Friday

Aqidah Ahlu Sunnah Wal Jamaah


Aqidah yang sebenar dan diyakini oleh para ulama salaf yang soleh adalah aqidah yang diyakini oleh al-Asy’ariyyah dan al-Maturidiyyah, kerana keduanya hanyalah merumuskan serta membuat ringkasan yang mudah (method) dan menjelaskan aqidah yang diyakini oleh para nabi dan rasul serta para sahabat. Aqidah Ahlusssunnah ini adalah aqidah yang diyakini oleh ratusan juta umat Islam, mereka adalah para pengikut madzhab Syafi’i, Maliki, Hanafi, serta orang-orang yang utama dari madzhab Hanbali (Fudhala’ al-Hanabilah).

As-Subki dalam Thabaqatnya berkata: “Ketahuilah bahawa Abu al-Hasan al-Asy’ari tidak membawa ajaran baru atau madzhab baru, beliau hanya menegaskan kembali madzhab salaf, menghidupkan ajaran-ajaran sahabat Rasulullah. Penisbatan nama kepadanya kerana beliau istiqamah dalam berpegang teguh ajaran salaf, hujjah (argumentasi) yang beliau gunakan sebagai landasan kebenaran aqidahnya juga tidak keluar dari apa yang menjadi hujjah para pendahulunya, kerananya para pengikutnya kemudian disebut Asy’ariyyah. Abu al-Hasan al-Asy’ari bukanlah ulama yang pertama kali berbicara tentang Ahlussunnah wal Jama’ah, ulama-ulama sebelumya juga banyak berbicara tentang Ahlussunnah wal Jama’ah. Beliau hanya lebih memperkuat ajaran salaf itu dengan argumen-argumen yang kuat. Bukankah penduduk kota Madinah banyak dinisbatkan kepada Imam Malik, dan pengikutnya disebut al Maliki. Ini bukan berarti Imam Malik membawa ajaran baru yang sama sekali tidak ada pada para ulama sebelumnya, melainkan karena Imam Malik menjelaskan ajaran-ajaran lama dengan penjelasan yang lebih terang, jelas dan sistematis demikian juga yang dilakukan oleh Abu al-Hasan al-Asy’ari”.

Habib Abdullah ibn Alawi al-Haddad menegaskan bahwa kelompok yang benar adalah kelompok Asy’ariyah yang dinisbatkan kepada Imam Asy’ari. Aqidahnya juga aqidah para sahabat dan tabi’in, aqidah ahlul haqq dalam setiap masa dan tempat.

Ibnu ‘Abidin al Hanafi mengatakan dalam Hasyiyah Radd al Muhtar ‘ala ad-Durr al Mukhtar : "Ahlussunnah Wal Jama’ah adalah al Asya’irah dan al Maturidiyyah". Dalam kitab ‘Uqud al Almas al Habib Abdullah Alaydrus al Akbar mengatakan : “Aqidahku adalah aqidah Asy’ariyyah Hasyimiyyah Syar’iyyah sebagaimana Aqidah para ulama Madzhab Syafi’i dan Kaum Ahlussunnah Shufiyyah”.

Bahkan jauh sebelum mereka ini Al-Imam al ‘Izz ibn Abd as-Salam mengemukakan bahawa aqidah al Asy’ariyyah disepakati oleh kalangan pengikut madzhab Syafi’i, madzhab Maliki, madzhab Hanafi dan orang-orang utama dari madzhab Hanbali (Fudlala al-Hanabilah).

Apa yang dikemukakan oleh al ‘Izz ibn Abd as-Salam ini disetujui oleh para ulama di masanya, seperti Abu ‘Amr Ibn al Hajib (pimpinan ulama Madzhab Maliki di masanya), Jamaluddin al Hushayri pimpinan ulama Madzhab Hanafi di masanya, juga disetujui oleh al Imam at-Taqiyy as-Subki sebagaimana dinukil oleh putranya Tajuddin as-Subki.

