Monday

Imam Ali Zainal Abidin rah.




Al Imam Assajjad Ali Zainal Abidin Ibn Husein Ibn Ali bin Abi Thalib radiyallahu anhum wa karamallahu wajhah. Ketika Al Imam Thawus datang keMasjidil Haram disepertiga malam terakhir, mahu sholat didekat Hijr Ismail, dilihat sudah ada orang sholat disitu. Siapa yang sholat tengah malam begini yang ruku, sujud, ruku, sujud tidak habis-habis?

Ternyata setelah diperhatikan, ia adalah Imam Ali Zainal Abidin Assajjad. Dikenal Assajjad kerana ia sujud setiap malamnya sebanyak 1000 kali sujud, terkenal dengan sholat malam sebanyak 500 rakaat. Oleh sebab itu dikenal dengan Assajjad (orang yang banyak bersujud). Imam Thawus lihat terus Imam Ali Zainal Abidin. Selesai dari sholat sunnah yang demikian dahsyat dan hebatnya, ia bermunajat. Imam Thawus mendengar munajat yang lirih dari doa Al Imam Ali Zainal Abidin, ia tajamkan pendengarannya. Apa sih yang diucapkan imam ini?

Imam Ali Zainal Abidin bermunajat "Abduka bi finaaik, miskiinuka bi finaaik, faqiiruka bi finaaik, saailuka bi finaaik, (hamba ini berada di hadapan Mu Wahai Allah, simiskin dihadapan Mu, sifakir berada dihadapan Mu, si pengemis berada dihadapan Mu)". Mengemis kepada Allah, miskin di hadapan Allah, Maha Membutuhkan Anugerah dari Allah.

Demikian indahnya doa Imam Ali Zainal Abidin Assajjad. Imam Thawus mendengar, ia terus mengulang-ulang doa itu. Terus diulang oleh Imam Ali Zainal Abidin. Imam Thawus berkata tidaklah aku setelah itu, mahu berdoa dengan doa apa saja kalau diawali dengan doa Imam Ali Zainal Abidin, pasti Allah kabulkan doaku. Demikian indahnya doa dari jiwa yang suci.

Putra beliau Al Imam Muhammad Al Baqir bin Ali Zainal Abidin Assajjad ketika putranya yaitu Sayyidina Imam Jafar AshShodiq semasa kecilnya mendengar ayahnya disepertiga malam terakhir melakukan sholat yang sedemikian panjang dan lama. Imam Muhammad Al Baqir berdiri bagaikan patung lamanya tidak bergerak di dalam sholatnya, terus didalam lantunan firman-firman Allah dan didalam tasbih, ruku dan sujud.

Sedemikian lamanya sampai seakan-akan patung kerana lamanya tidak bergerak dari panjangnya menikmati bacaan sholat malamnya. Selesai sholat ia pun berdoa dengan doa yang dihafal oleh anaknya ini: "Amartaniy falam atamir, wa nahaytaniy falam anzajir, haa ana abduka bayna yadayk, mudznibun mukhthiun, falaa atadzir". Alangkah indahnya doa ini. "Kau beri aku perintah wahai Allah tapi banyak yang tidak kulakukan". Siapa yang bicara? Imam Muhammad Al Baqir (putra Imam Ali Zainal Abidin, putra Sayyidina Husein, putra Sayyidatuna Fatimah Azzahra, cucunya Rasulullah Saw).

Disebut Al Baqir kerana ia orang yang sangat luas ilmunya. Imam Malik dan Imam Abu Hanifah mengambil sanad dari Imam Muhammad Al Baqir. Demikian hadirin hadirat, ia berkata; "Banyak perintah yang Kau berikan padaku wahai Allah dan aku tidak melakukannya dan aku tidak taat. Banyak hal yang sudah Kau larang tapi masih juga ada yang kulanggar larangan Mu, inilah aku sekarang di hadapan Mu Wahai Allah, banyak dosa, banyak salah, dan aku mengaku banyak dosa dosa dan aku tidak mengelak dari dosa dosaku. Memang aku seorang pendosa". Demikian hebatnya khusyu Al Imam Muhammad Al Baqir ibn Ali Zainal Abidin Ibn Husein radiyallahu anhum.

