Thursday

Dakwah dan doa

Suatu hari, Maulana Mustakim telah memberi tanggung-jawab kepada seorang pemuda Arab yang datang memberi waktu dijalan Allah untuk memberi bayan dalam bahasa Arab dihadapan para ustaz-ustaz disitu, bagaimana pun pemuda Arab tersebut cuba mengelak dengan memberitahu bahawa dia tidak pandai berbayan dan dia hanyalah dari kalangan golongan pekerja biasa.

Namun Maulana Mustaqim tetap mengesanya untuk memberi bayan, dan bila dia bertanya bagaimana untuk memberi bayan, Maulana memberitahu agar dia menceritakan karguzari (laporan) kerja agama ditempatnya.

Lalu pemuda Arab tadi pun bangun, menceritakan sedikit akan kebesaran kerja agama ini dan kemudian menceritakan bagaimana diParis semasa dia melakukan jualah (ziarah umumi) dalam mana dia sebagai Mutakalim (jurucakap). Rahaba (penunjuk jalan) telah membawa mereka singgah disuatu kedai arak yang mana didalamnya terdapat seorang Islam.

Niatnya kesitu untuk menyedarkan orang Islam yang meminum arak, namun tuan kedai tersebut dalam keadaan marah datang dengan sebatang kayu lalu berkata; "Kalau kamu masuk kedalam kedai saya, saya akan pecahkan kepala kamu kerana kedatangan orang-orang seperti kamu telah memusnahkan perniagaan saya. Ramai pelanggan beragama Islam saya meninggalkan amalan meminum arak dan telah menjadi orang masjid. Hari ini tinggal hanya seorang Islam dan itu pun kamu hendak membawa pergi".

Pemuda Arab tersebut memberitahu dia menjadi takut bila diugut oleh tuan kedai tersebut dan menyedari akan kelemahan Imannya disamping belum sampai ketahap dakwah yang sempurna. Tetapi kemudiannya dia teringat akan satu hadis yang lebih kurang maksudnya menyatakan jika iman lemah dan tidak sanggup dakwah dengan tangan atau lidah, maka lakukan dengan hati, yang mana difahaminya berdoa dengan hati.

Disitu juga, pemuda Arab tadi berdoa; "YA Allah, aku lemah dan takut dipukul dengan kayu oleh tuan kedai itu sedangkan Engkau berkuasa atas segalanya. Ya Allah, keluarkanlah orang Islam dari kedai arak itu dan bawalah dia kemasjid".

Selepas satu jam mereka kembali kemasjid, pemuda Arab tersebut terpegun melihat orang Islam yang tadinya meminum arak dikedai arak tadi sudah membersihkan dirinya dan berada didalam masjid.

Inilah cara bagaimana hendak membawa daripada kemungkaran kepada kebaikan iaitu doa dari hati dan sampai hari ini, orang yang berilmu tidak terjemahkan hadis tadi dengan betul. Untuk memperbaiki perkara yang tidak baik tidak akan selesai selagi kita tidak ada kerisauan, bimbang dan fikir atas perkara tersebut. (Dakwah dan doa)

Dan inilah kerja yang sudah dilakukan oleh Maulana Ilyas rah. Apabila seorang daie yang meletihkan dirinya untuk melakukan usaha dakwah, selepas itu bila dia berdoa, Allah akan menerima doanya. Sebagaimana seluruh badan Rasulullah s.a.w telah luka diTaif serta kaki beliau telah pecah, dua belah kasut kulitnya penuh dengan darah,(dalam mana baginda adalah ketua para anbiya dan kekasih Allah yang mana bila mendoakan kehancuran buat kaum Taif, tentu sahaja kaum taif dimusnahkan), namun kesempatan ini, baginda doakan hidayat kepada kaum Taif atau generasi kaum Taif.

Lantas dari situ, daie harus menangis didepan Allah swt diwaktu malam terutamanya supaya hidayat datang dan kehidupan seluruh insan berubah kepada kehidupan yang diredhai Allah.


- Bila orang awam datang kepada usaha agama maka orang khawas, ulamak dan pemerintah juga akan datang kepada usaha agama. Lalu harus berusaha bersungguh-sungguh supaya orang awam datang pada agama serta tidak menginginkan keburukan atau kerosakan untuk sesiapa pun melalui usaha ini. Dan bila usaha agama menjadi usaha ummat mengikut sunnah Rasulullah s.a.w, maka agama akan hidup diseluruh tempat yang mana bila agama hidup diseluruh tempat, ia akan memberi manfaat kepada semua insan.

2 comments:

#dakwahitucinta [Dunia_Sementara. Akhirat_kekal_Abadi] said...

syabas. insha Allah, berhasil.

zarch said...

Ahlan sevendayz, semoga dapat kita sentiasa dalam keadaan berdakwah dan berdoa.

Btn_blue_77x28

open source - sumber terbuka

Mana-mana coretan yang dikira baik, dibenarkan mengambil (copy-paste) tanpa perlu bertanya tuan blog ini. Manakala mana-mana coretan yang terdapat kesilapan, mohon ribuan kemaafan dari tuan blog ini. - " Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya "

Coretan lalu

zar4art

Bayan

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com
Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com

Waktu sholat

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

English to Arabic to English Dictionary
Find word:
Exact Word / Starting Word Sub Word
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
www.SearchTruth.com

Salam damai