Sunday

Pemahaman - 6



Dalam kehidupan yang dilalui seharian, wajar sahaja terdapatnya sesuatu perkara yang menjadi keutamaan dibandingkan dengan perkara-perkara yang lain dan semestinya dikedepankan biarpun sebenarnya, perkara-parkara lain juga adalah dalam senarai suatu kewajaran. Hatta, perkara-perkara yang menjadi keutamaan ini kekadang dilihat melangkau atau mengatasi perkara-perkara yang diwaktu lain adalah suatu perintah wajib didalam usul fiqf seperti contohnya diwaktu yang begitu darurat, daging haiwan yang haram dimakan, menjadi halal atas keutamaan menyelamatkan nyawa dari kebuluran.

Keadaan dimana suatu perkara menjadi keutamaan dibandingkan dengan perkara-perkara yang lain sebenarnya berlaku saban waktu dalam kehidupan 24 jam seharian seorang muslim seperti bekerja mencari rezeki yang halal adalah keutamaan namun solat fardu 5 waktu adalah begitu jauh utamanya dari bekerja, lantas dari itu, seorang muslim menjadi kewajipan bagi dirinya bersolat fardu tidak kira dimana dirinya bekerja (solat fardu tersebut hanya mengambil beberapa minit dan boleh dilakukan selama mana waktu solat ada). Ini kerana, keutamaan solat fardu 5 waktu adalah menduduki tangga yang kedua selepas seseorang tersebut menyebut kalimah syahadah hatta dizaman nabi, sebaik sahaja seseorang memeluk agama Islam, yang utama diajarkan adalah thaharah dan bersolat.

Dan tentulah, kalimah syahadah itu sendiri menjadi keutamaan pada segala yang ada, dimana keutamaan bererti juga memahami apa kandungan kalimah tersebut dan bersaksi dengan sebenar-benar saksi akan penyataan diatas syahadahnya. Lantaran itu, tidak kira samada seorang tersebut ulama, awam mahupun umarak, semuanya wajib berusaha keatas kalimah ini, iaitu keatas iman dan yakin mereka. Atas keutamaan ini juga, semuanya wajar memberi masa saban waktu untuk mencapai pengertian sebenar iman dan yakin mereka.

Sebagaimana juga, berusaha keatas iman dengan dakwah adalah lebih utama daripada usaha mendapat kekuasaan pemerintah, hatta objek utama sebenarnya mendapat kekuasaan pemerintah buat kaum muslimin adalah agar usaha keatas iman dapat dilaksanakan dengan aman (sebagaimana dizaman Nabi dan para sahaba, terutama dalam mana keadaan mereka dizalimi kerana melaksanakan keIslaman mereka). Lantaran itu, mereka yang hanya berusaha dengan segala helahnya untuk mencapai kekuasaan dengan membelakangi usaha keatas iman adalah perjuangan yang sia-sia dan tiada nilai disisi Allah.

Berbalik kepada keutamaan sesuatu mengatasi yang lain, ianya disebut sebagai Fiqh Awlawiyat yang mana awlawiyat adalah dari perkataan awla bermakna paling utama, paling afdal atau paling penting. Dari itu, makna fiqh awlawiyat adalah memahami sesuatu yang paling utama daripada yang lain, dengan keadaan wajar didahulukan daripada perkara-perkara yang lain, sesuai dengan masa dan tempat pelaksanaannya.

Dalam pelaksanaan keatas fiqh awlawiyat, selain daripada pemahaman akan usul fiqh itu sendiri seperti apa itu fardu ain dan fardu kifayah serta juga akan letaknya hukum-hukum buat sesuatu sesuai dengan masa dan tempatnya, iainya juga dalam pertimbangan apa itu kemaslahatan dan apa itu kemudaratan. Kemaslahatan adalah kepentingan sesuatu perkara-perkara yang membawa kepada kebaikan pada diri serta ummah manakala kemudaratan adalah perkara-perkara yang membawa kepada keosakan pada diri mahupun pada ummah seterusnya.

Pertimbangan keatas kemaslahatan contohnya adalah berupa mendahulukan sesuatu yang jelas kepentingan atau kebaikannya, mendahulukan sesuatu yang jelas membawa lebih besar kebaikannya, mendahulukan sesuatu yang kebaikannya membawa kepada sesuatu yang berterusan atau berkaitan dengan sesuatu yang lain pula dan seterusnya.

