Saturday

Posisi kaki dalam sholat - 1

Posisi kaki dalam sholat ketika sujud, duduk antara dua sujud dan duduk tahiyat:

Dari Abu Humaid As Sa’idi -radhiallahu anhu- dia berkata:

أَنَا كُنْتُ أَحْفَظَكُمْ لِصَلَاةِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَأَيْتُهُ إِذَا كَبَّرَ جَعَلَ يَدَيْهِ حِذَاءَ مَنْكِبَيْهِ وَإِذَا رَكَعَ أَمْكَنَ يَدَيْهِ مِنْ رُكْبَتَيْهِ ثُمَّ هَصَرَ ظَهْرَهُ فَإِذَا رَفَعَ رَأْسَهُ اسْتَوَى حَتَّى يَعُودَ كُلُّ فَقَارٍ مَكَانَهُ فَإِذَا سَجَدَ وَضَعَ يَدَيْهِ غَيْرَ مُفْتَرِشٍ وَلَا قَابِضِهِمَا وَاسْتَقْبَلَ بِأَطْرَافِ أَصَابِعِ رِجْلَيْهِ الْقِبْلَةَ فَإِذَا جَلَسَ فِي الرَّكْعَتَيْنِ جَلَسَ عَلَى رِجْلِهِ الْيُسْرَى وَنَصَبَ الْيُمْنَى وَإِذَا جَلَسَ فِي الرَّكْعَةِ الْآخِرَةِ قَدَّمَ رِجْلَهُ الْيُسْرَى وَنَصَبَ الْأُخْرَى وَقَعَدَ عَلَى مَقْعَدَتِهِ
“Aku adalah orang yang paling hafal dengan shalatnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam: Aku melihat beliau ketika bertakbir, beliau mengangkat kedua tangannya hingga sejajar dengan pundaknya. Jika beliau ruku’ maka beliau menggenggam erat kedua lututnya dan meluruskan punggungnya. Jika i’tidal  maka beliau berdiri tegak hingga seluruh tulang punggungnya kembali pada tempatnya semula. Jika sujud maka beliau meletakkan tangannya dengan tidak menempelkan lengannya ke tanah dan tidak pula mendekatkannya ke badannya, dan dalam posisi sujud itu beliau menghadapkan jari-jari kakinya ke arah kiblat. Apabila duduk pada rakaat kedua, beliau duduk di atas kakinya yang kiri dan menegakkan kakinya yang kanan. Dan jika duduk pada rakaat terakhir, maka beliau mengedepankan (baca: memasukkan kaki kirinya di bawah kaki kanannya) dan menegakkan kaki kanannya dan beliau duduk pada tempat duduknya (lantai).” (HR. Al-Bukhari no. 828 )

Dari Aisyah -radhiallahu’anha- dia berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَسْتَفْتِحُ الصَّلَاةَ بِالتَّكْبِيرِ وَالْقِرَاءَةَ بِ { الْحَمْد لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ } وَكَانَ إِذَا رَكَعَ لَمْ يُشْخِصْ رَأْسَهُ وَلَمْ يُصَوِّبْهُ وَلَكِنْ بَيْنَ ذَلِكَ وَكَانَ إِذَا رَفَعَ رَأْسَهُ مِنْ الرُّكُوعِ لَمْ يَسْجُدْ حَتَّى يَسْتَوِيَ قَائِمًا وَكَانَ إِذَا رَفَعَ رَأْسَهُ مِنْ السَّجْدَةِ لَمْ يَسْجُدْ حَتَّى يَسْتَوِيَ جَالِسًا وَكَانَ يَقُولُ فِي كُلِّ رَكْعَتَيْنِ التَّحِيَّةَ وَكَانَ يَفْرِشُ رِجْلَهُ الْيُسْرَى وَيَنْصِبُ رِجْلَهُ الْيُمْنَى وَكَانَ يَنْهَى عَنْ عُقْبَةِ الشَّيْطَانِ وَيَنْهَى أَنْ يَفْتَرِشَ الرَّجُلُ ذِرَاعَيْهِ افْتِرَاشَ السَّبُعِ وَكَانَ يَخْتِمُ الصَّلَاةَ بِالتَّسْلِيمِ
“Rasulullah Shallallahu’alaihiwasallam selalu membuka shalatnya dengan takbir dan bacaan, ‘Alhamdulillahirabbil alamin’ (al-fatihah). Dan apabila beliau ruku maka beliau tidak terlalu menundukkan kepalanya dan tidak pula terlalu mengangkatnya, akan tetapi beliau menundukkan kepalanya di antara itu. Apabila beliau mengangkat kepalanya dari ruku’, maka beliau tidak bersujud hingga beliau berdiri tegak. Dan apabila beliau mengangkat kepalanya dari sujud maka beliau tidak sujud kembali hingga duduk sempurna. Beliau membaca ‘tahiyyat’ pada setiap dua raka’at. Beliau menghamparkan kaki kirinya dan menegakkkan kakinya yang kanan. Dan beliau melarang duduk seperti duduknya setan, dan beliau melarang seseorang menghamparkan kedua dzira’ sebagaimana binatang buas menghamparkannya (yakni dengan merapatkan dzira’ ke lantai). Dan beliau menutup shalatnya dengan salam.” (HR. Muslim no. 498) - Dzira’ adalah siku sampai ujung jari tengah.

