1.
Mengangkat kedua tangan saat takbiratul Ihram
Terdapat
dua pendapat iaitu samada mengangkat tangan separas bahu atau
sehingga paras cuping telinga:
Ibnu
Umar r.a menjelaskan, “Aku telah melihat Nabi
Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bertakbir ketika memulakan sholat.
Beliau mengangkat kedua tangannya ketika bertakbir sehingga sejajar
dengan kedua bahunya. Dan apabila beliau bertakbir untuk ruku’ dan
bangun dari ruku’, beliau melakukan perkara yang serupa. Beliau
tidak mengangkat tangannya di antara dua sujud.” (Hadis Riwayat
al-Bukhari, 2/176)
Dari Ibnu Umar r.a, ia berkata, “Apabila
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berdiri mengerjakan solat,
beliau mengangkat kedua tangannya sehingga sejajar
dengan kedua bahunya, setelah
itu beliau bertakbir...” (Hadis Riwayat Muslim, 2/6-7)
Al-Malikiyah
dan As-Syafi'iyah menyebutkan bahawa disunatkan untuk mengangkat
tangan saat takbiratul ihram, iaitu setinggi kedua bahu.
Manakala
Al-Hanafiyah menyebutkan bahawa lelaki-lelaki mengangkat tangan
hingga kedua telinganya sedangkan wanita mengangkat sebatas bahunya
saja.
Dari
Wail bin Hajr radhiyallahu ‘anhu bahawa dia melihat Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam mengangkat kedua tangannya ketika
memulai shalat, lalu bertakbir dan meluruskan kedua tanggannya
setinggi kedua telinganya.(HR. Muslim)
Dari
Al-Barra' bin Azib bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam
bila sholat mengangkat kedua tanggannya hingga kedua jempol tangannya
menyentuh kedua ujung telinganya (HR. Ahmad, Ad-Daruquthny)
Maliki
menyimpulkan bahawa sunat ketika takbiratul ihram dalam sholat
mengangkat kedua tangan sampai jari-jarinya dirapatkan kebahu. Selain
itu dilakukan ketika hendak ruku, berupa takbir intiqal
(perpindahan dari rukun fi’li dalam sholat). Takbir
ketiga, yakni bangkit i’tidal disunnahkan pula mengangkat tangan.
Pendapat ini adalah sama dengan Imam Syafi’i. Pendapat tersebut mengambil dari
beberapa riwayat hadits, di antaranya:
عَنِ ابْنَ
عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ
رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ افْتَتَحَ التَّكْبِيرَ
فِي الصَّلَاةِ فَرَفَعَ يَدَيْهِ حِينَ
يُكَبِّرُ حَتَّى يَجْعَلَهُمَا حَذْوَ
مَنْكِبَيْهِ وَإِذَا كَبَّرَ لِلرُّكُوعِ
فَعَلَ مِثْلَهُ وَإِذَا قَالَ سَمِعَ
اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ فَعَلَ مِثْلَهُ
وَقَالَ رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ وَلَا
يَفْعَلُ ذَلِكَ حِينَ يَسْجُدُ وَلَا
حِينَ يَرْفَعُ رَأْسَهُ مِنْ السُّجُودِ
(اخرجه
الشيخان)
Dari
Abdullah bin 'Umar radliallahu 'anhuma berkata,
"Aku melihat Nabi shallallahu 'alaihi wasallam memulai shalat
dengan bertakbir. Beliau mengangkat kedua tangannya ketika bertakbir
hingga meletakkan kedua tangannya sejajar dengan bahunya. Ketika
takbir untuk rukuk beliau juga melakukan seperti itu, jika
mengucapkan: 'SAMI'ALLAHU LIMAN HAMIDAH (Semoga Allah mendengar siapa
yang memuji-Nya) ', beliau juga melakukan seperti itu sambil
mengucapkan: 'RABBANAA WA LAKAL HAMDU (Ya Rabb kami, milik Engkaulah
segala pujian) '. Namun Beliau tidak melakukan seperti itu ketika
akan sujud dan ketika mengangkat kepalanya dari sujud." (HR.