Manakala pertimbangan keatas kemudaratan contohnya adalah menghindari sesuatu yang jelas membawa kerosakan, membelakangi sesuatu yang biarpun ianya kelihatan sebagai keutamaan lantaran kesan buruk yang lebih besar akan terjadi, melaksanakan sesuatu yang dilihat ada bahaya khusus padanya namun dengannya dapat menghindari bahaya yang lebih besar dan seterusnya.


Bersambung...

Friday

Pemahaman - 5




Usul fiqh bukan sahaja penting dalam memahami setiap hukum-hukum buat perlaksanaan dalam kehidupan 24 jam seharian sebagai seorang muslim, ianya juga buat sempadan dalam menghukum pihak-pihak lain. Contohnya, seseorang yang sebelum ini, hidupnya jauh dari agama atau jauh dari sunnah nabi, kemudian mendapat hidayat dan melaksanakan perintah Allah serta menghidupkan sunnah-sunnah Nabi dalam kehidupannya, namun lantaran tidak memahami usul fiqh, dirinya wajar sahaja menghukum sewenang-wenangnya pihak lain yang tidak seperti dirinya sebagai dholalah atau menentang sunnah nabi. Seperti bila dirinya melihat pihak lain tidak berjanggut, memakai baju labuh dari buku lali dan lain-lain, terus dirinya menghukum sekian-sekian hukuman berat pada pihak lain, hatta keperingkat mensyirikan pihak lain seperti dalam hal-hal menyambut maulid Nabi, tawasul dan lain-lain.


Sedangkan dengan memahami usul fiqh, instinbath al-ahkam (pengalian keatas hukum-hukum), maka dirinya memahami apa itu hukum-hukum berbentuk wajib, sunat, harus, makruh dan sebagainya seperti adanya ijtihad atas sesuatu perkara serta dalil-dalil penerangan atas sesuatu hukum-hukum tersebut.

Sebegitu juga dalam bab yang amat penting iaitu bab akidah (sebagaimana Imam Abu Hanifah rah. menamakan fiqh ul-akbar) ianya memerlukan bimbingan serta huraian yang lengkap dari ulama-ulama akidah, bukan penerangan semata-mata tafsiran diri sendiri tanpa panduan ulama-ulama akidah terdahulu. Kerana tanpa bimbingan ulama-ulama akidah, akan menyebabkan sesuatu pihak semudah-mudahnya mengkafirkan pihak lain seperti contohnya mengkafirkan kalangan muslim yang mempercayai Allah yang memberi kehidupan, makanan dan segalanya (Rububiyah) yang tidak bersolat atau beribadat kepada Allah, sedangkan kaum muslim tersebut tidak jatuh kafir, hanya jatuh dalam kategori muslim yang berdosa atau lemah imannya kerana meninggalkan perintah Allah (melainkan mereka menafikan bahawa solat itu adalah fardu, bukan atas seperti malas dan lain-lain).

Juga contohnya, pihak pemerintah yang tidak melaksanakan hudud, tetapi memahami bahawa hukum hudud itu adalah perintah namun diatas sesuatu faktor yang lain seperti kurang kefahaman untuk melaksanakannya atau tidak berani melaksanakannya kerana sebahagian besar nisbah rakyat termasuk pihak dibawahnya adalah bukan kalangan orang Islam yang mana sekiranya dilaksanakan juga, dikhuatiri akan dirampas kuasa pemerintah oleh pihak bukan Islam, pemerintah tersebut tidak jatuh kufur tetapi hanya lemah dari sudut pelaksanaan Islamnya, kerana pemerintah yang kufur adalah pemerintah yang menentang Islam atau pemerintah yang bukan dari kalangan orang Islam.

Lantaran itu, usul fiqh adalah amat penting dan menjadi kewajipan buat setiap muslim mukalaf mempelajarinya, mendalami serta mengamalkannya. Malah menjadi tanggung-jawab pihak berkuasa menyediakan ruang atau peluang untuk setiap muslim mukalaf dibawah pemerintahannya, dapat menguasai ilmu usul fiqh terutamanya diparas bab-bab yang asas.

Imam Abu Hanifah rah. menyatakan fiqh mencakupi segala bab seperti bab i`tiqadiyyat (akidah, keimanan), amaliyyat (pengamalan, zahir) serta wijdaniyyat (akhlak, batin) seperti dalam mazhab Hanafi yang dikenal dengan sebutan al-fiqh al-akbar, yang mana perkembangan fiqh pada era ini belum disusun sebagai sebuah disiplin ilmu tersendiri.