“Diriwayatkan dari Aisyah, ia berkata; adalah Rasulullah saw. memulai shalatnya dengan  (mengucapkan) takbir dan (melanjutkan) dengan (bacaan) Alhamdu lillahi rabbil’alamin. Apabila beliau ruku’, maka tidak mengangkat  kepalanya dan tidak pula merendahkannya, tetapi eliau melakukannya dengan tengahtengah (lurus). Apabila beliau mengangkat kepalanya  dari ruku’ (bangkit), beliau tidak (segera) sujud sampai berdiri tegak. Dan apabila beliau mengangkat kepalanya dari sujud, maka beliau pun  tidak (segera) sujud (yang kedua) sampai beliau sempurna duduknya, dan pada setiap dua rakaat beliau membaca “at-Tahiyat” dan (pada saat  itu) beliau duduk di atas kaki kirinya dan menegakkan kaki kanannya. Beliau melarang (orang shalat) duduk di atas kedua tumitnya dan  melarang pula seseorang menghamparkan kedua hastanya hamparan binatang buas, dan beliau mengakhiri shalatnya dengan membaca  salam.” (HR Muslim; kitab as- Shalat, bab Maa Yajma’u shifat as-Shalat)

“Diriwayatkan dari Abu Humaid as-Sa’idy ia berkata, adalah Nabi saw apabila  beliau duduk pada rakaat kedua dimana shalat berakhir, beliau memajukan kaki kirinya dan duduk pada bagian kirinya dengan cara tawarruk,  lalu ia mengucapkan salam”. (HR an-Nasa’i, Kitab as-Sahwi, Bab Sifat al-Julus fi ar-Rak’ati allati yaqdhi fiiha as-Shalat)

Dengan  memperhatikan Hadits-Hadits tentang tata cara sholat di atas, dapat disimpulkan bahawa duduk dalam pelaksanaan shalat ada dua macam,  iaitu:

Pertama, duduk iftirasy, yaitu duduk dengan cara duduk di atas telapak kaki kiri dan telapak kaki kanan ditegakkan.

Kedua, duduk  tawarruk, yaitu duduk dengan cara memajukan kaki kiri di bawah kaki kanan dan menegakkan telapak kaki kanan.

Berdasarkan kemiripan matan  dan kesamaan isi, dalil hadits-hadits tersebut dapat dikelompokkan menjadi 3, iaitu:

1. Kelompok pertama (Hadits no.1). Dalil Hadits ini menunjukkan adanya duduk istirahat ketika akan berdiri dari rakaat ganjil (rakaat pertama dan tiga).

2. Kelompok kedua (Hadits no. 2  dan3). Dalil kedua Hadits tersebut menunjukkan bahawa Nabi saw pada setiap 2 rakaat membaca at-tahiyat (tasyahud) dan duduk dengan  cara duduk iftirasy, dan Nabi melarang duduk di atas kedua tumitnya dan melarang pula kepada orang yang sholat menghamparkan kedua hastanya seperti binatang.

3. Kelompok ketiga (Hadits no.4-5). Dalil kedua Hadits tersebut menjelaskan apabila beliau duduk pada rakaat kedua beliau duduk di atas kaki kirinya dan menegakkan kaki kanannya (duduk iftirasy) dan apabila duduk pada rakaat terakhir, beliau  memajukan kaki kiri (di bawah kaki kanan) dan menegakkan kaki kanannya (duduk tawarruk).

Secara lahiriyah (tekstual) Hadits no. 3 (Hadits  riwayat Abu Dawud melalui Aisyah ra.) menunjukkan bahawa pada setiap dua rakaat membaca “at-Tahiyyat”  atau “tasyahud” dan duduk dengan  cara duduk iftirasy. Pemahaman ini tidak tepat kerana pada Hadits lain seperti pada Haditsno. 4, Hadits riwayat al-Bukhari melalui Abu Hamid as-Sa’idy menjelaskan bahawa beliau (Abu Hamid) mengetahui betul cara sholat Rasulullah, apabila duduk pada rakaat kedua  beliau duduk dengan cara duduk iftirasy dan apabila duduk pada rakaat terakhir duduk dengan cara duduk tawarruk.

