Saturday

Posisi kaki dalam sholat - 2

Terdapat golongan (cthnya golongan salafiyun) yang cuba mewajibkan cara menempelkan kaki diantara jemaah dalam bersholat, sehingga kelihatan mereka selalu dalam keadaan memaksa makmun disebelahnya menempelkan kaki dengan mereka atau mereka sengaja merenggangkan kakinya sehingga terbuka luas agar dapat menyentuh kaki jemaah disebelahnya, namun apakah benar perbuatan sebegini berhukum wajib dalam bersholat berjemaah?

Pertamanya, terdapat hadis-hadis perintah dari Rasulullah sendiri agar merapatkan saf-saf dalam berjemaah dengan merapatkan bahu, sedang tidak perintah dari Rasulullah sendiri agar menempelkan kaki antara para jemaah. Hadith yang meriwayat tentang cara menempelkan kaki antara jemaah hanyalah ucapan beberapa sahaba akan cara mereka bersolat berjemaah yang begitu rapat sehingga menyentuh kaki mereka, bukan perintah terus dari Rasulullah s.a.w.

Berkata Nu’man bin Basyir : aku melihat seorang laki-laki dari kami menempelkan mata-kaki dengan mata-kaki temannya...

Hal itu ( menempelkan ) adalah perbuatan sebahagian  shahaba yang disetujui/didiamkan/tidak diingkari oleh Naby shollalohu alaihi wasallam , maka ia adalah Sunnah Taqririyah dan tidak jatuh wajip hukumnya. Dalam mana, bahawa taqrir dari Naby shollallohu alaihi wasallam terhadap apa yang dilakukan atau dikatakan di hadapan beliau shollallohu alaihi wasallam, tidak menunjukkan satu hukum saja ; wajib atau mandub atau mubah. Juga terdapat perbezaan antara ( taqrir ) sebagai dasar hukum dengan ( taqrir ) atas  ziyadah /  tambahan  terhadap hukum.Yang hal itu dapat ditelusuri dengan meneliti dan mengetahui asbab wurud dalil-dalil dan bagaimana metodologi istinbath hukum darinya dengan tinjauan komprehensif terhadap maqashid syariah.

Keduanya, perbuatan ini tidak terus-menerus dilakukan para shahaba, kerana mereka  mencukupkan dengan apa yang ditunjukkan oleh nash-nash iaitu pemahaman terhadap maksud yang terkandung dalam dalil-dalil masalah meluruskan shaf dan menegakkannya.

Ibnu Hajar rahimahulloh berkata ;Yang dimaksud adalah mubalaghoh ( bersungguh-sungguh dalam meluruskan shaf dan menutup celah ).

Jika ia ( menempelkan kaki ) adalah sunnah yang dianjurkan tentu para shahabat tidak akan meninggalkannya- jika benar mereka mempraktekannya-.Bahkan perawi sendiri ( Anas bin Malik radhiyallohu anhu ) meninggalkannya ( menempelkan ) .Anas radhiyallohu anhu berkata ;
لو فعلت ذلك بأحدهم اليوم لنفر، كأنه بغل شموس
Ertinya ; jika aku melakukannya ( menempelkan kaki ) kepada seorang dari mereka hari ini niscaya ia lari seperti bighal yang kepanasan.

Apakah mungkin para sahaba meninggalkan sunnah ini hanya kerana insan lain tidak mahu melakukannya? Jika memang kerana kekurangan kepedulian shahabat ini, bagaimanakah pula dengan imam-imam madzhab serta seluruh pengikut madzhab ASWJ, apakah mereka seluruhnya meremehkan sunnah ini sehingga tidak menjaganya ?

Yang benar adalah bahawa para salaf dari shahabat dan tabi’ien dan para imam mujtahidien jika mereka tidak memahami bahawa perbuatan yang merupakan tambahan terhadap perintah syariat ini selain perkara yang  ja’iz  ( boleh ) saja, tentu mereka semua tidak akan meninggalkan perbuatan ini, bahkan diantaranya adalah perawinya sendiri, seperti yang telah dijelaskan di atas. Perlu diperhatikan bahawa tidaklah semua yang ditaqrir dari perbuatan shahabat adalah menjadi sunnah yang diperintahkan, khususnya yang datang dalam bentuk ijtihad tambahan atas nash. Dan bahawa taqrir dapat menghasilkan hukum yang berbeza-beza, jika tidak demikian maka makan dhobb ( sejenis biawak padang pasir ) adalah sunnah yang dianjurkan, kerana terjadi dengan disaksikan Naby shollallohu alaihi wasallam.(Tentunya tidak demikian).

Mereka memahami bahawa  maksud Naby shollallohu alaihi wasallam adalah ;

1. Kesempurnaan shaf dan lurusnya, yaitu satu shaf yang tidak berserabut. Berupa setentangnya antara bahu makmum dan lurus shafnya.

2. Saling berdekatan dan tidak membiarkan ruang luas antara makmum agar syaithon tidak memasuki shaf-shaf orang yang shalat, sebagaimana datang dalam hadits –hadits yang banyak dalam masalah ini.

Adapun yang lebih dari itu ( yakni menempelkan kaki antara makmum), bukanlah berhukum wajip, sekiranya ada kalangan melakukan sesama mereka, lakukan namun jangan memaksa pihak lain serta menyibukkan hati orang yang sholat dari apa yang seharusnya iaitu khusyu’ dan menghadirkan hati. Menyibukkan hati untuk mengejar ( kaki ) orang yang berada di sebelah kanan atau kirinya, agar menempel pada seluruh gerakan dan diam sholat, ini menyebabkan gangguan orang lain yang sholat ( disampingnya ).


-     -     Bukannya meluruskan shaf ketika hendak sholat dengan mendekati sebelah kanan atau kirinya justru ia membuat jarak dengan membuka lebar kedua kaki yang menghalangi dari saling mendekat selain dengan cara menginjak kaki tetangganya. Dan jika ruku atau sujud maka akan terjadi celah yang telah diperingatkan syariat darinya .

-     -     Saiz-saiz antara insan-insan juga amat berbeza-beza, ada yang tinggi dan besar tubuhnya, ada yang kurus kerdil, ada yang kerdil tetapi bidang dadanya dan seterusnya yang mana menjatuhkan hukum wajip menempelkan kaki antara makmum adalah suatu kesilapan. Tambahan lantaran bentuk kaki contohnya mereka yang bekerja sebagai buruh binaan berkaki besar dan kasar dengan kuku yang  panjang  jika ditempelkan dengan kaki normal maka jelas akan menghilangkan kesempatan tetangganya untuk mentadabburi  shalatnya.

-    -      Termasuk kebodohan dalam hal ini adalah berlebihannya sebahagian orang dalam membuka kaki dan mengangkat tumit.Miring kedepan dan mengangkat bagian belakang tubuh, bahkan terkadang disertai gerakan-gerakan aneh yang tidak ada nash atau dalilnya.