Bukari dan Muslim)
Sedangkan
Al-Hanabilayh menyebutkan bahawa seseorang boleh memilih untuk
demikian atau mengangkat tangannya hingga kedua hujung telinganya.
Dalilnya adalah bahawa keduanya memang punya dasar hadits yang mampu
dijadikan sandaran. Saat mengangkat kedua tangan, dianjurkan agar
jari-jari terbuka tidak mengepal, sebagaimana pendapat jumhur ulama.
Serta menghadap keduanya ke arah kiblat.
Menurut
pengarang Kitab al-Mughni: “Setiap orang adalah bebas untuk memilih
sama ada mengangkat kedua tangannya sejajar (sama paras/setinggi
paras) dengan anak telinga atau setakat paras bahu. Yang pasti,
hendaklah hujung-hujung jari kedua tangan tersebut sampai pada paras
salah satu di antara dua tempat di atas.” (al-Mughni, Ibnu Qudamah,
2/61)
Jumhur
ulama selain Al-Malikiyah mengatakan bahawa disunatkan untuk
meletakkan tapak tangan kanan di atas tapak tangan kiri. Dalilnya
adalah hadits berikut ini :
Dari
Wail bin Hajr radhiyallahu ‘anhu bahawa dia melihat Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam mengangkat kedua tangannya ketika
memulai sholat, lalu bertakbir dan meletakkan tangan kanannya di atas
tapak tangan kirinya, atau pergelangannya atau lengannya (antara siku
hingga pergelangan tangan) (HR. Muslim, Ahmad, Abu Daud dan An-Nasa'i)
Sedangkan
dimana diletakkan kedua tangan itu, para ulama sejak dahulu memang
berbeza pendapat. Ada yang mengatakan di bawah pusat, ada juga yang
mengatakan di antara dada dan pusat, dan ada juga yang mengatakan di
dada.
a.
Di bawah pusat: mereka yang mengatakan bahawa posisi tangan itu di
bawah pusat diantaranya adalah Al-Hanafiyah, dengan landasan hadits
berikut ini : Diriwayatkan
dari Ali bin abi Thalib ra,"Termasuk sunnah adalah meletakkan
kedua tangan di bawah pusat".(HR. Ahmad dan Abu Daud). Perkataan
Ali bin Abi Thalib ini merujuk kepada praktek shalat Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam, sebagaimana beliau menyaksikannya.
b. Dari
Ibnu Jabir Adh-Dhabbi dari ayahnya, ia berkata: “Bahawa
Ali radhiyallahu anhu (ketika bersedekap) memegang tangan kirinya
dengan tangan kanannya pada daerah antara lengan tangan dengan
sikunya di atas pusarnya.” (HR. Abu Dawud)
Cara
ini dilakukan oleh Imam Syafi’i (meletakkan kedua tangan sedikit di
bawah dada dan di atas pusar ) dan jumhur ulama.
Sungguhpun
ada hadits dari Wail yang diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah yang
secara tegas mengatakan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa
sallam meletakkan kedua tangannya di atas dadanya, namun ulama besar
lebih banyak memilih cara meletakkan kedua tangan sedikit di
bawah dada dan di atas pusar. Hal ini disebabkan kerana hanya dalam
shahih Ibnu Khuzaimah-lah, terdapat riwayat Wail menyatakan secara
tegas posisi tangan di atas dada. Padahal hadits yang sama dalam
kitab-kitab yang sudah diakui keshahihannya, iaitu dalam kitab
Bukhari dan Muslim, riwayat Wail tidak menceritakan secara detail
posisi tangan diletakkan setelah takbiratul ihram.
Para
ulama pendukung cara meletakkan kedua tangan
di daerah antara bawah dada dan pusar berpendapat bahawa ianya mempunyai hikmah yang sangat
besar. Pengarang kitab Faedul Qodir, Abdul Rauf al-Manawi, mengatakan
bahawa hikmah meletakkan kedua tangan di bawah dada di atas pusar
adalah, bahawa tempat tersebut adalah hati, anggota badan yang paling
mulia, dan di dalam hatilah tempatnya niat. Niat sangat berhubungan
dengan kekhusyu’an sholat, maka dapat dirasakan lebih khusu’
ketika kita sholat dengan tangan di antara pusar dan dada, daripada
ketika tangan berada di atas dada.
