Friday

Dahri vs A.Hanafi


Dahri adalah seorang atheis yang begitu bijak berhujah naik kemimbar mencabar siapa untuk berhujah lalu disambut oleh Abu Hanifah. Abu Hanifah ketika itu adalah masih lagi begitu muda.

Lalu bila melihat Abu Hanifah menyahut cabarannya, Dahri bertanya: "Siapakah engkau wahai kanak-kanak, engkau menyahut cabaranku sedangkan ramai ulamak serta orang-orang yang tua yang berserban besar, berjubah labuh, berlengan baju yang luas tidak berupaya menandingiku, inikan pula engkau yang masih kecil, mentah dan hina?"

Abu Hanifah menjawab: "Allah Taala tidak memberikan ketinggian serta kebesaran kepada seseorang hanya kerana berserban besar, berjubah labuh serta berlengan luas tetapi Dia memberinya sebagaimana firmanNya; Dan mereka yang diberikan ilmu itu ada beberapa darjat " (Al-Mujadalah: 11)

Dahri bertanya: "Engkau yang akan menjawab soalan-soalanku?"

Abu Hanifah menjawab: "Ya, dengan taufik dari Allah semata-mata."

Dahri mula bertanya: "Adakah Allah itu maujud?" Abu Hanifah menjawab: "Ya."

Dahri bertanya: "Dimana?" Abu Hanifah menjawab: "Allah tiada bertempat."

Dahri bertanya bagaimanakah yang maujud itu tiada bertempat? Abu Hanifah menjawab: "Dalilnya ada pada diri kamu."

Dahri bertanya: "Mana dia?"

Abu Hanifah bertanya kembali: "Bukankah kamu ada nyawa?" Dahri menjawab: "Ya."

Abu Hanifah kemudian bertanya: "Dimanakah tempat nyawa atau roh dirimu, dikepalakah, diperutkah atau dikakimu?"

Dahri terpinga-pinga tidak dapat menjawab. Kemudian Abu Hanifah menanyakan pula tentang susu sebagai dalil yang lain: "Bukankah air susu ini berlemak?"Dahri menjawab: "Ya."

Abu Hanifah bertanya: "Dimanakah lemak tersebut, disebelah atas susu atau disebelah bawahnya?" Sekali lagi Dahri terpinga-pinga tidak dapat menjawab.

Abu Hanifah pun berkata: "Sebagaimana roh itu tiada bertempat didalam tubuh badan serta lemak tidak bertempat dalam susu, maka begitulah Allah tidak bertempat dialam ini (bahkan Allah yang mencipta segalanya)."

Dahri kemudian menyoal lagi: "Apa yang ada sebelum Allah dan apa pula selepasNya?"

Abu Hanifah menjawab: "Tiada sesuatu sebelum Allah dan tiada sesuatu selepasNya."

Dahri berkata: "Betapa dapat digambarkan sesuatu yang maujud itu tiada sesuatu sebelumnya dan tiada sesuatu selepasnya?"

Abu Hanifah menjawab: "Dalilnya ada pada anggota badanmu." Dahri bertanya: "Apa dia?"

Abu Hanifah menjawab: "Tiada sesuatu yang mendahului ibu jarimu dan tiada sesuatu selepas jari kelingkingmu. Sebegitulah Allah Taala yang tiada sesuatu sebelumNya dan tiada sesuatu selepasNya."

Dahri akhirnya berkata: "Tinggal satu soalan lagi untukku bertanya. Apakah yang dilakukan Allah sekarang?"

Abu Hanifah menjawab: "Cara engkau bertanya ini tidak kena, sepatutnya orang yang menjawab mesti diatas mimbar dan orang yang bertanya dibawah. Saya akan menjawab soalan ini sekiranya engkau turun kebawah dan saya berada diatas mimbar."

Lalu Dahri pun turun manakala setelah Abu Hanifah berada diatas mimbar, lantas Abu Hanifah berkata: "Waktu ini, Allah menurunkan yang batil kebawah seperti dirimu manakala menaikkan yang hak keatas."

Dan fahamlah Dahri bahawa dirinya telah tertewas. Seiring dengan itu bergemalah pekikan takbir dari orang ramai. Mereka memuji-muji kewibawaan Abu Hanifah yang telah berjaya menyelamatkan maruah Islam dari lidah Dahri yang sesat lagi menyesatkan.

Sehingga ke hari ini, nama Imam Abu Hanifah rah. tetap dikenali keseluruh dunia sebagai fuqaha terulung dan salah seorang Imam Mazhab Sunni ASWJ. (Mazhab Hanafi)

8 comments:

FakirFikir said...

Salam. Bagus post ini. Teruskan dakwah tuan.

Ziarah76 said...

Sekarang pun dah ramai yg suka betul berhujah itu ini.. tapi malas nak beramal.

Umma-ali said...

aslm,begitulah anak2 zaman itu, tangkas otaknya dgn taufiq ILAHI, berkat asuhan ibu2 yg ada fikir yg tajam untuk kebaikan ummat... anak2 zaman kita?tak payah lah komen, kita pun faham...apa yg mereka tahu?hatta maqsud hidup pun mereka tak tahu...insyaALLAH ibu2 bangkitlah dgn fikir ummat kerana dari pangkuan kitalah akan lahir pejuang2 agama.usahakan suasana iman n amal, suasana ibadat, suasana sunnah, suasana hidup sederhana, dan suasana dakwah dlm rumah kita...taklim perlu di tingkatkan lagi...tawajjuh penuh fikir untuk hidayat seluruh alam...

zarch said...

Fakirfikir;
Jazakallah kerena sudi bertandang diblog saya, doakan untuk saya.

Ziarah76;
Semoga Allah sentiasa memberi kita taufik untuk beramal disamping menarghib yang lain kepada amal solehan.

Umma-ali;
Masyaallah rasanya kak ni baru balik dari cillah ye, semoga ianya menjadi asbab hidayat keseluruh alam. Harap tak lupa doa untuk saya dan ahlia saya tak dalam tahajud kakak?

FakirFikir said...

Zarzh,
Selalu bertandang, cuma jarang komen.

Anonymous said...

Salam, masya Allah, pandai anta bercerita. Awal cerita ingatkan cerita novel, last baru tahu cerita betul ...=)

Anonymous said...

salam ziarah, ooo cerita betul rupanya =)

zarch said...

Ahlan hasanfatula, selamat datang keblog saya...

Btn_blue_77x28

open source - sumber terbuka

Mana-mana coretan yang dikira baik, dibenarkan mengambil (copy-paste) tanpa perlu bertanya tuan blog ini. Manakala mana-mana coretan yang terdapat kesilapan, mohon ribuan kemaafan dari tuan blog ini. - " Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya "

Coretan lalu

zar4art

Bayan

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com
Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com

Waktu sholat

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

English to Arabic to English Dictionary
Find word:
Exact Word / Starting Word Sub Word
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
www.SearchTruth.com

Salam damai