-    -      Terpaksa bagi seorang yang ingin menempelkan mata kakinya dengan mata kaki tetangganya untuk menghadapkan kaki kedalam sehingga mampu menempel. Sebab bentuk kedua telapak kaki tentu menghalangi dari menempelkan mata kaki kecuali dengan memiringkan telapak kaki ke arah dalam, dan agar bisa menempelkan kedua lutut.Tampak jelas bahwa posisi berdiri yang demikian tidak ada hubungan sama sekali dengan ruh shalat dan khusyu’, bahkan dapat memalingkan perhatian seorang dari ibadahnya.

-    -      Terlebih lagi jika ditambah dengan perasaan ujub, merasa paling baik dengan mengamalkan gerakan ini, maka dikhuatirkan seseorang tersebut tidak mendapatkan  apa-apa dari sholatnya selain kerugian.

Posisi kaki ketika berdiri dalam shalat seperti posisi kaki ketika berdiri biasa, tidak terlalu rapat dan tidak terlalu renggang, sebagaimana diriwayatkan Ibnu Umar Radhiallaahu anhuma, ini disebutkan dalam Syarh As-Sunnah, bahawa-sanya beliau ketika berdiri shalat tidak terlalu merenggangkan kaki atau merapatkannya, demikian pula ketika ruku’.

Rasullulah saw memerintahkan kita untuk merapatkan shaf dan menghindari kerenggangan, setelah rapat maka bersentuhan antara bahu, sedemikian diriwayatkan dalam banyak hadits, sedang riwayat menempelkan kaki antra makmum hanya merupakan Sunnah Taqririyah , iaitu dilakukan oleh sebahagian para sahabat tanpa riwayat bahawa ianya adalah perintah terus dari Rasulullah s.a.w. Lantaran itu, dalam merapatkan shaf-shaf, bukan memaksakan pada yang disamping kita untuk bersentuhan kaki tetapi menggeser agar kerenggangan tertutup, rapatkan bahu-bahu dengan cara melembutkan bahu dan meluruskan shaf.

Hal yang utama adalah kekhusyukan sholat, dan renggangnya shaf tidak membatalkan sholat, hanya merupakan hal yang makruh (demikian menurut ulama Madzhab Syafii), maka janganlah memaksakan diri mahupun makmum disebelah apatah lagi dengan menegurnya dengan keras, ditakutkan ia akan shalat dengan hatinya penuh kekesalan pada kita dan tiada kekhusyukan dalam sholatnya terutama dalam setiap pergerakkan, ditempelkan kaki kepada makmum tersebut, sehingga kaki kelihatan saling bersentuhan namun hati antaranya saling bermusuhan dan tentunya ini salah besar dan berakibat lebih buruk.

Imam Syafi’i telah menyatakan di dalam kitabnya al Umm (I: 223) bahwa ‘Utsman bin Affan berkata:


“Apabila Imam telah berdiri berkhutbah pada hari Jum’at, maka dengarkanlah dengan seksama dan diamlah, kerana hukum orang yang dapat mendengarkan khutbah sama halnya dengan mereka yang tidak dapat mendengarkannya (yakni; sama-sama diperintah untuk diam dan mendengar). Bila dikumandangkan qamat, maka rapikanlah shaf (makmum), dan sejajarkanlah bahu-bahu mereka; kerana lurus (dan rapatnya) shaf termasuk hal yang dapat menyempurnakan shalat”. (Diriwayatkan pula oleh Malik di Muwaththa’ no. 234).


Posisi kaki dalam sholat - 1

Posisi kaki dalam sholat ketika sujud, duduk antara dua sujud dan duduk tahiyat:

Dari Abu Humaid As Sa’idi -radhiallahu anhu- dia berkata:

أَنَا كُنْتُ أَحْفَظَكُمْ لِصَلَاةِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَأَيْتُهُ إِذَا كَبَّرَ جَعَلَ يَدَيْهِ حِذَاءَ مَنْكِبَيْهِ وَإِذَا رَكَعَ أَمْكَنَ يَدَيْهِ مِنْ رُكْبَتَيْهِ ثُمَّ هَصَرَ ظَهْرَهُ فَإِذَا رَفَعَ رَأْسَهُ اسْتَوَى حَتَّى يَعُودَ كُلُّ فَقَارٍ مَكَانَهُ فَإِذَا سَجَدَ وَضَعَ يَدَيْهِ غَيْرَ مُفْتَرِشٍ وَلَا قَابِضِهِمَا وَاسْتَقْبَلَ بِأَطْرَافِ أَصَابِعِ رِجْلَيْهِ الْقِبْلَةَ فَإِذَا جَلَسَ فِي الرَّكْعَتَيْنِ جَلَسَ عَلَى رِجْلِهِ الْيُسْرَى وَنَصَبَ الْيُمْنَى وَإِذَا جَلَسَ فِي الرَّكْعَةِ الْآخِرَةِ قَدَّمَ رِجْلَهُ الْيُسْرَى وَنَصَبَ الْأُخْرَى وَقَعَدَ عَلَى مَقْعَدَتِهِ
“Aku adalah orang yang paling hafal dengan shalatnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam: Aku melihat beliau ketika bertakbir, beliau mengangkat kedua tangannya hingga sejajar dengan pundaknya. Jika beliau ruku’ maka beliau menggenggam erat kedua lututnya dan meluruskan punggungnya. Jika i’tidal  maka beliau berdiri tegak hingga seluruh tulang punggungnya kembali pada tempatnya semula. Jika sujud maka beliau meletakkan tangannya dengan tidak menempelkan lengannya ke tanah dan tidak pula mendekatkannya ke badannya, dan dalam posisi sujud itu beliau menghadapkan jari-jari kakinya ke arah kiblat. Apabila duduk pada rakaat kedua, beliau duduk di atas kakinya yang kiri dan menegakkan kakinya yang kanan. Dan jika duduk pada rakaat terakhir, maka beliau mengedepankan (baca: memasukkan kaki kirinya di bawah kaki kanannya) dan menegakkan kaki kanannya dan beliau duduk pada tempat duduknya (lantai).” (HR. Al-Bukhari no. 828 )

