Sebanyak 150 jemaah telah dihantar dari Madinah dalam masa 10 tahun tersebut. Baginda s.a.w. sendiri telah menyertai 25 daripada jemaah-jemaah tersebut. Sebahagian jemaah tersebut terdiri daripada 10,000 orang, ada yang 1,000 orang, 500 orang, 300 orang, 15 orang, 7 orang dan sebagainya. Jemaah-jemaah ini ada yang keluar untuk 3 bulan, 2 bulan, 15 hari, 3 hari dan sebagainya. 125 jemaah lagi sebahagiannya terdiri daripada 1000 orang, 600 orang, 500 orang dan sebagainya dengan masa 6 bulan, 4 bulan dan sebagainya.
Sekiranya kita menghitung dengan teliti maka akan didapati purata masa yang diberikan oleh setiap sahabat untuk keluar ke jalan Allah dalam masa setahun ialah antara 6 hingga 7 bulan.
Sahabat keluar 5 tahun
Pada tahun 627M satu rombongan sahabat-sahabat Nabi S.A.W yang diketuai oleh Wahab bin Abi Qabahah dikatakan telah mengunjungi Riau dan menetap selama 5 tahun di sana (sebelum pulang ke Madinah)
(dipetik dari kitab 'Wali Songo dengan perkembangan Islam di Nusantara', )
Sahabat keluar 6 bulan
Bara’ Radiyallahu 'anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam telah mengutus Khalid ibne-Walid Radiyallahu 'anhu kepada penduduk Yamen untuk mengajak mereka masuk Islam. Bara berkata: Aku juga termasuk dalam jamaah itu. Kami tinggal di sana selama 6 bulan. Khalid radiyalaahu anhu selalu mengajak mereka untuk masuk Islam, tetapi mereka menolak ajakannya.
Kemudian Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam mengutus 'Ali ibne-Abi Talib Radiyallahu 'anhu ke sana dan memerintahkan kepada Khalid r.a. untuk kembali dengan seluruh jamaah kecuali salah seorang dari jamaah Khalid r.a. yang mahu menemani Ali r.a, maka ia boleh ikut serta dengan Ali r.a. Bara r.a berkata: Akulah yang menemani Ali r.a. selama di sana. Ketika kami betul-betul dekat dengan penduduk Yaman, maka mereka keluar dan dan dating kehadapan kami. Lalu Ali r.a. mengatur shaf mereka untuk mengerjakan solah dan Ali yang menjadi imam dalam solah kami.
Selesai solah, Ali r.a membacakan isi surat Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam kepada mereka. Setelah mendengar isi surat Rasulullah sallalaahu alayhi wasalam itu maka seluruh Bani Hamdan masuk Islam. Kemudian Ali r.a. menulis surat kepada Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam yang isinya memberitahukan tentang ke-Islaman mereka kepada baginda. Setelah isi surat tersebut dibacakan kepada Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam, maka baginda langsung sujud syukur kepada Allah Swt. Setelah mengangkat kepala, baginda berdoa: Keselamatan bagi Bani Hamadan. Keselamatan bagi Bani Hamadan. (Bukhari, Baihaqi, Bidayah-wan-Nihayah)
(Dipetik dari kitab Muntakhab Ahadith, bab Dakwah dan Tabligh,)
Keluar 4 bulan
Ibn Juraij berkata: “Ada seseorang yang menceritakan kepada saya bahawa pada suatu malam ketika Umar radiyalaahu anhu sedang berkeliling (ghast) di sekitar lorong-lorong kota Madinah, tiba-tiba beliau mendengar seorang wanita sedang melantunkan sya’ir:
”Betapa panjang malam ini dan betapa gelap di sekelilingnya, Daku tidak boleh tidur kerana tiada yang tersayang yang boleh ku ajak bercumbu Andai bukan kerana takut berdosa kepada Allah yang tiada sesuatu pun dapat menyamaiNya Sudah pasti ranjang ini di goyang oleh yang lainnya."
