Tuesday

Penolakan terhadap Al-Albani - 2






Antara penyelewengan-penyelewengan fatwa-fatwa Albani adalah seperti berikut:

1) Mengkafirkan orang-orang yang bertawassul dan beristighatsah dengan para nabi dan orang-orang soleh seperti dalam kitabnya “at-Tawassul” .

2) Menyerukan untuk menghancurkan kubah hijau diatas makam Rasulullah s.a.w (Qubbah al Khadlra’) dan menyuruh memindahkan makam Rasulullah s.a.w keluar masjid Madinah sebagaimana dicatit dalam kitabnya “Tahdzir as-Sajid” hal. 68-69,

3) Mengharamkan penggunaan tasbih dalam berdzikir sebagaimana dicatit dalam kitabnya “Salsalatul Ahadits Al-Dlo’ifah” hadits no: 83.

4) Mengharamkan ucapan salam kepada Rasulullah s.a.w ketika shalat dengan kalimat “Melarang Assalamu ‘alayka ayyuhan-Nabiyy”. Dia berkata: Katakan “Assalamu alan Nabiyy” alasannya kerana Rasulullah s.a.w telah meninggal, sebagaimana Albani sebutkan dalam kitabnya yang berjudul “Sifat shalat an-Nabi”. 
 
5) Memaksa umat Islam di Palestina untuk menyerahkan Palestina kepada orang Yahudi sebagaimana dalam kitabnya “Fatawa al Albani”. 
 
6) Dalam kitab yang sama dia juga mengharamkan Umat Islam mengunjungi sesamanya dan berziarah kepada orang yang telah meninggal dimakamnya.

7 ) Mengharamkan bagi seorang perempuan untuk memakai kalung emas sebagaimana dicatit dalam kitabnya “Adaab az-Zafaaf “, 
 
8) Mengharamkan umat Islam melaksanakan solat tarawih dua puluh raka’at dibulan Ramadan sebagaimana dicatit dalam kitabnya “Qiyam Ramadhan” hal.22.

9) Mengharamkan umat Islam melakukan shalat sunnah qabliyah jum’at sebagaimana disebutkan dalam kitabnya yang berjudul “al Ajwibah an-Nafiah”. 

Lantaran itu, ramainya para alim-ulama yang bangun menentang Albani dan menjelaskan penyelewengan yang dilakukan oleh Albani seperti diantara mereka adalah:

1 - Muhaddits besar India, Habibur Rahman al-’Adhzmi yang menulis “Albani Syudzudzuhu wa Akhtha-uhu” (Albani, penyimpangan dan kesalahannya) dalam 4 jilid;

2.Dahhan Abu Salman yang menulis “al-Wahmu wath-Thakhlith ‘indal-Albani fil Bai’ bit Taqshit” (Keraguan dan kekeliruan Albani dalam jual beli secara angsuran);

3.Muhaddits besar Maghribi, Syaikh Abdullah bin Muhammad bin as-Siddiq al-Ghumari yang menulis “Irgham al-Mubtadi` ‘al ghabi bi jawazit tawassul bin Nabi fil radd ‘ala al-Albani al-Wabi”; “al-Qawl al-Muqni` fil radd ‘ala al-Albani al-Mubtadi`”; “Itqaan as-Sun`a fi Tahqiq ma’na al-bid`a”;

4.Muhaddits Maghribi, Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Muhammad bin as-Siddiq al-Ghumari yang menulis “Bayan Nakth an-Nakith al-Mu’tadi”;

5.Ulama Yaman, ‘Ali bin Muhammad bin Yahya al-’Alawi yang menulis “Hidayatul-Mutakhabbitin Naqd Muhammad Nasir al-Din”;

6.Muhaddits besar Syria, Syaikh ‘Abdul Fattah Abu Ghuddah yang menulis “Radd ‘ala Abatil wal iftira’at Nasir al-Albani wa shahibihi sabiqan Zuhayr al-Syawish wa mu’azirihima” (Penolakan terhadap kebatilan dan pemalsuan Nasir al-Albani dan sahabatnya Zuhayr al-Syawish serta pendukung keduanya);