Sedangkan
Al-Malikiyah tidak menganggap meletakkan tangan di atas dada dan
lainnya itu sebagai sunnah. Bagi mazhab ini, posisi tangan boleh dibiarkan
saja menjulur ke bawah. Namun mereka mengatakan bahawa hal itu
kurang disukai bila dilakukan di dalam sholat fardhu 5 waktu, namun
dibolehkan bila dilakukan dalam shalat sunnah (nafilah).
As-Syafi'iyah
dan para ulama lainnya mengalakan melihat ke arah tempat sujud dalam sholat sebab hal itu lebih dekat ke
arah khusyu'.
Dari
Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam bila memulai shalat, tidak melihat kecuali ke arah
tempat sujudnya. (Bagaimana pun, hadits ini bertaraf dhaif, Imam
An-Nawawi mengatakan bahawa hadits ini tidak diketahuinya)
Kecuali
saat tahiyat, maka pandangan diarahkan ke jari tangan kanannya.
Sebagaimana hadits berikut : Dari Abdullah bin Az-Zubair radhiyallahu
‘anhu bahawa apabila Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam
duduk dalam tasyahhud, beliau meletakkan tangan kanannya di atas paha
kanannya dan meletakkan tangan kirinya di atas tangan kirinya lalu
menunjuk dengan telunjuknya dan pandangan matanya tidak lepas dari
telunjuknya itu". (HR. Ahmad, An-Nasai, Abu Daud)
Sedang
ditegah memandang keatas langit ketika bersholat sebagaimana hadits
dari Jabir bin Samuroh ra berkata bahawa Rasulullah SAW
bersabda:لَيَنْتَهِيَنَّ
أَقْوَامٌ يَرْفَعُوْنَ أَبْصَارَهُمْ
إِلَى السَّمَاءِِ فِى الصَّلاَةِ أَوْلاَ
تَرْجِعُ إلَيْهِمْ
(رواه مسلم :29/2
Sungguh kaum-kaum itu berhenti mengangkat pandangannya ke langit ketika sholat atau pandangan mereka tidak dapat kembali (seperti sedia kala) ”(HR Muslim II: 29).
(رواه مسلم :29/2
Sungguh kaum-kaum itu berhenti mengangkat pandangannya ke langit ketika sholat atau pandangan mereka tidak dapat kembali (seperti sedia kala) ”(HR Muslim II: 29).
Adapun
memejamkan mata dalam sholat, Imam Abdariy (dari ulama Syafi’iyyah)
dalam bab perbezaan niat imam dan makmum, berkata: ”Orang yang
sholat dimakruhkan memejamkan matanya dalam sholat.” Imam
Ath-Thohawy berkata:”Hal itu makruh menurut golongan kami dan ini
menurut pendapat Imam Ats-Tsaury.” Dan Imam Malik berkata:”Tidak
ada masalah dengan memejamkan mata dalam sholat fardlu dan sholat
sunnat. Dalil kami , sesungguhnya Imam Ats-Tsaury
berkata:”Orang-orang Yahudi memejamkan mata ketika
beribadah(menurut agama mereka). Imam Ath-Thohawi menguatkan,
dimakruhkan memejamkan satu mata dan juga dua mata. Ini adalah
pendapat Imam Abdary. Dan saya (Imam An-Nawawy) tidak melihat hal ini
dimakruhkan menurut satupun pendapat dari golongan kami. Dan pendapat
yang terpilih menyatakan tidak makruh , hal ini ketika tidak
mengkhautirkan akan adanya bahaya, kerana sesungguhnya memejamkan
mata itu menjadikan khusyu’ dan hadirnya hati dan mencegah dari
liarnya pandangan dan memikirkan yang macam-macam. Imam Al-Baihaqy
berkata:”Dan kami meriwayatkan dari Mujahid dan Qotadah bahawa
keduanya memakruhkan memejamkan mata dalam sholat dan hal ini
berdasarkan hadits.”( Al-Majmu’ III :314).