Dari Aisyah -radhiallahu’anha- dia berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَسْتَفْتِحُ الصَّلَاةَ بِالتَّكْبِيرِ وَالْقِرَاءَةَ بِ { الْحَمْد لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ } وَكَانَ إِذَا رَكَعَ لَمْ يُشْخِصْ رَأْسَهُ وَلَمْ يُصَوِّبْهُ وَلَكِنْ بَيْنَ ذَلِكَ وَكَانَ إِذَا رَفَعَ رَأْسَهُ مِنْ الرُّكُوعِ لَمْ يَسْجُدْ حَتَّى يَسْتَوِيَ قَائِمًا وَكَانَ إِذَا رَفَعَ رَأْسَهُ مِنْ السَّجْدَةِ لَمْ يَسْجُدْ حَتَّى يَسْتَوِيَ جَالِسًا وَكَانَ يَقُولُ فِي كُلِّ رَكْعَتَيْنِ التَّحِيَّةَ وَكَانَ يَفْرِشُ رِجْلَهُ الْيُسْرَى وَيَنْصِبُ رِجْلَهُ الْيُمْنَى وَكَانَ يَنْهَى عَنْ عُقْبَةِ الشَّيْطَانِ وَيَنْهَى أَنْ يَفْتَرِشَ الرَّجُلُ ذِرَاعَيْهِ افْتِرَاشَ السَّبُعِ وَكَانَ يَخْتِمُ الصَّلَاةَ بِالتَّسْلِيمِ
“Rasulullah Shallallahu’alaihiwasallam selalu membuka shalatnya dengan takbir dan bacaan, ‘Alhamdulillahirabbil alamin’ (al-fatihah). Dan apabila beliau ruku maka beliau tidak terlalu menundukkan kepalanya dan tidak pula terlalu mengangkatnya, akan tetapi beliau menundukkan kepalanya di antara itu. Apabila beliau mengangkat kepalanya dari ruku’, maka beliau tidak bersujud hingga beliau berdiri tegak. Dan apabila beliau mengangkat kepalanya dari sujud maka beliau tidak sujud kembali hingga duduk sempurna. Beliau membaca ‘tahiyyat’ pada setiap dua raka’at. Beliau menghamparkan kaki kirinya dan menegakkkan kakinya yang kanan. Dan beliau melarang duduk seperti duduknya setan, dan beliau melarang seseorang menghamparkan kedua dzira’ sebagaimana binatang buas menghamparkannya (yakni dengan merapatkan dzira’ ke lantai). Dan beliau menutup shalatnya dengan salam.” (HR. Muslim no. 498) - Dzira’ adalah siku sampai ujung jari tengah.

“Diriwayatkan dari Aisyah, ia berkata; adalah Rasulullah saw. memulai shalatnya dengan  (mengucapkan) takbir dan (melanjutkan) dengan (bacaan) Alhamdu lillahi rabbil’alamin. Apabila beliau ruku’, maka tidak mengangkat  kepalanya dan tidak pula merendahkannya, tetapi eliau melakukannya dengan tengahtengah (lurus). Apabila beliau mengangkat kepalanya  dari ruku’ (bangkit), beliau tidak (segera) sujud sampai berdiri tegak. Dan apabila beliau mengangkat kepalanya dari sujud, maka beliau pun  tidak (segera) sujud (yang kedua) sampai beliau sempurna duduknya, dan pada setiap dua rakaat beliau membaca “at-Tahiyat” dan (pada saat  itu) beliau duduk di atas kaki kirinya dan menegakkan kaki kanannya. Beliau melarang (orang shalat) duduk di atas kedua tumitnya dan  melarang pula seseorang menghamparkan kedua hastanya hamparan binatang buas, dan beliau mengakhiri shalatnya dengan membaca  salam.” (HR Muslim; kitab as- Shalat, bab Maa Yajma’u shifat as-Shalat)

“Diriwayatkan dari Abu Humaid as-Sa’idy ia berkata, adalah Nabi saw apabila  beliau duduk pada rakaat kedua dimana shalat berakhir, beliau memajukan kaki kirinya dan duduk pada bagian kirinya dengan cara tawarruk,  lalu ia mengucapkan salam”. (HR an-Nasa’i, Kitab as-Sahwi, Bab Sifat al-Julus fi ar-Rak’ati allati yaqdhi fiiha as-Shalat)

Dengan  memperhatikan Hadits-Hadits tentang tata cara sholat di atas, dapat disimpulkan bahawa duduk dalam pelaksanaan shalat ada dua macam,  iaitu:

Pertama, duduk iftirasy, yaitu duduk dengan cara duduk di atas telapak kaki kiri dan telapak kaki kanan ditegakkan.

Kedua, duduk  tawarruk, yaitu duduk dengan cara memajukan kaki kiri di bawah kaki kanan dan menegakkan telapak kaki kanan.

Berdasarkan kemiripan matan  dan kesamaan isi, dalil hadits-hadits tersebut dapat dikelompokkan menjadi 3, iaitu:

1. Kelompok pertama (Hadits no.1). Dalil Hadits ini menunjukkan adanya duduk istirahat ketika akan berdiri dari rakaat ganjil (rakaat pertama dan tiga).

2. Kelompok kedua (Hadits no. 2  dan3). Dalil kedua Hadits tersebut menunjukkan bahawa Nabi saw pada setiap 2 rakaat membaca at-tahiyat (tasyahud) dan duduk dengan  cara duduk iftirasy, dan Nabi melarang duduk di atas kedua tumitnya dan melarang pula kepada orang yang sholat menghamparkan kedua hastanya seperti binatang.

3. Kelompok ketiga (Hadits no.4-5). Dalil kedua Hadits tersebut menjelaskan apabila beliau duduk pada rakaat kedua beliau duduk di atas kaki kirinya dan menegakkan kaki kanannya (duduk iftirasy) dan apabila duduk pada rakaat terakhir, beliau  memajukan kaki kiri (di bawah kaki kanan) dan menegakkan kaki kanannya (duduk tawarruk).

Secara lahiriyah (tekstual) Hadits no. 3 (Hadits  riwayat Abu Dawud melalui Aisyah ra.) menunjukkan bahawa pada setiap dua rakaat membaca “at-Tahiyyat”  atau “tasyahud” dan duduk dengan  cara duduk iftirasy. Pemahaman ini tidak tepat kerana pada Hadits lain seperti pada Haditsno. 4, Hadits riwayat al-Bukhari melalui Abu Hamid as-Sa’idy menjelaskan bahawa beliau (Abu Hamid) mengetahui betul cara sholat Rasulullah, apabila duduk pada rakaat kedua  beliau duduk dengan cara duduk iftirasy dan apabila duduk pada rakaat terakhir duduk dengan cara duduk tawarruk.

Dan pada Hadits no. 5  (Hadits riwayat an-Nasa’i dari Abu Hamid as- Sa’idy menjelaskan bahawa Nabi saw apabila duduk pada rakaat kedua yang merupakan rakaat  terakhir duduk dengan cara duduk tawarruk. Menurut kami Hadits no. 3 (Hadits riwayat Abu Dawud melalui Aisyah ra) tidak difahami secara  kemutlakannya, akan tetapi harus dihubungkan dengan pemahaman terhadap Hadits lainnya (seperti Hadits no. 4 dan 5) yang semakna.

Dengan demikian untuk memahami Hadits tersebut (Hadits no. 3, Hadits riwayat Abu Dawud melalui Aisyah ra) perlu dikaitkan dengan  pemahaman terhadap Hadits lainnya, dan menurut kami pemahaman semacam ini lebih tepat.