Dan pada Hadits no. 5  (Hadits riwayat an-Nasa’i dari Abu Hamid as- Sa’idy menjelaskan bahawa Nabi saw apabila duduk pada rakaat kedua yang merupakan rakaat  terakhir duduk dengan cara duduk tawarruk. Menurut kami Hadits no. 3 (Hadits riwayat Abu Dawud melalui Aisyah ra) tidak difahami secara  kemutlakannya, akan tetapi harus dihubungkan dengan pemahaman terhadap Hadits lainnya (seperti Hadits no. 4 dan 5) yang semakna.

Dengan demikian untuk memahami Hadits tersebut (Hadits no. 3, Hadits riwayat Abu Dawud melalui Aisyah ra) perlu dikaitkan dengan  pemahaman terhadap Hadits lainnya, dan menurut kami pemahaman semacam ini lebih tepat.

Oleh kerana itu, pemahaman terhadap Hadits  tersebut (Hadits no. 3, Hadits riwayat Abu Dawud melalui Aisyah ra.) adalah cara duduk pada raka’at kedua yang bukan merupakan  rakaat terakhir dengan cara duduk “iftirasy”, sedang duduk pada rakaat kedua dan rakaat tersebut merupakan rakaat terakhir (yang diakhiri  dengan mengucapkan salam), maka duduknya dengan cara duduk “tawarruk” (memasukkan kaki kiri di bawah kaki kanan, dan menegakkan  jari-jari kaki kanan serta duduk di lantai). Pemahaman seperti ini dikuatkan dengan pemahaman dari beberapa Hadits yang menjelaskan  bahawa cara duduk pada rakaat terakhir (baik jumlah rakaatnya 2, 3 atau 4) dengan cara duduk “tawarruk”. 

Dengan mengkaji ulang  pemahaman terhadap Hadits-Hadits tersebut dapat disimpulkan bahawa yang dimaksud dengan kalimat “raka‘at terakhir” iaitu duduk tahiyat  terakhir dalam shalat, baik shalat tersebut jumlah rakaatnya dua rakaat, tiga rakaat atau empat rakaat, baik dalam shalat wajib mahupun shalat  sunat yang setelah selesai berdoa lalu ditutup dengan salam. Cara duduk pada rakaat terakhir tersebut sama, iaitu dengan cara duduk  tawarruk.

Ketika sujud, sebaiknya posisi telapak kaki yang satu menempel pada telapak kaki lainnya, keduanya tidak dipisahkan, sebagaimana disebutkan dalam hadits Aisyah Radhiallaahu anha ketika tangan beliau mengenai kedua telapak kaki Nabi Shalallaahu alaihi wasalam yang tegak dan beliau sedang sujud.( Diriwayatkan Muslim; no. 222 dalam kitab Ash-Sholah )

Tidak mungkin satu tangan mengenai kedua telapak kaki yang tegak melainkan kedua telapak kaki beliau bersatu atau berdekatan antara telapak kaki satu dengan lainnya, disamping itu terdapat hadits dalam kitab shahih Ibnu Huzaimah , bahwasanya beliau menempelkan telapak kaki yang satu pada telapak kaki lainnya ketika sujud.( Shahih Ibnu Huzaimah 1/328 (no. 654) dalam Kitab Ash-Sholah)

Kalangan yang ulama menyatakan kelebihan cara menempelkan telapak kaki yang satu pada telapak kaki lainnya ketika sujud terutamanya buat kaum hawa adalah untuk menutup kemungkinan aurat yang terbuka ketika sujud. Sekiranya seseorang memakai seluar, ianya mungkin tidak menjadi masaalah tetapi buat mereka yang memakai kain sarung, kain batik dan sesuatu yang sepertinya, risiko terdedahnya kawasan seperti dari kaki sehingga kepala lutut adalah wajar sahaja terjadi.

Bagaimana pun buat kaum lelaki, ianya tidaklah menjadi masaalah kerana aurat buat kaum lelaki bermula dari kepala lutut. Lantaran itu, sebahagian berpendapat : Sunnahnya adalah merenggangkan antara keduanya. Hal ini adalah merupakan madzhab syafi’iyyah dan hanabilah. (Raudhoh Tholibin, Nawawi Rahimahullah 1/259, Mukhtashar Ifadat hlm. 93) manakala sebahagian mengatakan : sunnahnya adalah merapatkan kedua kaki saat sujud hal ini adalah dari madzhab hanafiyyah. (Hasyiyah Ibnu Abiddin 1/332)





No comments:

Btn_blue_77x28

open source - sumber terbuka

Mana-mana coretan yang dikira baik, dibenarkan mengambil (copy-paste) tanpa perlu bertanya tuan blog ini. Manakala mana-mana coretan yang terdapat kesilapan, mohon ribuan kemaafan dari tuan blog ini. - " Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya "

Coretan lalu

zar4art

Bayan

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com
Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com

Waktu sholat

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

English to Arabic to English Dictionary
Find word:
Exact Word / Starting Word Sub Word
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
www.SearchTruth.com

Salam damai