Sunday

Eid Ethiopia


Setiap hari raya, masyarakat Islam diAddis Ababa (ibukota Ethiopia/Habsyah) akan berkumpul diStadium untuk menunaikan sholat Eid bersama-sama yang mana angka yang bersholat mencecah 2-4 juta orang.

Ethiopia, tempat asal Bilal r.a iaitu sahaba Nabi s.a.w dan merupakan muazin yang pertama, dalam laporan resmi kerajaannya dikatakan mempunyai 25 juta penduduk Islam (bermahzab Syafie) iaitu dalam 34% dari 75 juta penduduknya manakala dalam laporan tidak resmi, dikatakan angkanya mencecah lebih dari 50% populasi penduduknya.

Ethiopia yang mana juga salah satunya negara yang tidak pernah dijajah adalah merupakan tempat penghijrahan pertama kaum Muslim dalam mana rajanya iaitu Raja Negus kemudian memeluk agama Islam. Diwaktu kemangkatan beliau, beliau disholatkan secara sholat jenazah ghaib oleh Rasulullah s.a.w diatas penghormatan keatas beliau.

Kebanyakan daerahnya adalah kawasan pergunungan dan mempunyai iklim yang lebih sejuk dari daerah disekitarnya, seperti contohnya kota Addis Ababa yang berada diketinggiannya 2400 meter mempunyai suhu antara 16°C (60.8°F) dan 20–25 °C (68–77°F) sepanjang tahun. Manakala kawasan yang lebih rendah, suhunya adalah panas iaitu dalam 34°C (93.2°F). Ethiopia tidak mempunyai pantai bila terpisah dengan Eritrea namun mempunyai beberapa tasik air tawar contohnya Tasik Tana iaitu tempat bermulanya sungai Nil Biru.

Ethiopia juga terkenal dengan kopinya dan lazimnya makanan tempatannya tiada daging babi kerana agama penduduknya adalah Islam, Nasrani Ortodok serta Jewish dan telah menjadi kebiasaan juga, mereka yang bukan beragama Islam membeli daging-daging sembelihan dari orang-orang Islam. Injera (roti seperti tosai diIndia) merupakan makanan utama mengantikan nasi dan dimakan bersama-sama didalam satu dulang.

4 comments:

Aji@Fakhrurraadzi Abdul Talib said...

Assalamu'alaikum....Kat Ethiopia nie,Usaha dakwah dan Tabligh bergerak x??...

zarch said...

Waalaikumsalam Aji, usaha dakwah & Tabligh ni, kat mana-mana pun ada cuma ada tempat sudah advance usaha dia macam usaha diMalaysia (alhamdulillah) manakala ada tempat masih perlahan. DiEthiopia, usaha pun ada berjalan disana seperti juga diSomalia, Kenya, Tanzania dll. (Berkat asbab usaha jemaah-jemaah pedal dari Pakistan) Tahun lepas masa ijtima Afrika diNairobi, khabarnya jemaah dari Ethiopia pun ada disana.

Umma-ali said...

salam,
MasyaAllah...sejuk hati tgok ramai umat islam, qiyam, ruku' dan sujud bersama...
slmt hariraya, maaf zahir batin dari saya kpd saudara zarch n family...

zarch said...

Waalaikumsalam Umma-ali, alhamdulillah, dimana-mana diseluruh dunia sebenarnya ramainya umat Islam. Hidayat dari Allah, moga semua dapat buat usaha Nabi s.a.w.

Selamat Hari Raya juga dari saya & keluarga untuk Umma-ali sekeluarga.

Btn_blue_77x28

open source - sumber terbuka

Mana-mana coretan yang dikira baik, dibenarkan mengambil (copy-paste) tanpa perlu bertanya tuan blog ini. Manakala mana-mana coretan yang terdapat kesilapan, mohon ribuan kemaafan dari tuan blog ini. - " Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya "

Coretan lalu

zar4art

Bayan

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com
Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com

Waktu sholat

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

English to Arabic to English Dictionary
Find word:
Exact Word / Starting Word Sub Word
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
www.SearchTruth.com

Salam damai