7.Muhaddits Syria, Syaikh Muhammad ‘Awwama yang menulis “Adab al-Ikhtilaf” dan “Atsar al-hadits asy-syarif fi ikhtilaf al-a-immat al-fuqaha”;

8.Muhaddits Mesir, Syaikh Mahmud Sa`id Mamduh yang menulis “Tanbih al-Muslim ila Ta`addi al-Albani ‘ala Shahih Muslim” (Peringatan kepada Muslimin terkait serangan al-Albani ke atas Shahih Muslim) dan “at-Ta’rif bil awham man farraqa as-Sunan ila shohih wad-dho`if” (Penjelasan terhadap kekeliruan orang yang memisahkan kitab-kitab sunan kepada shohih dan dho`if);

9.Muhaddits Arab Saudi, Syaikh Ismail bin Muhammad al-Ansari yang menulis “Ta`aqqubaat ‘ala silsilat al-ahadits adh-dha`ifa wal maudhu`a lil-Albani” (Kritikan atas buku al-Albani “Silsilat al-ahadits adh-dha`ifa wal maudhu`a”); “Tashih Sholat at-Tarawih ‘Isyriina rak`ataan war radd ‘ala al-Albani fi tadh`ifih” (Kesahihan tarawih 20 rakaat dan penolakan terhadap al-Albani yang mendhaifkannya); “Naqd ta’liqat al-Albani ‘ala Syarh at-Tahawi” (Sanggahan terhadap al-Albani atas ta’liqatnya pada Syarah at-Tahawi”;

10.Ulama Syria, Syaikh Badruddin Hasan Diaab yang menulis “Anwar al-Masabih ‘ala dhzulumatil Albani fi shalatit Tarawih”.

- Albani bukan sahaja melakukan takhrij dan tahqiq tetapi kesilapan besar yang dilakukan oleh beliau adalah melakukan tashih dan tahdif pada hadith-hadith yang diriwayatkan oleh para Muhaddits Muktakbar. Melakukan takhrij dan tahqiq adalah dimana suatu hadith tersebut diriwayatkan berbeza dalam beberapa kitab dan dinilai hasan oleh alim-ulama kemudiannya atas sekadar kutipan catatan dari kitab-kitab tashih dan tadhif ulama-ulama Muhaddits Muktakbar terdahulu. Manakala melakukan tashih dan tahdif seperti yang dilakukan oleh Albani adalah contohnya dengan membuat kitab “Sahih Abu Dawud“ iaitu beliau berani mentashih sebahagian sunan Abu Dawud, sebegitu juga sebaliknya seperti contohnya kitab Silsilah Hadith Dhaif dan Maudhu iaitu mendhaifkan sesuatu kitab sunan hadith riwayat Muhaddits Muktakbar. Dimana nyata beliau (Albani) telah meletakkan dirinya setaraf atau lebih tinggi dari taraf ulama-ulama Muhaddits Muktakbar terdahulu seperti Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Dawud dan lain-lain dengan melakukan tashih dan tahdif keatas kitab-kitab ulama-ulama tersebut.


16 comments:

Dr. Bentara said...

Menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya, sebagaimana Albani catitkan dalam kitabnya berjudul Almukhtasar al Uluww hal. 7, 156, 285.

Bro, saya takde kitab ni. Boleh salin dan nyatakan apakah ungkapan beliau yang sebenar?

Dr. Bentara said...

Lagi satu...