Doa
istiftiftah juga seringkali disebut dengan doa iftitah atau do'a
tsana'. Semuanya merujuk pada lafadz yang sama. Hukum membacanya
adalah sunnah menurut jumhur ulama, kecuali Al-Malikiyah yang menolak
kesunnahannya.
Sedangkan
lafadznya memang sangat banyak versinya. Dan bisa dikatakan bahawa
semuanya bersumber dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.
عَنْ
عُمَرَ (ر)
أَنَّهُ
كَانَ يَقُولُ :سُبْحَانَكَ
اَللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ ,
تَبَارَكَ
اِسْمُكَ ,
وَتَعَالَى
جَدُّكَ ,
وَلا
إِلَهُ غَيْرُكَ رَوَاهُ مُسْلِمٌ
بِسَنَدٍ مُنْقَطِعٍ ,
وَاَلدَّارَقُطْنِيُّ
مَوْصُولاً وَهُوَ مَوْقُوفٌ
Dari
Umar radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam membaca : “Maha suci Engaku dan segala puji untuk-Mu.
Diberkahilah asma-Mu, tinggilah keagungan-Mu. Dan tiada tuhan kecuali
Engkau.(HR. Muslim)
Lafaz
ini diriwayatkan oleh Asiyah radhiyallahu ‘anhu dengan perawi Abu
Daud dan Ad-Daruquthuny.
وَعَنْ
عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ (ر)
عَنْ
رَسُولِ اَللَّهِ (ص)
أَنَّهُ
كَانَ إِذَا قَامَ إِلَى اَلصَّلاةِ
قَالَ :
"وَجَّهْتُ
وَجْهِي لِلَّذِي فَطَّرَ اَلسّمَوَاتِ
"
. . . إِلَى
قَوْلِهِ :
"مِنْ
اَلْمُسْلِمِينَ ,
اَللَّهُمَّ
أَنْتَ اَلْمَلِكُ لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ
,
أَنْتَ
رَبِّي وَأَنَا عَبْدُكَ .
. . إِلَى
آخِرِهِ .
رَوَاهُ
مُسْلِمٌ
Dari
Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu dari Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam bahawa beliau bila berdiri untuk sholat membaca
:”Aku hadapkan wajahku kepada Tuhan Yang menciptakan langit dan
bumi, dengan lurus dan berserah diri sedangkan aku bukan sebahagian
dari orang musyrik. Sesungguhnya shalatku, ibadahku, hidupku dan
matiku hanyalah untuk Allah Tuhan semesta alam.Tiada sekutu baginya
dan dengan itulah aku diperintahkan. Dan aku termasuk sebahagian dari
orang-orang muslim.(HR. Muslim)
Lafaz
ini sampai kepada kita lewat perawi yang kuat seperti Imam Muslim,
Ahmad dan Tirmizy dan dishahihkan oleh Ali bin Abi Thalib. Lafaz ini
sebenarnya juga lafadz yang juga ada di dalam ayat Al-Quran Al-Karim,
kecuali bahagian terakhir tanpa kata "awwalu".