Manakala zaman kemudiannya , seperti era Imam Syafie, usul fiqh itu adalah lebih dalam kategori hukum-hukum syari yang bersifat amali (pengamalan) dan diperolehi melalui istinbath hukum berdasarkan dalil-dalail tafshili (terperinci).

Pada prinsip usul fiqh, setiap hukum diambil dari yang tersurat sebagaimana didalam al-Quran dan Hadis, namun sebegitu, terdapat juga yang tersirat didalam al-Quran dan Hadis yang memerlukan pemahaman yang mendalam akan urutan sesuatu peristiwa tersebut untuk mengungkapkan hukum-hukum darinya. Atas itu, maka pengambilan untuk sesuatu hukum tersebut terbahagi kepada:

1 – Dalil juz`i / tafshili, iaitu dalil-dalil terperinci berupa ayat-ayat wahyu yang menunjukkan hukum-hukum tertentu secara tersurat seperti ayat-ayat wahyu berkenaan dengan hukum wajib bersolat fardu atau berpuasa dibulan Ramadan, hukum haram berzina atau riba dan seterusnya pada hukum-hukum yang lain.

2 – Dalil kulli / ijmali, iaitu dalil umum yang menunjukkan ketentuan-ketentuan sesuatu hukum secara tersirat, yang merupakan bandingan-bandingan untuk meletakan kategori hukum pada sesuatu.

Seperti contohnya dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah: ( لا ضرر ولا ضرار ), yang lebih kurang maknanya, tidak boleh melakukan kemudaratan, menunjukkan hukum tersirat haram terhadap sesuatu yang memudaratkan, dimana banyaknya hukum-hukum disabitkan dari dalil hadis ini seperti larangan menghisap rokok dan lain-lain.

Dalil pertama iaitu juz’i atau tafshili jelas merupakan kategori pertama dalam penetapan hukum namun begitu, dalil kedua iaitu kulli atau ijmali adalah juga suatu keutamaan dimana kedua-duanya merupakan metodologi untuk istinbath al-ahkam buat sesuatu hukum. Kedua-duanya amat berkaitan sebagaimana contohnya kaitan ayat yang memerintah memakan haiwan yang halal dengan kategori seterusnya atas hukum samaada daging haiwan tersebut menjadi makruh atau jatuh haram atas jalallah, iaitu haiwan yang menjadikan najis sebagai makanan asasinya. 

Bersambung...

Tuesday

Pemahaman - 4




Penyusunan dan pembukuan ilmu usul fiqh adalah amat penting bukan sahaja buat setiap muslim untuk memahami agama dan mengamalkannya, tetapi lebih dari itu, ia amat penting untuk menjadi kaedah buat para fuqaha agar tidak melakukan kesilapan dalam mengistinbatkan (menggali) hukum. Dengannya juga, para fuqaha dapat mengimbangi serta memandu pengetahuan mereka agar selari dengan para-para imam mujtahid terdahulu, para sahaba-sahabi serta seterusnya dengan Rasulullah s.a.w sendiri kerana usul fiqh melalui mazhab Ahlu Sunnah wal Jamaah adalah turutan dari itu.


Lantaran itu, sekiranya diperhatikan, objek penyusunan ilmu usul fiqh adalah lebih kepada mempertahankan asas-asas ilmu fiqh itu sendiri dengan memperdalami asas-asas tersebut dan seterusnya merupakan metodologi penetapan buat hukum-hukum dimana ini semua buat memudahkan untuk pengamalan umat Islam seterusnya. Dengan adanya penyusunan ilmu usul fiqh ini, generasi kemudian (terutama generasi selepas 3 kurun hijrah sehinggalah kehari ini, iaitu generasi yang telah amat jauh dari zaman Rasulullah s.a.w), tidak terkeliru atau tersilap dalam memahami asas-asas agama Islam itu sendiri.

Mempelajari usul fiqh adalah merupakan suatu kewajipan kepada semua mukalaf dari kalangan kaum muslim tidak kira lelaki atau wanita kerana dengannya, setiap individual muslim memahami apa dia kehendak Allah mengikut jalan Rasulullah s.a.w dalam 24 jam kehidupan sehariannya. Hatta, sedari usia kecil, setiap muslim wajar didedahkan kepadanya. Mungkin seseorang tersebut tidak berpeluang mempelajari keseluruhan bab-bab agama atau tidak mencapai status uztad mahupun status ulama, namun asas-asas agama yang tersemadi didalam usul fiqh, adalah tetap menjadi kewajipan bagi setiap muslim untuk mempelajari atau mendalami sedaya mungkin.

