Monday

Syurga semata-mata dibawah rahmat Allah Taala


 Aisyah r.anha menyampaikan bahawa Rasulullulah s.a.w telah bersabda :

“Perbaikilah dirimu, ucapkan kebaikan dan sampaikan khabar gembira, sesungguhnya amal seseorang tidak akan mampu memasukkannya ke dalam surga”

Orang bertanya : “ Termasuk amal anda juga wahai Rasulullah?” Rasulullah s.a.w menjawab : “ Termasuk juga amalku, kecuali jika Allah mencurahkan rahmat-Nya kepadaku. Ketahuilah bahawa amal yang paling disenangi Allah adalah amal yang istiqamah meskipun sedikit” (Muslim)

- Sedangkan Rasulullah s.a.w sendiri bersabda bahawa amal beliau pun tidak mencukupi untuk memasuki surga Allah, apalagi amal kita ini tentulah pasti tidak mencukupi langsung biarpun kita beribadat seumur hidup. Dari itu janganlah kita mengandaikan amal kita telah menjanjikan syurga dan merasa aman dengan amal kita. Bahkan apa yang wajib kita lakukan, teruskan beramal solehan, beristiqamah serta sentiasa berdoa kepada Allah.

- Pernyataan Rasulullah s.a.w “kecuali jika Allah mencurahkan rahmat-Nya kepadaku“ pada hadis diatas menunjukkan bahawa surga hanya boleh dimasuki semata-mata dibawah rahmat Allah. Begitu juga untuk menghindarkan dari adzab neraka juga hanya semata-mata dengan rahmat Allah.

Katakanlah: "Sesungguhnya aku takut akan azab hari yang besar (hari kiamat), jika aku mendurhakai Tuhanku."(15) Barang siapa yang dijauhkan azab dari padanya pada hari itu, Maka sungguh Allah telah memberikan rahmat kepadanya. Dan Itulah keberuntungan yang nyata. (16) (Al An’am 6 : 15 – 16)

No comments:

Btn_blue_77x28

open source - sumber terbuka

Mana-mana coretan yang dikira baik, dibenarkan mengambil (copy-paste) tanpa perlu bertanya tuan blog ini. Manakala mana-mana coretan yang terdapat kesilapan, mohon ribuan kemaafan dari tuan blog ini. - " Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya "

Coretan lalu

zar4art

Bayan

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com
Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com

Waktu sholat

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

English to Arabic to English Dictionary
Find word:
Exact Word / Starting Word Sub Word
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
www.SearchTruth.com

Salam damai