Saturday
Dunia dan balikkannya
Dunia adalah seperti bayang-bayang yang semakin dikejar, semakin menjauhlah ia, bila cuba dicapai, tak mungkin, hanya suatu ilusi. Tetapi bila berpaling kepada arah yang bercahaya, tentu bayang-bayang tersebut mengekori. Sebegitulah misalnya, bila cuba dicapai segala kehendak diri atas dunia, maka tidak akan tercapai-capai malah semakin kekurangan pula dirasakan sehinggakan mahu dicapai dengan segala daya upaya selagi bernyawa. Sedangkan bila insan berpaling dari dunia dan berjalan kepada perintah Allah, kepada amal yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w yang membawa kepada cahaya hidayat, sekali gus, dunia akan mengekori, mengejar insan malah mentaati insan.
Dari Yahya bin Mua`az:
"Meninggalkan dunia keseluruhannya bererti mengambil keseluruhannya iaitu barang siapa meninggalkan dunia keseluruhannya, maka dia akan mengambil semua faedah dari dunia. Barang siapa mengambil dunia keseluruhannya maka dia akan meninggalkan semua faedah dari dunia. Maka untuk mengambil dunia adalah dengan meninggalkannya manakala meninggalkan dunia adalah dengan mengambilnya".
Dunia adalah juga seperti balikkan bulan purnama penuh diatas muka air telaga yang tenang. Begitu indah sekali namun bila cuba dicapai, ianya hanyalah balikkan purnama. Sebegitulah, dunia biasa sahaja membuat insan melihat dirinya hebat, bersinar bak bulan purnama, tetapi hakikatnya dia tiada apa-apa pada dirinya, hanya balikkan dari kehebatan yang digambarkan dan tidak menjanjikan kejayaan yang sebenar sedangkan bila insan memaling kepada hakikat kehebatan yang sebenar iaitu kehebatan Allah maka Allah akan menunjukkkannya jalan kearah kehebatan sebenar buat insan iaitu sebagai hambaNya yang diredhai dunia dan akhirat dan memperolehi kejayaan didunia dan diakhirat.
Seorang penyair pernah menyairkan:
"Wahai orang yang ingin meminang dunia untuk pasangan hidupnya, ia bukan pasangan baik bagimu, kerana setiap hari, ia akan sentiasa bertukar kasih. Ia meminta semua orang mengahwininya, sementara ditempat lain, ia serahkan madunya kepada kekasih barunya. Alangkah pandainya ia menghampiri orang-orang yang hendak meminangnya, dan mereka tertipu kerana dibalik keramahannya. Ia bermaksud membunuh mereka satu demi satu. Aku juga pernah tertipu, hanya untung sahaja bala cepat menimpaku, dialah menyedarkanku secara perlahan-lahan. Maka nasihatku: Persiapkan bekal secukup-cukupnya bagi menyambut kematianmu, kerana panggilan telah terdengar, hai orang yang akan berangkat, hai orang yang akan berangkat......."
- Sahabah r.anhum adalah insan yang mana Al Quran dihati mereka manakala dunia ditangan mereka kerana pengorbanan yang dilakukan manakala umat hari ini lazimnya Al Quran ditangan mereka tetapi dunia didalam hati mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
open source - sumber terbuka
Mana-mana coretan yang dikira baik, dibenarkan mengambil (copy-paste) tanpa perlu bertanya tuan blog ini. Manakala mana-mana coretan yang terdapat kesilapan, mohon ribuan kemaafan dari tuan blog ini. - " Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya "
Tajuk
Akidah
(13)
Al-Fatihah
(2)
Alam
(1)
ASWJ
(3)
Bab Eid
(2)
bayan
(6)
BERITA
(5)
beware fitnah
(1)
book
(1)
Burzuk
(5)
cerpen
(7)
Dakwah dan doa
(2)
dars
(1)
Differences
(1)
Doa
(1)
fatwa
(2)
Fazail amal
(1)
Fazail Hajj
(2)
fikir
(4)
fikir/zikir
(1)
fiqh
(6)
fitnah
(1)
Gurauan
(3)
Hijrah
(4)
hilal
(1)
ibadat
(15)
Ikhtilat
(1)
ilham
(1)
Ilmu
(1)
imam
(1)
Imam Mazhab
(9)
Islam
(1)
Israk
(7)
janggut
(1)
Jesus was a Muslim
(1)
Jihadun nafs
(4)
Jinn
(10)
Jord
(1)
kalam
(1)
Karamah
(1)
KIblat
(1)
kisah Auliya
(3)
kisah-kisah
(4)
konflik
(4)
Kuarantin
(2)
makna bidaah dholalah
(1)
malfoozaat
(3)
Mawlid
(2)
mazhab
(5)
minda
(1)
nasihat
(2)
pemahaman
(6)
penolakan terhadap anti-hadith
(1)
penyakit
(1)
Prophet Muhamad s.a.w
(1)
puasa
(1)
Quran
(3)
Ramadan
(4)
sahaba
(2)
salam
(1)
salawat
(1)
shalat
(4)
sholat
(4)
Syair
(1)
Syurga-neraka
(1)
Tabligh
(1)
Tafsir
(6)
tiada Tuhan melainkan Allah
(1)
travel
(1)
Ummatan wahidah
(1)
Zakat-ul-Fitr
(2)
zikir
(7)
paut-paut
- Al-Alorstari blog
- Alexanderwathern blog
- Aqidahtul Tanzih blog
- Azhar Jaafar blog
- Bahrus Shofa blog
- Bentara blog
- Blog karkun
- chill-garage blog
- Dakwah-ilallah blog
- Dalamdakwah wordpress
- Fakir-fikir blog
- Fikir alami blog
- Hainur83 blog
- Ibnu Zain blog
- Iman-amal solehan wordpress
- Ismadi Yusuf blog
- Jom faham blog
- Khidmat Wala blog
- Kopiahhensem blog
- Kuffiyah blog
- Muhajier718 blog
- Musa Kola Kedah blog
- Pena maya blog
- Pengutip Mutiara
- Speedweb ad6 blog
- Sufiafriqiyya blog
- Umma-ali blog
- Ust Alimy Zaidi
- Ust Gunawan Aziz
- zar4art blog
- ziarah76 blog
Bayan
Search in the Hadith |
www.SearchTruth.com |
Waktu sholat
English to Arabic to English Dictionary |
|
www.SearchTruth.com |
No comments:
Post a Comment