Ketika Umar r.a. mendengar sya’irnya itu, maka dia bertanya kepada wanita tersebut, “Apa yang terjadi padamu?” Wanita itu menjawab, “Saya sangat merindukan suami saya yang telah meninggalkan saya selama beberapa bulan.” Umar r.a. betanya, “Apakah kamu bermaksud melakukan hal yang buruk?” Wanita itu menjawab, “Saya berlindung kepada Allah.” Umar r.a. berkata, “Kuasailah dirimu! Sekarang saya akan mengutus orang untuk memanggil suami mu.”
Setelah itu Umar r.a. bertanya kepada anak perempuannya Hafsah r.anha, “Aku akan bertanya padamu mengenai sesuatu masalah yang membingungkan aku, mudah-mudahan kamu boleh memberi jalan keluar untukku. Berapa lama seorang wanita mampu menahan kerinduan ketika berpisah dari suaminya?” Mendengar pertanyaan itu, Hafsah r.anha menundukkan kepala merena merasa malu. Umar r.a. berkata, “ Sesungguhnya Allah tidak pernah merasa malu dalam hal kebaikan.” Hafsah menjawab sambil berisyarat dengan jari tangannya, “Tiga sampai empat bulan.” Kemudian Umar r.a. menulis surat kepada setiap amir (pimpinan) pasukan tentera Islam supaya tidak menahan anggota pasukannya lebih dari 4 bulan.”
(Riwayat Abdur Razzaq dalam kitab Al-Kanz Jilidl VIII, m/s.308).
Ibnu 'Umar (Radiallahu'Anhu) mengatakan bahawa pada suatu malam Umar r.a. keluar (untuk melihat ehwal orangramai), tiba-tiba beliau mendengar seorang wanita sedang bersya’ir:
"Betapa panjang malam ini dan betapa gelap di sekelilingnya Aku tidak boleh tidur kerana tida yang tersayang yang boleh kuajak bercumbu."
Kemudian Umar r.a. bertanya kepada Hafsah r.anha, berapa lama wanita dapat bertahan tidak bertemu dengan suaminya?” Hafsah r.anha menjawab, “Enam atau empat bulan.” Maka Umar r.a. berkata, “Untuk selanjutnya saya tidak akan menahan tentera lebih dari masa itu.”
(Hr. Baihaqi dalam kitabnya jilid IX m/s 29)
[seperti yang dipetik dari kitab Hayatus Sahabah, bab Al-Jihad]
Keluar 40 hari
"Seorang lelaki telah datang kepada Saiyidina Umar ibnu Khattab r.a. maka Saiyidina Umar r.a. pun bertanya: Di manakah engkau berada? Dijawabnya: Saya berada di Ribat. Saiyidina Umar r.a. bertanya lagi: Berapa hari engkau berada di Ribat itu? Jawabnya tiga puluh hari. Maka berkata Saiyidina Umar r.a.: Mengapa kamu tidak cukupkan empat puluh hari?
(Kanzul Ummal, Juzuk 2 muka surat 288, dipetik dari kitab 'Risalah ad Dakwah)
Keluar 3 hari
Daripada Ibnu Umar r.a. berkata: Nabi SAW telah memanggil Abdul Rahman bin Auf r.a. lalu bersabda: Siap sedialah kamu, maka sesungguhnya aku akan menghantar engkau bersama satu jama'ah maka menyebut ia akan hadis dan katanya: Maka keluarlah Abdul Rahman hingga berjumpa dengan para sahabatnya, maka berjalanlah mereka sehingga sampai ke suatu tempat pertama bernama Daumatul Jandal, maka manakala ia masuk ke kampung itu ia mendakwah orang-orang kampung itu kepada Islam selama tiga hari. Manakala sampai hari yang ketiga dapat Islamlah Asbagh bin Amru al Kalbi r.a. dan adalah ia dahulunya beragama Nasrani dan ia ketua di kampung itu.
(Hadith riwayat Darul Qutni, dipetik dari kitab 'Risalah ad Dakwah)
Dipetik dari blog http://azharjaafar313.blogspot.com/
Sunday
Thursday
Nabi Musa dan puasa 40 harinya.