Ini kerana, dengan adanya pengetahuan asas pada usul fiqh biarpun minimum contohnya untuk bab-bab yang diperlukan dalam kehidupan seharian seperti bab taharah, bab solat dan lain-lain, mampu membantu diri insan tersebut mengamalkan ajaran agama Islam dan agama Islam adalah agama pengamalan, bukan hanya pembelajaran, pembukuan atau kefasihan. Sedang, seseorang tersebut boleh sahaja mencapai tahap ulama, menguasai segala cabang usul fiqh namun tanpa pengamalan keatas ilmu yang diketahui, dirinya adalah lebih hina dari mereka yang tidak beramal lantaran kejahilan.

Perkataan fiqh sendiri menurut istilah dikalangan ramai para ulama fiqh bererti ilmu tentang hukum syarak mengenai amali atau bersifat amali sebagaimana contohnya:

1) Fiqh adalah ilmu tentang hukum syara’ mengenai perbuatan (manusia) yang amali (praktikal) yang diperoleh melalui dalil-dalilnya yang tafsili.


(
العلم بالاحكا م الشرعية العملية المكتسبة من اد لتها التفصيلية
).Al ‘ilmu bil ahkamisy syar’iyyati al ‘amaliyati al muktasabati min adillatiha at tafshiliyyati (SyeikhTajuddin Ibnu as-Subky)

2) Fiqh adalah hukum syara’ yang amali diperoleh dengan cara istinbath (penetapan hukum) oleh para mujtahid dari dalil syara’ yang tafsili.


(الا حكا م الشر عية العملية التى استنبطها المجتهد و ن من الا دلة الشرعية التفصيلية).Al-ahkamusy syar’iyyati al ‘amaliyati al lati istinbathiha al mujtahiduna minal adillatisy syar’iyyati at tafshiliyyati. (Syeikh Zakariya al-Bari)

3) Fiqh adalah kumpulan hukum-hukum syara’ yang bersifat amali yang diambil dari dalil-dalil yang tafsili.


(مجمو عة الاحكا م الشرعية العملية المكتسبة من اد لتها التفصيلية).
Majmu’atul ahkamisy syar’iyyati al ‘amaliyyati al muktasabati min adillatiha at tafshiliyyati. (Syeikh Muhammad Abu Zahrah)


Bersambung...






Monday

Pemahaman - 3




Penyusunan ilmu usul fiqh pada kurun kedua hijrah ini seterusnya membawa kepada kemunculan mahzab-mazhab Ahlu Sunnah wal Jamaah yang dikenali dan diikuti hari ini. Mazhab adalah kumpulan pendapat mujtahid yang berupa hukum-hukum Islam, yang digali dari dalil-dalil syariat yang terperinci serta berbagai kaedah (qawa’id) dan landasan (usul) yang mendasari pendapat tersebut, yang saling terkait satu sama lain sehingga menjadi satu kesatuan yang utuh. Ada yang menyatakan, istilah mazhab mencakup dua hal iaitu pertamanya, sekumpulan hukum-hukum Islam yang digali oleh seorang imam mujtahid, dan keduanya adalah usul fiqh yang menjadi jalan (thariq) yang ditempuh mujtahid itu untuk menggali hukum-hukum Islam dari dalil-dalilnya yang terperinci.

Selepas zaman penyusunan ilmu usul fiqh, munculnya zaman tahrir, takhrij dan tarjih dalam mazhab fiqh. Tahrir, takhrij, dan tarjih adalah upaya yang dilakukan para ulama mengikut mazhab masing-masing dalam mengomentari, memperjelaskan dan mengulas pendapat para imam Mazhab mereka. Apatah lagi, kerana perbezaan yang memungkinkan perpecahan yang amat besar dikalangan umat Islam dari segi usul fiqh sekiranya dibenarkan terus berkembang fenomena mujtahid yang berkemampuan berijtihad dan mengembangkan mazhabnya sendiri. Atas itu, para ulama fiqh waktu itu, mengekalkan status mereka hanya pada tahap mujtahid fi al-mazhab (mujtahid yang melakukan ijtihad berdasarkan prinsip yang ada dalam mazhabnya)

Dan ternyata, 4 mazhab dalam Ahlu Sunnah wal Jamaah iaitu mazhab Hanafi, mazhab Maliki, mazhab Syafie dan mazhab Hambali telah mencukupi kerana sekiranya setiap ulama yang datang kemudian dan membawa mazhab-mazhab baru mereka, maka kekeliruan besar terjadi dikalangan umat Islam, terutama dalam hal yang mana, mazhab-mazhab baru tersebut cuba mengambil tempatnya dikalangan umat Islam dan ini tentunya menyebabkan pertelingkahan-pertelingkahan mahupun seterusnya kepada peperangan mazhab atas perbezaan-perbezaan yang dibawa.

