Wednesday

Bab Eid - Ibnu Hajar rah.


- Aisha r.anha berkata, Rasulullah s.a.w bersabda, “ Eidul Fitri adalah hari manusia berbuka dan Eidul Adha adalah pada hari manusia berkorban." (Sahih diriwayat oleh Tirmizi)

- Abu Umair bin Anas bin Malik r.anhuma menyampaikan, “ Sesungguhnya ada serombongan orang datang kepada Rasulullah s.a.w dan bersaksi bahawa kelmarin mereka telah melihat hilal (anak bulan), maka Rasulullah s.a.w menyuruh mereka agar berbuka dan pergi ketanah lapang keesok harinya." (Sahih diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Daud)

- Anas r.a berkata, “ Rasulullah s.a.w makan beberapa biji kurma sebelum pergi bersholat Eidul Fitri." (Sahih Bukhari, dalam riwayat yang disambung oleh Imam Ahmad, “Beliau memakannya satu-satu")

- Ibnu Buraidah, dari ayahnya r.anhuma berkata, “ Rasulullah s.a.w tidak keluar pada Eidul Fitri sebelum memakan terlebih dahulu dan tidak makan pada Eidul Adha sebelum sholat terlebih dahulu." (Imam Ahmad, Tirmizi dan disahihkan oleh Ibnu Hibban)

- Ummi Athiyyah r.anha berkata, “ Kami diperintahkan untuk mengeluarkan para perawan yang dipingit dan wanita yang kedatangan bulan (haid) pada hari raya, agar mereka menyaksikan kebaikan dan seruan kaum muslimin dan wanita yang kedatangan bulan (haid) menjauhi tempat sholat.“ (Muttafa´alaih)

- Ibnu Umar r.a berkata, “ Rasulullah s.a.w, Abu Bakar dan Umar bersholat Eid sebelum khutbah." (Muttafaq`alaih)

- Ibnu Abbas r.a berkata, “ Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersholat Eid dua rakaat, tidak bersholat sebelum dan sesudahnya." (Sahih diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Tirmizi, an-Nasai, Ibnu Majah, Ibnu Abi Syaibah, al-Baihaqi dan Imam Ahmad)

- Ibnu Abbas r.a berkata, “ Rasulullah s.a.w bersholat Eid tanpa Azan dan Iqamah." (Sahih diriwayatkan oleh Abu Daud dan Bukhari)

- Abu Said r.a berkata, “ Nabi s.a.w tidak bersholat apa pun sebelum sholat Eid, apabila beliau kembali kerumahnya, beliau bersholat dua rakaat." (Hasan diriwayatkan oleh Ibnu Majah)

- Abu Said r.a berkata, “ Nabi s.a.w keluar ketanah lapang pada hari raya Eidul Fitri dan Adha, yang mula-mula sekali beliau mulakan adalah bersholat, kemudian berpaling dan berdiri mengadap manusia yang berada dishafnya, lalu beliau memberikan nasihat dan perintah (berkhutbah)." (Muttafaq`alaih)

- Amru bin Syuaib dari ayahnya dari abangnya r.anhum berkata, Rasulullah s.a.w bersabda “ Takbir pada Eidul Fitri adalah tujuh dirakaat pertama dan lima dirakaat kedua, dan bacaan setelah takbir pada kedua rakaat tersebut." (Sahih diriwayatkan oleh Abu Daud, Tirmizi, Bukhari)

- Abu Waqid al-Laits r.a berkata, “ Nabi s.a.w membaca surah Qof dan al-Qamar pada waktu Eidul Fitri dan Adha." (Dalam riwayat lain, Numan Ibnu Bashir r.a berkata, Rasulullah s.a.w membaca didalam dua sholat Eid surah dan sholat Jumaat surah al-A`laa dan surah al-Ghasiyah.) (Sahih Muslim)

- Jabir r.a berkata, “ Rasulullah s.a.w pada hari raya pergi (menuju ketempat sholat Eid) dengan jalan yang berbeza." (Sahih Bukhari)

- Anas r.a berkata, Rasulullah s.a.w datang keMadinah sedangkan mereka (penduduk Madinah) mempunyai dua hari yang mereka biasa merayakannya, lalu beliau bersabda, “ Sesungguhnya Allah telah mengantinya dengan yang lebih baik dari keduanya, iaitu Eidul Fitri dan Adha." (Sahih diriwayatkan oleh Abu Daud, an-Nasai)

- Ali r.a berkata, “ Termasuk dari sunnah, keluar menuju ketempat bersholat dengan berjalan kaki." (Hasan diriwayatkan oleh Tirmizi)

- Abu Hurairah r.a berkata bahawa pernah hujan turun pada hari raya, maka Nabi s.a.w bersholat Eid dengan mereka didalam masjid." (Abu Daud)


Bab Sholat dua Hari Raya dipetik dari kitab Hafiz Ibnu Hajar Asqalani rah., Bulughul Maram.

2 comments:

FakirFikir said...

Perkongsian yang bermanfaat. Sungguhpun di sini, raya selalu menjadikan orang berpecah-pecah menentukan tarikhnya :)

zarch said...

Ahlan Fakirfikir, alhamdulillah diatas kedatangan hari raya iaitu raya yang wajar diraikan kerana kemenangan kita melawan nafsu dibulan Ramadan.

Tentang perbezaan tarikh Eid, ada saya dengar berbagai pendapat seperti pendapat mahzab lain yang menyatakan cukup dengan mengikut satu perkhabaran yang benar akan kelihatan anak bulan, maka seluruh umat Islam boleh beraya.

Masaalahnya sekiranya Malaysia yang waktu magribnya awal dari negara lain mengistiharkan anak bulan kelihatan, apakah Saudi dll mahu mengikutnya? Atau wajarkah Malasia menunggu waktu seperti dari Saudi atau Magribi untuk mengistiharkan Eid sedang waktu untuk melihat hilal terlalu jauh lambatnya?

Manakala pendapat yang lazimnya kita ikuti seperti dari ulama-ulama Syafiyah, wajar menentukan Eid mengikut negara atau wilayah Islam yang dimukimi.

Wallahualam. Apa-apa pun, semoga kita sentiasa dapat meraikannya.
Ditempat saya tinggal ni pun pening kerana bukan negara Islam dan penduduk Islamnya dari berbagai-bagai negara.Namun diatas rahmat-Nya, Allah tetap satukan hati umat disini biarpun ada berbagai perbezaan. Mungkin kekadang ada masaalah kerana tindakan mereka yang anti-mahzab, namun sebilangan besar penduduk Islam adalah ASWJ jadi kurang masaalah kerana kesefahaman dan perasaan hormat antara satu sama lain.

Btn_blue_77x28

open source - sumber terbuka

Mana-mana coretan yang dikira baik, dibenarkan mengambil (copy-paste) tanpa perlu bertanya tuan blog ini. Manakala mana-mana coretan yang terdapat kesilapan, mohon ribuan kemaafan dari tuan blog ini. - " Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya "

Coretan lalu

zar4art

Bayan

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com
Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com

Waktu sholat

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

English to Arabic to English Dictionary
Find word:
Exact Word / Starting Word Sub Word
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
www.SearchTruth.com

Salam damai