Putranya pun demikian Imam Jafar Ashshodiq alaiha rahmatullah, beliau itu kalau sudah berdoa tidak mahu putus dari munajatnya sampai nafasnya sendiri yang kehabisan nafas. Beliau pun juga memanggil "Ya Allah..Ya Allah..Ya Allah..", sampai habis nafasnya baru berhenti. Lalu diganti Nama Allah dengan yang lainnya "Ya Rahman..Ya Rahman..", demikian malam-malam mereka.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
- Imam Ali Zainal Abidin lahir diMadinah pada tahun 38H/654M yang mana mengikut sebelah salsilah ayahnya adalah Ali bin Husain bin Ali bin Abi Thalib. Beliau merupakan cicit kepada Rasulullah s.a.w iaitu cucu kepada Syaidina Ali dan Fatima r.anha, manakala disebelah salsilah bondanya adalah berketurunan Maharaja Parsi iaitu bondanya bernama Syahrbanu, puteri kepada maharaja terakhir Sasaniyah Parsi bernama Yazdigirda. Semasa Parsi dikalahkan dan tawanan-tawanan termasuk puteri Maharaja Parsi dibawa keMadinah, Syaidina Umar r.a yang merupakan Khalifah diwaktu tersebut telah menikahkan puteri maharaja Parsi Syahrbanu yang memeluk Islam dengan Syaidina Hussein. Hasil dari pernikahan ini, maka lahirlah Ali Zainal Abidin dengan diberi juga nama julukan Ibn al-Khiyaratyn, anak dari dua terbaik iaitu diantara Quraish (Arab) dan Parsi (Ajam).
Pada tahun 61H/680M, Imam Ali Zainal Abidin telah kehilangan ayah serta abang-abangnya yang dibunuh secara kejam oleh penzalim Ibnu Zayid dan tenteranya dibawah perintah Yazid bin Muawiyah dalam peristiwa pembunuhan berdarah diKarbala.
Az Zuhri dan Ibnu Uyainah menyatakan: "Kami tidak mendapati di kalangan orang Quraisy yang lebih baik daripada Ali Zainal Abidin". Az Zuhri berkata lagi: "Aku tidak melihat seorang yang lebih faqih melainkan Sayyidina Ali Zainal Abidin". Ibnu Musayyib berkata: "Aku tidak pernah melihat seorang yang lebih wara' dari Sayyidina Ali Zainal Abidin". 
 
Pada tahun 713M, Imam Ali Zainal Abidin telah menghembuskan nafasnya dan dikebumikan di Baqi'. Kewafatan beliau dipercayai akibat diracun oleh Al Walid bin Abdul Malik. 
 
Semasa hayatnya, Imam Ali Zainal Abidin memikul bungkusan roti dibelakangnya pada waktu malam untuk disedekahkan kepada fakir miskin. Ketika memandikan jenazah beliau, mereka mendapati terdapat kesan hitam di belakangnya. Mereka bertanya: "Tanda apakah ini?" Sahabat-sahabatnya menyatakan: "Ini adalah kesan beliau memikul bungkusan gandum pada waktu malam dibelakangnya beliau untuk diagihkan kepada penduduk Madinah yang miskin." Setelah kewafatannya, didapati beliau telah menyedekahkan sebanyak 100 buah rumah.

2 comments:

Unknown said...

dahsyat sungguh pengorbanan ulama2 dulu...semoga diberikan taufik untuk berada di bawah payung alim ulama..

zarch said...

"..semoga diberikan taufik untuk berada di bawah payung alim ulama.."

Amin...amin...semoga hendaknya sentiasa begitulah...

Btn_blue_77x28

open source - sumber terbuka

Mana-mana coretan yang dikira baik, dibenarkan mengambil (copy-paste) tanpa perlu bertanya tuan blog ini. Manakala mana-mana coretan yang terdapat kesilapan, mohon ribuan kemaafan dari tuan blog ini. - " Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya "

Coretan lalu

zar4art

Bayan

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com
Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com

Waktu sholat

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

English to Arabic to English Dictionary
Find word:
Exact Word / Starting Word Sub Word
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
www.SearchTruth.com

Salam damai