Saturday

Dari suatu amal kesuatu amal


Dari suatu amal kesuatu amal, inilah hakikat kehidupan sebenar insan didunia ini dalam putaran waktu hayat yang dilaluinya sehinggalah datang saat malaikat maut menjemput roh keluar dari jasadnya.

Dari suatu solat kepada suatu solat, Jumaat kepada Jumaat, Ramadan kepada Ramadan adalah gambaran litaran sebenarnya kehidupan insan, kerana ini membawa kepada maksud sebenar kejadiannya. Sebagaimana insan mahupun Jinnat, semuanya adalah dijadikan hanya untuk beribadat kepada Allah.

Segala diantara itu, wajarlah membantunya menuju kepada kehidupan pengibadatan kepada Allah samaada dari sudut lahiriah mahupun batiniah, dari sudut pengetahuan mahupun akhlak, sudut pengorbanan untuk dunia atau pun akhirat, sudut bersendirian atau pun bermasyarakat dan seterusnya.

Dalam kata, setiap yang dijadikan adalah bermaksud seperti kayu yang dijadikan bangku bermaksud untuk diduduki, besi yang dijadikan kenderaan bermaksud untuk ditunggangi, batu-pasir yang dicampur simen bermaksud untuk membina kediaman dan seterusnya juga dengan insan, dijadikan oleh Penciptanya adalah semata-mata bermaksud untuk beribadat kepadaNya.

Bilamana sesuatu tersebut tidak lagi berfungsi sebagaimana maksud kejadiannya, contohnya kenderaan yang dijadikan untuk ditunggangi tetapi rosak teruk tanpa dapat dibaiki tentu sahaja tidak berguna kejadiannya biarpun secantik mana bentuk kenderaan tersebut. Sebegitulah juga dengan insan, bilamana tidak lagi dapat memenuhi maksud kejadian oleh Penciptanya, maka tiadalah bererti setiap detik kehidupan yang dilaluinya. Segalanya hanyalah dalam bentuk sia-sia kehidupan yang dilaluinya selama-mana dia belum lagi bertemu maksud sebenar kejadian dirinya.
Btn_blue_77x28

open source - sumber terbuka

Mana-mana coretan yang dikira baik, dibenarkan mengambil (copy-paste) tanpa perlu bertanya tuan blog ini. Manakala mana-mana coretan yang terdapat kesilapan, mohon ribuan kemaafan dari tuan blog ini. - " Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya "

Coretan lalu

zar4art

Bayan

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com
Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com

Waktu sholat

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

English to Arabic to English Dictionary
Find word:
Exact Word / Starting Word Sub Word
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
www.SearchTruth.com

Salam damai