Selain
itu juga ada lafdaz lainnya seperti di bawah ini :
وَعَنْ
أَبِي هُرَيْرَةَ (ر)
قَالَ
:كَانَ
رَسُولُ اَللَّهِ (ص)
إِذَا
كَبَّرَ لِلصَّلاةِ سَكَتَ هُنَيَّةً ,
قَبْلِ
أَنْ يَقْرَأَ ,
فَسَأَلْتُهُ
,
فَقَالَ
:
"أَقُولُ
:
اَللَّهُمَّ
بَاعِدْ بَيْنِي وَبَيْنَ خَطَايَايَ
كَمَا بَاعَدْتَ بَيْنَ اَلْمَشْرِقِ
وَالْمَغْرِبِ ,
اَللَّهُمَّ
نقِّنِي مِنْ خَطَايَايَ كَمَا يُنَقَّى
اَلثَّوْبُ اَلابْيَضُ مِنْ اَلدَّنَسِ
,
اَللَّهُمَّ
اِغْسِلْنِي مِنْ خَطَايَايَ بِالْمَاءِ
وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ مُتَّفَقٌ
عَلَيْهِ
Dari
Abi Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam bila bertakbir memulai shalat, beliau
diam sejenak sebelum mulai membaca (Al-Fatihah). Maka aku bertanya
padanya dan beliau menjawab,”Aku membaca : Ya Allah, jauhkanlah
antara aku dan kesalahan-kesalahanku sebagaimana Engkau menjauhkan
antara timur dan barat. Ya Allah, sucikanlah aku dari
kesalahan-kesalahan sebagaimana Engaku mensucikan pakaian dari
kotoran. Ya Allah, mandikan aku dengan air, salju dan embun".
(HR. Muttafaq ‘alaihi)
Dalilnya
adalah hadits nabi berikut ini;
وَعَنْ
نُعَيْمٍ اَلْمُجَمِّرِ (ر)
قَالَ
:
صَلَّيْتُ
وَرَاءَ أَبِي هُرَيْرَةَ فَقَرَأَ :
(بِسْمِ
اَللَّهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيمِ)
. ثُمَّ
قَرَأَ بِأُمِّ اَلْقُرْآنِ ,
حَتَّى
إِذَا بَلَغَ :
(وَلا
اَلضَّالِّينَ)
, قَالَ
:
"آمِينَ"
وَيَقُولُ
كُلَّمَا سَجَدَ ,
وَإِذَا
قَامَ مِنْ اَلْجُلُوسِ :
اَللَّهُ
أَكْبَرُ .
ثُمَّ
يَقُولُ إِذَا سَلَّمَ :
وَاَلَّذِي
نَفْسِي بِيَدِهِ إِنِّي لاشْبَهُكُمْ
صَلاةً بِرَسُولِ اَللَّهِ (ص)
رَوَاهُ
النَّسَائِيُّ وَابْنُ خُزَيْمَةَ
Dari
Nu;aim Al-Mujammir radhiyallahu ‘anhu berkata,”Aku sholat di
belakang Abu Hurairah, beliau membaca : bismillahirrahmanirrahim.
Kemudian beliau membaca ummul-quran (Al-Fatihah), hingga beliau
sampai kata (waladhdhaallin) beliau mengucapkan : Amien. Dan beliau
mengucapkannya setiap sujud. Dan bila bangun dari duduk mengucapkan :
Allahu akbar. Ketika salam beliau berkata : Demi Allah Yang jiwaku di
tangan-Nya, aku adalah orang yang paling mirip shalatnya dengan
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. (HR. An-Nasai dan Ibnu
Khuzaemah).
Dari
Abi Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,"Apabila imam
mengucapkan "Amien", maka ucapkanlah juga. Siapa yang
amin-nya bersamaan dengan ucapan amin para malaikat, maka Allah
mengampunkan dosa-dosanya yang telah lampau.(HR. Jamaah kecuali
At-Tirmizy)
Posisi
kaki ketika berdiri dalam shalat seperti posisi kaki ketika berdiri
biasa, tidak terlalu rapat dan tidak terlalu renggang, sebagaimana
diriwayatkan Ibnu Umar Radhiallaahu anhuma, ini disebutkan dalam
Syarh As-Sunnah, bahawa-sanya beliau Shalallaahu alaihi wasalam
ketika berdiri shalat tidak terlalu merenggangkan kaki atau
merapatkannya, demikian pula ketika ruku’.
Imam Abu Hanafi mengatakan kedua tumit saat berdiri direnggangkan kira-kira selebar 4 jari, sebab posisi yang demikian sangat dekat dengan khusyu'. Manakala Imam
As-syafi'i mengatakan bahawa jaraknya kira-kira sejengkal. Dan makruh
untuk menempelkan keduanya kerana menghilangkan rasa khusyu'.
