Sunday

Berfikir / berzikir - 2


Fikir yang benar wajar sahaja membawa kehidupan kearah kebaikan atau kejayaan manakala fikir yang salah pula membawa kearah kesilapan langkah yang diambil dalam hidup dan mengakibatkan kesan keburukan atau kegagalan.

Fikir yang salah adalah biasanya terikat pada kehendak hawa-nafsu yang mana keupayaan berfikir hanya ditumpukan untuk bagaimana memenuhi hawa-nafsunya tanpa memikirkan kesan buruk pada pihak lain mahupun pada diri sendiri.

Hatta fikir yang benar tetapi terselit didalamnya bagaimana untuk memenuhi pertama-tamanya hawa-nafsu akan merubah fikir yang benar kepada fikir yang salah. Contohnya seseorang yang berfikir untuk untuk bersedekah pada fakir-miskin tetapi didalam itu terselit untuknya menunjuk-nunjuk akan kedermawannya, maka fikiran untuk melakukan sesuatu yang baik tertukar menjadi suatu perbuatan yang silap.

Sebagaimana juga contohnya seseorang yang berfikir untuk melakukan amal ibadat atau menghidupkan sunnah sebaik mungkin dan segalanya dalam kategori sahih tetapi didalam itu, terselit dari hawa nafsunya untuk merai populariti sebagai seorang yang warak atau merasa dirinya seorang yang hebat lagi benar sedang pihak lain tidak sehebat dirinya dan malah dicerca atau difitnah pihak lain melakukan bidaah biarpun pihak lain dapat membuktikan kebenaran diatas tindakan mereka, maka ia hanya memusnahkan fikirnya yang baik, membuat pihak lain berkecil-hati dan malah dari itu, permusuhan demi permusuhan berlaku yang tidak membawa apa-apa kebaikan.

Atau contohnya seorang yang pada awalnya berfikir baik untuk membantu masyarakat, lalu berusaha dia mencapai ketahap sebagai pemimpin masyarakat tetapi bila telah menjawat jawatan sebagai pemimpin, kemewahan dan kesenangan dari jawatan tersebut ditambah lagi akan penghormatan masyarakat kepadanya membuat nafsunya semakin tamak dan takebur, maka lupa dia akan niat asalnya dan ini tentulah membawa kemudaratan pada masyarakat, bukan membantu masyarakat.

Atau mahu pun contohnya seorang yang baik budinya, sentiasa berfikir baik terhadap pihak lain dan melakukan banyak kebaikan dan terkenal dengan kepintarannya tetapi tidak menunaikan perintah Allah seperti solat fardu 5 waktu dan solat Jumaat, zakat, berpuasa dibulan Ramadan, menunaikan haji jika berkemampuan dan lain-lain, maka biarpun dia mempunyai fikiran yang baik tetapi hakikatnya dia tidaklah bijak kerana mengabaikan kehidupan yang sebenar iaitu kehidupan selepas kematiannya.

Oleh itu cara yang terbaik untuk menundukan hawa nafsu adalah dengan mengingati kematian (zikrul-maut)sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang lebih kurang maksudnya: "Perbanyakkanlah olehmu mengingati perosak kelazatan iaitu kematian"

Kerana diantara insan yang bijak menggunakan akalnya untuk berfikir adalah mereka yang sentiasa mengingatkan akan kehidupan dunia yang singkat dan kematian dalam mana dengan berfikir secara sebegitu, mereka sentiasa mempersiapkan diri buat menghadapi kehidupan sebenar selepas kematian.

Ibn Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah ditanya tentang siapakah orang beriman yang paling bijak? Lalu dijawab oleh Rasulullah s.a.w dengan bersabda: "Mereka yang lebih banyak mengingati mati dan lebih baik persediaannya kepada perkara selepas mati, mereka itulah orang yang paling bijak" (Ibn Majah)

Rasulullah s.a.w juga bersabda yang bermaksud : "Orang yang bijak itu adalah orang yang mempersiapkan dirinya dan beramal (bekerja) untuk bekalan selepas matinya. (Manakala) orang yang tidak bijak itu adalah sesiapa yang mengikut hawa nafsunya dan kemudian mengharap (pertolongan) Allah" (Tirmizi)

Bersambung... 

