Riwayat tentang hal penyakit berjangkit dan percanggahan dalam memahami samada benarkah adanya sesuatu penyakit yang berjangkit atau tidak.
Disebutkan dalam beberapa hadith yang kelihatan bercanggah dengan sesama hadith dan juga bercanggah dengan kaedah perubatan atau teknologi perubatan yang mana penyakit itu boleh berjangkit. Hadith-hadithnya ialah: Nabi s.a.w telah bersabda:
َسِد ر ِم َن األَ َم ْجذُوِم َكَما تَِف ُّ َوفِ َّر ِم َن ال َر، َصفَ َوالَ َمةَ َها َوالَ ِطيَ َرةَ، َوى َوالَ َع ْد الَ
Maksudnya: Tidak ada jangkitan penyakit, tiada (dibenarkan) tiyarah (sial, kepercayaan karut), tiada sialan bulan Safar, tiada sialan burung hantu. Dan larilah (jauhilah) daripada orang yang terkena penyakit kusta seperti kamu lari daripada singa. (al-Bukhari, Muhammad ibn Ismail. 1422 (H). Sahih al-Bukhari. Kitab al-Tibb. Bab al-Juzam )
Nabi s.a.w telah bersabda:
َر ِض َي ََّّللاُ َع َرةَ بَا ُه َرْي َ َّن أ أ قَا َل: َ َ م َّ َو َسل ْي ِه َّى هللاُ َعلَ َّن َر ُسو َل ََّّللاِ َصل ِ َوى َو ْنهُ، قَا َل: إ » الَ َع ْد الَ َمةَ َها َر َوالَ ظبَا ُء، َصفَ َها ال ِ نَّ َ ِِلي، تَ ُكو ُن فِي ال َّر ْم ِل َكأ ِب َما بَا ُل إ َر ُسو َل ََّّللاِ، َف ي: يَا ٌّ ِ ْع َراب َ « فَقَا َل أ ْج َر ُب فَ تِي البَ ِعي ُر األَ ْ َه فَيَأ ا؟ فَقَا َل: َها فَيُ ْجِربُ يَ » َّو َل؟ ْد ُخ ُل بَ ْينَ ْعدَى األَ َ ُّي فَ « ، َع ْن َم ْن أ ز ْه ِر َرَواهُ ال ُّ ن ِي ِسنَا ب َ ِن أ ِن ْب َو ِسنَا َمةَ، ِي َسلَ ب َ أ
Maksudnya:Bahawa Abu Hurairah r.a berkata: bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak ada jangkitan penyakit, tiada sialan bulan Safar, tiada sialan burung hantu. Lalu berkata seorang Badwi: Wahai Rasulullah bagaimana pula unta yang sihat bagaikan rusa dipadang pasir, tetapi apabila ia bercampur dengan unta yang berkudis ia menjadi berkudis sama. Lalu jawab Baginda s.a.w: (Kalau begitu) siapa pula yang menjangkiti unta yang pertama. (al-Bukhari, Muhammad ibn Ismail. 1422 (H). Sahih al-Bukhari. Kitab a-Tibb. Bab La Sofar Wa Huwa Da’ Ya’khuzu al-Bathn. Begitu juga didalam Bab La ‘Adwa )
Keterangan hadith : Hadith diatas dan juga potongan awal hadith yang pertama dilihat bercanggah dengan sains atau teknologi perubatan yang mengesahkan berlakunya jangkitan terhadap sesetengah penyakit. Ia juga dilihat bercanggah dengan hadith-hadith berikut:
ُمْمِر ٌض َعلَى ُم ِص ح َال يُو ِردُ
Maksudnya: Jangan diberi minum unta yang sakit bersama unta yang sihat (Muslim, Muslim bin al-Hajjaj. T.t .Sahih Muslim Kitab al-Salam. Bab La ‘Adwa Wa La Thiyarah Wa La Hamah Wa Sofar Wa La Nau’ Wa La Ghaul Wa La Yuridu Mumrid ‘ala Musih )
Begitu juga potongan akhir hadith yang pertama memberi gambaran bahawa penyakit itu boleh berjangkit. Sabda Nabi s.a.w:
َسِد ر ِم َن األَ َم ْجذُوِم َكَما تَِف ُّ َوفِ َّر ِم َن ال
Maksudnya: Dan larilah (jauhilah) daripada orang yang terkena penyakit kusta seperti kamu lari daripada singa
Sabda Baginda s.a.w lagi:
ِن ال ي ْن َع ْمِرو ْب ُّ ِ َع ب ْي ِه النَّ لَ ِ ْر َس َل إ َ ِقي ف َر ُج ٌل َم ْجذُوٌم، فَأ ِد ثَ ِي ِه، قَا َل: َكا َن فِي َوفْ ب َ َّشِريِد، َع ْن أ َ م َّ َو َسل ْي ِه َّى هللاُ َعلَ َص » ْر ِج ْع ل ِنَّا قَ ْد بَاَي ْعنَا َك فَا إ
Maksudnya: Daripada Amru bin al-Syarid, daripada ayahnya berkata: Bahawa didalam kalangan rombongan Thaqif ada seorang yang mengidap penyakit kusta. Lalu Nabi s.a.w mengutuskan kepadanya dengan berkata: Sesungguhnya kami telah berbai’ah denganmu maka pulanglah kamu.
