Wednesday

Ikhtilat politik?

Ikhtilat - pergaulan di antara lelaki dan perempuan bukan mahram dalam apa-apa majlis seperti kenduri-kendara, perhimpunan, tempat kerja dan lain-lain kerana sesuatu dibolehkan dengan syarat menjaga batas-batas Syarak seperti pakaian menutup aurat, tidak tabarruj, menundukkan pandangan, bercakap dengan suara biasa dan normal. Sekiranya batas-batas Syarak tersebut tidak dipatuhi pergaulan di antara lelaki dan perempuan tidak dibolehkan malah jatuh haram hukumnya.

Pengasingan tempat antara lelaki dan perempuan bukan mahram dalam apa-apa majlis-majlis ini adalah lebih afdal dan malah jatuh keperingkat wajib. Ini didasarkan kepada kaedah “Sadd al-Zari’ah” (menutup pintu-pintu fitnah). Perkara ini adalah suatu keutamaan terutama buat mereka yang mengidamkan kehidupan menyeluruh mengikut jalan Islam. Hatta dimajlis ilmu, kaum perempuan sewajarnya diasingkan tempat duduk mereka, contohnya disebelah belakang sebagaimana dimasjid-masjid.

Kekadang berlaku majlis sebegitu bukan kerana niat diri, contohnya bila menghadiri majlis bukan orang Islam namun sebaik mungkin, elakkan diri dari menyertainya. Namun hari ini, ramai yang melaung-laungkan perjuangan atas nama Islam tetapi sengaja menghadiri diri seperti diperhimpunan-perhimpunan politik atas nama demokrasi dengan melanggar batas-batas Syarak seperti tidak pakaian menutup aurat, tidak menjaga pandangan, caci-maki, menyebarkan fitnah sewenang-wenang dan seterusnya. Ini adalah suatu keadaan reality umat hari ini yang amat menyedihkan.

No comments:

Btn_blue_77x28

open source - sumber terbuka

Mana-mana coretan yang dikira baik, dibenarkan mengambil (copy-paste) tanpa perlu bertanya tuan blog ini. Manakala mana-mana coretan yang terdapat kesilapan, mohon ribuan kemaafan dari tuan blog ini. - " Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya "

Coretan lalu

zar4art

Bayan

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com
Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com

Waktu sholat

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

English to Arabic to English Dictionary
Find word:
Exact Word / Starting Word Sub Word
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
www.SearchTruth.com

Salam damai