Monday

Berfikir / berzikir - 3


Kehidupan insan saban waktu terbentuk dari apa yang difikirkan seperti misalnya sesuatu fikiran yang datang dari suasana persekitaran, pengaruh-pengaruh media-media, kenalan-kenalan dan seterusnya yang mana dari situ, tercipta idola-idola yang mahu dijejaki serta kebudayaan kehidupan yang dihajati.

Kerana dari setiap fikiran yang dituruti, ia seterusnya adalah tunjang untuk mengorak langkah dalam kehidupan seperti seorang yang berfikir untuk menjadi seperti sekian-sekian idola yang diminati, maka atas dorongan tersebut, diusahakan agar tercapai kehidupannya kearah idolanya.

Dan hari ini telah lahir berjuta-juta jenis fikiran yang mencorak seterusnya berjuta-juta ragam kehidupan. Ada yang membawa kepada kebaikan serta seterusnya kejayaan dalam erti kata membawa kebahagian rohani dan jasmani, ada yang membawa hanya kepada kebahagian jasmani namun menderita rohaninya, ada yang hanya membuat waktu-waktu kehidupan hanya tersia-sia dan malah ada yang membawa kepada keburukan serta kekecewaan didunia dan akhirat.

Insan lazim sahaja mengambil sesuatu fikiran samaada ditelaahi dahulu atau diikut sahaja tanpa ditelaahi dan dari situ, dibina kehidupan yang dihajati atau dijadikan tujuan kehidupannya serta malah juga disebarkan pada yang lain namun apakah jaminan akan sesuatu fikiran itu membawa kejayaan?

Allah, Maha Pencipta dengan rahmatNya sentiasa menghantar para anbiya dikalangan insan untuk membimbing kearah suatu kehidupan yang menjamin akan kejayaan didunia dan diakhirat dan sudah pasti para-para Anbiyalah yang mendukung fikiran yang mengorak kepada kehidupan buat kejayaan didunia dan diakhirat.

Manakala Nabi Muhamad s.a.w yang merupakan Anbiya yang terakhir, diutus bukan sahaja kepada kalangan kaumnya tetapi kepada seluruh insan serta jinnat, membawa suatu fikiran yang terulung yang sewajarnya fikiran, usaha mahupun arah hidup Nabi Muhamad s.a.w dituruti. Agar pertama-tamanya insan sekelian mengenal Penciptanya, mentaati Penciptanya dan dapat mengorak kepada suatu kehidupan yang benar-benar membawa kejayaan didunia dan akhirat serta terselamat dari api neraka.

قُلۡ هَـٰذِهِۦ سَبِيلِىٓ أَدۡعُوٓاْ إِلَى ٱللَّهِ‌ۚ عَلَىٰ بَصِيرَةٍ أَنَا۟ وَمَنِ ٱتَّبَعَنِى‌ۖ وَسُبۡحَـٰنَ ٱللَّهِ وَمَآ أَنَا۟ مِنَ ٱلۡمُشۡرِكِينَ

"Katakanlah (wahai Muhamad): Ini adalah jalanku, menyeru manusia kepada Allah berdasarkan kepada 'basirah' (dalil yang nyata ataupun pemandangan mata-hati), aku dan mereka yang mengikutku. Dan Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain." (Surah Yusuf: Ayat 108).

Fikiran dan usaha yang dikerahkan oleh Nabi Muhamad s.a.w saban waktu sehinggalah kepada nafasnya yang terakhir adalah suatu yang wajib diambil oleh mereka yang mengaku mengikuti Nabi Muhamad s.a.w. Dan sekiranya begitu, maka kemulianlah yang didapati serta dijadikan umat Nabi Muhamad s.a.w sebagai umat yang terbaik tidak kira apa kondisi mereka sebagaimana difirmankan oleh Allah Taala:

كُنتُمۡ خَيۡرَ أُمَّةٍ أُخۡرِجَتۡ لِلنَّاسِ تَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَتَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنڪَرِ وَتُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ‌ۗ

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan (dikeluarkan) untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. (Surah Al-Imran; 110)

Dalam mana, salah satu cara mencegah yang mungkar adalah dengan membina suasana solehan dimana-mana terutamanya masjid-masjid dimakmurkan, majlis atau program taklim wa taklum sentiasa hidup dimasjid mahupun dirumah, suasana masyarakat yang gemar beribadat serta mengingati Allah dan mahupun semangat tolong menolong, bergotong-royong, ziarah menziarahi, berpesan-pesan kepada kebaikan, berpesan-pesan dengan kesabaran serta hormat-menghormati kalangan masyarakatnya.

No comments:

open source - sumber terbuka

Mana-mana coretan yang dikira baik, dibenarkan mengambil (copy-paste) tanpa perlu bertanya tuan blog ini. Manakala mana-mana coretan yang terdapat kesilapan, mohon ribuan kemaafan dari tuan blog ini. - " Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya "

Coretan lalu

Bayan

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com
Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com

Waktu sholat

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:
English to Arabic to English Dictionary
Find word:
Exact Word / Starting Word Sub Word
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
www.SearchTruth.com

Salam damai