Sunday

Islah diri dan taraqqi



Untuk naik keatas adalah suatu perkara yang lazimnya payah tetapi untuk turun kebawah adalah sesuatu yang mudah. Sebegitulah usaha dakwah, yang mana adalah untuk meningkatkan taraf mulia insaniah disisi Allah dan setelah itu, segala perintah Allah yang turun, mudah pula untuk dilaksanakan. Sebagaimana para-para Sahaba dan Sahabi, mereka begitu bersusah-payah berkorban diri, waktu serta harta-benda dijalan Allah sehinggalah mereka mencapai taraf yang mulia yang mana Allah redha kepada mereka dan mereka redha diatas setiap perintah Allah yang turun.

Usaha dakwah adalah terutamanya usaha peningkatan atau kemajuan (taraqqi) keatas diri dan umat sekaliannya sekiranya dilakukan dengan tertib dan adab yang betul mengikut cara Rasulullah s.a.w samaada contohnya disudut fikir-risau mahupun disudut akhlak mulia Rasulullah s.a.w.

Atas itu juga, untuk taraqqi kemakam atasan mulia insaniah, salah satu asas yang utama adalah dengan memijak hawa-nafsu sendiri kerana hawa-nafsulah yang membuat insan rendah nilainya malah lebih rendah dari haiwanat. Hawa-nafsu adalah sebahagian dari fitrah kejadian insaniah namun bila dikawal dan diletak dibawah maka jadilah ia hamba kepada diri insan sebaliknya bila tidak dikawal dan dibiarkan diatas maka jadilah dia raja yang menghancurkan diri insan itu sendiri.

Hawa-nafsu adalah umpama kuda yang liar, begitu liar dan merbahaya untuk ditunggangi, tetapi bila tahu kaedah atau jalan menjinakkannya maka jadilah dia bak kuda jinak yang taat kepada tuannya. Hawa-nafsu juga umpama api yang membakar, sebanyak mana kayu dilempar kepada api tersebut, sebanyak itulah ia membakar malah kian menyembarak hatta seluruh hutan mampu dibakarnya namun sebaliknya bila dikawal, jadilah dia seperti api yang digunakan untuk memasak.

Kerana itulah, usaha dakwah sebagaimana dipesan oleh para-para masyaik, pertama-tamanya adalah adanya niat mengislahkan diri sendiri dan merasakan diri yang amat memerlukan usaha ini. Sebagaiman yang dijelaskan, sesiapa yang melakukan usaha ini dengan niat untuk mengislahkan diri maka dia akan dapat taraqqi (kemajuan) dalam dirinya disamping pihak lain juga insyallah mendapat hidayat diatas pengorbanan dan usaha yang dilakukannya sebaliknya sesiapa yang melakukan usaha ini dengan niat hanya untuk pihak lain, maka kemungkinan pihak lain mendapat hidayat tetapi sebaliknya diri sendiri mendapat sifat kemunafikan.

Disamping juga, mereka yang melakukan usaha ini dengan niat pertama-tamanya mengislahkan diri, apa sahaja keputusan yang datang seperti contohnya pihak lain menolak dakwahnya atau tiada yang mendengar kata-katanya, dia tidak akan terkesan dan terus berusaha lagi dan lagi dan sentiasa cuba memperbaiki dirinya sebaliknya sesiapa yang melakukan usaha dakwah pertama-tamanya untuk pihak lain, bila sahaja dakwahnya ditolak atau tiada sambutan maka dia akan cepat berputus-asa dan berhenti melakukan usaha ini.

- Semoga Allah memberi kefahaman dan membantu setiap yang membantu agama Allah......

No comments:

Btn_blue_77x28

open source - sumber terbuka

Mana-mana coretan yang dikira baik, dibenarkan mengambil (copy-paste) tanpa perlu bertanya tuan blog ini. Manakala mana-mana coretan yang terdapat kesilapan, mohon ribuan kemaafan dari tuan blog ini. - " Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya "

Coretan lalu

zar4art

Bayan

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com
Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com

Waktu sholat

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

English to Arabic to English Dictionary
Find word:
Exact Word / Starting Word Sub Word
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
www.SearchTruth.com

Salam damai