Garis Panduan Aqidah Asyariyyah

Secara garis besar aqidah asy’ari yang juga merupakan aqidah ahlussunnah wal jama’ah adalah meyakini bahwa Allah Ta’ala Maha Esa dan tidak ada sekutu bagi-Nya, Allah bukanlah benda yang boleh digambarkan, dan juga bukan benda yang berbentuk dan berukuran. Allah tidak serupa dengan sesuatupun dari makhluk-Nya (laysa kamitslihi syai’).

لَیْسَ كَمِثْلِھِ شَىْءٌ
Maknanya: “Tiada suatu pun yang sama seperti-Nya (Allah)”. [Surah al-Shura: 11]

Allah ada dan tidak ada permulaan atau penghabisan bagi kewujudan-Nya, Allah Maha Kuasa dan tidak ada yang melemahkan-Nya, serta Allah tidak diliputi arah. Allah ada sebelum menciptakan tempat tanpa tempat, Allah wujud setelah menciptakan tempat dan tanpa bertempat. Tidak boleh ditanyakan tentangnya bila, dimana dan bagaimana ada-Nya.

Allah ada tanpa terikat oleh masa dan tempat. Maha suci Allah dari bentuk (batasan), batas akhir, sisi-sisi, anggota badan yang besar dan anggota badan yang kecil. Allah tidak diliputi satu arah atau enam arah penjuru. Allah tidak seperti makhluk-Nya. Allah maha suci dari duduk, bersentuhan, bersemayam, menyatu dengan makhluk-Nya, berpindah-pindah dan sifat-sifat makhluk lainnya.

Allah tidak terjangkau oleh fikiran dan tidak terbayang dalam ingatan, kerana apapun yang terbayang dalam benakmu maka Allah tidak seperti itu. Allah maha hidup, maha mengetahui, maha kuasa, maha mendengar dan maha melihat. Allah berbicara dengan kalam-Nya yang azali sebagaimana sifat-sifat-Nya yang lain juga azali, kerana Allah berbeza dengan semua makhluk-Nya dalam dzat, sifat dan perbuatan-Nya.

Barang siapa menyifati Allah dengan sifat makhluknya sungguh dia telah kafir. Allah yang telah menciptakan sekelian makhluk. Allah juga yang menentukan rezeki serta ajal mereka. Tidak ada yang boleh menolak ketentuan-Nya dan tidak ada yang boleh menghalangi pemberian-Nya. Allah berbuat dalam kerajaan-Nya ini apa yang Allah kehendaki. Allah tidak ditanya perihal perbuatan-Nya melainkan hamba-Nyalah yang akan diminta dipertanggungjawakan atas segala perbuatan-Nya.

Apa yang Allah kehendaki pasti terlaksana dan yang tidak Allah kehendaki tidak akan terjadi. Allah bersifat dengan kesempurnaan yang pantas bagi-Nya dan Allah maha suci dari segala bentuk kekurangan. Nabi Muhammad s.a.w adalah penutup para nabi dan penghulu para rasul. Nabi Muhammad s.a.w diutuskan oleh Allah ke muka bumi ini untuk semua penduduk bumi, jin mahupun manusia dan Nabi Muhammad s.a.w yang bersifat siddiq (jujur), amanah, tabligh (menyampaikan) dan fatanah (bijaksana) adalah contoh buat sekelian umatnya.

9 comments:

Ziarah76 said...

jazakallah zarzh,
entry ini kuliyah tauhid. Al-Asy'ariah, al-Matiridiyah adalah ulama tauhid.
tulisan begini amat revelan dgn keadaan semasa.


p/s: perkataan Allah pd perenggan kedua terakhir ada tersalah eja.

FakirFikir said...

Alhamdulillah dengan perkongsian pengetahuan seperti ini. Banyak dari kita yang sedang keliru sekarang ini.

zarch said...

ziarah76 - Jazakallah kembali pada Z76 kerana mengingatkan akan kesilapan ejaan tu.