Wednesday

Berfikir / berzikir - 1


Saban waktu, insan berfikir, iaitu dari kanak-kanak riang berfikir untuk bermain sehinggalah peringkat menjadi warga tua kerana berfikir adalah sebahagian dari fitrah diri insan itu sendiri. Hanya persoalannya, apakah yang difikirkan saban hari.

Samaada fikiran itu dari perkara-perkara yang membawa faedah atau tidak, tekanan-tekanan hidup yang dialami, ransangan dari perasaan-perasaannya (seperti marah, dengki, takabur, rasa cinta, lucu, simpati dan lain-lain), pengajian-pengajian yang dilalui, pengamatan atau kajian yang dilakukan, permainan yang disukai (seperti bola dan lain-lain), pendapat-pendapat tertentu yang diikuti (seperti parti politik, sesuatu pertubuhan atau individu dan lain-lain), pegangan atau prinsip hidupnya dan seterusnya, insan akan sentiasa berfikir.

Menegah berfikir adalah seperti membuang sebahagian dari tubuh anggota insan atau melumpuhkan anggota utama tubuh badannya. Dan hari ini, kenyataannya, asbab insan berfikir, dunia saban waktu bertukar wajah dan sekian detik berbagai-bagai peristiwa berlaku samaada kesannya untuk diri seseorang mahupun keseluruhan masyarakat seterusnya.

Atas asbab berfikir juga, dari individu atau dari sesuatu fikiran mampu tersebar seterusnya keseluruh alam contohnya produkt Nestle, atas usaha untuk memajukan perniagaan, syarikat Nestle yang berpusat diSwiss yang hasilnya bahan tenusu, berfikir siang-malam untuk melariskan produktnya dan kini ianya tersebar dimana-mana penjuru alam hatta kawasan pendalaman yang serba kekurangan komunikasi seperti dipendalamam Borneo, didapati diwarung-warungnya barang-barang dari jenama Nestle seperti Nescafe, Milo dan lain-lain.

Asbab berfikir juga mampu menukar keadaan atau tabiat seseorang contohnya seorang anak muda yang biasa dikenali oleh masyarakat sekitarnya sebagai seorang yang sederhana dan memakai apa sahaja pakaian yang ada, namun setelah dia berhijrah kebandar, keadaan atau tabiatnya berubah yang mana hanya memakai pakaian berjenama terkenal kerana fikirannya telah terpengaruh dengan kebudayaan kebendaan.

Lantas siapakah yang benar-benar berakal atau siapakah yang benar-benar bijak menggunakan fikiranya? Fikiran atau cara berfikir apakah yang dapat menyelamatkan dan menjanjikan kebahagian sebenarnya buat diri serta umat seterusnya?

Ciri-ciri mereka yang benar-benar berakal atau bijak menggunakan fikirannya adalah seperti yang dijelaskan didalam Al Quran iaitu:


إِنَّ فِى خَلۡقِ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱخۡتِلَـٰفِ ٱلَّيۡلِ وَٱلنَّہَارِ لَأَيَـٰتٍ۬ لِّأُوْلِى ٱلۡأَلۡبَـٰبِ

Allah Taala berfirman: “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal.” (Ali-Imran : 190)


ٱلَّذِينَ يَذۡكُرُونَ ٱللَّهَ قِيَـٰمً۬ا وَقُعُودً۬ا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمۡ وَيَتَفَڪَّرُونَ فِى خَلۡقِ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ رَبَّنَا مَا خَلَقۡتَ هَـٰذَا بَـٰطِلاً۬ سُبۡحَـٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ


Allah Taala berfirman: “ (iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.” (Ali-Imran : 191)

Ayat dari surah al-Imran ini adalah penjelasan akan ciri-ciri insan yang benar-benar berakal atau bijak menggunakan fikirannya iaitu mereka yang berfikir dengan berzikir kepada Allah seperti dengan memerhatikan fenomena alam ciptaan Allah misalnya kejadian langit dan bumi atau melihat pertukaran siang dan malam dalam mana mengakui kebesaran Allah Taala.

