Sunday
Ummatan wahidah
Ummat ini adalah ummat yang satu tidak kira dari mana asalnya samaada seperti dari Timur atau Barat, putih atau hitam warnanya, apa sahaja bahasa ibundanya dan seterusnya.
Bangsa, warganegara atau bahasa hanyalah untuk berkenalan-kenalan, bukannya sebagai tembok pemisahan. Setiap insan lahir dari setitis air yang hina dan nanti tubuhnya akan menjadi bahan makanan ulat-ulat. Sebegitu juga, tidak kira apa bangsanya, darah yang mengalir dalam tubuhnya tetap sama semuanya berwarna merah.
Kekuatan ummat ini adalah bila ia dapat bersatu dibawah satu hati dan fikir serta mempunyai maksud yang sama iaitu untuk bagaimana mendapat kejayaan dunia dan akhirat disamping bantu-membantu antara satu sama lain.
Sebaliknya bila ummat ini berpecah-belah, tidak bersatu hati dan fikir disamping masing-masing hanya mementingkan diri sendiri, maka mudahlah pihak musuh menghancurkan ummat ini satu persatu. Sebagaimana misal kisah sekumpulan lembu yang terdiri yang berbagai-bagai warna, ada yang berwarna hitam, merah, perang dan yang bertompok-tompok, hidup bersama-sama disuatu kawasan padang rumput. Manakala terdapat sekumpulan singa yang sentiasa cuba membaham lembu-lembu tersebut.
Namun, bila setiap kali singa-singa itu menghampiri lembu-lembu tersebut, lembu-lembu tersebut akan beratur bersebelah-sebelahan menghala tanduk mereka kearah singa-singa tersebut. Dan ini menyukarkan singa-singa tersebut untuk membaham mereka.
Suatu hari, datang seekor singa secara sembunyi-sembunyi menghampiri salah seekor lembu tersebut yang berwarna perang lalu berkata, ` Kamu ini cantik berwarna perang, tetapi mengapa kamu hendak bersama lembu-lembu lain yang hodoh warnanya´? Bila mendengar kata-kata sang singa, lembu yang berwarna perang merasa megah akan warnanya dan mula mengasingkan diri dari lembu-lembu yang lain.
Hasutan-hasutan dilakukan dikalangan para lembu sehinggalah akhirnya, masing-masing mengasingkan diri dan ini memudahkan singa-singa tersebut membaham lembu-lembu tersebut satu demi satu.
Sebegitulah ummat Islam hari ini, berpecah-belah atas nama bangsa masing-masing, negara masing-masing, taraf masing-masing dan seterusnya dan ini memudahkan ummat Islam hari ini ditundukkan sebagaimana suatu waktu dahulu dijajah sewenang-wenangnya.
Lantas dari itu, usaha agamalah usaha yang utama yang dapat menyatukan kembali ummat ini dibawah satu hati dan satu fikir. Disamping dibawah satu kerisauan iaitu bagaimana setiap insan dapat selamat dari azab api neraka Allah, juga bagaimana rahmat serta hidayat dari Allah, diturunkan kepada setiap insan dan jinnat diseluruh alam.