Dan kami telah janjikan masa kepada Nabi Musa (untuk memberikan Taurat) selama tiga puluh malam, serta Kami genapkan jumlahnya dengan sepuluh malam lagi, lalu sempurnalah waktu yang telah ditentukan oleh Tuhannya empat puluh malam dan berkatalah Nabi Musa kepada saudaranya Nabi Harun (semasa keluar menerima Taurat): Gantikanlah aku dalam (urusan memimpin) kaumku dan perbaikilah (keadaan mereka sepeninggalanku) dan janganlah engkau menurut jalan orang-orang yang melakukan kerosakan. (7-142)
Setelah Nabi Musa serta umatnya menempuh berbagai-bagai kesusahan dalam menghadapi kezaliman Firaun dan setelah Nabi Musa dan umatnya diuji dengan berbagai-bagai rintangan, kini tiba masanya untuk mereka mendapat suatu kitab petunjuk buat cara menghadapi kehidupan seterusnya sebagai hamba Allah. Lalu Allah memerintah Nabi Musa kebukit Tursina untuk mendapatkan kitab yang mana menjadi pegangan kaumnya.
Allah memerintahkan juga Nabi Musa agar berpuasa 30 hari kemudian pergi kebukit Tursina dimana dia diberi kesempatan bermunajat sebelum menerima kitab sebagai penunjuk umatnya. Setelah selesai 30 hari berpuasa penuh, Nabi Musa merasa segan akan bermunajat dengan Allah dalam keadaan mulutnya berbau kurang enak akibat puasanya, maka ia mengosok giginya dengan mengunyah daun-daun dalam menghilangkan bau mulutnya. Ia ditegur olah malaikat; ``Hai Musa,mengapakah engkau harus mengosokkan gigimu untuk menghilangkan bau mulutmu sedang mulut orang-orang berpuasa bagi kami adalah lebih wangi dari kasturi? Maka akibat tindakanmu, Allah memerintah kepadamu agar berpuasa lagi lebih sepuluh hari sehingga lengkaplah masa puasamu 40 hari``.
Nabi Musa berpesan kepada Bani Israil yang ditinggalkan dibawah pimpinan Nabi Harun selama lebih kurang 30 hari dan berjanji akan memberi mereka sebuah kitab suci sebagai pedoman hidup. Setelah kemudian bila Nabi Musa pergi meninggalkan mereka lebih dari tempoh 30 hari, sebahagian umatnya menjadi gelisah dan kesempatan ini diambil oleh Samiri untuk memesongkan mereka.
Nabi Harun sedaya-upaya mencegah mereka namun dia diherdik oleh kaum Nabi Musa yang jahil. Sedangkan itu hanya ujian dari Allah untuk memisahkan antara kaumnya yang sememangnya tiada iman didalam diri mereka. Nabi Harun tidak dapat melakukan apa-apa kerana khuwatir kalau dia menghadapi mereka dengan tentangan keras maka akan terjadi perpecahan antara mereka hanya bertawakal dan menanti kepulangan Nabi Musa.
Lalu berhari-raya besarlah kaum Nabi Musa yang berjaya disesatkan oleh Samiri, dengan berpesta menyembah patung anak lembu yang dijadikan dari cairan-cairan ketulan emas yang mereka bawa bersama dari Mesir semasa mereka keluar yang dari sana sedangkan Nabi Musa belum selesai puasanyanya dan belum mendapat kitab utuk dijadikan petunjuk buat umatnya.
Nabi Musa setelah bermunajat mendapat kitab Taurat untuk menjadi pedoman kaumnya, dan telah mendapat perkhabaran tentang tingkah-laku kaumnya semasa ketiadaan beliau pun kembali dan alangkah marah serta hampanya beliau bila dilihatnya kaumnya sedang berpesta menyembah anak lembu emas yang dibuat oleh Samiri. Lalu kerana tersangat marah dan sedih yang menguasai dirinya, dicampaknya sehingga terpecah kepingan-kepingan Taurat ditangannya dan seraya digengamnya janggut Nabi Harun, bertanyakan kenapa jadinya sebegitu kaumnya.
