Tuesday

keikhlasan - 1


Sesungguhnya segala amal diterima Allah hanya bila mana dilakukan dengan keikhlasan. Amal yang mengunung tetapi dilakukan tanpa keikhlasan adalah tiada bernilai langsung berbanding amal yang walaupun dilakukan sedikit, tetapi ada keikhlasan. Setengah biji kurma yang disedekahkan dengan ikhlas mendapat ganjaran segunung bukit Uhud berbanding segunung emas bukit Uhud didermakan tanpa keikhlasan, maka tiada apa-apa nilai disisi Allah.

Inilah yang sentiasa ditekankan, dalam mana sentiasa memperbaharui niat. Diperbaharui sebelum melakukan sesuatu amal, semasa melakukannya dan sesudah melakukannya. Mungkin sebelum melakukannya, niat melakukan sesuatu amal tersebut salah, maka wajar diperbaharui semasa melakukannya, dan malah sekiranya datang niat yang menyempang semasa melakukannya, seperti semasa membaca Al Quran, tiba-tiba datang niat hanya hendak mempamerkan kehebatan suaranya, maka wajar beristigfar dan memperbaharui kembali niatnya membaca untuk Allah semata-mata.

Niat yang ikhlas sentiasa membawa kesan yang baik, samaada untuk diri mahupun untuk insan lain. Malah sang Iblis tidak akan dapat menyesatkan mereka yang "Mukhlis", mereka yang ikhlas sebagaimana sumpahnya sang Iblis bahawa dia akan menyesatkan seluruh keturunan Adam kecuali mereka yang ikhlas.

Maka tersebut kisah seorang pemuda dizaman Bani Israel yang mana telah mendengar disuatu kampung, terdapat masyarakatnya menyembah pokok. Maka pemuda tersebut dengan berkobar-kobar semangatnya, membawa kapak untuk menebang pokok tersebut. Dalam pertengahan jalan, tercegat seorang tua yang menanyakan pemuda tersebut, kemana dia hendak pergi dengan kapaknya.

Lalu pemuda tersebut memberitahu bahawa dia hendak menebang pokok yang disembah oleh masyarakat dikampung tersebut, yang mana kemudianya ditegah oleh orang tua tersebut dan berlakulah pergelutan antara mereka. Dengan mudah, sipemuda tersebut menjatuhkan orang tua tersebut, namun kemudianya orang tua tersebut memberi tawaran, sekiranya sipemuda tidak menebang pokok tersebut, dia akan memberi setiap hari tiga ketul emas kepada pemuda tersebut. Lalu pemuda tersebut bersetuju dan kembali kerumahnya.

Seperti yang dijanjikan, hari yang pertama, pemuda tersebut mendapati ketulan emas dibawah bantalnya, sebegitu juga hari kedua. Namun hari ketiga, tiada emas disitu, lalu pemuda itu dengan berangnya keluar dengan kapaknya.

Dipertengahan jalan, bertemu dia kembali dengan orang tua tersebut, lalu berlaku pergelutan dan dengan mudah, orang tua tersebut menjatuhkan sipemuda. Sipemuda terkejut akan kekuatan orang tua tersebut lalu bertanya, bagaimanakah dulunya dia begitu mudah mengalahkan orang tua tersebut, tetapi kini dia tiada upaya langsung.
Dijawab, kerana pada mulanya, sipemuda keluar untuk menebang pokok tersebut adalah niat semata-mata kerana Allah, namun kini, niatnya adalah hanya kerana ganjaran emas yang diberi. Dan kerana itu, tiadalah keupayaan pemuda tersebut melawan kemungkaran.

No comments:

Btn_blue_77x28

open source - sumber terbuka

Mana-mana coretan yang dikira baik, dibenarkan mengambil (copy-paste) tanpa perlu bertanya tuan blog ini. Manakala mana-mana coretan yang terdapat kesilapan, mohon ribuan kemaafan dari tuan blog ini. - " Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya "

Coretan lalu

zar4art

Bayan

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com
Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com

Waktu sholat

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

English to Arabic to English Dictionary
Find word:
Exact Word / Starting Word Sub Word
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
www.SearchTruth.com

Salam damai