Oleh kerana itu, pemahaman terhadap Hadits  tersebut (Hadits no. 3, Hadits riwayat Abu Dawud melalui Aisyah ra.) adalah cara duduk pada raka’at kedua yang bukan merupakan  rakaat terakhir dengan cara duduk “iftirasy”, sedang duduk pada rakaat kedua dan rakaat tersebut merupakan rakaat terakhir (yang diakhiri  dengan mengucapkan salam), maka duduknya dengan cara duduk “tawarruk” (memasukkan kaki kiri di bawah kaki kanan, dan menegakkan  jari-jari kaki kanan serta duduk di lantai). Pemahaman seperti ini dikuatkan dengan pemahaman dari beberapa Hadits yang menjelaskan  bahawa cara duduk pada rakaat terakhir (baik jumlah rakaatnya 2, 3 atau 4) dengan cara duduk “tawarruk”. 

Dengan mengkaji ulang  pemahaman terhadap Hadits-Hadits tersebut dapat disimpulkan bahawa yang dimaksud dengan kalimat “raka‘at terakhir” iaitu duduk tahiyat  terakhir dalam shalat, baik shalat tersebut jumlah rakaatnya dua rakaat, tiga rakaat atau empat rakaat, baik dalam shalat wajib mahupun shalat  sunat yang setelah selesai berdoa lalu ditutup dengan salam. Cara duduk pada rakaat terakhir tersebut sama, iaitu dengan cara duduk  tawarruk.

Ketika sujud, sebaiknya posisi telapak kaki yang satu menempel pada telapak kaki lainnya, keduanya tidak dipisahkan, sebagaimana disebutkan dalam hadits Aisyah Radhiallaahu anha ketika tangan beliau mengenai kedua telapak kaki Nabi Shalallaahu alaihi wasalam yang tegak dan beliau sedang sujud.( Diriwayatkan Muslim; no. 222 dalam kitab Ash-Sholah )

Tidak mungkin satu tangan mengenai kedua telapak kaki yang tegak melainkan kedua telapak kaki beliau bersatu atau berdekatan antara telapak kaki satu dengan lainnya, disamping itu terdapat hadits dalam kitab shahih Ibnu Huzaimah , bahwasanya beliau menempelkan telapak kaki yang satu pada telapak kaki lainnya ketika sujud.( Shahih Ibnu Huzaimah 1/328 (no. 654) dalam Kitab Ash-Sholah)

Kalangan yang ulama menyatakan kelebihan cara menempelkan telapak kaki yang satu pada telapak kaki lainnya ketika sujud terutamanya buat kaum hawa adalah untuk menutup kemungkinan aurat yang terbuka ketika sujud. Sekiranya seseorang memakai seluar, ianya mungkin tidak menjadi masaalah tetapi buat mereka yang memakai kain sarung, kain batik dan sesuatu yang sepertinya, risiko terdedahnya kawasan seperti dari kaki sehingga kepala lutut adalah wajar sahaja terjadi.

Bagaimana pun buat kaum lelaki, ianya tidaklah menjadi masaalah kerana aurat buat kaum lelaki bermula dari kepala lutut. Lantaran itu, sebahagian berpendapat : Sunnahnya adalah merenggangkan antara keduanya. Hal ini adalah merupakan madzhab syafi’iyyah dan hanabilah. (Raudhoh Tholibin, Nawawi Rahimahullah 1/259, Mukhtashar Ifadat hlm. 93) manakala sebahagian mengatakan : sunnahnya adalah merapatkan kedua kaki saat sujud hal ini adalah dari madzhab hanafiyyah. (Hasyiyah Ibnu Abiddin 1/332)





Monday

Sunat-sunat dalam sholat - 2

1. Mengangkat kedua tangan saat takbiratul Ihram

Terdapat dua pendapat iaitu samada mengangkat tangan separas bahu atau sehingga paras cuping telinga:

Ibnu Umar r.a menjelaskan, “Aku telah melihat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bertakbir ketika memulakan sholat. Beliau mengangkat kedua tangannya ketika bertakbir sehingga sejajar dengan kedua bahunya. Dan apabila beliau bertakbir untuk ruku’ dan bangun dari ruku’, beliau melakukan perkara yang serupa. Beliau tidak mengangkat tangannya di antara dua sujud.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 2/176)

Dari Ibnu Umar r.a, ia berkata, “Apabila Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berdiri mengerjakan solat, beliau mengangkat kedua tangannya sehingga sejajar dengan kedua bahunya, setelah itu beliau bertakbir...” (Hadis Riwayat Muslim, 2/6-7)

Al-Malikiyah dan As-Syafi'iyah menyebutkan bahawa disunatkan untuk mengangkat tangan saat takbiratul ihram, iaitu setinggi kedua bahu.

Manakala Al-Hanafiyah menyebutkan bahawa lelaki-lelaki mengangkat tangan hingga kedua telinganya sedangkan wanita mengangkat sebatas bahunya saja.

Dari Wail bin Hajr radhiyallahu ‘anhu bahawa dia melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengangkat kedua tangannya ketika memulai shalat, lalu bertakbir dan meluruskan kedua tanggannya setinggi kedua telinganya.(HR. Muslim)

Dari Al-Barra' bin Azib bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bila sholat mengangkat kedua tanggannya hingga kedua jempol tangannya menyentuh kedua ujung telinganya (HR. Ahmad, Ad-Daruquthny)

Maliki menyimpulkan bahawa sunat ketika takbiratul ihram dalam sholat mengangkat kedua tangan sampai jari-jarinya dirapatkan kebahu. Selain itu dilakukan ketika hendak ruku, berupa takbir intiqal (perpindahan dari rukun fi’li dalam sholat). Takbir ketiga, yakni bangkit i’tidal disunnahkan pula mengangkat tangan. Pendapat ini adalah sama dengan Imam Syafi’i. Pendapat tersebut mengambil dari beberapa riwayat hadits, di antaranya:

عَنِ ابْنَ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ افْتَتَحَ التَّكْبِيرَ فِي الصَّلَاةِ فَرَفَعَ يَدَيْهِ حِينَ يُكَبِّرُ حَتَّى يَجْعَلَهُمَا حَذْوَ مَنْكِبَيْهِ وَإِذَا كَبَّرَ لِلرُّكُوعِ فَعَلَ مِثْلَهُ وَإِذَا قَالَ سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ فَعَلَ مِثْلَهُ وَقَالَ رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ وَلَا يَفْعَلُ ذَلِكَ حِينَ يَسْجُدُ وَلَا حِينَ يَرْفَعُ رَأْسَهُ مِنْ السُّجُودِ (اخرجه الشيخان)

Dari Abdullah bin 'Umar radliallahu 'anhuma berkata, "Aku melihat Nabi shallallahu 'alaihi wasallam memulai shalat dengan bertakbir. Beliau mengangkat kedua tangannya ketika bertakbir hingga meletakkan kedua tangannya sejajar dengan bahunya. Ketika takbir untuk rukuk beliau juga melakukan seperti itu, jika mengucapkan: 'SAMI'ALLAHU LIMAN HAMIDAH (Semoga Allah mendengar siapa yang memuji-Nya) ', beliau juga melakukan seperti itu sambil mengucapkan: 'RABBANAA WA LAKAL HAMDU (Ya Rabb kami, milik Engkaulah segala pujian) '. Namun Beliau tidak melakukan seperti itu ketika akan sujud dan ketika mengangkat kepalanya dari sujud." (HR. Bukari dan Muslim)

Sedangkan Al-Hanabilayh menyebutkan bahawa seseorang boleh memilih untuk demikian atau mengangkat tangannya hingga kedua hujung telinganya. Dalilnya adalah bahawa keduanya memang punya dasar hadits yang mampu dijadikan sandaran. Saat mengangkat kedua tangan, dianjurkan agar jari-jari terbuka tidak mengepal, sebagaimana pendapat jumhur ulama. Serta menghadap keduanya ke arah kiblat.

