
Setiap hari raya, masyarakat Islam diAddis Ababa (ibukota Ethiopia/Habsyah) akan berkumpul diStadium untuk menunaikan sholat Eid bersama-sama yang mana angka yang bersholat mencecah 2-4 juta orang.
Ethiopia, tempat asal Bilal r.a iaitu sahaba Nabi s.a.w dan merupakan muazin yang pertama, dalam laporan resmi kerajaannya dikatakan mempunyai 25 juta penduduk Islam (bermahzab Syafie) iaitu dalam 34% dari 75 juta penduduknya manakala dalam laporan tidak resmi, dikatakan angkanya mencecah lebih dari 50% populasi penduduknya.
Ethiopia yang mana juga salah satunya negara yang tidak pernah dijajah adalah merupakan tempat penghijrahan pertama kaum Muslim dalam mana rajanya iaitu Raja Negus kemudian memeluk agama Islam. Diwaktu kemangkatan beliau, beliau disholatkan secara sholat jenazah ghaib oleh Rasulullah s.a.w diatas penghormatan keatas beliau.
Kebanyakan daerahnya adalah kawasan pergunungan dan mempunyai iklim yang lebih sejuk dari daerah disekitarnya, seperti contohnya kota Addis Ababa yang berada diketinggiannya 2400 meter mempunyai suhu antara 16°C (60.8°F) dan 20–25 °C (68–77°F) sepanjang tahun. Manakala kawasan yang lebih rendah, suhunya adalah panas iaitu dalam 34°C (93.2°F). Ethiopia tidak mempunyai pantai bila terpisah dengan Eritrea namun mempunyai beberapa tasik air tawar contohnya Tasik Tana iaitu tempat bermulanya sungai Nil Biru.
Ethiopia juga terkenal dengan kopinya dan lazimnya makanan tempatannya tiada daging babi kerana agama penduduknya adalah Islam, Nasrani Ortodok serta Jewish dan telah menjadi kebiasaan juga, mereka yang bukan beragama Islam membeli daging-daging sembelihan dari orang-orang Islam. Injera (roti seperti tosai diIndia) merupakan makanan utama mengantikan nasi dan dimakan bersama-sama didalam satu dulang.