Dalam hal 4 mazhab Ahlu Sunnah wal Jamaah, masing-masing menghormati masing yang lain, namun begitu, tentulah juga akan berlaku kekecohan, sekiranya mereka yang mengikut mazhab yang lain mendesak pengikut mazhab yang lain mengikut usul fiqh mereka. Lantaran itu, contohnya, mereka yang mengikut mazhab Maliki mengerakkan jari mereka pada tasyahud akhir tentunya tidak akan mendesak mereka yang mengikut mazhab Syafie atau mazhab Hanafi yang tidak mengerakkan jari ditasyahud akhir lantaran ulama-ulama Syafie atau Hanafi mempunyai dalil yang jelas atas itu. Semangat menghormati pada setiap mazhab dalam Ahlu Sunnah wal Jamaah ini telah terbina sekian lama.

Namun bayangkan, sekiranya, beratus-ratus mazhab yang timbul lantaran setiap ulama fiqh wajar sahaja berijtihad diatas pendapatnya sendiri dan menyusun segala usul fiqh mengikut pendapatnya sendiri, tentulah kekecuhan yang besar berlaku didalam umat hatta akan berlaku dalam suatu keluarga, siayah akan bertegang dengan anaknya lantaran usul fiqh yang amat berbeza yang diikuti oleh masing-masing. Hari ini pun telah menyaksikan bagaimana atas perbezaan politik dunia yang dimiliki oleh individual yang berbeza menyebabkan mereka bermasam muka atau sentiasa menaruh prasangka, inikan pula usul fiqh yang merupakan cara hidup-mati setiap individual. 

Sebegitu juga, bagaimanakah setiap individual umat Islam mampu belajar dan memahami apa yang dipelajari adalah hak, sekiranya setiap musim, akan ditemuinya dalil-dalil lain yang menyatakan apa yang dipelajari adalah suatu kesilapan? Bagaimanakah terjadi seterusnya kepada seluruh sistem pembelajaran umat Islam sekiranya setiap tahun, dirombak atas ijtihad-ijtihad baru para ulama fiqh yang menampilkan mazhab masing-masing?


Bersambung...

Sunday

Pemahaman - 2



Usul Fiqh iaitu dari segi bahasa, usul adalah bererti asas, sumber, kaedah, punca atau mahupun dalil dan manakala fiqh memahami sesuatu perkara. Usul Fiqh membawa makna akan asas pemahaman buat sesuatu tersebut, didalami melalui Al-Quran dan Sunnah dimana definisinya adalah ilmu-ilmu tentang kaedah-kaedah mengistinbat hukum-hukum syarak yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf dari dalil-dalil tafsili. "At-tafshiliyyah" (bersifat terperinci), ilmu tentang hukum-hukum syari'at yang didapati dari dalil-dalilnya yang "ijmali", seperti contohnya perintah-perintah yang membawa kepada kewajipan atau larangan-larangan yang membawa kepada pengharaman dan seterusnya.

Sejarah perkembangan ilmu usul fiqh adalah melalui beberapa peringkat-peringkat sebagaimana peringkat pertama adalah zaman Nabi kemudian zaman para sahaba-sahabi, zaman para tabien dan seterusnya kepada zaman kemunculan ilmu usul fiqh itu sendiri.

Pada zaman Rasulullah s.a.w, hukum-hukum diambil dari wahyu dan diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. Segala permasaalahan yang timbul akan dirujuk terus kepada Rasulullah s.a.w, dimana beliau akan menerangkan secara terus samaada berdasarkan ayat-ayat al-Quran yang diturunkan atau penjelasan -penjelasan dari beliau sendiri. Sedang mereka yang berada jauh dari Rasulullah dan tidak dapat merujuk terus kepada Rasulullah akan sesuatu permasaalahan, misalnya Muaz bin Jabal yang diutuskan ke Yaman, Rasulullah membenarkan Muaz bin Jabal berijtihad dalam perkara-perkara yang didalam al-Quran dan as-Sunnah tidak diketemui ketentuannya.


Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w, sebarang permasalahan yang timbul, dirujuk kepada para Sahaba-sahabi, dimana mereka mampu mengistinbat hukum terus dari al-Quran dan as-Sunnah kerana penguasaan bahasa Arab yang baik, mempunyai pengetahuan mengenai sabab an-nuzul sesuatu ayat atau sabab wurud al-hadis dan mereka sendiri merupakan para Perawi-perawi Hadis yang diambil terus dari Rasulullah s.a.w. 
 

Mereka menetapkan hukum dengan merujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah dan sekiranya mereka tidak menemui sebarang ketetapan hukum tentang sesuatu masalah, mereka akan berijtihad dengan menggunakan kaedah qias. Inilah cara yang dilakukan oleh para mujtahid dalam kalangan para Sahaba seperti Abu Bakar r.a, Umar bin al-Khattab r.a, Uthman bin Affan r.a, Ali bin Abu Talib r.a dan serta sahabi seperti Saidina Aishah r.anha. Sekiranya mereka mencapai kata sepakat dalam sesuatu hukum maka berlakulah ijma'.


Pada zaman Tabien pula, cara mengambil hukum tidak jauh berbeza dengan zaman para sahaba- sahabi kerana mereka adalah generasi yang jarak masa mereka adalah tidak jauh dengan kewafatan Rasulullah s.a.w. Yang membezakannya ialah sekiranya sesuatu hukum tidak terdapat dalam al-Quran, as-Sunnah dan al-Ijma', mereka akan merujuk kepada pandangan para sahaba-sahabi sebelum berijtihad. Diwaktu ini, penyusunan ilmu Usul al-Fiqh belum lagi muncul dan cara ini adalah sebagaimana yang digunakan oleh para mujtahid dalam kalangan tabi'in seperti Sa'id bin al-Musayyib, 'Urwah bin az-Zubair, al-Qadi Syarih dan Ibrahim an-Nakha'i.


Manakala zaman kemunculan Ilmu Usul Fiqh adalah pada kurun kedua Hijrah dimana keadaan umat Islam diwaktu tersebut menjadi semakin berubah seperti bertambahnya secara drastik bilangan umat Islam terutama dikalangan orang-orang Ajam atau orang yang bukan keturunan Arab. Atas permintaan-permintaan akan keperluaannya penjelasan secara detail akan sesuatu perkara tersebut, maka para-para ulama diwaktu itu mula menyusun kaedah-kaedah tertentu yang dinamakana ilmu Usul al-Fiqh untuk dijadikan landasan kepada ijtihad mereka. Ilmu Ushul al-Fiqh disusun sebagai satu ilmu yang tersendiri seperti didalam sebuah kitab berjudul ar-Risalah karangan al-Imam Muhammad bin Idris as-Syafie, yang membincangkan tentang al-Quran dan as-Sunnah dari segi kehujahan serta kedudukan kedua-duanya sebagai sumber penentuan hukum.

Bersambung...

Saturday

Hajj of Elders



Story - 1 

Zun Noon Misri rah. says: “I was once performing tawaaf around the Ka’bah. Everybody’s eyes were fixed on the Ka’bah when suddenly a man approached the Ka’bah and prayed:
“O my Lord, I am Your poor servant who is astray from Your court and who has run away from Your door; I beg of You that thing which is nearest to You and I beg of You that I be allowed such worship of You which You love most: O Allah I beg of You through those saintly ones and Your Nabis that You grant me to drink the wine of Your love; O Lord remove from me the ignorance that prevents me from reaching knowledge (Ma’rifat) of You that I may eagerly reach unto You, and converse with You silently in my desire.”

Thereafter having said this prayer, he cried bitterly for a long while. He cried so much that his tears fell on the ground. Then suddenly he started laughing and went away. 

Zun Noon Misri rah. says: ” I followed him and thought within myself that this man must either be a perfect sufi or a madman. He went out of the mosque towards the outskirts of the town. He became aware of me and said: “What do you want? Why do you follow me; Please leave me alone.”
I said: “May Allah have mercy on you. What is your name?”
He replied: “Abdullah (servant of Allah).”
I asked: “What is your father’s name?”
He replied: “Abdullah (Servant of Allah)”
I asked: “Everyone is a servant of Allah. But what is your real name.”
He replied: “My father name me Sa’doon.”
I asked: “Are you then not he who is know as ‘Sa’doon, the mad one?”
He replied: “Yes, I am he.”
I asked: “Who are those saintly ones through whom you prayed to Allah?”
He replied: “They are the ones who walk towards Allah in a similar manner as he who walks that has made the attaining of Allah’s love their aim in life. And they have separated themselves from this world in the same manner as him whose heart has been snatched away.