Menurut pengarang Kitab al-Mughni: “Setiap orang adalah bebas untuk memilih sama ada mengangkat kedua tangannya sejajar (sama paras/setinggi paras) dengan anak telinga atau setakat paras bahu. Yang pasti, hendaklah hujung-hujung jari kedua tangan tersebut sampai pada paras salah satu di antara dua tempat di atas.” (al-Mughni, Ibnu Qudamah, 2/61)

2. Meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri

Jumhur ulama selain Al-Malikiyah mengatakan bahawa disunatkan untuk meletakkan tapak tangan kanan di atas tapak tangan kiri. Dalilnya adalah hadits berikut ini :

Dari Wail bin Hajr radhiyallahu ‘anhu bahawa dia melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengangkat kedua tangannya ketika memulai sholat, lalu bertakbir dan meletakkan tangan kanannya di atas tapak tangan kirinya, atau pergelangannya atau lengannya (antara siku hingga pergelangan tangan) (HR. Muslim, Ahmad, Abu Daud dan An-Nasa'i)

Sedangkan dimana diletakkan kedua tangan itu, para ulama sejak dahulu memang berbeza pendapat. Ada yang mengatakan di bawah pusat, ada juga yang mengatakan di antara dada dan pusat, dan ada juga yang mengatakan di dada.

a. Di bawah pusat: mereka yang mengatakan bahawa posisi tangan itu di bawah pusat diantaranya adalah Al-Hanafiyah, dengan landasan hadits berikut ini : Diriwayatkan dari Ali bin abi Thalib ra,"Termasuk sunnah adalah meletakkan kedua tangan di bawah pusat".(HR. Ahmad dan Abu Daud). Perkataan Ali bin Abi Thalib ini merujuk kepada praktek shalat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, sebagaimana beliau menyaksikannya.

b. Dari Ibnu Jabir Adh-Dhabbi dari ayahnya, ia berkata: “Bahawa Ali radhiyallahu anhu (ketika bersedekap) memegang tangan kirinya dengan tangan kanannya pada daerah antara lengan tangan dengan sikunya di atas pusarnya.” (HR. Abu Dawud)

Cara ini dilakukan oleh Imam Syafi’i (meletakkan kedua tangan sedikit di bawah dada dan di atas pusar ) dan jumhur ulama.

Sungguhpun ada hadits dari Wail yang diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah yang secara tegas mengatakan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam meletakkan kedua tangannya di atas dadanya, namun ulama besar lebih banyak memilih cara meletakkan kedua tangan sedikit di bawah dada dan di atas pusar. Hal ini disebabkan kerana hanya dalam shahih Ibnu Khuzaimah-lah, terdapat riwayat Wail menyatakan secara tegas posisi tangan di atas dada. Padahal hadits yang sama dalam kitab-kitab yang sudah diakui keshahihannya, iaitu dalam kitab Bukhari dan Muslim, riwayat Wail tidak menceritakan secara detail posisi tangan diletakkan setelah takbiratul ihram.

Para ulama pendukung cara meletakkan kedua tangan di daerah antara bawah dada dan pusar berpendapat bahawa ianya mempunyai hikmah yang sangat besar. Pengarang kitab Faedul Qodir, Abdul Rauf al-Manawi, mengatakan bahawa hikmah meletakkan kedua tangan di bawah dada di atas pusar adalah, bahawa tempat tersebut adalah hati, anggota badan yang paling mulia, dan di dalam hatilah tempatnya niat. Niat sangat berhubungan dengan kekhusyu’an sholat, maka dapat dirasakan lebih khusu’ ketika kita sholat dengan tangan di antara pusar dan dada, daripada ketika tangan berada di atas dada.

Sedangkan Al-Malikiyah tidak menganggap meletakkan tangan di atas dada dan lainnya itu sebagai sunnah. Bagi mazhab ini, posisi tangan boleh dibiarkan saja menjulur ke bawah. Namun mereka mengatakan bahawa hal itu kurang disukai bila dilakukan di dalam sholat fardhu 5 waktu, namun dibolehkan bila dilakukan dalam shalat sunnah (nafilah).

3. Melihat ke tempat sujud

As-Syafi'iyah dan para ulama lainnya mengalakan melihat ke arah tempat sujud dalam sholat sebab hal itu lebih dekat ke arah khusyu'.

Dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bila memulai shalat, tidak melihat kecuali ke arah tempat sujudnya. (Bagaimana pun, hadits ini bertaraf dhaif, Imam An-Nawawi mengatakan bahawa hadits ini tidak diketahuinya)

Kecuali saat tahiyat, maka pandangan diarahkan ke jari tangan kanannya. Sebagaimana hadits berikut : Dari Abdullah bin Az-Zubair radhiyallahu ‘anhu bahawa apabila Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam duduk dalam tasyahhud, beliau meletakkan tangan kanannya di atas paha kanannya dan meletakkan tangan kirinya di atas tangan kirinya lalu menunjuk dengan telunjuknya dan pandangan matanya tidak lepas dari telunjuknya itu". (HR. Ahmad, An-Nasai, Abu Daud)

Sedang ditegah memandang keatas langit ketika bersholat sebagaimana hadits dari Jabir bin Samuroh ra berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:لَيَنْتَهِيَنَّ أَقْوَامٌ يَرْفَعُوْنَ أَبْصَارَهُمْ إِلَى السَّمَاءِِ فِى الصَّلاَةِ أَوْلاَ تَرْجِعُ إلَيْهِمْ
(
رواه مسلم :29/2

Sungguh kaum-kaum itu berhenti mengangkat pandangannya ke langit ketika sholat atau pandangan mereka tidak dapat kembali (seperti sedia kala) ”(HR Muslim II: 29).