Dengan itu, ia meningkatkan lagi keimanan kepada Allah Taala disamping meningkatkan lagi perasaan taqwa lalu memohon agar dilindungi dari azab yang amat pedih. Ayat ini juga adalah ayat dakwah yang mana berfikir dan berzikir untuk membawa kebesaran Allah dalam diri dan seterusnya berusaha berdakwah agar diri dan insan sekelian terselamat dari azab pedih api neraka.

Bersambung...

Sunday

Merantaulah...






Tidak akan tinggal dikampung halamannya saja,
bagi orang yang memiliki kecerdasan dan adab yang tinggi,
tapi dia akan pergi meninggalkan tempatnya,
maka tinggalkanlah tanah-airmu dan merantaulah.

Pergi dan merantaulah ditempat yang baru,
kamu akan dapatkan pengganti dari kerabat dan kawan,
dan bersusah-payahlah, kerana sesungguhnya,
kelazatan hidup itu terasa setelah bersusah-payah.

Sesungguhnya aku melihat diamnya air itu,
akan mengeruhkan dan merusakkannya,
sedang apabila air itu mengalir, ia akan menjadi jernih,
dan apabila tidak mengalir, selamanya tidak akan jernih.

Seekor singa pada saat ia berada dalam sarangnya  sahaja,
tentu tidak akan dapat ia menerkam mangsanya.

Anak panah pun tidak akan mengenai sasarannya,
sebelum ia terlepas dari busurnya.

Jika matahari tidak bergerak dan terus diam,
tentu manusia bosan padanya dan enggan memandang.

Bijih emas bagaikan tanah biasa sebelum digali dari tambang,
kayu gaharu tidak ubahnya seperti kayu biasa, jika hanya didalam hutan.


(Diwan Al-Imam Asy-Syafi’i, 1992:33)


- Sebagaimana seperti maksud syair Imam Syafii ini juga, jemaah demi jemaah dimana-mana sahaja diseluruh dunia, dibentuk untuk keluar kesetiap penjuru alam. Diatas usaha harakah iman (usaha Tabligh)dan dengan tertib yang tersusun rapi, pengorbanan untuk keluar merantau dijalan Allah dapat dilakukan dengan mudah dan terbuka kepada sesiapa sahaja tidak kira apa statusnya.

Dalam mana dengan niat ikhlas pertama-tamanya bagaimana memperbaiki iman dan amal, maka dirilah yang mendapat sebegitu besarnya faedah, disamping juga ahli keluarga dirumah dan untuk generasi seterusnya. Islah pertama-tamanya untuk umat ini adalah bagaimana dapat keyakinannya sebenarnya pada Allah dan zuhud dunia.

Ini adalah suatu rahmat, dalam mana setiap lapisan masyarakat tidak kira seorang alim atau tidak, seorang profesional atau amatur, tua atau muda, yang sihat mahupun yang uzur, miskin atau kaya dan seterusnya, semuanya berpeluang keluar merantau dijalan Allah. Kerana semuanya memerlukan usaha bagaimana untuk mendapat keredhaan Allah, sedang usaha ini tidak memerlukan sesiapa pun. Sebagaimana semua makhluk memerlukan Allah sedangkan Allah tidak memerlukan sesiapa pun. Dan Allah maha suci dari segala sifat kekurangan sedangkan sekelian makhluk, penuh kekurangan.

Friday

Jihadun nafs


Jihadun nafs adalah bermaksud jihad untuk membersihkan jiwa dengan membawa sifat-sifat yang mulia lagi terpuji disamping berusaha sedaya upaya menegakkan agama dalam diri juga dalam masyarakat dan seterusnya keseluruh alam.

Sebagaimana juga berusaha mensucikan hati dan fikir agar sentiasa mendapat keredhaan Allah Taala.