Then he continued: O Zun Noon, I have heard you say that you would like to know the Asbaabe Ma’rifat.”
I replied: “Yes, for I want to benefit from your knowledge.”
 

Then he recited two couplets in Arabic:
The hearts or the Aarifeen are sunk in the remembrance of the Lord at all times;
And so does the heart become involved that near Him it makes it home.
And I have with such sincerity fallen love with Him;
That nothing can now remove from my heart the love I bear for Him. (Rowdh-23)



Story - 2


It is related that Hishaam bin Abdul Malik, before he became the Khalifa once performed tawaaf. Numerous times did he try to kiss the Hajarul Aswad, but because of the vast crowd he could not do so. Then Syaidina Zainul Aabideen rah. the son of Syaidina Husain r.a who was the son of Syaidina Ali r.a, came along to kiss the Black Stone and all at once everyone moved away so that he could do so in peace and comfort. 

Someone asked him: “Who is this person, (that is so honored)?” Hishaam knew who it was but would not say because of the ill feeling borne by Banu Umayya towards the family of Rasulullah s.a.w household. Thus he said: “I do not know.”
 
The famous Arabic poet Farazdaq who was present then stepped forward and said: “I know who he is.” Then he read the following poetic verse:
He is the son of the most virtuous of men,
This is he, who is God-fearing, holy and a leader,
This is he whose footsteps all Mecca knows,
Whom the Ka’bah knows, the Hill and the Haram.
This is he that when he moves to kiss the Hajar, indeed does the Hajar almost move to receive his hand.
Never said he Laa ( no) to anyone save in the Kalima,
Had it not been for that, never would he say it?
When noble Quraish sees his like they exclaim; this is the holder of true nobility.
When the saintly assemble, he is their imaam.
And when asked the best of them, to him they point.
This O Hishaam, is the son of Fatima if you know not.
Through his grand father was prophethood sealed.
And never be thy denial of him a fault with him,
Him who is known amongst Arab and Ajam.
In modesty does he cast down his eyes; and in awe of him do men look down before him.
And then they speak not save when he smiles.

It is said that when Hishaam heard this praise of Zainul Aabideen rah, he became so angered that he had Farazdaq imprisoned. Zainul Aabideen rah. was indeed a very saintly, noble person. So many are the incidents illustrating his noble qualities that it is difficult to mention them all. He used to perform one thousand nafl salaah daily. When he performed wudhu his face used to turn yellow. And when he stood ready for salaah his whole body started trembling. Someone asked the reason for that and he replied: “Do you not realize in whose presence I stand?”
 
Once while in sajdah, his house caught fire. He, however continued his salaah as if nothing happened. When he completed his salaah people had already extinguished the fire. Someone asked him about it and he said: “The fear of a much greater fire (jahannam) did not allow me to be distracted.”
 
It was a noble habit of his to disguise himself at night and go secretly to people’s houses to help them and many households only subsisted through charitable gifts, while they never knew where it came from and who this person was. It was only after his death that they knew who the generous giver was. Then it was discovered that one hundred households were maintained by him. For this reason Farazdaq did not exaggerate when he recited those lines. (Rowdh)
 
Imam Malik rah. says: “Of all the people that I have known among the Hashimi family, Zainul Aabideen rah. was the most virtuous.’

Saeed bin Mussayyib rah. says: “I have not seen anyone more righteous than him.”
 
In spite of all that, when he put on his ihraam for Haj, his face used to turn yellow out of fear, so much so, that he could not utter the Labbaik. Someone asked: “Why did you not recite the Talbiya?’
He replied: “I fear that when I say it, and answer of Laa Labbaik will be heard.”
People insisted that he recite the ward, because it is necessary to recite it, whereupon he obliged. As the words went forth from his lips, he fell down from his animal unconscious. And so it continued until the end of the Haj.

Imam Malik rah. relates: ‘When Zainul Aabideen rah. intended to recite Labbaik, he fell down from his camel unconscious and broke a bone.” (Tahzeeb)
 
Many words of wisdom are also quoted from him. It is reported that he said:
“Some people worship Allah out of fear. Some worship Him for His great reward. This is the Ibaadah of merchant. The Ibaadah of the free ones is the Ibaadah of those who are grateful.”

