Monday

Kisah Raja Habsyah

Rasulullah SAW telah mengetahui tentang kisah seorang raja Habsyah (Ethiopia) yang adil bernama Ashamah al-Najashi. Tidak ada seorang pun yang dizalimi olehnya. Lalu Baginda SAW telah menyuruh sebahagian umat Islam agar berhijrah ke Habsyah untuk menyelamatkan diri.

Peristiwa ini berlaku di saat pengikut-pengikut Nabi Muhammad SAW yang memeluk Islam menerima pelbagai seksaan dan penindasan yang amat pedih daripada musyrikin Quraisy Mekah, maka turunlah surah al-Kahfi sebagai jawapan yang antara lain satu isyarat daripada Allah kepada hamba-hamba-Nya itu supaya berhijrah.

Kumpulan ini terdiri daripada 12 orang lelaki dan 4 orang wanita. Mereka diketuai oleh `Uthman bin `Affan. Ruqayyah, puteri Rasulullah SAW turut bersama di dalam kumpulan ini. Di Habsyah, mereka mendapat tempat kediaman yang lebih baik.

Penindasan yang semakin berat oleh musyrikin Mekah telah menyebabkan Rasulullah SAW mencadangkan agar sebahagian lagi umat Islam berhijrah ke Habsyah seperti kumpulan pertama. Hijrah kali ini lebih sukar kerana musyrikin Mekah telah bersiap sedia lebih awal untuk menggagalkannya.

Namun, dengan izin Allah Taala, mereka dapat juga meloloskan diri berhijrah ke Habsyah. Kumpulan ke-2 ini lebih ramai, iaitu seramai 83 orang lelaki dan 28 orang wanita. Rombongan kedua ini diketuai oleh Ja’afar bin Abi Talib. Ja’afar bin Abi Talib yang juga dikenali dengan jolokan Ja’afar al-Tayyar adalah sepupu Nabi Muhammad SAW.

Musyrikun Quraish menghantar wakil untuk bertemu dengan Raja Habsyah yang bernama Raja Najashi, dengan harapan untuk mengembalikan semula rombongan dari Mekah ke Mekah. Dua wakil Quraisy itu adalah Amru bin al-As dan Abdullah bin Abi Rabi’ah. Kedua-duanya diutuskan kepada Raja Najjasi dengan membawa hadiah untuk dipersembahkan.

Sebaik bersua dengan Raja Najashi, mereka berkata;

“ Sesungguhnya satu rombongan kaum kerabat kami telah meninggalkan Mekah dan lari ke negeri tuanku. Mereka lari kerana tidak suka kepada kami dan agama kami, bahkan mereka tidak mengikut agama tuanku. Sesungguhnya pemimpin Quraisy mengutuskan kami untuk menjumpai tuanku, dan supaya tuanku mengembalikan mereka ke Mekah.”

Lalu, Ja’afar bin Abi Talib selaku ketua kumpulan kaum Muslimin tadi datang bersama beberapa orang kaum Muhajirin mengadap Raja Habsyah tanpa memberikan rukuk hormat sebagaimana adat di istana, lalu Raja Habsyah pun bertanya;

“ Mengapa kamu tidak hormat seperti adat yang biasanya dalam istana ini?”

Lalu, Ja’afar bin Abu Talib pun menjawab dengan rendah dirinya;

“ Kami telah memberikan penghormatan kepadamu dengan cara penghormatan ahli syurga. Kami memang tidak rukuk kecuali kepada Allah.”

Raja bertanya:

“Agama apa yang kamu anuti itu sehingga kamu rela meninggalkan kaum kamu tidak mahu masuk agamaku dan tidak agama-agama lain?”

Ja’afar menjawab;

“Wahai raja! Kami ini adalah kaum jahiliah, penyembah berhala, memakan bangkai, kuat menindas orang yang daif. Kemudian Allah mengutuskan seorang rasul kepada kami, ia diutus dari kalangan kami sendiri dan kami sudah tahu tentang kejujurannya, pemaaf dan amanahnya. Beliau mengajak kami meng-Esa-kan Allah serta meninggalkan perbuatan menyembah berhala.”

“Oleh kerana kami mengikutnya, maka kami diseksa dan ditindas dengan tujuan supaya kami kembali ke zaman jahiliah. Disebabkan hebatnya penindasan dan penekanan mereka, ini maka kami lari ke negeri tuan. Kami memilih negeri tuan kerana ingin dekat dengan tuan. Kami harap tuan tidak menganiaya kami.”

Begitulah kata-kata yang terkeluar dari mulut Ja’afar bin Abi Talib.

Apabila merasakan misi mereka mula menampakkan kegagalan, maka Amru al-As mencelah dan berkata;

“Wahai paduka baginda, sesungguhnya mereka menuduh Isa (Nabi) dengan perkataan-perkataan yang tidak baik.”

Sebagai seorang raja dan juga pendeta agama Nasrani. Raja Najashi telah menguji sekali lagi pengetahuan Ja’afar bin Abi Talib tentang Nabi Isa AS.

Tanpa sebarang ragu-ragu Ja’afar pun membacakan beberapa ayat dari permulaan surah al-Maryam.

Sebaik Raja itu mendengar bacaan surah al-Maryam dari Ja’afar, lalu beliau menangis sambil berkata;

“Sesungguhnya ini dan yang dibawa oleh Isa AS adalah berasal dari satu sumber.”

Raja Najashi akhirnya memeluk Islam, dan diikuti dengan ramai rakyat di negerinya.

Kemudian, Raja Najashi mengisytiharkan akan melindungi orang-orang Mukmin yang berhijrah serta memulangkan hadiah-hadiah yang dibawa kepada dua orang utusan Quraisy. Maka wakil Quraisy itu akhirnya terpaksa pulang dengan kehampaan.


No comments:

Btn_blue_77x28

open source - sumber terbuka

Mana-mana coretan yang dikira baik, dibenarkan mengambil (copy-paste) tanpa perlu bertanya tuan blog ini. Manakala mana-mana coretan yang terdapat kesilapan, mohon ribuan kemaafan dari tuan blog ini. - " Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya "

Coretan lalu

zar4art

Bayan

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com
Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com

Waktu sholat

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

English to Arabic to English Dictionary
Find word:
Exact Word / Starting Word Sub Word
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
www.SearchTruth.com

Salam damai