Sedangkan
Al-Malikiyah dan Al-Hanabilah mengatakan disunnahkan untuk
merenggangkannya tapi tidak terlalu lebar dan tidak terlalu dekat.
Dasarnya
adalah hadits berikut ini :
Dari
Qatadah radhiyallahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam membaca dalam sholat Zhuhur pada dua rakaatnya
yang pertama surat Al-Fatihah dan dua surat, beliau memanjangkannya
di rakaat pertama dan memendekkannya di rakaat kedua. Terkadang
beliau mendengarkan ayat. Beliau shallallahu ‘alaihi wasallam
membaca dalam sholat Ashar pada dua rakaatnya yang pertama surat
Al-Fatihah dan dua surat, beliau memanjangkannya di rakaat pertama
dan memendekkannya di rakaat kedua. Dan beliau beliau memanjangkannya
di rakaat pertama sholat shubuh dan memendekkannya di rakaat kedua.
(HR. Muttafaqun 'alaihi).
Dari
Abu Bazrah radhiyallahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam membaca dalam sholat shubuh dari 60-an ayat hingga
100-an ayat.". (HR. Muttafaqun 'alaihi)
Dalilnya
adalah hadits berikut ini :
Dari
Ibnu Mas'ud radhiyallahu ‘anhu berkata,"Aku melihat nabi
shallallahu ‘alaihi wasallam bertakbir setiap bangun atau turun,
baik berdiri atau duduk". (HR. Ahmad, An-Nasai dan At-Tirmizy
dengan status shahih).
Kecuali
pada saat bangun dari ruku', maka bacaannya adalah "Sami'allahu
liman hamidah". Maknanya, Allah Maha Mendengar orang yang
memuji-Nya.
9.
Disunnahkan duduk istirahat (jalsah
istirahah
جلسة
الاستراحة)
setelah selesai raka’at yang pertama dan ketiga. Kedua madzhab
(Maliki dan Syafi’i) juga sepakat dalam hal ini.
Diantara
dalilnya adalah hadist Malik bin Al-Huwairits:
أَنَّهُ
رَأَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ يُصَلِّي فَإِذَا كَانَ فِي
وِتْرٍ مِنْ صَلَاتِهِ لَمْ يَنْهَضْ
حَتَّى يَسْتَوِيَ قَاعِدًا
Bahawa
dia (Malik bin Al-Huwairits Ra.) melihat Nabi shallallahu 'alaihi
wasallam melaksanakan shalat, jika sampai pada rakaat yang ganjil,
maka beliau tidak bangkit berdiri hingga duduk sejenak." (HR
: Aljama’ah kecuali Muslim dan Ibnu Majah)
Imam
Asy-Syaukany berkata:
الحديث
فيه مشروعية جلسة الاستراحة وهي بعد
الفراغ من السجدة الثانية وقبل النهوض
إلى الركعة الثانية والرابعة .
"Di
dalam hadist ini terdapat dalil disyari'atkannya duduk istirahat,
yaitu duduk setelah sujud kedua sebelum bangkit ke rakaat kedua dan
keempat."
10.
Meletakkan kedua lutut lalu kedua tangan kemudian wajah ketika turun
sujud dan sebaliknya
Dalam
masalah ini terdapat dua perbezaan pendapat, iaitu samada yang
mengatakan tangan dulu baru lutut atau yang sebaliknya, lutut dulu
baru tangan.
Pendapat
Pertama: tangan lebih dulu. Dari Abi Hurairah ra. berkata bahawa
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,”bila kamu
sujud, maka janganlah duduk seperti cara duduknya unta. Hendaklah dia
meletakkan tangannya terlebih dahulu sebelum lututnya.
Para
fuqoha yang berpendapat bahawa tangan terlebih dahulu sebelum lutut
diantaranya adalah: Al-Hadawiyah, Imam Malik menurut sebahagian
riwayat dan Al-auza‘i.
Pendapat
Kedua: lutut lebih dulu.