Adapun memejamkan mata dalam sholat, Imam Abdariy (dari ulama Syafi’iyyah) dalam bab perbezaan niat imam dan makmum, berkata: ”Orang yang sholat dimakruhkan memejamkan matanya dalam sholat.” Imam Ath-Thohawy berkata:”Hal itu makruh menurut golongan kami dan ini menurut pendapat Imam Ats-Tsaury.” Dan Imam Malik berkata:”Tidak ada masalah dengan memejamkan mata dalam sholat fardlu dan sholat sunnat. Dalil kami , sesungguhnya Imam Ats-Tsaury berkata:”Orang-orang Yahudi memejamkan mata ketika beribadah(menurut agama mereka). Imam Ath-Thohawi menguatkan, dimakruhkan memejamkan satu mata dan juga dua mata. Ini adalah pendapat Imam Abdary. Dan saya (Imam An-Nawawy) tidak melihat hal ini dimakruhkan menurut satupun pendapat dari golongan kami. Dan pendapat yang terpilih menyatakan tidak makruh , hal ini ketika tidak mengkhautirkan akan adanya bahaya, kerana sesungguhnya memejamkan mata itu menjadikan khusyu’ dan hadirnya hati dan mencegah dari liarnya pandangan dan memikirkan yang macam-macam. Imam Al-Baihaqy berkata:”Dan kami meriwayatkan dari Mujahid dan Qotadah bahawa keduanya memakruhkan memejamkan mata dalam sholat dan hal ini berdasarkan hadits.”( Al-Majmu’ III :314).

4. Doa istiftah (doa tsana`)

Doa istiftiftah juga seringkali disebut dengan doa iftitah atau do'a tsana'. Semuanya merujuk pada lafadz yang sama. Hukum membacanya adalah sunnah menurut jumhur ulama, kecuali Al-Malikiyah yang menolak kesunnahannya.
Sedangkan lafadznya memang sangat banyak versinya. Dan bisa dikatakan bahawa semuanya bersumber dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.
عَنْ عُمَرَ (ر) أَنَّهُ كَانَ يَقُولُ :سُبْحَانَكَ اَللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ , تَبَارَكَ اِسْمُكَ , وَتَعَالَى جَدُّكَ , وَلا إِلَهُ غَيْرُكَ رَوَاهُ مُسْلِمٌ بِسَنَدٍ مُنْقَطِعٍ , وَاَلدَّارَقُطْنِيُّ مَوْصُولاً وَهُوَ مَوْقُوفٌ

Dari Umar radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam membaca : “Maha suci Engaku dan segala puji untuk-Mu. Diberkahilah asma-Mu, tinggilah keagungan-Mu. Dan tiada tuhan kecuali Engkau.(HR. Muslim)

Lafaz ini diriwayatkan oleh Asiyah radhiyallahu ‘anhu dengan perawi Abu Daud dan Ad-Daruquthuny.
وَعَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ (ر) عَنْ رَسُولِ اَللَّهِ (ص) أَنَّهُ كَانَ إِذَا قَامَ إِلَى اَلصَّلاةِ قَالَ : "وَجَّهْتُ وَجْهِي لِلَّذِي فَطَّرَ اَلسّمَوَاتِ " . . . إِلَى قَوْلِهِ : "مِنْ اَلْمُسْلِمِينَ , اَللَّهُمَّ أَنْتَ اَلْمَلِكُ لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ , أَنْتَ رَبِّي وَأَنَا عَبْدُكَ . . .  إِلَى آخِرِهِ . رَوَاهُ مُسْلِمٌ

Dari Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bahawa beliau bila berdiri untuk sholat membaca :”Aku hadapkan wajahku kepada Tuhan Yang menciptakan langit dan bumi, dengan lurus dan berserah diri sedangkan aku bukan sebahagian dari orang musyrik. Sesungguhnya shalatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan semesta alam.Tiada sekutu baginya dan dengan itulah aku diperintahkan. Dan aku termasuk sebahagian dari orang-orang muslim.(HR. Muslim)

Lafaz ini sampai kepada kita lewat perawi yang kuat seperti Imam Muslim, Ahmad dan Tirmizy dan dishahihkan oleh Ali bin Abi Thalib. Lafaz ini sebenarnya juga lafadz yang juga ada di dalam ayat Al-Quran Al-Karim, kecuali bahagian terakhir tanpa kata "awwalu".

Selain itu juga ada lafdaz lainnya seperti di bawah ini :

وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ (ر) قَالَ :كَانَ رَسُولُ اَللَّهِ (ص) إِذَا كَبَّرَ لِلصَّلاةِ سَكَتَ هُنَيَّةً , قَبْلِ أَنْ يَقْرَأَ , فَسَأَلْتُهُ , فَقَالَ : "أَقُولُ : اَللَّهُمَّ بَاعِدْ بَيْنِي وَبَيْنَ خَطَايَايَ كَمَا بَاعَدْتَ بَيْنَ اَلْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ , اَللَّهُمَّ نقِّنِي مِنْ خَطَايَايَ كَمَا يُنَقَّى اَلثَّوْبُ اَلابْيَضُ مِنْ اَلدَّنَسِ , اَللَّهُمَّ اِغْسِلْنِي مِنْ خَطَايَايَ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ 

Dari Abi Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bila bertakbir memulai shalat, beliau diam sejenak sebelum mulai membaca (Al-Fatihah). Maka aku bertanya padanya dan beliau menjawab,”Aku membaca : Ya Allah, jauhkanlah antara aku dan kesalahan-kesalahanku sebagaimana Engkau menjauhkan antara timur dan barat. Ya Allah, sucikanlah aku dari kesalahan-kesalahan sebagaimana Engaku mensucikan pakaian dari kotoran. Ya Allah, mandikan aku dengan air, salju dan embun". (HR. Muttafaq ‘alaihi)

5. Mengucapkan Amin

Dalilnya adalah hadits nabi berikut ini;

وَعَنْ نُعَيْمٍ اَلْمُجَمِّرِ (ر) قَالَ : صَلَّيْتُ وَرَاءَ أَبِي هُرَيْرَةَ فَقَرَأَ : (بِسْمِ اَللَّهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيمِ) . ثُمَّ قَرَأَ بِأُمِّ اَلْقُرْآنِ , حَتَّى إِذَا بَلَغَ : (وَلا اَلضَّالِّينَ) , قَالَ : "آمِينَ" وَيَقُولُ كُلَّمَا سَجَدَ , وَإِذَا قَامَ مِنْ اَلْجُلُوسِ : اَللَّهُ أَكْبَرُ . ثُمَّ يَقُولُ إِذَا سَلَّمَ : وَاَلَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ إِنِّي لاشْبَهُكُمْ صَلاةً بِرَسُولِ اَللَّهِ (ص) رَوَاهُ النَّسَائِيُّ وَابْنُ خُزَيْمَةَ 

Dari Nu;aim Al-Mujammir radhiyallahu ‘anhu berkata,”Aku sholat di belakang Abu Hurairah, beliau membaca : bismillahirrahmanirrahim. Kemudian beliau membaca ummul-quran (Al-Fatihah), hingga beliau sampai kata (waladhdhaallin) beliau mengucapkan : Amien. Dan beliau mengucapkannya setiap sujud. Dan bila bangun dari duduk mengucapkan : Allahu akbar. Ketika salam beliau berkata : Demi Allah Yang jiwaku di tangan-Nya, aku adalah orang yang paling mirip shalatnya dengan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. (HR. An-Nasai dan Ibnu Khuzaemah).

