Showing posts with label Gurauan. Show all posts
Showing posts with label Gurauan. Show all posts

Wednesday

Gurau - 3

Tetamu dan ayam


Sebuah rumah disuatu desa dikunjungi tetamu, lalu tuan rumah pun sibuk menyediakan makanan dan menjemput tetamu tersebut menjamahnya. Maka mereka pun mula menjamah hidangan tersebut, hanya nasi, sayuran dan kuah kari. Tetamu yang berkeinginan daging ayam atau ikan tetapi segan bertanya kenapa hanya kuah kari tanpa apa-apa isi hanya berharap didalam hatinya.

 Tiba-tiba dari dalam, isteri tuan rumah bertanya, apakah perlu membawa keluar ayam, sisuami menjawab: "nanti". Tetamu pun amat girang hatinya bila mendengar perkataan ayam, lalu berangan akan besarnya hidangan ayam yang akan nanti dibawa keluar.

Setelah sepinggan dua habis nasi dimakan, seisteri tuan rumah bertanya lagi, apakah perlu sekarang dibawa keluar ayam, sisuami menjawab : "nanti". Sitetamu menjadi kehairanan namun segan bertanya lalu terus menjamah makanan sehinggalah kekenyangan.

Setelah itu, sisuami, tuan rumah lalu menjerit, "bawalah ayam-ayam tu keluar", lantas siisteri pun memberikan anaknya ayam-ayam tersebut untuk dibawa keluar. Lalu sianak pun membawa dua-tiga ekor ayam hidup keluar untuk memakan saki-baki nasi yang tumpah dilantai, manakala sitetamu terpinga-pinga.....


Ayam-ayam

Seperti biasa, sijaka, suami kepada banyaknya ayam-ayam betina berkokok sebelum matahari keluar, samaada untuk membangunkan seluruh keluarganya, tuannya mahupun memang itu adalah rutin hariannya.

Setelah berkokok, maka keluarganya yang terdiri dari banyak isteri-isterinya seta anak-anaknya pun perlahan-perlahan bangun sambil dalam keadaan rabun menanti akan keluarnya sang matahari agar kembali melihat dengan jelas disamping menjalani kehidupan seharian yang bebas diperkarangan rumah tuan mereka.

Tuan mereka pun seperti biasa akan menabur makanan kepada mereka dan seterusnya mereka bebas kesana kemari mencari cacing dan bahan makanan lainnya. Sungguh aman dan beruntungnya mereka merasa bilamana kedatangan sang matahari.

Suatu hari, situan menangkap sijaka, ayam jantan dan suami-ayah serta harapan kepada sekelian ayam-ayam disitu. Situan membawanya kebelakang lalu menyembelihnya. Lalu sekelian ayam betina begitu gelisah terutamanya dipagi hari keesokan harinya sebelum matahari keluar. Begitu gelisah sehingga menganggu itik-itik dikandang sebelah. Maka siitik pun berkata, "Mengapa begitu gelisah dan sedih, itukan lumrah hidup kita semua, segala yang hadir akan pergi juga. Jadi janganlah terlalu bersedih diatas kehilangan  sijaka"

Siayam-ayam betina kemudiannya dengan bersungguh-sungguh menjawab bahawa mereka gelisah dan sedih bukan kerana sijaka, ayam jantan harapan mereka yang telah disembelih semalam, tetapi kerana kini tiada siapa lagi akan berkokok dan memanggil sang matahari keluar (kerana mereka melihat, setiap kali sijaka, ayam jantan harapan mereka berkokok maka keluarlah sang matahari lalu adanya kehidupan mereka disiang hari dengan rezeki yang terbentang).

Siitik begitu terpegun mendengar kata-kata siayam-ayam betina tersebut...

Friday

Gurau - 2



Suatu hari, setelah selesai solai Jumaat, Imam masjid mengumumkan bahawa dia ingin menyampaikan 2 berita, satu berita baik dan satu berita buruk.

Imam masjid memulakan dengan menyampaikan berita baik: "Saya ingin mengumumkan bahawa pihak masjid kita kini telah memiliki cukup kewangan untuk membina masjid yang baru dan selesa untuk para makmum semua"

Kemudian Imam tersebut menyambungnya:  "Namun berita buruknya adalah bahawa segala kewangan yang pihak masjid miliki, masih lagi berada didalam saku-saku seluar kamu semua"




Disuatu masa, semasa Khutbah Jumaat, Imam menekan akan pentingnya mengucapkan Insyaallah bila hendak melakukan sesuatu.