Nabi Harun menjelaskan akan kelemahan dirinya dan setelah reda kemarahannya, Nabi Musa menyeru kembali umatnya yang tersesat kepada kebenaran, sedang Samiri dihambat keluar dengan sumpahan bahawa dia akan sentiasa dijauhi oleh insan lainnya, iaitu jika disentuh atau menyentuh insan lain, maka seseorang itu akan mendapat deman-deman panas dan ini siksaan didunia manakala siksaan diakhirat adalah api neraka yang menantinya.
Dari pengajaran kisah diatas, kaum Israel yang bersama dengan Nabi Musa, biarpun mereka telah begitu banyak melihat mukjizat Nabi Musa, bahkan melihat bagaimana laut merah terbelah, yang merupakan suatu tanda yang maha agung, namun kerana dijiwa mereka tertanam akan kebesaran mahluk, penghambaan kepada mahluk, mereka tidak melihat akan segala kebesaran Allah dan dengan itu mereka begitu mudah meninggalkan ajaran Nabi Musa akan keEsaan Allah dan kembali menyembah mahluk berhala anak lembu.
Dan kerana juga hati-hati mereka masih tertanam akan kebesaran dunia dan bila mereka meninggalkan bumi Mesir, segala harta-benda berupa emas-emas dibawa bersama dan dengan emas-emas ini juga kemudiannya mereka leburkan untuk dijadikan anak lembu yang disembah oleh mereka. Lalu Allah menguji kaum Nabi Musa yang hati mereka penuh kebesaran mahluk dan penghambaan kepada mahluk untuk kembali menjadi kaum-kaum yang benar-benar beriman.
Wednesday
Aqidah Ahlu Sunnah wal Jamaah - 2

Allah Maha Mendengar dan Maha melihat. Tiada suatu pun yang terhalang dari pendengaranNya, sekalipun halus, serta tiada suatu pun yang terhalang dari penglihatanNya, sekalipun begitu amat kecil. PendengaranNya tidak terbatas dengan jarak yang jauh mahupun dekat dan penglihatanNya tidak terbatas seperti kerana ketiadaan cahaya atau gelap dan seterusnya.
PendengaranNya dan penglihatanNya itu tidaklah sama sekali dengan pendengaran dan penglihatan oleh mahluk, sebagaimana zatNya tidaklah menyamai sama sekali dengan zat mahluk.
Allah Maha berfirman, Pemberi perintah dan larangan, Pemberi janji dan ancaman. Al Quran, Taurat, Injil dan Zabur adalah kitab-kitab yang diturunkan olehNya kepada rasul-rasulNya dengan cara berfirman yang merupakan sifat zatNya dan bukan merupakan mahluk dari sekian mahluk-mahlukNya yang lain. Bahawasanya, Al Quran adalah firman Allah yang bukan mahluk, kerana kalau mahluk atau bersifat mahluk, tentulah ayatnya akan rosak, hilang atau musnah, sedangkan ayat Al Quran itu dijamin oleh Allah sendiri akan pemeliharaan keatasnya.
Allah adalah Tuhan yang Maha Bijaksana dalam segala perbuatanNya, Maha Adil dalam segala keputusanNya. Maka dari itu semua selain Allah, baik manusia, jin atau malaikat, mahupun langit, bumi, bintang, tumbuh-tumbuhan, benda padat, yang dapat dilihat atau yang dapat dirasai, semuanya itu adalah benda-benda baru yang dicipta olehNya dengan kekuasaanNya, yakni yang dahulu tiada kemudian dijadikan ada, ditumbuhkan dari asalnya belum wujud lalu wujud, sebab sejak azali yang Maha Ada itu hanya Allah dan tidak ada yang lain.
Maka Allah mengadakan mahluk sesudah itu, sebagai tanda bukti kekuasaanNya, juga untuk merealisasikan segala sesuatu yang telah dikehendaki olehNya, juga kerana sebagai kebenaran kalimatNya sejak azali lagi. Segala sesuatu itu dicipta, bukan kerana Allah memerlukan atau berhajat kepadanya, sebaliknya segala yang diciptaNya sentiasa berhajat kepada Allah.
