“Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidilharam. Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi al-Kitab (Taurat dan Injil) memang mengetahui bahwa berpaling ke Masjidilharam itu adalah benar dari Rabb-nya; dan Allah sekali-kali tidak lengah terhadap apa yang mereka kerjakan.” (QS. Al-Baqarah: 144)
Ali bin Abi Thalhah r.a meriwayatkan, dari Ibnu Abbas r.a, katanya, “Masalah yang pertama kali dinasakh (dihapus hukumnya) di dalam al-Qur’an adalah masalah kiblat. Hal itu terjadi ketika Rasulullah (s.a.w) hijrah ke Madinah. Pada waktu itu ramai penduduknya adalah Yahudi dan orang-orang Yahudi pun merasa senang melihat Rasulullah (s.a.w) menghadap ke Baitul Maqdis sekitar 16 atau 17 bulan lamanya, padahal beliau sendiri lebih menyukai (untuk menghadap ke) kiblat Ibrahim. Kerana itu, beliau berdoa memohon kepada Allah sambil mengadahkan wajahnya ke langit, maka Allah Ta’ala pun menurunkan ayat:
Qad naraa taqalluba wajHika fis samaa-i falanuwal liyannaka qiblatan tardlaaHaa fawalli wajHaka syath-ral masjidil haraami wa haitsu maa kuntum fawalluu wujuuHakum syath-raHu (“Sungguh Kami [sering] melihat wajahmu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkanmu ke kiblat yang engkau sukai. Palingkanlah wajahmu ke arah Masjidilharam. Dan di mana saja kamu berada, Palingkanlah wajahmu ke arahnya.”)
Dalam ayat tersebut Allah Ta’ala menggunakan kata perintah (فَوَلِّ) yang menunjukan perintah untuk menghadapkan wajah ke arab kiblat. Dan arah kiblat ditunjukan dalam kalimat (شَطْرَ) yang bermakna arah. Ibn Katsir rah. menyatakan, “Allah Ta’ala memerintahkan untuk menghadap kiblat dari semua arah muka bumi, baik timur, barat, utara dan selatan.”
Muslim meriwayatkan dari Anas r.a,
sesungguhnya Rasulullahshallallahu alaihi wasallam, pernah sholat
menghadap kearah baitul maqdis, lalu turunlah ayat: “Sesungguhnya kami
mengetahui berbolak-baliknya mukamu ke langit, oleh kerana itu
(sekarang) kami memalingkan kamu ke satu qiblat yang pasti kamu rela,
maka hadapkanlah mukamu kearah Masjidil Haram.” Kemudian seorang
laki-laki dari Bani Salamah berjalan (sedang mereka semua sedang ruku’
dalam sembahyang subuh) dan mereka sudah sembahyang satu raka’at. Lalu
ia menyeru: ketahuilah! sesunguhnya qiblat telah dipindahkan. Lalu
mereka berpaling sebagaimana keadaan mereka kejurusan qiblat.” (HR Muslim, Ahmad dan Abu Daud).
Al-Qurthubi rah. berkata:
لَا خِلَافَ بَيْنَ
الْعُلَمَاءِ أَنَّ الْكَعْبَةَ قِبْلَةٌ فِي كُلِّ أُفُقٍ، وَأَجْمَعُوا
عَلَى أَنَّ مَنْ شَاهَدَهَا وَعَايَنَهَا فُرِضَ عَلَيْهِ
اسْتِقْبَالُهَا، وَأَنَّهُ إِنْ تَرَكَ اسْتِقْبَالَهَا وَهُوَ مُعَايِنٌ
لَهَا وَعَالِمٌ بِجِهَتِهَا فَلَا صَلَاةَ لَهُ، وَعَلَيْهِ إِعَادَةُ
كُلِّ مَا صَلَّى
Tidak ada perselisihan di antara ulama bahawa ka’bah adalah kiblat dari semua penjuru. Dan mereka pun berijma bahawasannya barangsiapa yang menyaksikannya secara langsung dengan mata kepala maka diwajibkan atasnya untuk menghadapnya. Dan bahawasannya barangsiapa tidak menghadapnya sedang dia melihat langsung (ka’bah) dan mengetahui arahnya maka tidak ada sholat baginya dan dia harus mengulang sholatnya.