9) Mengharamkan umat Islam melaksanakan solat tarawih dua puluh raka’at dibulan Ramadan sebagaimana dicatit dalam kitabnya “Qiyam Ramadhan” hal.22.

dan

9.Muhaddits Arab Saudi, Syaikh Ismail bin Muhammad al-Ansari yang menulis “Ta`aqqubaat ‘ala silsilat al-ahadits adh-dha`ifa wal maudhu`a lil-Albani” (Kritikan atas buku al-Albani “Silsilat al-ahadits adh-dha`ifa wal maudhu`a”); “Tashih Sholat at-Tarawih ‘Isyriina rak`ataan war radd ‘ala al-Albani fi tadh`ifih” (Kesahihan tarawih 20 rakaat dan penolakan terhadap al-Albani yang mendhaifkannya); “Naqd ta’liqat al-Albani ‘ala Syarh at-Tahawi” (Sanggahan terhadap al-Albani atas ta’liqatnya pada Syarah at-Tahawi”;

bro menulis Al-albani mengharamkan sedangkan dalam penyataan berikutnya anda menulis al-Albani mendhaifkan mengenai 20 rakaat tarawih.

Minta clearkan percanggahan ini.

zarch said...

Kitab ini Almukhtasar al Uluww dicatit oleh Imam Al-Dhahabi dan terdapat kitab komentar oleh Syaikh Saqqag serta juga Syaikh Albani.

Banyak perbincangan tentangnya, sila ke link ini: http://www.abc.se/~m9783/n/slfm_e.html

Berkenaan haram solat tarawih 20 rakaat, kita bertanya dahulu, apakah ada perbezaan dalam bidaah seperti contoh bidaah hasanah dengan bidaah dholala, sebagaimana apakah ada perbezaan antara hadis dhaif dengan mauduk? Pada ASWJ umumnya, tiada masaalah kerana ada bezanya, seperti contoh hadis dhaif ada kedudukannya dalam Islam, bukan seperti hadis mauduk tetapi bagi "mazhab" Albani, semua dhaif adalah seperti mauduk dan pengamalnya dikatakan bidaah dholala belaka, dimana dari itu seakan tiada perbezaan antara solat tarawih 20 rakaat yang dikatakan dhaif hadisnya dengan mengharamkannya; oleh "mazhab" Albani.

Wallahualam...

Dr. Bentara said...

Link yang bro bagi tu sukar untuk saya cari jawapan bagi soalan saya. Kalau dapat cut & paste lebih mudah bagi saya.

Mengenai solat tarawih tu apa yang saya faham ialah Al-Albani takde kata hadis dhaif tu dholalah. Yang saya tahu ialah dia kata hadis dhaif tak boleh kata itu sahih dari Nabi s.a.w.

Saya nak clearance sebab kita kena beza perkataan al-Albani atau perkataan PENGIKUT Al-Albani ataupun penyelewengan fakta atau salahfaham makna. Hence all my questions.

Kembali kepada soalan:

1. Kalam sebenar Al-albani menyerupakan Allah s.w.t. dengan makhluk.
2. Kalam sebenar Al-albani MENGHARAMKAN umat Islam solat tarawih 20 rakaat.

p/s: Saudi yang dikatakan salafi pun masih 20 rakaat tarawihnya. Camana tu?

zarch said...

Apakah hadis dhaif boleh beramal keatasnya, apatah lagi amal yang berkaitan dengan ibadat seperti solat tarawih? Atau apakah hadis dhaif hanya untuk menargib? Bukankah samada Albani mahupun pengikut "Mazhab"nya menolak bulat-bulat serta membidaahkan dholala mereka yang beramal diatas hadis dhaif? Harap Dr Ben tolong saya tentang hal ini sebab bruder adalah moderator al-fikrah.net.

Perbezaan antara ulama tanah Arab dengan "mazhab" Albani dalam bilangan solat tarawih ada pada catitan lepas; http://cillah-mind.blogspot.com/2011/08/tarawih-11-or-20.html. Terdapat perbezaan "Mazhab" Albani dengan tanah Arab sperti contohnya tentang niqap dll. Beliau pun pernah diperintah keluar dari Saud, mungkin bruder boleh kaji sirahnya sendiri.

