Sunday

Ummatan wahidah


Ummat ini adalah ummat yang satu tidak kira dari mana asalnya samaada seperti dari Timur atau Barat, putih atau hitam warnanya, apa sahaja bahasa ibundanya dan seterusnya.

Bangsa, warganegara atau bahasa hanyalah untuk berkenalan-kenalan, bukannya sebagai tembok pemisahan. Setiap insan lahir dari setitis air yang hina dan nanti tubuhnya akan menjadi bahan makanan ulat-ulat. Sebegitu juga, tidak kira apa bangsanya, darah yang mengalir dalam tubuhnya tetap sama semuanya berwarna merah.

Kekuatan ummat ini adalah bila ia dapat bersatu dibawah satu hati dan fikir serta mempunyai maksud yang sama iaitu untuk bagaimana mendapat kejayaan dunia dan akhirat disamping bantu-membantu antara satu sama lain.

Sebaliknya bila ummat ini berpecah-belah, tidak bersatu hati dan fikir disamping masing-masing hanya mementingkan diri sendiri, maka mudahlah pihak musuh menghancurkan ummat ini satu persatu. Sebagaimana misal kisah sekumpulan lembu yang terdiri yang berbagai-bagai warna, ada yang berwarna hitam, merah, perang dan yang bertompok-tompok, hidup bersama-sama disuatu kawasan padang rumput. Manakala terdapat sekumpulan singa yang sentiasa cuba membaham lembu-lembu tersebut.

Namun, bila setiap kali singa-singa itu menghampiri lembu-lembu tersebut, lembu-lembu tersebut akan beratur bersebelah-sebelahan menghala tanduk mereka kearah singa-singa tersebut. Dan ini menyukarkan singa-singa tersebut untuk membaham mereka.

Suatu hari, datang seekor singa secara sembunyi-sembunyi menghampiri salah seekor lembu tersebut yang berwarna perang lalu berkata, ` Kamu ini cantik berwarna perang, tetapi mengapa kamu hendak bersama lembu-lembu lain yang hodoh warnanya´? Bila mendengar kata-kata sang singa, lembu yang berwarna perang merasa megah akan warnanya dan mula mengasingkan diri dari lembu-lembu yang lain.

Hasutan-hasutan dilakukan dikalangan para lembu sehinggalah akhirnya, masing-masing mengasingkan diri dan ini memudahkan singa-singa tersebut membaham lembu-lembu tersebut satu demi satu.

Sebegitulah ummat Islam hari ini, berpecah-belah atas nama bangsa masing-masing, negara masing-masing, taraf masing-masing dan seterusnya dan ini memudahkan ummat Islam hari ini ditundukkan sebagaimana suatu waktu dahulu dijajah sewenang-wenangnya.

Lantas dari itu, usaha agamalah usaha yang utama yang dapat menyatukan kembali ummat ini dibawah satu hati dan satu fikir. Disamping dibawah satu kerisauan iaitu bagaimana setiap insan dapat selamat dari azab api neraka Allah, juga bagaimana rahmat serta hidayat dari Allah, diturunkan kepada setiap insan dan jinnat diseluruh alam.

open source - sumber terbuka

Mana-mana coretan yang dikira baik, dibenarkan mengambil (copy-paste) tanpa perlu bertanya tuan blog ini. Manakala mana-mana coretan yang terdapat kesilapan, mohon ribuan kemaafan dari tuan blog ini. - " Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya "

Coretan lalu

Bayan

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com
Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com

Waktu sholat

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:
English to Arabic to English Dictionary
Find word:
Exact Word / Starting Word Sub Word
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
www.SearchTruth.com

Salam damai