Secara terperinci, para ulama mempunyai jalan-jalan untuk menghimpunkan hadith-hadih yang bercanggah di atas dan memberikan pencerahan apakah maksud sebenarnya sepertimana berikut :
Yang dimaksudkan dengan “tiada jangkitan” ialah tiada jangkitan secara semula jadi, tetapi Allah menjadikan pergaulan seorang yang berpenyakit dengan seorang yang sihat sebagai sebab kepada berlakunya jangkitan. Ini jalan yang diambil pendirian oleh Ibn alSolah (al-Suyuti, 1996).
Penafian didalam hadith “عدوى ال “adalah bertujuan untuk menolak i’tiqad atau fahaman Ashab al-Tabi’ah (mereka yang beri’tiqad berlaku sesuatu dengan semulajadi). Ini kerana mereka berkeyakinan bahawa penyakit yang berjangkit itu memberi bekas atau kesan. Maka hadith ini datang bagi menjelaskan bahawa yang sebenarnya bukan seperti yang kamu sangkakan. Bahkan ianya terjadi dengan kehendak Allah, jika Ia berkehendak ia berlaku, jika sebaliknya ia tidak berlaku. Keterangan ini jelas ditunjukkan melalui hadith “ عْ َ َّو َل َم ْن أ فَ َاأل ىَد “ iaitu dengan maksud “jika sekiranya kamu berpandangan bahawa sebab pada penyakit itu adalah jangkitan bukan selainnya, maka siapakah yang menjadikan unta yang sakit itu berjangkit.
Ia adalah pilihan Ibn Hajar al-‘Asqalani (al-Mubarakfuri, t.t). Ia juga merupakan pandangan al-Nawawi. Juga al Suyuti melihat kepada keterangan beliau seperti menyokong pandangan ini. Larangan daripada mendekati orang yang ditimpa penyakit ialah bertujuan untuk menyatakan bahawa ia adalah sebahagian daripada cara-cara Allah menjadikan atau menciptakan penyakit.
Bahawa penafian berjangkitnya penyakit itu kekal dengan keumumannya, dan perintah yang memerintahkan supaya menjauhi orang yang dijangkiti sopak adalah langkah jaga-jaga atau daripada bab sad al-Zari’ah, supaya tidak disangka bahawa penyakit itu berlaku dengan jangkitan ketika mana bertepatan takdir Allah dan waktu terkenanya penyakit kepada seorang yang sihat ketika berdekatan dengan yang sakit. Ini adalah pandangan Syeikh al-Islam (al-Suyuti), al-Tahawi dan juga al-Tabari (ibn Hajar).
Mengithbatkan berlakunya jangkitan pada sopak dan seumpamanya dan menganggapnya sebagai takhsis daripada keumuman penafian berjangkit. Ia memberi maksud “tidak ada jangkitan kecuali sopak dan seumpamanya”, seolah-olah Nabi bersabda: “tidak ada sesuatu yang dapat menjangkiti sesuatu kecuali apa yang telah aku jelaskan bahawa ia berpenyakit. Ini adalah jalan yang diambil atau dipegang oleh Abu Bakr al-Baqillani (alSuyuti 1996) dan pandangan Ibn Battal.