Baiklah, hal nombor satu tentang uku AlMukhtasar al uluww komentar Albani, saya memadamnya kerana tidak mahu memperpanjangkan hal-hal perbezaan akidah, kerana berat tu, namun kalau bruder mahu kitabnya, disini ada linknya dalam bahasa arab ; http://www.ahlalhdeeth.com/vb/attachment.php?attachmentid=12648&d=1120130955

Dr. Bentara said...

perbahasan hadith saya tak berapa pandai tetapi mengikut apa yang saya faham, hadith daif tidak boleh dijadikan hujah. Selebih dari itu saya bukan ahli untuk cakap lebih lanjut.

Di al-fikrah.net, mereka bukan taksub al-Albani. Jika bro browse kat situ dan ikuti diskusi, mereka (ahli panel - saya moderator biasa je) selalu juga mengkritik pengtaksub al-Albani yang melihat al-Albani saja yang betul. Al-fikrah.net sangat terbuka dan tidak taksub dengan mana2 alim ulama pun.

Pada masa yang sama, tidaklah patut kita menghentam/mengkritik para ulama. Mereka ada salah silap dan tiada manusia yang maksum. Kerja kita bukan untuk membuka salah (aib) mereka. Maaf, saya dapati bro attack seseorang alim itu bersungguh-sungguh. Dan kata2 bro terhadap alim ulama tersebut sangat keras sehingga kadang2 saya terfikir, benarkah si alim tersebut berkata begitu untuk membenarkan kritikan keras tersebut?

Andai betul ada pengikut al-Albani yang taksub dan mengkritik mereka yang tidak mengikut al-Albani, bukan jadi sebab untuk kita bertindak sama macam mereka.

zarch said...

Maafkan saya, saya tidak bermaksud menyerang sesiapa, hanya mempertahankan pegangan mazhab Syafii serta akidah Asyaari yang diikuti, dimana ulama-ulama terdahulu telah berusaha keras untuk menunjukkan jalan kearah kesejahteraan dan mereka bukan golongan terpesong atau dholala. Hatta ulama-ulama muktakbar seperti Imam Bukhari, Imam Tirmizi,Ibnu Majah, Tabarani, Imam Nasai, Imam Muslim, Ibnu Kathir, Imam Sayuti, Imam Nawawi, Imam Ghazali dan lain-lain adalah adalah dari kalangan pengikut Mazhab Syafii dan ramai dari kalangan ulama/umat terdahulu serta kini adalah kalangan Asyaari atau Maturidi dalam pegangan akidahnya.

Wallahualam...

Dr. Bentara said...

Just to be clear, saya pun ikut mazhab Syafie. Dan saya suka ikut dengan dalil. Ada antara kita berkata mereka buat sesuatu kerana ianya perkara mazhab Syafie sedangkan imam Syafie sendiri menentangnya.

Perihal akidah, saya selesa dengan pendapat Dr Yusuf Qardawi yang mengatakan bahawa 2 aliran (asyairah dan "salaf") tersebut hanyalah metod. Nak ikut mana satu pun OK. Mengkafirkan salah satu dari pendapat itu yang tak berapa tepat.

Dr. Asri berkata - elok2 kita di dunia kita iman dan amal soleh, tiba di akhirat kita ditanya kenapa berkata begitu begini (menuduh)kepada si fulan (ulama) sedangkan apa yang kata itu kita sendiri pun tak tau entah betul atau tidak. Tak pasal2 je.

Ijtihad para ulama adalah dengan sungguh2 (mujahadah). Siang dan malam bergelumang dengan agama. InsyaAllah, kalau betul, mereka dapat dua. Jika tidak, dapat satu. Ijtihad kita?

Saya berpendapat, back off dari menggunakan kata2 yang kesat dan kasar kepada mereka. Jika ada antara alim (zaman ini) kita yang tersilap langkah begitu, kita jangan pula jump in the wagon. Nanti kena macam apa yang Dr. Asri nasihati itu.

