Ibnu Katsir rah. dalam Al Bidayah wan Nihayah menyatakan kota
terjadinya peristiwa tersebut adalah antara Madyan dengan Thur dan
merupakan penduduk Alyah. Negeri yang subur dengan kurma dan banyaknya
hasil laut yang berlimpah. Kota ini merupakan batas pertama wilayah
Hijaz. Penduduknya terdiri dari berbagai bangsa dan kota ini termasuk
dibawah jajahan kerajaan Romawi zaman dahulu.
Allah dalam firman-Nya:
“Dan tanyakanlah kepada Bani Israil tentang negeri yang terletak di
dekat laut ketika mereka melanggar aturan pada hari Sabtu, di waktu
datang kepada mereka ikan-ikan (yang berada di sekitar) mereka
terapung-apung di permukaan air, dan di hari-hari yang bukan Sabtu,
ikan-ikan itu tidak datang kepada mereka. Demikianlah Kami mencoba
mereka disebabkan mereka berlaku fasik.” (Al-A’raf 163)
Dalam
ayat ini, Allah memerintahkan Nabi-Nya menanyai orang-orang Yahudi di
Madinah, tentang saudara-saudara mereka yang dahulu menyelisihi perintah
Allah sehingga mereka ditimpa azab kerana perbuatan tipu muslihat
(hiyal) mereka dalam menyelisihi dan agar mereka jangan menyembunyikan
kisah-kisah yang tercantum didalam kitab mereka.
Pada awalnya,
mereka menghormati hari Sabtu dimana mereka diharamkan melakukan usaha
dalam bentuk apa pun. Sementara ikan-ikan banyak berenang dari laut ke
tempat mereka dengan tenang dan aman tanpa diganggu sedikit pun pada
hari Sabtu, sedangkan hari lain, ianya amat berbeza.
Melihat
hal ini, merekapun melakukan tipu muslihat agar dapat menangkap
ikan-ikan tersebut. Mereka memasang tali, jaring serta menggali lubang
perangkap kearah tempat aliran air buat untuk menampung ikan-ikan yang
berenang dari laut. Ikan-ikan itu sudah berada didalam lubang tersebut,
terperangkap dan tidak dapat keluar untuk berenang kembali ke laut.
Mereka memasangnya pada hari Jum’at dan sedang ikan-ikan datang dan
terperangkap pada hari Sabtu, mereka menutup jalur menuju laut. Manakala
pada hari Ahad, mereka akan mengambil ikan-ikan tersebut.
Akhirnya Allah murka dan melaknat mereka kerana perbuatan yang mereka
lakukan untuk melanggar perintah-Nya serta apa yang diharamkan-Nya
dengan sebuah tipu muslihat (hiyal). Pada pandangan mata-kasar,
seolah-olah mereka tidak berbuat apa-apa, padahal mereka telah
melakukannya suatu penipuan muslihat (hiyal) untuk melanggar perintah
Allah.
