada umatmu? Baginda bersabda: Sembahyang lima puluh waktu. Nabi Musa a.s berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan kerana umatmu tidak akan mampu melaksanakannya. Aku pernah mencuba Bani israel dan memberitahu mereka. Baginda bersabda: Baginda kemudiannya kembali kepada Tuhan dan berkata: Wahai Tuhanku, berilah keringanan kepada umatku. Lalu Allah s.w.t mengurangkan lima waktu sembahyang dari baginda. Baginda kembali kepada Nabi Musa a.s dan berkata: Allah telah mengurangkan lima waktu sembahyang dariku. Nabi Musa a.s berkata: Umatmu masih tidak mampu melaksanakannya. Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan lagi.

Baginda bersabda: Baginda tak henti-henti berulang-alik antara Allah dan Nabi Musa a.s, sehinggalah Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: Wahai Muhammad! Sesungguhnya aku fardukan hanyalah lima waktu sehari semalam. Setiap sembahyang fardu diganjarkan dengan sepuluh ganjaran.

Oleh yang demikian, bererti lima waktu sembahyang fardu sama dengan lima puluh sembahyang fardu. Begitu juga sesiapa yang berniat, untuk melakukan kebaikan tetapi tidak melakukanya, nescaya akan dicatat baginya satu kebaikan. Jika dia melaksanakannya, maka dicatat sepuluh kebaikan baginya. Sebaliknya sesiapa yang berniat ingin melakukan kejahatan, tetapi tidak melakukannya, nescaya tidak sesuatu pun dicatat baginya. Seandainya dia melakukannya, maka dicatat sebagai satu kejahatan baginya.

Baginda turun hingga sampai kepada Nabi Musa a.s, lalu aku memberitahu kepadanya. Dia masih lagi berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan. Baginda menyahut: Aku terlalu banyak berulang alik kepada Tuhan, sehingga menyebabkan aku malu kepada-Nya. (Sahih Muslim)


Bersambung...

Israk & Mikraj - 2


Pada malam israk dan mikraj, Jibril turun lalu membelah dada Rasulullah s.a.w. Setelah membasuhnya dengan air zam-zam, dibawanya bejana emas yang berisi hikmat dan iman lalu dituangkan kedalam dada Rasulullah s.a.w sebelum ditutup kembali. Kemudian didatangkan Buraq, iaitu seekor binatang yang berwarna putih, lebih besar dari himar tetapi lebih kecil dari baghal. (Ada yang menyatakan bahawa istilah nama buraq adalah kemungkinan dari perkataan barqu yang bermakna kilat, iaitu sejenis haiwan yang mampu bergerak seperti kilat,  wallahualam)

Rasulullah s.a.w ditemani oleh malaikat Jibril dan Israfil dimana mereka juga berhenti di Thaibah (Madinah) iaitu tempat dimana kemudiannya Rasulullah s.a.w akan melakukan hijrah, bukit Tursina iaitu tempat Nabi Musa .a.s berkata-kata dengan Allah dan juga Baitul-Laham/Bethelehem iaitu tempat Nabi Isa a.s dilahirkan.

Dimasjid Al-Aqsa, Rasulullah s.a.w telah mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan seluruh para Nabi dan mursalin menjadi makmum. Kemudian Jibrail membawa dua bejana yang berisi arak dan susu, dimana Rasulullah s.a.w memilih susu lalu diminumnya. Berkata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat. “Engkau telah memilih fitrah”

Rasulullah s.a.w kemudiannya menyaksikan peristiwa-peristiwa yang amat ajaib buat pengajaran iaitu :

  • Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah s.a.w dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
  • Tempat yang berbau harum. Rasulullah s.a.w diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Firaun kerana tetap teguh beriman kepada Allah.
  • Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka kembali kepada asalnya, lalu dipecahkan kembali. Keadaan ini dilakukan berulang-ulang. Jibrail memberitahu Rasulullah s.a.w: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud kepada Allah.
  • Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan dan mereka memakan bara api serta batu dari neraka Jahannam. Jibrail berkata: Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat buat harta mereka.
  • Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Jibrail berkata: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
  • Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Jibril berkata: “Itulah orang yang makan riba“
  • Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Jibrail berkata: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
  • Satu kaum yang sedang mengunting lidah dan bibir mereka dengan pengunting besi dimana setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Jibrail berkata: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
  • Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Jibrail berkata: Itulah orang yang memakan daging manusia (dengan mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan atau memfitnah) orang lain.
  • Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit dan cuba kembali memasuki lubang tersebut tetapi tidak berjaya. Jibrail berkata: Itulah orang yang sombong dan bercakap besar (Takbur). Kemudian menyesal, tetapi sudah terlambat.
  • Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah s.a.w tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah s.a.w memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
  • Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah s.a.w berhenti. Rasulullah s.a.w tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
  • Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah s.a.w untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.


Bersambung...