Saya suka entry bro yang terbaru mengenai tasyahud, memberi dalil kepada cara mazhab imam Syafie. Tetapi pada masa yang sama, tak perlu kita merendahkan metod yang lain sebab saya rasa deep down, bro pun tak mau cakap hanya bro saja yang betul. Tak begitu?

zarch said...

Salaf dan khalaf sekian lama tiada masaalah, mungkin pernah beberapa abad dahulu terdapat pihak yang cuba mengeruhkannya dan menangguk diair keruh, tetapi telah cool down. Ada dalam catitan lalu tentang akidah salaf dan khalaf; http://cillah-mind.blogspot.com/search/label/Akidah

Namun sebegitu, sentiasa dari masa kesemasa, terdapat pihak yang mengeruhkan lagi dan contoh terbaru bila beberapa orang yang so call mereka "ulama muda" masuk parti pemerintah, mereka memulakan lagi serangan keatas Ashaari, dan malah keatas tabligh, ikhwan muslimin dll seperti hanya mereka yang sunah dan hanya akidah mereka yang benar. Seperti U.Idris Sulaiman mencerca pihak selain Albani mahupun U.Fathul Bari menyamakan lagi dan lagi Ashaari dengan Mutazilah, al maklumlah, mereka kini merasa telah berkuasa atas politik....

- Bila mereka mencerca sesuka hati dan mengkafirkan pihak lain, tiada langsung rasa perihati tetapi bila pihak lain mempertahankan diri, maka dikatakan berbagai-bagai alasan itu dan ini...eemm..hidayat-hidayat untuk semua.

Dr. Bentara said...

Memang ada ustaz yang keras seperti itu dan diakui. Dan bukan semua orang yang bro kata salafi ikut mereka. Itu kena faham bro. Termasuklah al-fikrah.net yang moderate.

Berkenaan akidah orang Islam, antara 2 aliran tu memang takde satu pun yang mengatakan Allah s.w.t. sama dengan makhluk. Yang berbeza ialah samada mentakwil atau tidak mentakwil (membiarkan saja) ayat al-Quran atau hadith yang berkaitan.

Itu saja bezanya.

Dr. Bentara said...

1) Mengkafirkan orang-orang yang bertawassul dan beristighatsah dengan para nabi dan orang-orang soleh seperti dalam kitabnya “at-Tawassul” .

- Maafkan saya, bertawassul kepada manusia yang telah mati, adakah dibenarkan?

zarch said...

Pertamanya, apakah yang dimaksudkan bertawasul, sekiranya memuja kubur simati, adanya syarat bertawaf mengelilingi kubur, solat dikubur dll perbuatan khurafat, tentunya itu adalah jelas suatu perbuatan dholalah atau sesat.

Sebaliknya terdapat tawasul yang dibenarkan iaitu seperti yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi dan Ibnu Abi Syaibah dengan sanad yang shohih: "Sesungguhnya manusia menghadapi kemarau pada zaman pemerintahan Umar r.a., lalu Bilal r.a. mendatangi (menziarahi) makam junjungan Nabi s.a.w. seraya berkata: "Ya Rasulullah, mohonlah hujan bagi umatmu kerana mereka menuju kebinasaan (yakni akibat kemarau tersebut)." Setelah itu, Bilal r.a telah bermimpi didatangi Rasulullah s.a.w. dan baginda bersabda kepadanya: "Pergilah kepada 'Umar bin al-Khaththab, sampaikan salamku dan maklumkanlah bahawa mereka akan mendapat hujan." Bilal r.a pun pergi berjumpa dengan Sayyidina 'Umar dan menyampaikan salam dan pesanan Rasulullah s.a.w. tersebut, lalu menangislah Sayyidina 'Umar r.a. dan mereka pun mendapat hujan."

Perbuatan Bilal r.a tersebut yang merupakan seorang sahaba dan sikap Umar r.a mahupun sahaba-sahaba lain yang tidak mengingkari perbuatan tersebut adalah dalil bertawasul sebegini dibenarkan.