Baaqir rah., his son said: “My father, Zainul Aabideen rah, advised me not to associate with five types of people, not even to have them as fellow travelers on an journey. 
- Firstly the evil one who will sell and betray you in exchange for a morsel of food or even less. I asked him what is the meaning of even less and he said: “He will betray you in the hope that he will receive something and in the end receive nothing.”
- Secondly, the stingy one, who when you are in dire need will avoid you.
- Thirdly, the liar, who is like the sand of the desert, from afar it, appears to be water. Things, which are near, he will show to be far and those things, which are far, he will show as near.
- Fourthly, the foolish one who although intending to be of benefit causes harm. It is said, the cleaver enemy is better than a stupid friend.
- Fifthly, that person who cuts himself off from his family. Stay clear of him because thrice in the Qur’an have I found these people mentioned as cursed.” (Rowdh)

Friday

Pemahaman - 1






فَلَوۡلَا نَفَرَ مِن كُلِّ فِرۡقَةٍ۬ مِّنۡہُمۡ طَآٮِٕفَةٌ۬ لِّيَتَفَقَّهُواْ فِى ٱلدِّينِ وَلِيُنذِرُواْ قَوۡمَهُمۡ إِذَا رَجَعُوٓاْ إِلَيۡہِمۡ لَعَلَّهُمۡ يَحۡذَرُونَ

Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan diantara mereka beberapa orang untuk memperdalami pengetahuan (Fiqh) mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya. - (Surah Tawba: 122)

Usul Fiqh adalah suatu bidang ilmu dalam syariat Islam yang secara khusus membicarakan persoalan hukum-hakam dalam kehidupan seharian insan samada buat individu mahupun bermasyarakat. Dimana contohnya dari dalil-dalil yang jelas (tafshili) iaitu dari Al Quran, Sunnah, Ijma dan Qiyas; maka keluarnya hukum dalam bentuk wajib, sunat, harus (mubah), makruh dan mahupun haram dalam memahami segala perintah-perintah mahupun larangan-larangan Allah Taala melalui cara sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w.
Manakala definisi Fiqh (ﻓﻘﻪ) adalah mengetahui atau pemahaman yang mendalam buat sesuatu hal sebagaimana disabdakan oleh Rasulullah s.a.w yang lebih kurang terjemahannya:
Barangsiapa dikehendaki oleh Allah akan diberikannya kebajikan dan keutamaan, niscaya diberikan kepadanya “ke-faqih-an” dalam urusan agama.” (Bukhari-Muslim).

Dalam pada itu, juga terdapat perkara-perkara yang diluar dari Al Quran dan Sunnah Nabi, namun diatas pengetahuan atau kefahaman yang mendalam bahawa ianya membawa kebaikan atau mashalat buat insan, disamping ianya selari atau tidak bercanggah dengan ushul fiqh, maka ianya dibenarkan sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang lebih kurang terjemahannya:

"Antum a'lamu biumuuri dun-yaakum (Kamu lebih mengetahui tentang urusan-urusan duniamu)" (Muslim).

Dalam urusan duniawi, peperangan, siasat politik, muamalah dan sepertinya, didapati juga bahawa Rasulullah s.a.w sering bermusyawarah dengan para sahabat, dimana kekadang Rasulullah menerima usulan atau syor dari para sahaba dengan meninggalkan pendapatnya sendiri. Contohnya, seperti peristiwa perang Badar, Rasulullah memerintahkan pasukan Islam untuk mengambil posisi disuatu tempat, tetapi kemudian, salah seorang sahaba mengusulkan agar pasukan kaum Muslimin mengambil posisi didepan sumber mata air dan usulan ini diterima oleh Rasulullah s.a.w.

Sebegitu juga dengan peristiwa, beberapa penduduk Madinah melakukan usaha mengawinkan pokok-pokok kurma untuk memperoleh buah yang lebih banyak yang mana, pada mulanya, Rasulullah melarang perbuatan tersebut dan penduduk Madinah mentaati larangan Rasulullah tersebut. Namun setelah tahun itu, pokok-pokok kurma didapati tidak menghasilkan buah yang banyak, Rasulullah kemudiannya mengizinkan mereka melakukan tindakan mengawinkan pokok-pokok kurma tersebut.


Bersambung...

open source - sumber terbuka

Mana-mana coretan yang dikira baik, dibenarkan mengambil (copy-paste) tanpa perlu bertanya tuan blog ini. Manakala mana-mana coretan yang terdapat kesilapan, mohon ribuan kemaafan dari tuan blog ini. - " Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya "

Coretan lalu

Bayan

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com
Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com

Waktu sholat

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:
English to Arabic to English Dictionary
Find word:
Exact Word / Starting Word Sub Word
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
www.SearchTruth.com

Salam damai