1. Katakanlah: Dia-lah Allah Yang Maha Esa
2. Allah yang menjadi tumpuan sekelian mahluk untuk memohon sebarang hajat
3. Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan
4. Dan tidak ada sesiapa pun yang serupa denganNya
Surah Al-Ikhlas yang diturunkan diMakkah berisi penegasan tentang keesaan Allah, tentang Allah tidak berhajat atas apa pun melainkan segalanya yang berhajat kepadaNya serta tiada apa pun yang menyerupai Allah.
iQuran BahasaMelayu
Sunday
Aqidah Ahlu Sunnah wal Jamaah - 1

- Tentang kalimah syahadah:
Kepercayaan ahli sunnah mengenai zat Allah s.w.t yang Maha Suci ialah bahawa Dia adalah Tuhan yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya, Maha Dahulu yang tiada permulaaNya,
wujudNya yang tiada penghabisan. Dia adalah Maha Abadi, Maha kekal, tiada binasa sama sekali. Dia tidak akan hilang dan tidak akan lenyap, bersifat dengan segala keagungan. Tidak akan musnah atau terputus sekalipun dengan berlalunya waktu.
Bahkan Allah adalah Maha Dahulu dan Maha Akhir. Maha zahir dan Maha Batin. Dia Maha Mengetahui segala sesuatu. Dia bukanlah suatu benda yang dapat digambarkan.
Dia tidak menyamai segala yang wujud dan tidak suatu pun benda yang wujud menyerupai sifatNya. Dia tidak dibatasi oleh penjuru atau arah, tidak pula didalam lingkungan
bumi atau langit. Dia "beristiwa" diatas arasy sebagaimana yang difirmankan olehNya dan dengan pengertian yang dikehendakiNya.
Dia ada diatas arasy dan langit, bahkan diatas segala sesuatu sehinggakan kedasar tanah dan dibatas bumi dan ketinggianNya itu tidak menambah jaraknya dengan arasy atau langit,sebagaimana juga tidak menambahkan jarakNya dari bumi dan tanah. Bahkan ia Maha Tinggi darjatNya dari bumi dan tanah. Sekalipun demikian, Dia tetap dekat dengan segala yang wujud, Dia lebih dekat dengan hambaNya daripada hamba itu dengan urat lehernya sendiri, sebab kedekatanNya itu tidak sama dengan dekatnya benda, sebagaimana juga zatNya itu tidak sama dengan zat segala mahluk dan benda.
Dia tidak bertempat disuatu benda dan tiada sesuatu benda pun bertempat dalam zatNya. Maha suci Allah daripada dilingkungi oleh sesuatu tempat, sebagimana Maha Suci Dia daripada dibatasi oleh masa,bahkan Dia telah ada sebelum terciptanya zaman dan tempat dan sampai sekarang ini pun masih tetap dalam keadaanNya sebagaimana dahulu.
Dia adalah Tuhan yang Maha Luhur, Maha Hidup, Pemaksa, Pemberi Balasan, yang tidak dihinggapi sifat lalai serta lemah, tidak mengantuk ataupun tidur, tidak juga rosak
ataupun mati. Dia adalah Maha Satu dan Sendiri dalam mencipta dan membuat segala yang baru, Maha Esa dalam menjadikan dan membentuk.
Dia Maha mengetahui segala sesuatu, meliputi segala perkara atau peristiwa yang terjadi, mulai dari dasar tanah hingga kepuncak langit,tidak terhalang daripada penglihatanNya sekalipun seberat debu yang ada dibumi ataupun dilangit, bahkan Dia mengetahui gerakan seekor semut hitam yang berjalan diatas batu hitam yang licin diwaktu malam yang kelam.
Dia mengetahui bagaimana gerakan sebutir debu ditengah-tengah cakerawala ini. Dia Maha Mengetahui segala yang disembunyikan atau yang diterangkan. Mengetahui apa-apa yang terlintas dalam kalbu, apa-apa yang tergerak dalam ingatan ataupun rahsia yang disembunyikan. Semuanya itu dimaklumi dengan sifat ilmuNya.
bersambung....
Friday
Antara hajat dan maksud hidup

Hajat atau keperluan untuk setiap kehidupan yang bergelar insan pada asasnya adalah sama sesejak dahulu-kala. Antara keperluan utama adalah seperti pakaian, makanan-minuman, kenderaan (alat pengangkutan), pengindapan, pendapatan serta berkeluarga. Ini adalah keperluan asas yang mana darinya bermula kehidupan seharian.