Israk & Mikraj - 1

Allah Taala maha suci dari segalanya serta berkuasa keatas segala-galanya telah memperlihatkan akan peristiwa Israk dan Mikraj ini untuk renungan insan agar memahami bahawa bagaimana mulia dan tingginya darjat Rasulullah s.a.w serta akan kebesaran Allah Taala. Peristiwa ini bukanlah bermakna akan Allah memerlukan tempat atau Allah bertempat, tetapi sebagai gambaran akan darjat-darjat insan yang dimuliakan oleh Allah Taala seperti darjat-darjat para Anbiya yang ditemui oleh Rasulullah s.a.w dilangit-langit dalam perjalanan beliau ke Sidratul Muntaha.

Sebagaimana Allah Taala berkuasa memanggil Nabi Musa a.s kegunung Tursina untuk membawa kebenaran akan kalimah Laillahaillah, sebegitu juga Allah Taala berkuasa membawa Rasulullah menembusi segala dimensi ruang masa dan tempat dalam peristiwa Israk dan Mikraj untuk menunjukkan kebesaran-Nya. Dalam pada itu, apa yang terjadi pada Musa a.s adalah berbeza dengan Rasulullah s.a.w dimana pada pertemuan yang pertama Nabi Musa a.s diTursina, beliau belum diangkat sebagai nabi, manakala peristiwa Israk dan Mikraj buat Rasulullah s.a.w terjadi setelah 12 tahun Rasulullah s.a.w diangkat sebagai nabi.

Imam Ghazali rah menyatakan bahawa hikmah Israk dan Mikraj ini adalah dimana Allah Taala telah memberi kesempatan kepada Rasulullah s.a.w untuk melihat tanda-tanda dan kejadian yang amat luar biasa, yang terjadi di atas kekuasaan Allah, agar lahir keyakinan dan penyerahan diri kepada Allah, dalam menghadapi tekanan orang-orang kafir pada waktu itu.

Sebagaimana sebelum Nabi Musa a.s diutus menjadi nabi, Allah telah memperlihatkan kepadanya keajaiban-keajaiban kekuasaan-Nya, dengan memerintahkan Musa a.s melempar tongkat yang tergenggam di tangannya, dan bila Nabi Musa a.s melemparkan tongkatnya, maka tiba-tiba ia menjadi seekor ular yang menjalar dengan pantas. 

Kemudian Allah memerintah Nabi Musa a.s memegang tongkatnya yang telah menjadi ular. Biarpun Nabi Musa a.s merasa ketakutan, namun diatas ketaatannya, lalu dipegang ular tersebut yang mana berubah kembali menjadi tongkat. Juga diperintahkan agar Nabi Musa a.s mengepit tangannya dicelah ketiaknya yang mana bila ditarik tangannya keluar, menjadilah tangannya putih bercahaya tanpa cacat.

Ketika hati Musa a.s dipenuhi rasa takjub akan kejadian yang ajaib tersebut, tumbuhlah rasa iman dan keyakinan yang kukuh dalam dirinya kepada Allah. Pada ketika itulah Allah berfirman kepada Musa a.s, seperti dalam firman-Nya yang bermaksud: “Pergilah kepada Firaun. Sesungguhnya dia telah melampui batas.” (Surah Thaha: 24)

وَهَلۡ أَتَٮٰكَ حَدِيثُ مُوسَىٰٓ (٩) إِذۡ رَءَا نَارً۬ا فَقَالَ لِأَهۡلِهِ ٱمۡكُثُوٓاْ إِنِّىٓ ءَانَسۡتُ نَارً۬ا لَّعَلِّىٓ ءَاتِيكُم مِّنۡہَا بِقَبَسٍ أَوۡ أَجِدُ عَلَى ٱلنَّارِ هُدً۬ى (١٠) فَلَمَّآ أَتَٮٰهَا نُودِىَ يَـٰمُوسَىٰٓ (١١) إِنِّىٓ أَنَا۟ رَبُّكَ فَٱخۡلَعۡ نَعۡلَيۡكَ‌ۖ إِنَّكَ بِٱلۡوَادِ ٱلۡمُقَدَّسِ طُوً۬ى (١٢) وَأَنَا ٱخۡتَرۡتُكَ فَٱسۡتَمِعۡ لِمَا يُوحَىٰٓ (١٣) إِنَّنِىٓ أَنَا ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّآ أَنَا۟ فَٱعۡبُدۡنِى وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ لِذِڪۡرِىٓ (١٤) إِنَّ ٱلسَّاعَةَ ءَاتِيَةٌ أَكَادُ أُخۡفِيہَا لِتُجۡزَىٰ كُلُّ نَفۡسِۭ بِمَا تَسۡعَىٰ (١٥) فَلَا يَصُدَّنَّكَ عَنۡہَا مَن لَّا يُؤۡمِنُ بِہَا وَٱتَّبَعَ هَوَٮٰهُ فَتَرۡدَىٰ (١٦) وَمَا تِلۡكَ بِيَمِينِكَ يَـٰمُوسَىٰ (١٧) قَالَ هِىَ عَصَاىَ أَتَوَڪَّؤُاْ عَلَيۡہَا وَأَهُشُّ بِہَا عَلَىٰ غَنَمِى وَلِىَ فِيہَا مَـَٔارِبُ أُخۡرَىٰ (١٨) قَالَ أَلۡقِهَا يَـٰمُوسَىٰ (١٩) فَأَلۡقَٮٰهَا فَإِذَا هِىَ حَيَّةٌ۬ تَسۡعَىٰ (٢٠) قَالَ خُذۡهَا وَلَا تَخَفۡ‌ۖ سَنُعِيدُهَا سِيرَتَهَا ٱلۡأُولَىٰ (٢١) وَٱضۡمُمۡ يَدَكَ إِلَىٰ جَنَاحِكَ تَخۡرُجۡ بَيۡضَآءَ مِنۡ غَيۡرِ سُوٓءٍ ءَايَةً أُخۡرَىٰ (٢٢) لِنُرِيَكَ مِنۡ ءَايَـٰتِنَا ٱلۡكُبۡرَى (٢٣) ٱذۡهَبۡ إِلَىٰ فِرۡعَوۡنَ إِنَّهُ ۥ طَغَىٰ (٢٤

