عَنْ عَبْدِ اللهِ ابْنِ مَسْعُوْدٍ, أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: أَلاَ وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الأُمُورِ فَإِنَّ شَرَّ الأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا وَكُلُّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلُّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ. رواه ابن ماجه
“Dari ‘Abdullah bin Mas’ud. Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:
“ Ingatlah, berhati-hatilah kalian, jangan sampai membuat hal-hal baru.
Karena perkara yang paling jelek adalah membuat hal baru dan setiap
perbuatan yang baru itu adalah bid’ah. Dan semua bid’ah itu sesat.” HR. Ibnu Majah.
Hadits ini sering dijadikan dasar dalam membid’ahkan segala
perkara baru yang tidak ada pada zaman Rasulullah SAW, para sahaba atau
tabi’in dengan pertimbangan bahawa hadits ini menggunakan kalimat kullu (semua), yang secara tekstual seolah-olah diertikan semuanya atau keseluruhannya.
Namun, dalam menanggapi makna hadits ini, khususnya pada kalimat وَكُلُّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ, terdapat perbezaan pandangan pandangan di kalangan ulama’.
Pertama, ulama’ memandang hadits ini adalah kalimat umum namun dikhususkan hanya pada sebahagian sahaja (عام مخصوص البعض ), sehingga makna dari hadits ini adalah “bid’ah yang buruk itu sesat” . Hal ini didasarkan pada kalimat kullu, kerana pada hakikatnya tidak semua kullu bererti seluruh atau semua, adakalanya bererti kebanyakan (sebahagian besar). Sebagaimana contoh-contoh berikut :
- Al-Qu’an surat Al-Anbiya’ ; 30 :
وَجَعَلْنَا مِنَ الْمَاءِ كُلَّ شَيْءٍ حَيٍّ أَفَلَا يُؤْمِنُونَ
“Dan dari air kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?” QS. Al-Anbiya’:30.
Meskipun ayat ini menggunakan kalimat kullu, namun tidak bererti semua makhluk hidup diciptakan dari air. Sebagaimana disebutkan dalam ayat al-Qur’an berikut ini:
وَخَلَقَ الْجَانَّ مِنْ مَارِجٍ مِنْ نَارٍ
“Dan Allah SWT menciptakan Jin dari percikan api yang menyala”. QS. Ar-Rahman:15.
Begitu juga para malaikat, tidaklah Allah ciptakan dari air.
- Hadits riwayat Imam Ahmad :
عَنِ الْأَشْعَرِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُلُّ عَيْنٍ زَانِيَةٌ
Dari al-Asyari berkata: “ Rasulullah SAW bersabda: “ setiap mata berzina” (musnad Imam Ahmad)
Sekalipun hadits di atas menggunakan kata kullu, namun bukan bermakna keseluruhan/semua, akan tetapi bermakna sebagian, yaitu mata yang melihat kepada ajnabiyah.
Kedua, ulama’ menetapkan sifat umum dalam kalimat kullu,
namun mengarahkan pengertian bid’ah secara syar’iyah yaitu perkara baru
yang tidak didapatkan di masa Rasulullah SAW, dan tidak ada sandarannya
sama sekali dalam usul hukum syariat. Telah kita ketahui bahawa perkara
yang bertentangan dengan syariat baik secara umum atau isi yang
terkandung di dalamnya, maka haram dan sesat. Dengan demikian, makna
hadits di atas adalah setiap perkara baru yang bertentangan dengan syariat adalah sesat, bukan berarti semua perkara baru adalah sesat walaupun tidak bertentangan dengan syai’at.
Oleh kerana itu, jelas sekali bahwa bukan semua yang tidak dilakukan
di zaman Nabi adalah sesat. Terbukti, para sahaba juga melaksanakan
atau mengadakan perbuatan yang tidak ada pada masa Rasulullah SAW.
Misalnya, usaha menghimpun dan membukukan al-Qur’an, menyatukan jama’ah
tarawih di masjid, adzan Jum’ah dua kali dan lain-lain. Sehingga,
apabila kalimat kullu di atas diertikan keseluruhan, yang
bererti semua hal-hal yang baru tersebut sesat dan dosa. Bererti para
sahaba telah melakukan kesesatan dan perbuatan dosa secara kolektif
(bersama). Padahal, sejarah telah membuktikan bahawa mereka adalah
orang-orang pilihan yang tidak diragukan lagi keimanan dan ketaqwaannya.
Bahkan diantara mereka sudah dijamin sebagai penghuni surga. Oleh
kerana itu, sungguh tidak dapat diterima akal, kalau para sahabat Nabi
SAW yang begitu agung dan begitu luas pengetahuannya tentang al-Qur’an
dan Hadits tidak mengetahuinya, apalagi tidak mengindahkan larangan
Rasulullah SAW.
Part 4, Part 5, Part 6, Part 7