Beberapa hari kemudian, Abdullah, salah seorang makmum yang mendengar khutbah tersebut bertemu dengan temannya ditengah perjalanan, lalu dia bertanya apa hajatnya. Temannya memberitahu bahawa dia mahu kepasar untuk membeli seekor lembu betina buat ladangnya.

Bila mendengar kata temannya, dia berpesan pada temannya sebagaimana yang didengarnya dari khutbah Jumaat untuk berkata, "Insyaallah saya akan membeli seekor lembu", namun temannya menyangkal dengan berkata, duit didalam poketnya manakala penjual lembu telah sedia menunggu, jadi mengapa dia perlu berkata Insyaallah, lalu pergi meninggalkan Abdullah.

Bila temannya sampai kepasar, maka terjadilah tawar-menawar antara temannya dengan sipenjual lembu. Setelah harga ditetapkan, maka temannya pun menyeluk poketnya untuk membayar, tetapi didapati bahawa poketnya berlubang dan duit yang ada didalamnya telah hilang. Terus dikala itu, teringat temannya akan pesanan Abdullah untuk sentiasa mengucapkan Insyaallah dan mengaku atas kesilapannya menyangkal untuk mengucapkan Insyaallah, Allah telah mentarbiahnya dengan menghilangkan duit yang dimiliki.

Dengan penuh kekesalan, temannya pun kembali dan dipertengahan jalan, Abdullah yang melihat temannya yang kelihatan begitu suram wajahnya bertanya, "Mana lembu yang mahu dibeli?"

"Insyaallah, saya akan membeli lembu tersebut minggu depan", jawab temanya dan berlalu pergi meninggalkan Abdullah dengan tergesa-gesa. Sesampai dirumah, isteri temannya juga bertanya, "Mana lembu yang hendak dibeli?", dijawap temannya, "Insyaallah, lain kali sahajalah saya membelinya", dan semenjak hari itu, tidak pernah luput dari bibir temannya untuk mengucapkan Insyaallah, walau untuk perkara sekecil mana pun.

Tuesday

Gurau - 1


Satu ketika, Rasulullah s.a.w dan para sahaba sedang makan buah kurma, biji-bijinya mereka sisihkan ditempatnya masing- masing. Akhirnya kemudian, sisa biji-biji kurma terkumpul lebih banyak disisi Ali r.a berbanding disisi Rasulullah s.a.w. Maka Ali r.a pun secara diam-diam memindahkan biji-biji kurma tersebut kesisi Rasulullah.

Kemudian Ali r.a dengan bergurau berkata, “ Wahai Nabi, engkau memakan kurma lebih banyak daripada aku. Lihatlah sisa biji-biji kurma yang berkumpul ditempatmu.”

Rasulullah s.a.w pun tersenyum dan menjawab, “Ali, kamulah yang memakan lebih banyak kurma. Aku memakan kurma dan masih menyisakan biji-bijinya. Sedangkan engkau, memakan kurma dengan biji-bijinya”. (HR. Bukhari)

Manakala dalam riwayat yang lain, Rasulullah s.a.w pernah bergurau dengan seorang wanita tua yang datang dan berkata, “Doakan aku kepada Allah agar Allah memasukkan aku kedalam syurga .”

Rasulullah s.a.w berkata kepadanya, “Wahai Ummu Fulan! Sesungguhnya syurga itu tidak dimasuki orang yang sudah tua .”

Maka wanita tua itu pun menangis. Lantas kemudian, Rasulullah s.a.w memahamkannya, bahawa disyurga tiada orang tua kerana ketika dia memasuki syurga nanti, tidak akan masuk syurga sebagai orang yang sudah berumur, tetapi akan berubah menjadi muda belia dan cantik.

Lalu Rasulullah s.a.w membaca firman Allah SWT:
“Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (wanita-wanita syurga) itu dengan langsung, dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan, penuh cinta lagi sebaya umurnya.” (Surah Al Waqi’ah: 35-37)

Btn_blue_77x28

open source - sumber terbuka

Mana-mana coretan yang dikira baik, dibenarkan mengambil (copy-paste) tanpa perlu bertanya tuan blog ini. Manakala mana-mana coretan yang terdapat kesilapan, mohon ribuan kemaafan dari tuan blog ini. - " Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya "

Coretan lalu

zar4art

Bayan

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com
Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com

Waktu sholat

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

English to Arabic to English Dictionary
Find word:
Exact Word / Starting Word Sub Word
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
www.SearchTruth.com

Salam damai