Manakala maksud adalah apa yang tersemadi dalam diri, pengertian apa yang utama buat diri serta pemikiran mengenai apa yang paling penting buat diri lalu dari situ seterusnya menjadi hala-tuju atau kepastiaan keatas diri akan tujuan kehadirannya dimuka-bumi.
Sewajarnya keperluan hidup dipenuhi agar mudah atau kurangnya masaalah dalam melalui kehidupan seharian tetapi apakah itu tujuan utama kejadian insan. Sedangkan ditegaskan bahawa Allah menjadikan insan serta jinnat semata-mata hanya beribadat, jadi dimana pengertiaan serta kefahaman diatas ayat tersebut?
Perbezaan antara hajat dan maksud adalah misalnya, seseorang tersebut hendak membina rumah, jadi dikerahkan waktu, fikiran, belanja serta tenaga diatas maksudnya membina rumah tersebut. Disiapkan plan ruang-ruang untuk pengindapan yang besar dan selesa disamping tidak dilupai akan pembinaan tandas. Jadi disini maksudnya membina rumah bukan membina tandas, namun adalah kewajipannya juga untuk membina tandas kerana tandas adalah merupakan sebahagian dari keperluan asas seharian.
Sebaliknya apa akan yang terjadi apabila insan meninggalkan maksud pembinaan rumahnya dan menjadikan keperluan pembinaan tandasnya sebagai maksud pembinaannya? Dihabiskan masanya menghiasi tandas dengan sebegitu indah disamping ruang-ruang yang luas, manakala ruang-ruang pengindapan lain dibinanya sebegitu kecil dan tidak teratur. Sedangkan waktu yang digunakan nanti untuk menggunakan tandas hanyalah beberapa minit sahaja dalam kehidupan sehariannya.
Inilah misalnya seseorang tersebut yang hanya mengejar-gejar keperluannya, meninggalkan maksud kejadiannya untuk beribadat kepada Allah serta menjadikan keperluannya sebagai maksud hidup sedangkan hidup didunia ini hanyalah sementara, bagaikan hanya satu kerlipan mata dibandingkan kehidupan sebenar buat selama-lamanya diakhirat.
Insan yang hanya mengejar dunia dan menjadikan keperluannya sebagai maksud hidupnya, maka dia akan kerugian didunia dan akhirat.
Didunia hidupnya tiada barkah, gelisah, sentiasa merasai tidak mencukupi, kebosanan terhadap sesuatu sentiasa hadir, fikiran yang gafla, tiada ketenangan jiwa dan seterusnya, manakala untuk akhirat yang mana nanti merupakan kehidupan selama-lamanya, tiada bekalan disediakan. Segala yang dilakukannya, tiada tujuan yang pasti, hanya untuk menghabiskan waktu dan memenuhi nafsu (Sedang, segala yang dikecapi didunia hanyalah seperti mengunyah suatu makanan, selazat mana pun makanan tersebut, bila ditelan dan melintasi kerongkong, segala rasanya hilang, hanya sebentar dikecapi).Dan akhirnya, tenggelamlah dia dalam dunia kebendaan yang membinasakan diri mahupun ia menjadi punca kebinasaan kepada pihak lain.
Sebaliknya, bilamana seseorang itu menjadikan maksud kehidupannya untuk beribadat kepada Allah, dia akan mendapat keuntungan didunia dan akhirat.
Bilamana ibadat dijadikan maksud hidup, bilamana usaha Rasulullah s.a.w dijadikan maksud hidup, maka apa yang dilakukannya bermatlamat disamping saban waktu, dia dapat memperbaiki diri, mematangkan diri dan darjatnya ditinggikan. Dan bila diambil jalan yang ditunjukkan oleh Rasullulah s.a.w, dengan sendirinya seluruh kehidupannya 24 jam dikira ibadat dan merai pahala yang tidak putus-putus. Perniagaannya(muamalat) mengikut sunnah dikira beribadat, akhlak yang baik yang selari dengan kehendak sunnah dikira beribadat, pergaulannya mengikut sunnah adalah ibadat (dan malah menjadi punca kebaikan pada pihak lain), bernikahnya dikira ibadat, menyuap makanan mengikut sunnah dikira ibadat hatta bila seseorang itu tidur dengan mengikut sunnah Rasulullah, dia dikira beribadat hingga bangunnya dari tidur.