Sementara dalil lain adalah sebagaimana yang disampaikan oleh ad-Darimi: " Penduduk Kota Madinah telah menghadapi kemarau teruk, lalu mereka mengadu kepada Sayyidatina Aisyah r.anha. Ummul Mu'minin Sayyidatina Aisyah r.anha berkata kepada mereka: (Pergilah) lihat kubur Nabi s.a.w. dan buatkanlah satu lubang atasnya yang tembus ke langit sehingga tidak ada atap (naungan) diantara kubur tersebut dengan langit. Maka mereka pun melakukannya, lalu turunlah hujan lebat sehingga tumbuh-tumbuhan hidup dengan subur dan unta-unta menjadi gemuk sehingga kulitnya seakan-akan pecah kerana lemak, dimana dinamakan tahun tersebut sebagai "aamul fatqah" (tahun pecah-pecah (yakni melambangkan kesuburan kerana kulit unta-unta tersebut seolah-olah pecah-pecah kerana terlalu gemuk)."

Wallahuallam...

Dr. Bentara said...

jika begitu, penyanggahan al-Albani adalah terhadap sembah kubur, tawaf kubur ATAU dua hadith yang Tuan nukilkan itu?

Dr. Bentara said...

2) Menyerukan untuk menghancurkan kubah hijau diatas makam Rasulullah s.a.w (Qubbah al Khadlra’) dan menyuruh memindahkan makam Rasulullah s.a.w keluar masjid Madinah sebagaimana dicatit dalam kitabnya “Tahdzir as-Sajid” hal. 68-69,

- Tidakkah ada larangan dari Baginda s.a.w. sendiri tentang binaan di atas kuburan?
- Tidakkah juga ada larangan dari Baginda s.a.w. sendiri tentang kuburan di dalam kawasan masjid?

zarch said...

Dr Ben: " jika begitu, penyanggahan al-Albani adalah terhadap sembah kubur, tawaf kubur ATAU dua hadith yang Tuan nukilkan itu?"


- Rasanya, jawapan ini, DR Ben sendiri sudah maklum... atau mungkin Dr ben perlu bertanya kot pada alim yang mengikut mahzab Albani.

zarch said...

Dr. Ben : " Menyerukan untuk menghancurkan kubah hijau diatas makam Rasulullah s.a.w (Qubbah al Khadlra’) dan menyuruh memindahkan makam Rasulullah s.a.w keluar masjid Madinah sebagaimana dicatit dalam kitabnya “Tahdzir as-Sajid” hal. 68-69, - Tidakkah ada larangan dari Baginda s.a.w. sendiri tentang binaan di atas kuburan? - Tidakkah juga ada larangan dari Baginda s.a.w. sendiri tentang kuburan di dalam kawasan masjid?"

- Dr ben..dr Ben, apakah tuan belum maklum bahawa masjid Nabawi yang memasuki kawasan makam (yg asalnya rumah) Rasulullah, bila mana masjid tersebut dibesarkan. Jadi apa pendapat tuan sekiranya tuan begitu cenderung dengan Albani, apakah wajib dihancurkan kubah tersebut dan dipindahkan makam Rasulullah jauh-jauh dari Masjid Nabawi?

http://hambalialorstari.blogspot.com/2011/06/balasan-yang-menentang.html

Btn_blue_77x28

open source - sumber terbuka

Mana-mana coretan yang dikira baik, dibenarkan mengambil (copy-paste) tanpa perlu bertanya tuan blog ini. Manakala mana-mana coretan yang terdapat kesilapan, mohon ribuan kemaafan dari tuan blog ini. - " Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya "

Coretan lalu

zar4art

Bayan

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com
Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com

Waktu sholat

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

English to Arabic to English Dictionary
Find word:
Exact Word / Starting Word Sub Word
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
www.SearchTruth.com

Salam damai