Apakah telah sampai kepadamu kisah Musa? (9) Ketika ia melihat api, lalu berkatalah ia kepada keluarganya: "Tinggallah kamu [di sini], sesungguhnya aku melihat api, mudah-mudahan aku dapat membawa sedikit daripadanya kepadamu atau aku akan mendapat petunjuk ditempat api itu". (10) Maka ketika ia datang ketempat api itu ia dipanggil: "Hai Musa! (11) Sesungguhnya Aku inilah Tuhanmu, maka tanggalkanlah kedua terompahmu; sesungguhnya kamu berada di lembah yang suci, Thuwa. (12) Dan Aku telah memilih kamu, maka dengarkanlah apa yang akan diwahyukan [kepadamu]. (13) Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan [yang hak] selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah shalat untuk mengingat Aku. (14) Sesungguhnya hari kiamat itu akan datang, Aku merahsiakan [waktunya] agar supaya tiap-tiap diri itu dibalas dengan apa yang ia usahakan. (15) Maka sekali-kali janganlah kamu dipalingkan daripadanya oleh orang yang tidak beriman kepadanya dan oleh orang yang mengikuti hawa nafsunya, yang menyebabkan kamu jadi binasa". (16) Apakah itu yang di tangan kananmu, hai Musa? (17) Berkata Musa: "Ini adalah tongkatku, aku bertelekan padanya, dan aku pukul [daun] dengannya untuk kambingku, dan bagiku ada lagi keperluan yang lain padanya". (18) Allah berfirman: "Lemparkanlah ia, hai Musa!" (19) Lalu dilemparkannyalah tongkat itu, maka tiba-tiba ia menjadi seekor ular yang merayap dengan cepat. (20) Allah berfirman: "Peganglah ia dan jangan takut, Kami akan mengembalikannya kepada keadaannya semula, (21) dan kepitkanlah tanganmu ke ketiakmu niscaya ia keluar menjadi putih cemerlang tanpa cacad, sebagai mu’jizat yang lain [pula], (22) untuk Kami perlihatkan kepadamu sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Kami yang sangat besar, (23) Pergilah kepada Fir’aun; sesungguhnya ia telah melampaui batas". (24) - Surah Thaha: 9-24


Peristiwa Israk dan Mikraj juga terselit kisah akan Allah Taala memerintahkan umat Islam bersolat fardu, tanpa perantaraan Jibrail (sebagaimana lazimnya segala perintah-perintah lain diturunkan melalui wahyu oleh Jibrail), menunjukkan betapa pentingnya kedudukan solat selepas syahadat. Solat merupakan perintah yang difardukan semasa Rasulullah s.a.w diMekah manakala perintah-perintah lain diturunkan setelah Rasulullah s.a.w berhijrah keMadinah. Disamping juga kisah hikmah akan bagaimana kepentingan masyuara seperti dialog masyuara antara Nabi Musa yang berpengalaman dengan Rasulullah s.a.w agar memohon kepada Allah untuk mengurangkan jumlah solat dari 50 waktu sehari kepada 5 waktu sehari.


Bersambung...

Btn_blue_77x28

open source - sumber terbuka

Mana-mana coretan yang dikira baik, dibenarkan mengambil (copy-paste) tanpa perlu bertanya tuan blog ini. Manakala mana-mana coretan yang terdapat kesilapan, mohon ribuan kemaafan dari tuan blog ini. - " Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya "

Coretan lalu

zar4art

Bayan

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com
Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com

Waktu sholat

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

English to Arabic to English Dictionary
Find word:
Exact Word / Starting Word Sub Word
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
www.SearchTruth.com

Salam damai