Allah berfirman:
وَسۡـَٔلۡهُمۡ عَنِ ٱلۡقَرۡيَةِ
ٱلَّتِى ڪَانَتۡ حَاضِرَةَ ٱلۡبَحۡرِ إِذۡ يَعۡدُونَ فِى ٱلسَّبۡتِ إِذۡ
تَأۡتِيهِمۡ حِيتَانُهُمۡ يَوۡمَ سَبۡتِهِمۡ شُرَّعً۬ا وَيَوۡمَ لَا
يَسۡبِتُونَۙ لَا تَأۡتِيهِمۡۚ ڪَذَٲلِكَ نَبۡلُوهُم بِمَا كَانُواْ
يَفۡسُقُونَ (١٦٣) وَإِذۡ قَالَتۡ أُمَّةٌ۬ مِّنۡہُمۡ لِمَ تَعِظُونَ
قَوۡمًاۙ ٱللَّهُ مُهۡلِكُهُمۡ أَوۡ مُعَذِّبُہُمۡ عَذَابً۬ا شَدِيدً۬اۖ
قَالُواْ مَعۡذِرَةً إِلَىٰ رَبِّكُمۡ وَلَعَلَّهُمۡ يَتَّقُونَ (١٦٤)
فَلَمَّا نَسُواْ مَا ذُڪِّرُواْ بِهِۦۤ أَنجَيۡنَا ٱلَّذِينَ يَنۡہَوۡنَ
عَنِ ٱلسُّوٓءِ وَأَخَذۡنَا ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ بِعَذَابِۭ بَـِٔيسِۭ
بِمَا كَانُواْ يَفۡسُقُونَ (١٦٥)
Dan bertanyalah kepada mereka
(wahai Muhammad) mengenai (penduduk) bandar yang letaknya di tepi laut,
semasa mereka melanggar larangan pada hari Sabtu, ketika datang kepada
mereka pada hari Sabtu itu ikan-ikan (yang menjadi cubaan kepada)
mereka, yang kelihatan timbul di muka air; sedang pada hari-hari lain,
ikan-ikan itu tidak pula datang kepada mereka. Demikianlah kami menguji
mereka (dengan cubaan itu) kerana mereka sentiasa berlaku fasik. (163)
Dan (ingatlah) ketika segolongan di antara mereka berkata: Mengapa kamu
menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazabkan
mereka dengan azab yang amat berat? Orang-orang (yang memberi nasihat)
itu menjawab: (Nasihat itu ialah) untuk melepaskan diri dari bersalah
kepada Tuhan kamu dan supaya mereka bertakwa. (164) Maka ketika mereka
melupakan (tidak menghiraukan) apa yang telah diperingatkan kepada
mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang daripada perbuatan
jahat itu dan Kami timpakan orang-orang yang zalim dengan azab seksa
yang amat berat, disebabkan mereka berlaku fasik (derhaka). (165)
Monday
Wednesday
Ikhtilat politik?
Ikhtilat - pergaulan di antara lelaki dan
perempuan bukan mahram dalam apa-apa majlis seperti kenduri-kendara,
perhimpunan, tempat kerja dan lain-lain kerana sesuatu dibolehkan dengan
syarat menjaga batas-batas Syarak seperti pakaian menutup
aurat, tidak tabarruj, menundukkan pandangan, bercakap dengan suara
biasa dan normal. Sekiranya batas-batas Syarak tersebut tidak dipatuhi
pergaulan di antara lelaki dan perempuan tidak dibolehkan malah jatuh
haram hukumnya.
Pengasingan tempat antara lelaki dan perempuan bukan mahram dalam apa-apa majlis-majlis ini adalah lebih afdal dan malah jatuh keperingkat wajib. Ini didasarkan kepada kaedah “Sadd al-Zari’ah” (menutup pintu-pintu fitnah). Perkara ini adalah suatu keutamaan terutama buat mereka yang mengidamkan kehidupan menyeluruh mengikut jalan Islam. Hatta dimajlis ilmu, kaum perempuan sewajarnya diasingkan tempat duduk mereka, contohnya disebelah belakang sebagaimana dimasjid-masjid.
Kekadang berlaku majlis sebegitu bukan kerana niat diri, contohnya bila menghadiri majlis bukan orang Islam namun sebaik mungkin, elakkan diri dari menyertainya. Namun hari ini, ramai yang melaung-laungkan perjuangan atas nama Islam tetapi sengaja menghadiri diri seperti diperhimpunan-perhimpunan politik atas nama demokrasi dengan melanggar batas-batas Syarak seperti tidak pakaian menutup aurat, tidak menjaga pandangan, caci-maki, menyebarkan fitnah sewenang-wenang dan seterusnya. Ini adalah suatu keadaan reality umat hari ini yang amat menyedihkan.
Pengasingan tempat antara lelaki dan perempuan bukan mahram dalam apa-apa majlis-majlis ini adalah lebih afdal dan malah jatuh keperingkat wajib. Ini didasarkan kepada kaedah “Sadd al-Zari’ah” (menutup pintu-pintu fitnah). Perkara ini adalah suatu keutamaan terutama buat mereka yang mengidamkan kehidupan menyeluruh mengikut jalan Islam. Hatta dimajlis ilmu, kaum perempuan sewajarnya diasingkan tempat duduk mereka, contohnya disebelah belakang sebagaimana dimasjid-masjid.