Perintah supaya menjauhi orang yang dijangkiti sopak untuk meraikan lintasan hati orang yang terkena sopak, kerana apabila dia melihat orang sihat semakin bertambah musibah dan penyesalannya terhadap dirinya. Ianya disokong oleh hadith Nabi s,a,w yang bermaksud: “Janganlah kamu berterusan melihat orang yang terkena penyakit sopak”. Maka hadith ini diandaikan kepada maksud ini (supaya apabila dia melihat orang sihat semakin bertambah musibah dan penyesalannya terhadap dirinya) (al-Suyuti 1996).
Ada juga beberapa bentuk penyelesaian yang dicadangkan oleh Ulama berhubung hadith-hadith mengenai penyakit kusta secara khusus. Antaranya sebagaimana dinukilkan oleh Ibn Hajar dalam Fath al-Bari: Hadith Jabir yang menyatakan bahawa Nabi s.a.w yang menyatakan bahawa Nabi s.a.w pernah makan bersama seorang pengidap penyakit kusta dan menegaskan, demi kepercayaan kepada Allah dan tawakkal. Berdasarkan kepada hadith ini Umar dan sebahagian salaf berpendapat boleh makan bersama pengidap kusta, dengan melihat bahawa suruhan menjauhi mereka (penyakit kusta) sebagai mansukh. Kata al-Qadi ‘Iyad: Sebenarnya dan menjadi pegangan ramai ‘Ulama hadith ini tidak mansukh. Sebaliknya kita perlu menyelesaikan antara dua masalah ini dengan mengenakan maksud perintah menjauhi diri daripada pengidap kusta sebagai suatu yang digalakkan (istihbab) dan langkah berjaga-jaga, manakala makan bersama mereka sebagai keharusan sahaja (Rohaizan 2012).
Perkataan “عدوى ال “ini ditujukan kepada orang yang kuat iman dan tawakkalnya, yang dapat menghindari diri daripada terjerumus ke dalam i’tiqad bahawa penyakit itu berjangkit. Dan tidak menjadi masalah kepada mereka untuk makan bersama dengan pengidap kusta. Adapun perintah supaya menjauhi pengidap kusta dituju kepada mereka yang lemah iman dan keyakinannya. Ini kerana dibimbangi mereka tergelincir didalam kepercayaan terhadap berjangkitnya penyakit ketika terkena penyakit itu selepas makan bersama. Maka bagi yang seumpama ini diarahkan menjauhi diri dari pesakit sebagai langkah hati-hati.
Kesimpulannya. setelah melihat pendapat-pendapat yang diutarakan oleh para ulama, maka pandangan yang dikemukakan oleh al-Baqillani dan Ibn Battal bahawa secara umumnya adalah penyakit itu tidak berjangkit, tetapi disana ada penyakit-penyakit yang boleh berjangkit. Ini dapat dilihat sendiri melalui realiti dan sains perubatan bahawa terdapat beberapa penyakit yang boleh berjangkit.
Oleh itu Nabi s.a.w memerintahkan supaya menjauhkan diri daripada orang yang berpenyakit kusta. Namun kenyataan mereka bukanlah bermakna penyakit ini terjadi dengan sendiri atau berjangkit dengan sendiri, tetapi ia berlaku dengan kehendak Allah S.W.T. Maka pandangan yang dikatakan oleh Ibn Hajar dan al Nawawi bahawa penafian jangkitan yang dinyatakan oleh Nabi s.a.w adalah untuk menolak dakwaan golongan yang beri’tiqad bahawa penyakit itu berjangkit secara semulajadi tanpa dikaitkan dengan kehendak Allah.
Maka tidaklah ada percanggahan diantara kedua-dua pandangan ini, kerana kedua-dua pandangan ini boleh dihimpunkan. Apa yang disebut Ibn Hajar dan al Nawawi adalah menjawab mengapa Nabi s.a.w menyatakan “tiada jangkitan”, adapun jawapan al-Baqillani dan Ibn Battal adalah untuk menjawab mengapa Nabi s.a.w memerintahkan supaya menjauhi orang yang berpenyakit kusta dan menjawab mereka yang mengatakan tiada jangkitan secara mutlak kerana bercanggah dengan realiti.
Sebenarnya jawapan Ibn Hajar sendiri menyokong pandangan yang menyatakan terdapat jangkitan pada beberapa penyakit. Begitu juga pandangan Ibn Solah selari dengan ulama yang disebut diatas. Adapun pandangan yang menyatakan tiada jangkitan secara mutlak, bercanggah dengan hadith-hadith yang menunjukkan berlakunya jangkitan dan berlawanan dengan fakta sains.