Thursday

Kuarantinkan diri - 1



Jallalah adalah merupakan haiwan yang menjadikan najis sebagai makanan asasinya dan terdapat sedikit perbezaan antara para ulama tentang hukum mengkuarantinkan haiwan tersebut sebelum dijadikan sebagai bahan makanan. Tempoh dikuarantinkan adalah tempoh dimana perlu diberikan makanan yang baik atau dihindarkan haiwan tersebut dari memakan najis sebelum boleh diproses untuk dimakan.

Maksud jallalah menurut para ulama Malikiyah, Syafieyah dan Hanabilah adalah haiwan yang lazimnya menjadikan najis sebagai makanannya serta juga memakan makanan yang lain selain daripada najis manakala para ulama Hanafiyah berpendapat jallalah adalah haiwan yang hanya menjadikan najis sebagai makanan asasinya tanpa memakan makanan yang lain dan malah diatas itu, menyebabkan bau daging haiwan tersebut berubah.

Menurut para ulama Syafieyah tempoh dikuarantinkan jallalah adalah untuk haiwan bersaiz seperti ayam atau ikan, perlu dikuarantinkan selama 3 hari, haiwan seperti kambing perlulah dikuarantinkan selama 7 hari, manakala haiwan seperti lembu atau unta, perlu dikuarantinkan selama 40 hari. Sedang menurut para ulama Hanabilah, haiwan bersaiz seperti ayam atau ikan perlu dikuarantinkan selama 3 hari manakala lembu, unta, kambing dan sebagainya perlulah dikuarantinkan selama 40 hari.

Manakala menurut para ulama Hanafiyah, sekiranya daging binatang tersebut telah bertukar baunya disebabkan pemakanan sedemikian, maka haiwan bersaiz seperti ayam atau ikan perlulah diberikan makanan yang baik selama 3 hari sebelum boleh diproses untuk dimakan, haiwan seperti kambing pula perlu dikuarantinkan selama 4 hari manakala seperti lembu atau unta, perlu dikuarantinkan selama 10 hari.

------------------------------------------------------------------

Jahiliah adalah merupakan insan yang tidak mengenal Allah atau menjauhkan diri dari Allah dan hatinya (rohaniah) penuh dengan najis dunia yang mana biarpun bentuk tubuh-badannya sempurna, menawan mahupun kalangan cerdik-pandai hal dunia, namun hatinya penuh dengan najis duniawi dan keseluruhan hidupnya didambakan semata-mata pada duniawi.

Sebagaimana jasad memerlukan makanan, sebegitulah juga dengan hati (rohaniah) yang mana makanan jasad adalah sebagaimana yang diketahui iaitu seperti nasi, roti dan lain-lain, sedang makanan hati (rohaniah) adalah seperti tilawat Al-Quran, zikir, salawat pada Nabi dan lain-lain.

Namun kenyataannya, setiap hari ramai insan diseluruh dunia sentiasa hanya berusaha memenuhi makanan jasadnya dan sebaik mungkin diberi makanan yang baik, bersih serta berkhasiat sedang untuk hatinya (rohaniah) diberinya segala bentuk najis dunia seperti muzik-muzik yang melalaikan, filem-filem hiburan yang tiada faedah, mengumpat, menfitnah, hasad dan lain-lain. Lalu menderitalah hati (rohaniah) sebagaimana sekiranya jasad diberi makanan kotor dan beracun, tentu menderitalah tubuh-badan.

Tanpa membersihkan hati, usaha sebanyak mana pun dilakukan dalam bentuk jasad, tidak membawa apa-apa kesan kebaikan pada diri malah mengundang keburukan pada diri seperti contohnya seorang yang bersolat sebegitu tertib disamping membaca ayat-ayat yang panjang tetapi niatnya untuk menunjuk-nunjuk (riak), bukan sahaja solatnya tidak diterima tetapi menjadi syirik pula pada yang bersolat.

Kerana itu perlunya usaha membersihkan kembali hati (rohaniah) dan diberikan seterusnya makanan yang baik untuk hati (rohaniah)seperti berzikir atau mengingati Allah saban waktu disamping mengambil segala suruhan Allah kedalam kehidupan seharian.

Dalam mana usaha membersihkan hati pertama-tamanya adalah dengan dikuarantinkan diri dalam suasana yang baik atau solehan seperti contohnya bila berikhtikaf dimasjid, dimana suasana disitu terlindung dari fitnah dunia serta juga mudah melakukan latihan-latihan yang membawa hati lebih tawajuh kepada Allah seperti menceritakan kebesaran Allah atau juga dengan amalan-amalan solehan yang mudah dihidupkan dalam suasana tenang dimasjid seperti taklim wa taklum, ibadat zikir, khidmat, hindar atau kurangkan bercakap tentang dunia, kurangkan makan mahupun tidur dan seterusnya.

Bersambung...

No comments:

Btn_blue_77x28

open source - sumber terbuka

Mana-mana coretan yang dikira baik, dibenarkan mengambil (copy-paste) tanpa perlu bertanya tuan blog ini. Manakala mana-mana coretan yang terdapat kesilapan, mohon ribuan kemaafan dari tuan blog ini. - " Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya "

Coretan lalu

zar4art

Bayan

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com
Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com

Waktu sholat

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

English to Arabic to English Dictionary
Find word:
Exact Word / Starting Word Sub Word
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
www.SearchTruth.com

Salam damai