FakirFikir - Terimakasih juga pada sdr. Semoga Allah membimbing sentiasa umat semua kejalan kebenaran dan dilindungi dari segala petaka yang merugikan dunia dan akhirat kita.

Dr. Bentara said...

kenapa perlu asing-asingkan tauhid ini? Adakah bermaksud akidah tiga serangkai terkeluar dari Ahli Sunnah Wal Jamaah? Bukankah kedua-dua aliran tersebut adalah pemahaman yang benar jua berlainan disebabkan ijtihad ulama?

zarch said...

Marhaban-marhaban Ben.
Ben, kalau kita perhatikan, dari Nabi yang pertama dihantar sehinggalah kepada Nabi yang terakhir iaitu Rasulullah s.a.w, semuanya membawa tauhid yang satu iaitu kalimah Lailahaillallah. Yang mana sama ada berpegang pada kalimah ini atau sebaliknya.

Tiada berpecah tauhid ini. Tauhid hanyalah satu. Yang ada hanyalah mereka yang lemah imannya seperti meninggalkan ajaran agama cthnya solat kerana kebesaran dunia dihati mereka dan meyakini dunialah keutamaan namun mereka tetap orang Islam selama-mana mengucapkan Lailahaillallah dan tidak melakukan perbuatan yang menyebabkan mereka terkeluar dari tauhid ini seperti menyembah Tuhan selain dari Allah.

Dan Ben sendiri tahu, fahaman bertauhid tiga serangkai hakikatnya memperlecehkan, membidaahkan serta sehingga mengkufurkan Asyariah dan Maturidi. Perkataan semua sama dari tauhid 3 serangkai hanyalah manis tebu dibibir namun bila berkuasa, habis disapu dan dihapuskan Asyaari serta Maturidi.

Cthnya ulama besar kelahiran Mekah, Allahyarham Muhammad Alawi al-Maliki (1944–2004), diban, tidak dibenarkan mengajar diMekah, dirampas passportnya hatta menuduh dia sesat hanya kerana beliau ulama Asyaari.

Wallahuallam.....

Dr. Bentara said...

maka jika itu tindakan mereka, dibalas dengan cara yang sama?

Al-Qaradhawi mengiktiraf kedua-dua aliran tauhid.

Cuma golongan ekstrim pada kedua belah pihak yang mengeluarkan lawannya dari Ahlu Sunnah Wal Jamaah.

Kalimah Lailahaillallah tiada siapa yang bergaduh. Sebab tu karkun siang malam dok usaha kalimah ni dan meninggalkan perincian Asy'ariah mahupun akidah tiga serangkai.

zarch said...

Benar Ben, hanya kita kena tahu apa yang kita pegangi sebab karkun bukannya kartun, main ikut aje.

Karkun adalah mereka yang berusaha membiaki diri dalam mana salah satu sifatnya adalah ilmu dan zikir. Kita kena ada dalil atas amal atau pegangan kita (Kitab Fadzail adalah untuk amal istimai mahupun buat diri untuk menargib tetapi selebih dari itu adalah fardu untuk setiap muslim belajar tentang agama apatah lagi ilmu aqidahnya). Dan muqalid adalah mereka yang berpegang pada dalil ulama mahzab mereka.

Anonymous said...

SEMOGA ALLAH MEREDHOI KITA

zarch said...

Amin...amin abu al-Qassim..

Btn_blue_77x28

open source - sumber terbuka

Mana-mana coretan yang dikira baik, dibenarkan mengambil (copy-paste) tanpa perlu bertanya tuan blog ini. Manakala mana-mana coretan yang terdapat kesilapan, mohon ribuan kemaafan dari tuan blog ini. - " Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya "

Coretan lalu

zar4art

Bayan

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com
Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com

Waktu sholat

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

English to Arabic to English Dictionary
Find word:
Exact Word / Starting Word Sub Word
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
www.SearchTruth.com

Salam damai