Saturday

Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani






Part - 3 / Part - 4 / Part - 5 / Part - 6 / Part - 7 / Part - 8 / Part - 9 / Part - 10 / Part - 11


Nama lengkap Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani mengikut salsilah ayahnya adalah Abu Muhamad Abdul Qadir bin Abu Shalih  Musa bin Jankidaous bin Musa At-Tsani bin Abdullah bin Musaal-Jun bin Abdullah al-Mahdi bin Hassan al-Mutsana bin Hasan bin Ali ra. Bin Abu Thalib. Manakala nama mengikut salsilah ibunya adalah Syarifah Fatimah binti Sayid Abdillah Ashshuma’I az-zahid bin Abi Jamaluddin Muhammad bin Sayid Kamaluddin Isa bin Alauddin Muhamad Al-Jawad bin Sayid Ridha bin Sayid Musa al Khadim bin Sayid Ja’far Ash-Shadiq bin Sayid Muhamad al-Baqir bin Sayid Zainal Abidin bin Sayid al-Husain bin Sayid Ali bin Abi Thalib.


Dilahirkan di Naif, Jailan (daerah Iran selatan laut qazwan) pada 1 ramadhan 470H/1077M, dizaman pertengahan pemerintahan Daulah Abbasiyah IV (bani Saljuk Turki). Sedari berusia kecil, beliau telah dididik dalam lingkungan para solehan iaitu didikan kaum sufi yang hidup serba sederhana. Beliau yang sedari kecinya kehilangan ayahnya juga mendapat julukan Sulthan Al-Auliya (pemimpin para wali).

Salah satu kisah yang termasyhur tentang Syaikh Abdul Qadir Jailani adalah ketika beliau hendak berangkat menuntut ilmu keBaghdad, dimana di riwayatkan bahawa ibunda beliau memberinya beliau wang saku 40 keping emas yang dijahit didalam saku bajunya. Beliau yang amat mentaati ibundanya dinasihatkan oleh ibundanya sebelum berangkat agar dia jujur dan tidak berdusta dalam keadaan apa pun. Semasa dipertengahan jalanan keHamadan, kabilah yang diikui Syaikh Abdul Qadir Jailani diserang oleh perompak. Semua harta kabilah tersebut, dirampas oleh para perampok, akan tetapi tidak dengan beliau, kerana penampilannya yang sederhana mengambarkan beliau tidak memiliki apa-apa. Hanya-sanya bila salah seorang dari perompak bertanya apakah beliau mempunyai wang, beliau menjawab dengan jujur bahawa beliau membawa 40 keping wang emas disaku bajunya. Para perompak mulanya tidak mempercayai tetapi bila terbukti benar apa yang dikatakan, semua para perompak terpegun dengan kejujuran Syaikh Abdul Qadir Jailani. Syaikh Abdul Qadir Jailani memberitahu bahawa dia mendapat pesan dari ibundanya agar selalu jujur dalam keadaan apapun, dan jika berdusta maka Ilmunya tidak akan bermanfaat. Diatas asbab kejujuran beliau, Allah telah memberi hidayat dimana para-para perompak tersebut kemudiannya bertaubat.

Semasa diBagdad, beliau belajar daripada beberapa ulama seperti Ibnu Aqil, Abul Khatthath, Abul Husein Al Farra dan juga Abu Saad Al Mukharrimi, sehingga kemudian beliau mampu menguasai ilmu-ilmu ushul dan juga perbezaan-perbezaan pendapat antara para-para ulama. Abu Saad Al Mukharrimi yang membangunkan sebuah madrasa, telah menyerahkan madrasa tersebut untuk dikelolakan oleh Syaikh Abdul Qadir Jailanai, dimana kemudiannya madrasa tersebut diperbesarkan untuk menampung jumlah murid-murid beliau yang sentiasa bertambah.

Ketika Ibnu Qudamah rah. ditanya tentang Syaikh Abdul Qadir Al Jailani, beliau menjawab, "Kami sempat berjumpa dengan beliau dimasa akhir hayatnya. Beliau menempatkan kami disekolahnya. Beliau sangat memberi perhatian kepada kami. Kadang-kadang beliau mengutuskan anak beliau, Yahya, untuk menyalakan lampu buat kami serta mengirimkan makanan buat kami. Beliau juga sentiasa menjadi imam dalam shalat fardhu."

Syaikh Abdul Qadir Al Jailani yang wafat pada 11 Rabi' al-Thani ( 561H / 1166M) telah meninggalkan ramai anak-anak muridnya yang sebahagian menjadi ulama terkenal, seperti Al Hafidz Abdul Ghani yang menyusun Umdatul Ahkam Fi Kalami Khairil Anam, Ibnu Qudamah penyusun kitab fiqh terkenal Al Mughni dan lain-lain.

Selain dari itu, Syeikh Abdul Qadir Jailani yang bermazhab Hanbali serta bermanhaj Salaf disisi aqidahnya (tanpa takwil) sebagaimana tercatit dalam kitabnya Al-Ghunyah juga dikenal sebagai pendiri sekaligus penyebar salah satu tariqat yang memiliki pengikut terbesar didunia bernama Tariqat Qadiriyah.



3 comments:

azharjaafar said...

dlm satu bayan;
ada org tnya Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani tentang berbandngannya dengan sahabat.. syaikh jwb, aku x dpt menyamai ketinggian debu di kaki kuda sahabat pun..

zarch said...

Begitulah sifat tawaduknya para auliya serta hormatnya mereka pada para sahaba/sahabi.

- Azhar, Hafis Ahmad Tijan (asal Mauritania tetapi menetap diDubai), yang keluar dengan jemaah Emirate keMalaysia dan Azhar nusrah jemaah dia keCameron Highland serta Langkawi, kirim salam dengan Azhar dan Tuan Dr. Semalam dia berbuka kat rumah saya, bila saya cerita jemaah Azhar ada datang sini, dia terus beritahu, dia kenal jemaah 4 bulan Holland ni sebab nusarh jemaah dia masa jemaah Azhar kembali keMalaysia.

Masyaalah, nusrah sana, nusrah sini, collect pahala aje kerja Azhar.....

azharjaafar said...

maulana Ahmad Tijani.. masa kat Langkawi saya sakit.. dia yg baca ayat² syifa' pd saya..

Btn_blue_77x28

open source - sumber terbuka

Mana-mana coretan yang dikira baik, dibenarkan mengambil (copy-paste) tanpa perlu bertanya tuan blog ini. Manakala mana-mana coretan yang terdapat kesilapan, mohon ribuan kemaafan dari tuan blog ini. - " Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya "

Coretan lalu

zar4art

Bayan

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com
Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com

Waktu sholat

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

English to Arabic to English Dictionary
Find word:
Exact Word / Starting Word Sub Word
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
www.SearchTruth.com

Salam damai