Diatas kebenaran inilah, pentingnya sentiasa berpesan-pesan tentang maksud sebenar kejadian insan dan dunia ini hanyalah keperluan bukan maksud hidup.
Sebagaimana bila seseorang itu melangkah masuk ketandas, disunnahkan melangkah dengan kaki kiri, sebagaimana juga bila seseorang itu melangkah keluar dari masjid adalah disunnahkan dengan kaki kiri. Kerana tandas dan dunia adalah sama iaitu hanya keperluan sedangkan beribadat adalah maksud sebenar kejadian insan itu sendiri.
Subscribe to:
Posts (Atom)
open source - sumber terbuka
Mana-mana coretan yang dikira baik, dibenarkan mengambil (copy-paste) tanpa perlu bertanya tuan blog ini. Manakala mana-mana coretan yang terdapat kesilapan, mohon ribuan kemaafan dari tuan blog ini. - " Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya "
Tajuk
Akidah
(13)
Al-Fatihah
(2)
Alam
(1)
ASWJ
(3)
Bab Eid
(2)
bayan
(6)
BERITA
(5)
beware fitnah
(1)
book
(1)
Burzuk
(5)
cerpen
(7)
Dakwah dan doa
(2)
dars
(1)
Differences
(1)
Doa
(1)
fatwa
(2)
Fazail amal
(1)
Fazail Hajj
(2)
fikir
(4)
fikir/zikir
(1)
fiqh
(6)
fitnah
(1)
Gurauan
(3)
Hijrah
(4)
hilal
(1)
ibadat
(15)
Ikhtilat
(1)
ilham
(1)
Ilmu
(1)
imam
(1)
Imam Mazhab
(9)
Islam
(1)
Israk
(7)
janggut
(1)
Jesus was a Muslim
(1)
Jihadun nafs
(4)
Jinn
(10)
Jord
(1)
kalam
(1)
Karamah
(1)
KIblat
(1)
kisah Auliya
(3)
kisah-kisah
(4)
konflik
(4)
Kuarantin
(2)
makna bidaah dholalah
(1)
malfoozaat
(3)
Mawlid
(2)
mazhab
(5)
minda
(1)
nasihat
(2)
pemahaman
(6)
penolakan terhadap anti-hadith
(1)
penyakit
(1)
Prophet Muhamad s.a.w
(1)
puasa
(1)
Quran
(3)
Ramadan
(4)
sahaba
(2)
salam
(1)
salawat
(1)
shalat
(4)
sholat
(4)
Syair
(1)
Syurga-neraka
(1)
Tabligh
(1)
Tafsir
(6)
tiada Tuhan melainkan Allah
(1)
travel
(1)
Ummatan wahidah
(1)
Zakat-ul-Fitr
(2)
zikir
(7)
paut-paut
- Al-Alorstari blog
- Alexanderwathern blog
- Aqidahtul Tanzih blog
- Azhar Jaafar blog
- Bahrus Shofa blog
- Bentara blog
- Blog karkun
- chill-garage blog
- Dakwah-ilallah blog
- Dalamdakwah wordpress
- Fakir-fikir blog
- Fikir alami blog
- Hainur83 blog
- Ibnu Zain blog
- Iman-amal solehan wordpress
- Ismadi Yusuf blog
- Jom faham blog
- Khidmat Wala blog
- Kopiahhensem blog
- Kuffiyah blog
- Muhajier718 blog
- Musa Kola Kedah blog
- Pena maya blog
- Pengutip Mutiara
- Speedweb ad6 blog
- Sufiafriqiyya blog
- Umma-ali blog
- Ust Alimy Zaidi
- Ust Gunawan Aziz
- zar4art blog
- ziarah76 blog
Bayan
| Search in the Hadith |
| www.SearchTruth.com |
Waktu sholat
| English to Arabic to English Dictionary |
|
|
| www.SearchTruth.com |