Dari
Wail bin Hujr berjata,”Aku melihat Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam bila sujud meletakkan kedua lututnya sebelum
tangannya.
Sedangkan
para fuqoha yang berpendapat bahwa tangan terlebih dahulu sebelum
lutut diantaranya adalah: mazhab Imam Abu Hanifah dan mazhab Imam
Asy-Syafi‘i serta menurut sebahagian riwayat mazhab Imam Malik.
Disunnahkan
untuk memperbanyak doa pada saat sujud. Dengan dalil sunnah beriku
ini.
Seorang
hamba terdekat dengan tuhannya pada saat sedang sujud, maka
perbanyaklah doa pada saat sujud itu, pastilah akan dikabulkan".(HR.
Muslim)
Dari
Abi Said radhiyallahu ‘anhu berkata bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi
wasallam bersabda,"Wahai Muaz, bila kamu meletakkan wajahmu
dalam sujud, katakanlah : Ya Allah, tolonglah aku untuk bersyukur
dan beribadah dengan baik kepada-Mu."
Menurut
mazhab As-Syafi'iyah, Al-Hanabilah dan Al-Malikiyah, doa yang dibaca
ketika duduk antara 2 sujud adalah lafadz berikut ini.
رَبِّ
اغْفِرْلِي وَارْحَمْنِي وَاجْبُرْنِي
وَارْفَعْنِي وَارْزُقْنِي وَاهْدِنيِ
وَعَافِنيِ
Artinya
: Ya Allah, ampunilah aku, kasihilah aku, berikah aku kekuatan,
angkatlah aku, beri aku rezeki, tunjuki aku dan sehatkan aku".
Dalilnya
adalah riwayat berikut ini :
Dari
Huzaifah radhiyallahu ‘anhu berkata bahawa dirinya shalat bersama
dengan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Beliau mengucapkan
antara dua sujud : Rabbighfirli".(HR. An-Nasai dan Ibnu Majah)
Mazhab
As-Syafi`iyyah dan Al-Hanabilah menyatakan bahwa shalawat kepada nabi
dalam tasyahhud akhir hukumnya wajib. Sedangkan shalawat kepada
keluarga beliau shallallahu ‘alaihi wasallam hukumnya sunnah
menurut As-Syafi`iyah dan hukumnya wajib menurut Al-Hanabilah.
Sedangkan
menurut Al-Hanafiyah dan Al-Malikiyah, membaca shalawat kepada nabi
pada tasyahhud akhir hukumnya sunnah.
Adapun
lafaz shalawat kepada nabi dalam tasyahhud akhir seperti yang
diperintahkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam adalah :
Allahumma
Shalli `ala Muhammad wa `ala aali Muhammad, kamaa shallaita `ala
Ibrahim wa `ala aali Ibrahim. Wa baarik `ala `ala Muhammad wa `ala
aali Muhammad, kamaa barakta `ala Ibrahim wa `ala aali Ibrahim.
Innaka hamidun majid.(HR. Bukhari, Muslim dan Ahmad)
Artinya
: Ya Allah, sampaikanlah shalawat kepada Muhammad dan kepada
keluarganya, sebagaimana shalawat-Mu kepada Ibrahim dan kepada
keluarganya. Berkahilah Muhammad dan keluarganya sebagaimana
barakah-Mu kepada Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkah Maha
Terpuji dan Maha Agung.
*
Masalah penggunaan lafaz Sayyidina
Al-Hanafiyah
dan As-Syafi`iyah menyunnahkan penggunaan kata [sayyidina] saat
mengucapkan shalawat kepada nabi shallallahu ‘alaihi wasallam
(shalawat Ibrahimiyah). Landasannya adalah bahawa penambahan khabar
atas apa yang sesungguhnya memang ada merupakan bahagian dari suluk
adab. Jadi lebih utama digunakan dari pada ditinggalkan.
Sedangkan
hadits yang menyebutkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam berkata,`Janganlah kamu memanggilku dengan sebuatan
sayyidina di dalam shalat`, adalah hadits maudhu` (palsu) dan dusta.