Dari Abi Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,"Apabila imam mengucapkan "Amien", maka ucapkanlah juga. Siapa yang amin-nya bersamaan dengan ucapan amin para malaikat, maka Allah mengampunkan dosa-dosanya yang telah lampau.(HR. Jamaah kecuali At-Tirmizy)

6. Merenggangkan kedua tumit;

Posisi kaki ketika berdiri dalam shalat seperti posisi kaki ketika berdiri biasa, tidak terlalu rapat dan tidak terlalu renggang, sebagaimana diriwayatkan Ibnu Umar Radhiallaahu anhuma, ini disebutkan dalam Syarh As-Sunnah, bahawa-sanya beliau Shalallaahu alaihi wasalam ketika berdiri shalat tidak terlalu merenggangkan kaki atau merapatkannya, demikian pula ketika ruku’.

Imam Abu Hanafi mengatakan kedua tumit saat berdiri direnggangkan  kira-kira selebar 4 jari, sebab posisi yang demikian sangat dekat dengan khusyu'. Manakala Imam As-syafi'i mengatakan bahawa jaraknya kira-kira sejengkal. Dan makruh untuk menempelkan keduanya kerana menghilangkan rasa khusyu'.

Sedangkan Al-Malikiyah dan Al-Hanabilah mengatakan disunnahkan untuk merenggangkannya tapi tidak terlalu lebar dan tidak terlalu dekat.

7. Membaca sebagian surat Quran setelah membaca Al-Fatihah.

Dasarnya adalah hadits berikut ini :

Dari Qatadah radhiyallahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam membaca dalam sholat Zhuhur pada dua rakaatnya yang pertama surat Al-Fatihah dan dua surat, beliau memanjangkannya di rakaat pertama dan memendekkannya di rakaat kedua. Terkadang beliau mendengarkan ayat. Beliau shallallahu ‘alaihi wasallam membaca dalam sholat Ashar pada dua rakaatnya yang pertama surat Al-Fatihah dan dua surat, beliau memanjangkannya di rakaat pertama dan memendekkannya di rakaat kedua. Dan beliau beliau memanjangkannya di rakaat pertama sholat shubuh dan memendekkannya di rakaat kedua. (HR. Muttafaqun 'alaihi).

Dari Abu Bazrah radhiyallahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam membaca dalam sholat shubuh dari 60-an ayat hingga 100-an ayat.". (HR. Muttafaqun 'alaihi)

8. Takbir ketika ruku`, sujud, bangun dari  sujud dan berdiri dari sujud.

Dalilnya adalah hadits berikut ini :

Dari Ibnu Mas'ud radhiyallahu ‘anhu berkata,"Aku melihat nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bertakbir setiap bangun atau turun, baik berdiri atau duduk". (HR. Ahmad, An-Nasai dan At-Tirmizy dengan status shahih).

Kecuali pada saat bangun dari ruku', maka bacaannya adalah "Sami'allahu liman hamidah". Maknanya, Allah Maha Mendengar orang yang memuji-Nya.

9. Disunnahkan duduk istirahat (jalsah istirahah جلسة الاستراحة) setelah selesai raka’at yang pertama dan ketiga. Kedua madzhab (Maliki dan Syafi’i) juga sepakat dalam hal ini.

Diantara dalilnya adalah hadist Malik bin Al-Huwairits:

أَنَّهُ رَأَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي فَإِذَا كَانَ فِي وِتْرٍ مِنْ صَلَاتِهِ لَمْ يَنْهَضْ حَتَّى يَسْتَوِيَ قَاعِدًا
Bahawa dia (Malik bin Al-Huwairits Ra.) melihat Nabi shallallahu 'alaihi wasallam melaksanakan shalat, jika sampai pada rakaat yang ganjil, maka beliau tidak bangkit berdiri hingga duduk sejenak." (HR : Aljama’ah kecuali Muslim dan Ibnu Majah)

Imam Asy-Syaukany berkata:

الحديث فيه مشروعية جلسة الاستراحة وهي بعد الفراغ من السجدة الثانية وقبل النهوض إلى الركعة الثانية والرابعة .
"Di dalam hadist ini terdapat dalil disyari'atkannya duduk istirahat, yaitu duduk setelah sujud kedua sebelum bangkit ke rakaat kedua dan keempat."


10. Meletakkan kedua lutut lalu kedua tangan kemudian wajah ketika turun sujud dan sebaliknya

Dalam masalah ini terdapat dua perbezaan pendapat, iaitu samada yang mengatakan tangan dulu baru lutut atau yang sebaliknya, lutut dulu baru tangan.

Pendapat Pertama: tangan lebih dulu. Dari Abi Hurairah ra. berkata bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,”bila kamu sujud, maka janganlah duduk seperti cara duduknya unta. Hendaklah dia meletakkan tangannya terlebih dahulu sebelum lututnya.

Para fuqoha yang berpendapat bahawa tangan terlebih dahulu sebelum lutut diantaranya adalah: Al-Hadawiyah, Imam Malik menurut sebahagian riwayat dan Al-auza‘i.

Pendapat Kedua: lutut lebih dulu.

Dari Wail bin Hujr berjata,”Aku melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bila sujud meletakkan kedua lututnya sebelum tangannya.

Sedangkan para fuqoha yang berpendapat bahwa tangan terlebih dahulu sebelum lutut diantaranya adalah: mazhab Imam Abu Hanifah dan mazhab Imam Asy-Syafi‘i serta menurut sebahagian riwayat mazhab Imam Malik.

11. Sunnah dalam sujud
Disunnahkan untuk memperbanyak doa pada saat sujud. Dengan dalil sunnah beriku ini.
Seorang hamba terdekat dengan tuhannya pada saat sedang sujud, maka perbanyaklah doa pada saat sujud itu, pastilah akan dikabulkan".(HR. Muslim)
Dari Abi Said radhiyallahu ‘anhu berkata bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,"Wahai Muaz, bila kamu meletakkan wajahmu dalam sujud, katakanlah : Ya Allah, tolonglah aku untuk bersyukur dan beribadah dengan baik kepada-Mu."

12. Doa saat duduk di antara dua sujud

Menurut mazhab As-Syafi'iyah, Al-Hanabilah dan Al-Malikiyah, doa yang dibaca ketika duduk antara 2 sujud adalah lafadz berikut ini.

رَبِّ اغْفِرْلِي وَارْحَمْنِي وَاجْبُرْنِي وَارْفَعْنِي وَارْزُقْنِي وَاهْدِنيِ وَعَافِنيِ

Artinya : Ya Allah, ampunilah aku, kasihilah aku, berikah aku kekuatan, angkatlah aku, beri aku rezeki, tunjuki aku dan sehatkan aku".