Allah Taala berfirman:

وَمَن جَـٰهَدَ فَإِنَّمَا يُجَـٰهِدُ لِنَفۡسِهِ

{Dan sesiapa yang berjuang (Jaahada) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang (Yujaahidu) untuk kebaikan dirinya sendiri} (29:6).

وَٱلَّذِينَ جَـٰهَدُواْ فِينَا لَنَہۡدِيَنَّہُمۡ سُبُلَنَا‌ۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ

{Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan Kepada mereka jalan-jalan Kami (Hidayat). Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.} (29:69)

Ayat Al-Quran mengenai jihad ini yang terdapat didalam Surah Ankabut adalah ayat yang diturunkan diMekah (Surah Makki) yang mana diwaktu itu tiada tindakan ketenteraan atau belum ada peperangan dan ini jelas bahawa ayat ini diturunkan sebagaimana yang dikatakan oleh para-para ulamak adalah berkenaan Jihadun nafs iaitu jihad keatas nafsu diri.

Penyataan akan keutamaan Jihadun nafs adalah juga seperti yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w:

Dari Fudhalah bin ‘Ubaid r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:

اَلْمُجَاهِدُ مَنْ جَاهَدَ نَفْسَهُ فِي طَاعَةِ اللهِ

“Seorang mujahid adalah orang yang berjihad memperbaiki dirinya dalam ketaatan kepada Allah”. (Ibn Hibban (#1624, 2519): sahih; al-Hakim: sahih; Tirmidhi, Ahmad, dan Tabarani)

Dari Abu Muhammad Abdullah bin Amr bin al-’Ash radhiyallahu’anhuma beliau berkata : Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Tidaklah beriman salah seorang di antara sehingga hawa nafsunya tunduk mengikuti ajaran yang aku bawa.” (Hadits sanad sahih).

Dari itu, jelas sesungguhnya mereka-mereka yang mengorbankan masa, kewangan dan diri dijalan Allah seperti keluar untuk tempoh 3 hari, 40 hari, 4 bulan, setahun serta cuba menghidupkan setiap masjid dimana sahaja dengan amalan masjid Nabawi dizaman Rasulullah s.a.w dan para sahaba seperti sentiasa wujud dakwah, taklim wa taklum, ibadat/zikir dan khidmat, adalah merupakan antara para mujahidin sejati.

Dalam mana berusaha keatas Iman dan amal solehan, berusaha keatas sifat-sifat mulia seperti sifat rahmat keatas semua makhluk, sifat ilmu dan zikir, berusaha menekan nafsu, berusaha agar keikhlasan sentiasa dihati serta berusaha keras mendapat keredhaan Allah Taala dengan membawa usaha dakwah Rasulullah s.a.w kedalam diri dan alam seterusnya.

Kesilapan memang kekadang berlaku kerana begitulah lazimnya insan, sebagaimana juga terjadi dikalangan para-para sahaba namun jalan yang diambil adalah jalan kebenaran dan jalan mentarbiahkan diri.

Contohnya seorang yang dalam perjalanan keMekah dan Madinah untuk mengerjakan haji, umrah serta menziarahi makam Rasulullah, mungkin terjadi berbagai-bagai dugaan, cabaran, malah kekadang memenatkan dan seterusnya, namun jalan yang diambil untuk menuju keMekah dan Madinah dengan niat yang ikhlas adalah jalan kebenaran dan dari situ, diri semakin meningkat tinggi darjatnya disisi Allah Taala.

Thursday

Daily dua (Supplication)

Daily Dua (Supplication)

Indeed Allah has revealed: "O mankind! It is you who stand in need of Allah, but Allah is Rich (Free of all wants and needs), Worthy of All Praise." [Qur'an 35:15]

open source - sumber terbuka

Mana-mana coretan yang dikira baik, dibenarkan mengambil (copy-paste) tanpa perlu bertanya tuan blog ini. Manakala mana-mana coretan yang terdapat kesilapan, mohon ribuan kemaafan dari tuan blog ini. - " Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya "

Coretan lalu

Bayan

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com
Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com

Waktu sholat

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:
English to Arabic to English Dictionary
Find word:
Exact Word / Starting Word Sub Word
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
www.SearchTruth.com

Salam damai