Labels:
Ummatan wahidah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
open source - sumber terbuka
Mana-mana coretan yang dikira baik, dibenarkan mengambil (copy-paste) tanpa perlu bertanya tuan blog ini. Manakala mana-mana coretan yang terdapat kesilapan, mohon ribuan kemaafan dari tuan blog ini. - " Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya "
Tajuk
Akidah
(13)
Al-Fatihah
(2)
Alam
(1)
ASWJ
(3)
Bab Eid
(2)
bayan
(6)
BERITA
(5)
beware fitnah
(1)
book
(1)
Burzuk
(5)
cerpen
(7)
Dakwah dan doa
(2)
dars
(1)
Differences
(1)
Doa
(1)
fatwa
(2)
Fazail amal
(1)
Fazail Hajj
(2)
fikir
(4)
fikir/zikir
(1)
fiqh
(6)
fitnah
(1)
Gurauan
(3)
Hijrah
(4)
hilal
(1)
ibadat
(15)
Ikhtilat
(1)
ilham
(1)
Ilmu
(1)
imam
(1)
Imam Mazhab
(9)
Islam
(1)
Israk
(7)
janggut
(1)
Jesus was a Muslim
(1)
Jihadun nafs
(4)
Jinn
(10)
Jord
(1)
kalam
(1)
Karamah
(1)
KIblat
(1)
kisah Auliya
(3)
kisah-kisah
(4)
konflik
(4)
Kuarantin
(2)
makna bidaah dholalah
(1)
malfoozaat
(3)
Mawlid
(2)
mazhab
(5)
minda
(1)
nasihat
(2)
pemahaman
(6)
penolakan terhadap anti-hadith
(1)
penyakit
(1)
Prophet Muhamad s.a.w
(1)
puasa
(1)
Quran
(3)
Ramadan
(4)
sahaba
(2)
salam
(1)
salawat
(1)
shalat
(4)
sholat
(4)
Syair
(1)
Syurga-neraka
(1)
Tabligh
(1)
Tafsir
(6)
tiada Tuhan melainkan Allah
(1)
travel
(1)
Ummatan wahidah
(1)
Zakat-ul-Fitr
(2)
zikir
(7)
paut-paut
- Al-Alorstari blog
- Alexanderwathern blog
- Aqidahtul Tanzih blog
- Azhar Jaafar blog
- Bahrus Shofa blog
- Bentara blog
- Blog karkun
- chill-garage blog
- Dakwah-ilallah blog
- Dalamdakwah wordpress
- Fakir-fikir blog
- Fikir alami blog
- Hainur83 blog
- Ibnu Zain blog
- Iman-amal solehan wordpress
- Ismadi Yusuf blog
- Jom faham blog
- Khidmat Wala blog
- Kopiahhensem blog
- Kuffiyah blog
- Muhajier718 blog
- Musa Kola Kedah blog
- Pena maya blog
- Pengutip Mutiara
- Speedweb ad6 blog
- Sufiafriqiyya blog
- Umma-ali blog
- Ust Alimy Zaidi
- Ust Gunawan Aziz
- zar4art blog
- ziarah76 blog
Bayan
Search in the Hadith |
www.SearchTruth.com |
Waktu sholat
English to Arabic to English Dictionary |
|
www.SearchTruth.com |
6 comments:
insya-Allah, satu umat, satu hati, satu fikir..
Sekrang ni macam2 fikrah ada di kalangan umat Islam.
Usaha agama yg haq aje lah yg boleh menyatukan seluruh umat.
Wallahualam
Salam,adalah dgn rahmat ALLAH swt jua kita ni bermacam2 bangsa, bahasa dan warna kulit.Tapi asalnya, kita semua dari Adam dan Hawa...Sama2 kita usaha satukan ummat dgn usaha dakwah ilALLAH agar ummat bersatu > ummatan wahidah dgn surah sirah dan sarirah Rasulullah saw dlm diri setiap ummat...insyaALLAH.
Jazakallah Mutakalim dan juga umma-ali kerana sudi bertukar-tukar pendapat. Benar apa yang dikatakan antum semua dan yang pastinya usaha dilakukan bagaimana dapat fikir alami dengan usaha makami.
Dan fikir ummati adalah fikir yang tertinggi seorang insan kerana ia adalah fikir Rasulullah sendiri, sedangkan saya yang dhaif ini masih belajar-belajar bagaimana adanya fikir ummati ini ada pada diri (sebagaimana fikir ummati ini begitu ditekankan oleh para-para masyaikh).
Insyaallah bila kita ada fikir dan risau,usaha dan doa,Allah pandang.
Insyaallah asbab hidayat!
Asalamualaikum semoga sejahtera
Fikir dan risau sangat penting.
kemudian usaha dan doa.
Insyaallah asbab hidayat
Waalaikumsalam nenek, terima-kasih diatas nasihat nenek, semoga hati ini dapat dididik agar sentiasa adanya kerisauan keatas umat sekelian dan dapat menanggis dimalam hari memohon hidayat dari Allah Taala...
Post a Comment