Dalilnya adalah riwayat berikut ini :

Dari Huzaifah radhiyallahu ‘anhu berkata bahawa dirinya shalat bersama dengan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Beliau mengucapkan antara dua sujud : Rabbighfirli".(HR. An-Nasai dan Ibnu Majah)

13. Bertasyahhud awal

15. Meletakkan kedua tangan di atas kedua paha.

16. Shalawat kepada nabi pada tasyahhud akhir

Mazhab As-Syafi`iyyah dan Al-Hanabilah menyatakan bahwa shalawat kepada nabi dalam tasyahhud akhir hukumnya wajib. Sedangkan shalawat kepada keluarga beliau shallallahu ‘alaihi wasallam hukumnya sunnah menurut As-Syafi`iyah dan hukumnya wajib menurut Al-Hanabilah.
Sedangkan menurut Al-Hanafiyah dan Al-Malikiyah, membaca shalawat kepada nabi pada tasyahhud akhir hukumnya sunnah.
Adapun lafaz shalawat kepada nabi dalam tasyahhud akhir seperti yang diperintahkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam adalah :

Allahumma Shalli `ala Muhammad wa `ala aali Muhammad, kamaa shallaita `ala Ibrahim wa `ala aali Ibrahim. Wa baarik `ala `ala Muhammad wa `ala aali Muhammad, kamaa barakta `ala Ibrahim wa `ala aali Ibrahim. Innaka hamidun majid.(HR. Bukhari, Muslim dan Ahmad)

Artinya : Ya Allah, sampaikanlah shalawat kepada Muhammad dan kepada keluarganya, sebagaimana shalawat-Mu kepada Ibrahim dan kepada keluarganya. Berkahilah Muhammad dan keluarganya sebagaimana barakah-Mu kepada Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkah Maha Terpuji dan Maha Agung.

* Masalah penggunaan lafaz Sayyidina

Al-Hanafiyah dan As-Syafi`iyah menyunnahkan penggunaan kata [sayyidina] saat mengucapkan shalawat kepada nabi shallallahu ‘alaihi wasallam (shalawat Ibrahimiyah). Landasannya adalah bahawa penambahan khabar atas apa yang sesungguhnya memang ada merupakan bahagian dari suluk adab. Jadi lebih utama digunakan dari pada ditinggalkan.

Sedangkan hadits yang menyebutkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berkata,`Janganlah kamu memanggilku dengan sebuatan sayyidina di dalam shalat`, adalah hadits maudhu` (palsu) dan dusta.

16. Doa sesudah shalawat pada tasyahhud akhir

Diantara doa yang masyhur dan ma`tsur (diwariskan dari nabi shallallahu ‘alaihi wasallam) adalah lafaz berikut ini :

Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhirati hasanah waqina azabannar.

Atau lafaz berikut ini: Allahumma inni zhalamtu nafsi zhulman katsira, wa innahu la yaghfiruz-zunuba illa anta, faghfirli maghfiratan min indika, warhamni innaka antal ghafururrahim. (HR. Bukhari dan Muslim)

Artinya : Ya Allah, sungguh aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang besar. Tiada yang bisa mengampuni dosa-dosa itu kecuali Engkau. Maka ampunilah diriku dengan ampunan dari-Mu. Kasihanilah diriku ini karena sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Pengasih. (HR. Bukhari dan Muslim dan lafaznya dari Muslim)

Atau lafaz ini: Allahumma inni audzu bika min azabi jahannam, wa min azabil qabri, wa min fityatil mahya wa mamat, wa min syarri fitnati masihid-dajjal.

Artinya : Ya Allah, sungguh aku berlindung kepada-Mu dari dari azab jahannam, dan dari azab kubur, dan dari fitnah makhluk hidup dan makhluk mati, dan dari fitnah al-masih Dajjal.

Dalilnya adalah hadits berikut ini:

Dari Abi Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,`Bila kalian telah selesai dari tasyahhud akhir maka berlindunglah kepada Allah dari empat hal : [1] dari azab jahannam, [2] dari azab kubur, [3] dari fitnah makhluk hidup dan makhluk mati, [4] dari fitnah al-masih Dajjal.

Bahkan sebahagian ulama mewajibkan untuk membaca doa ini dalam tasyahhud akhir.

17. Menoleh ke kanan dan ke kiri saat mengucap dua salam

Dari Said bin Abi Waqqash radhiyallahu ‘anhu berkata,`Aku melihat NAbi shallallahu ‘alaihi wasallam melakukan salam ke kanan dan ke kiri hingga terlihat putih pipi beliau`.(HR. Muslim)

Dalam lain riwayat disebutkan:

`Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam melakukan salam ke kanan hingga terlihat putih pipi beliau dan melakukan salam ke kiri hingga terlihat putih pipi beliau`.(HR. Ad-Daruquthuny)

As-Syafi`iyah dan Al-Hanabilah mengatakan bahawa ketika memulai lafaz salam (assalamu `alaikum), wajah masih menghadap kiblat. Ketika mengucapkan (warahmatullah), barulah menoleh ke kanan dan ke kiri.

18. Melirihkan salam yang kedua (salam pertama adalah fardu)

Al-Hanafiyah dan Al-Hanabilah menyunnahkan untuk melirihkan ucapan salam kedua dan mengeraskan ucapan salam yang pertama. Demikian juga dengan Al-Malikiyah, mereka mengatakan disunnahkan untuk melirihkan salam yang kedua dan menjaharkan salam yang pertama, baik sebagai imam, sebagai makmum atau pun bila sholat sendiri.

19. Menunggu bagi masbuq hingga imam selesai dengan dua salamnya

Disunnahkan bagi makmum untuk tidak segera mengucapkan salam kecuali setelah imam selesai dengan kedua salamnya. Hal itu dikeranakan untuk berjaga-jaga apabila ternyata imam masih akan melakukan sujud sahwi. Menunda salam bagi makmum hingga imam selesai dengan kedua salamnya adalah sunnah menurut Al-Hanafiyah.

20. Khusyu`, tadabbur dalam bacaan shalat dan zikir

Imam As-Syafi`i menyebutkan bahawa disunnahkan untuk melakukan sholat dengan khusyu` serta tadabbur (merenungkan) bacaan Al-Quran pada shalat. Termasuk juga bacaan-bacaan lain (zikir) dalam sholat. Beliau juga menyunnahkan untuk memulai sholat dengan segenap konsentrasi, mengosongkan hati dari segala fikiran duniawi, kerana hal itu lebih memudahkan seseorang untuk mampu khusyu` dalam sholatnya.

Btn_blue_77x28

open source - sumber terbuka

Mana-mana coretan yang dikira baik, dibenarkan mengambil (copy-paste) tanpa perlu bertanya tuan blog ini. Manakala mana-mana coretan yang terdapat kesilapan, mohon ribuan kemaafan dari tuan blog ini. - " Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya "

Coretan lalu

zar4art

Bayan

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com
Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com

Waktu sholat

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

English to Arabic to English Dictionary
Find word:
Exact Word / Starting Word Sub Word
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
www.SearchTruth.com

Salam damai