Diantara
doa yang masyhur dan ma`tsur (diwariskan dari nabi shallallahu
‘alaihi wasallam) adalah lafaz berikut ini :
Rabbana
atina fiddunya hasanah wa fil akhirati hasanah waqina azabannar.
Atau
lafaz berikut ini: Allahumma inni zhalamtu nafsi zhulman katsira, wa
innahu la yaghfiruz-zunuba illa anta, faghfirli maghfiratan min
indika, warhamni innaka antal ghafururrahim. (HR. Bukhari dan Muslim)
Artinya
: Ya Allah, sungguh aku telah menzalimi diriku sendiri dengan
kezaliman yang besar. Tiada yang bisa mengampuni dosa-dosa itu
kecuali Engkau. Maka ampunilah diriku dengan ampunan dari-Mu.
Kasihanilah diriku ini karena sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi
Maha Pengasih. (HR. Bukhari dan Muslim dan lafaznya dari Muslim)
Atau
lafaz ini: Allahumma inni audzu bika min azabi jahannam, wa min
azabil qabri, wa min fityatil mahya wa mamat, wa min syarri fitnati
masihid-dajjal.
Artinya
: Ya Allah, sungguh aku berlindung kepada-Mu dari dari azab jahannam,
dan dari azab kubur, dan dari fitnah makhluk hidup dan makhluk mati,
dan dari fitnah al-masih Dajjal.
Dalilnya
adalah hadits berikut ini:
Dari
Abi Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam bersabda,`Bila kalian telah selesai dari tasyahhud
akhir maka berlindunglah kepada Allah dari empat hal : [1] dari azab
jahannam, [2] dari azab kubur, [3] dari fitnah makhluk hidup dan
makhluk mati, [4] dari fitnah al-masih Dajjal.
Bahkan
sebahagian ulama mewajibkan untuk membaca doa ini dalam tasyahhud
akhir.
Dari
Said bin Abi Waqqash radhiyallahu ‘anhu berkata,`Aku melihat NAbi
shallallahu ‘alaihi wasallam melakukan salam ke kanan dan ke kiri
hingga terlihat putih pipi beliau`.(HR. Muslim)
Dalam
lain riwayat disebutkan:
`Nabi
shallallahu ‘alaihi wasallam melakukan salam ke kanan hingga
terlihat putih pipi beliau dan melakukan salam ke kiri hingga
terlihat putih pipi beliau`.(HR. Ad-Daruquthuny)
As-Syafi`iyah
dan Al-Hanabilah mengatakan bahawa ketika memulai lafaz salam
(assalamu `alaikum), wajah masih menghadap kiblat. Ketika mengucapkan
(warahmatullah), barulah menoleh ke kanan dan ke kiri.
Al-Hanafiyah
dan Al-Hanabilah menyunnahkan untuk melirihkan ucapan salam kedua dan
mengeraskan ucapan salam yang pertama. Demikian juga dengan
Al-Malikiyah, mereka mengatakan disunnahkan untuk melirihkan salam
yang kedua dan menjaharkan salam yang pertama, baik sebagai imam,
sebagai makmum atau pun bila sholat sendiri.
Disunnahkan
bagi makmum untuk tidak segera mengucapkan salam kecuali setelah imam
selesai dengan kedua salamnya. Hal itu dikeranakan untuk berjaga-jaga
apabila ternyata imam masih akan melakukan sujud sahwi. Menunda salam
bagi makmum hingga imam selesai dengan kedua salamnya adalah sunnah
menurut Al-Hanafiyah.
Imam
As-Syafi`i menyebutkan bahawa disunnahkan untuk melakukan sholat
dengan khusyu` serta tadabbur (merenungkan) bacaan Al-Quran pada
shalat. Termasuk juga bacaan-bacaan lain (zikir) dalam sholat. Beliau
juga menyunnahkan untuk memulai sholat dengan segenap konsentrasi,
mengosongkan hati dari segala fikiran duniawi, kerana hal itu lebih
memudahkan seseorang untuk mampu khusyu` dalam sholatnya.