Al-Qurthubi rah. juga menyatakan:
وَأَجْمَعُوا عَلَى أَنَّ
كُلَّ مَنْ غَابَ عَنْهَا أَنْ يَسْتَقْبِلَ نَاحِيَتَهَا وَشَطْرَهَا
وَتِلْقَاءَهَا، فَإِنْ خَفِيَتْ عَلَيْهِ فَعَلَيْهِ أَنْ يَسْتَدِلَّ
عَلَى ذَلِكَ بِكُلِّ مَا يُمْكِنُهُ مِنَ النُّجُومِ وَالرِّيَاحِ
وَالْجِبَالِ وَغَيْرِ ذَلِكَ مِمَّا يُمْكِنُ أَنْ يُسْتَدَلَّ بِهِ عَلَى
نَاحِيَتِهَا.
Dan mereka (para ulama) telah berijma bahawa barang siapa ghaib (iaitu tidak melihat ka’bah secara langsung) maka hendaknya dia menghadap arah ka’bah tersebut. Jika tidak nampak, maka baginya menggunakan petunjuk yang dari bintang, angin, gunung dan selainnya (kompas, navigation dll) yang memungkinkan sebagai alat yang dijadikan petunjuk untuk menunjukan arah kiblat.
Al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulallah shallallahu alaihi wasallam pernah bersabda:
إِذَا قُمْتَ إِلَى الصَّلاَةِ فَأَسْبِغِ الْوُضُوءَ ثُمَّ اسْتَقْبِلِ الْقِبْلَةَ فَكَبِّرْ
“Jika engkau hendak mendirikan sholat maka sempurnakanlah wudhumu, kemudian menghadaplah ke kiblat lalu bertakbirlah.” (HR. al-Bukhari Muslim)
Al-Nawawi rah. berkata:
الباب الثالث في استقبال القبلة :وهو
شرط لصحة الفريضة، إلا في شدة خوف القتال المباح، وسائر وجوه الخوف. وشرط
لصحة النافلة، إلا في الخوف، والسفر المباح. والعاجز، كالمريض لا يجد من
يوجهه.
Bab Ketiga Mengenai Menghadap Kiblat. Menghadap kiblat adalah syarat sah sholat fardhu kecuali dalam keadaan ketakutan yang teramat sangat dalam peperangan yang dibolehkan, dan semua hal yang menyebabkan ketakutan. Menghadap kiblat juga menjadi syarat sah untuk sholat sunnah kecuali dalam keadaan ketakutan yang teramat sangat, perjalanan yang mubah, dan tidak mampu, seperti orang yang sakit dan tidak ada yang menghadapkannya.
Yang dikecualikan dalam masalah menghadap kiblat iaitu sholat sunnah dalam perjalanan, dalam kondisi ini maka mengikuti
kemana arah kendaraan, kemudian dalam kondisi perang dan seseorang yang
tidak mengetahui arah kiblat setelah dia berusaha berijtihad mencari
arah kiblat yang benar.
رَوَي اْلبُخَارِيُّ عَنْ
جَابِرٍ قَالَ : كَانَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم يُصَلِّي عَلَى
رَاحِلَتِهِ حَيْثُ تَوَجَّهَتْ فَإِذَا أَرَادَ الْفَرِيضَةَ نَزَلَ
فَاسْتَقْبَلَ الْقِبْلَةَ.
Al-Bukhari meriwayatkan dari Jabir r.a,
bahawa beliau berkata, “Adalah Rasulallah shallallahu alahi wasallam
sholat di atas kendaraannya dengan menghadap arah yang dituju kendaraan.
Dan jika beliau hendak shalat fardhu maka beliau turun dan menghadap
kiblat.” (HR. al-Bukhari No.400)
Sholat yang pertama kali dikerjakan dengan menghadap ke Ka’bah adalah sholat Asar diMadinah, manakala khabar ini sampai ke penduduk Quba’ ketika mereka mahu mengerjakan sholat Subuh.
Dan dari Ibnu Umar radhiallahu anhu,
ia berkata: ketika orang-orang berada di Quba’ (waktu shalat subuh)
tiba-tiba ada seseorang datang kepada mereka, lalu ia berkata:
Sesungguhnya Nabi shallallahu alaihi wasallam, pada malam ini telah
diturunkan kapadanya ayat Al Quran, dan sesungguhnya ia diperintahkan
untuk menghadap qiblat, oleh kerana itu menghadaplah ke qiblat, sedang
muka-muka mereka waktu itu menghadap ke Syam, kemudian mereka berputar
ke jurusan Ka’bah.” (HR Bukhari, Muslim dan Ahmad)