Kekadang berlaku majlis sebegitu bukan kerana niat diri, contohnya bila menghadiri majlis bukan orang Islam namun sebaik mungkin, elakkan diri dari menyertainya. Namun hari ini, ramai yang melaung-laungkan perjuangan atas nama Islam tetapi sengaja menghadiri diri seperti diperhimpunan-perhimpunan politik atas nama demokrasi dengan melanggar batas-batas Syarak seperti tidak pakaian menutup aurat, tidak menjaga pandangan, caci-maki, menyebarkan fitnah sewenang-wenang dan seterusnya. Ini adalah suatu keadaan reality umat hari ini yang amat menyedihkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
open source - sumber terbuka
Mana-mana coretan yang dikira baik, dibenarkan mengambil (copy-paste) tanpa perlu bertanya tuan blog ini. Manakala mana-mana coretan yang terdapat kesilapan, mohon ribuan kemaafan dari tuan blog ini. - " Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya "
Tajuk
Akidah
(13)
Al-Fatihah
(2)
Alam
(1)
ASWJ
(3)
Bab Eid
(2)
bayan
(6)
BERITA
(5)
beware fitnah
(1)
book
(1)
Burzuk
(5)
cerpen
(7)
Dakwah dan doa
(2)
dars
(1)
Differences
(1)
Doa
(1)
fatwa
(2)
Fazail amal
(1)
Fazail Hajj
(2)
fikir
(4)
fikir/zikir
(1)
fiqh
(6)
fitnah
(1)
Gurauan
(3)
Hijrah
(4)
hilal
(1)
ibadat
(15)
Ikhtilat
(1)
ilham
(1)
Ilmu
(1)
imam
(1)
Imam Mazhab
(9)
Islam
(1)
Israk
(7)
janggut
(1)
Jesus was a Muslim
(1)
Jihadun nafs
(4)
Jinn
(10)
Jord
(1)
kalam
(1)
Karamah
(1)
KIblat
(1)
kisah Auliya
(3)
kisah-kisah
(4)
konflik
(4)
Kuarantin
(2)
makna bidaah dholalah
(1)
malfoozaat
(3)
Mawlid
(2)
mazhab
(5)
minda
(1)
nasihat
(2)
pemahaman
(6)
penolakan terhadap anti-hadith
(1)
penyakit
(1)
Prophet Muhamad s.a.w
(1)
puasa
(1)
Quran
(3)
Ramadan
(4)
sahaba
(2)
salam
(1)
salawat
(1)
shalat
(4)
sholat
(4)
Syair
(1)
Syurga-neraka
(1)
Tabligh
(1)
Tafsir
(6)
tiada Tuhan melainkan Allah
(1)
travel
(1)
Ummatan wahidah
(1)
Zakat-ul-Fitr
(2)
zikir
(7)
paut-paut
- Al-Alorstari blog
- Alexanderwathern blog
- Aqidahtul Tanzih blog
- Azhar Jaafar blog
- Bahrus Shofa blog
- Bentara blog
- Blog karkun
- chill-garage blog
- Dakwah-ilallah blog
- Dalamdakwah wordpress
- Fakir-fikir blog
- Fikir alami blog
- Hainur83 blog
- Ibnu Zain blog
- Iman-amal solehan wordpress
- Ismadi Yusuf blog
- Jom faham blog
- Khidmat Wala blog
- Kopiahhensem blog
- Kuffiyah blog
- Muhajier718 blog
- Musa Kola Kedah blog
- Pena maya blog
- Pengutip Mutiara
- Speedweb ad6 blog
- Sufiafriqiyya blog
- Umma-ali blog
- Ust Alimy Zaidi
- Ust Gunawan Aziz
- zar4art blog
- ziarah76 blog
Bayan
Search in the Hadith |
www.SearchTruth.com |
Waktu sholat
English to Arabic to English Dictionary |
|
www.SearchTruth.com |