Disuatu padang yang subur menghijau, terdapat tiga kumpulan sapi yang menetap disitu. Satu kumpulan sapi berwarna kemerahan, satu kumpulan sapi berwarna kekuningan dan satu lagi berwarna tompok hitam-putih. Kumpulan-kumpulan sapi ini hidup dalam keadaan sentosa dan begitu sihat lantaran bumi subur menghijau yang didiami. Kumpulan-kumpulan sapi-sapi ini juga hidup aman sesama mereka lantaran sentiasa bermasyuara dan bermuafakat antara mereka.
Setelah beberapa tahun kemudian, suasana yang aman ini tergugat bila kawasan padang subur menghijau tersebut didatangi oleh sekumpulan singa-singa liar. Kini kehidupan sapi-sapi tersebut sentiasa dalam keadaan bahaya. Namun sisapi-sapi bermuafakat untuk bersama-sama tolong menolong dalam menghadapi seranagan sisinga-singa.
Atas semangat bermuafakat dari kalangan sapi-sapi tersebut membuat begitu sukar buat singa-singa menyerang kerana setiap kali singa-singa cuba menyerang, sapi-sapi dari berbagai-bagai kumpulan warna akan bersama-sama membina benteng dengan menghalakan tanduk mereka kepada sisinga-singa.
Lalu duduk sisinga-singa berfikir bagaimana mereka dapat menyerang kumpulan sapi-sapi tersebut. Seekor singa yang kelihatan senior berkata, hanya dengan cara memisah-misahkan kumpulan-kumpulan sapi-sapi tersebut, mereka mampu menyerang. Maka diutus seekor singa betina untuk melakukan tugas mengadu-dombakan sisapi-sapi.
Sisinga betina pun mengintai-intai dari celah lang-lalang akan peluang untuknya melakukan kerja fitnah-menfitnahnya. Kelihatan olehnya kumpulan sapi-sapi yang berwarna kekuningan lalu dihampirinya. Kumpulan sapi-sapi berwarna kekuningan bila melihat singa betina mula kerisauan namun sisinga betina memberitahu akan kedatangnya hanyalah untuk tujuan persahabatan.
Sisinga betina pun mula memuji-muji akan rupa sisapi-sapi sambil menyatakan bahawa warna kekuningan sapi-sapi tersebut amat menakjubkan. Kata sisinga betina lagi, atas warna kekuningan, kumpulan sapi-sapi sebenarnya berpotensi sebagai kumpulan elite atau kumpulan istimewa yang wajar diberi kuasa. Disamping menceritakan akan keistimewaan warna kuning, sisinga betina menyelitkan hasutannya bahawa kumpulan sapi-sapi yang lain sebenarnya cemburu terhadap keistimewaan warna kekuningan sapi-sapi tersebut.
Atas kata-kata ini, kumpulan sapi-sapi berwarna kekuningan yang merasa bangga dengan kata-kata sisinga betina dan mula menaruh syak wasangka pada kumpulan sapi-sapi yang lain. Kumpulan sapi-sapi berwarna kekuningan ini pun mula mengasingkan diri mereka dari kumpulan sapi-sapi yang lain.
Kemudian sisinga betina pergi kepada kumpulan sapi-sapi yang berwarna kemerahan dan melakukan perkara yang sama dengan memuji-muji akan keistimewaan warna kemerahan iaitu kedudukan warna merah melambangkan kekuasaan. Sisinga betina juga berkata bahawa kumpulan sapi-sapi yang lain sebenarnya amat cemburu pada kumpulan sapi-sapi berwarna kemerahan kerana kumpulan sapi-sapi berwarna kemerahanlah yang paling layak menjadi kumpulan yang berkuasa. Atas hasutan ini, kumpulan sapi-sapi berwarna kemerahan menjadi marah dan juga mula menjauhi kumpulan sapi-sapi yang lain.
Seterusnya, sisinga betina pergi kepada kumpulan sapi-sapi berwarna tompok putih-hitam dan mula menjalankan kerja hasut menghasutnya. Namun kumpulan sapi berwarna tompo hitam-putih berkata, kehidupan mereka aman tenteram disamping rumput padang yang menghijau cukup buat semuanya. Masing-masing hidup tanpa masaalah dan bebas kemana-mana sebelum kedatangan sisinga-singa. Kumpulan sapi-sapi berwarna tompok hitam-putih meminta sisinga betina bersama singa-singa lain keluar dari kawasan padang rumput tersebut.
Sisinga betina pun kembali pada singa-singa yang lain dan menyampaikan akan apa yang dilakukannya. Maka sisinga-singa pun mula menyerang kumpulan sapi-sapi berwarna kekuningan yang menjauhkan diri mereka dari kumpulan sapi-sapi yang lain. Setelah diselesaikan semua sapi-sapi berwarna kekuningan, sisinga-singa kemudian mula menyerang sapi-sapi berwarna kemerahan sehinggalah dimakan semuanya.
Manakala sapi-sapi yang berwarna tompok hitam-putih bila melihat keadaan satu demi satu sapi-sapi dimakan oleh sisinga-singa, bertindak berangkat ketempat lain untuk menyelamatkan diri mereka. Akhirnya tinggallah padang menghijau yang subur tersebut kekosongan tanpa kalibat sisapi-sapi.
- Sebegitulah fitnah-fitnah yang dilakukan buat umat Islam, dimana selama umat Islam bersatu tidak kira apa warna kulit merea, bahasa mereka, keturunan bangsa mahupun kedudukan, maka umat Islam ini hebat, dibrakati hidup mereka dan tidak dapat dipijak-pijak oleh kuasa-kuasa asing, namun bila umat Islam ini mula berpecah-belah musuh-memusuhi antara satu sama lain dan masing-masing mahu berebut kuasa, maka menjadi hinalah umat ini dipermainkan oleh kuasa asing. Dan sejarah telah menjadi bukti fakta akan perkara ini.
- Malah tahap yang lebih bahaya, bila Allah menarik nusrah atau bantuan-Nya kepada umat Islam dan tidak memandang kepada umat Islam lantaran perpecahan sesama mereka sebagaimana disebut dalam suatu hadis yang lebih kurang terjemahannya: "Apabila umat-umatku mementingkan dunia maka hati mereka luput dari mencintai Islam, apabila mereka berhenti dari berdakwah kebenaran, maka luputlah mereka dari rahmat dan apabila mereka caci mencaci satu sama lain, mereka tidak akan lagi dipandang Allah" (Tirmizi)
8 comments:
media dunia yang bayak pengaruh kekusaan golongan kafirun berjaya dijadikan medium penghasut, pembatu api. betapa mudah umat islam dikalahkan dengan nafsu dan perpecahan.
Ya Hideossle, sejarah telah jelas membuktikan bahawa kekalahan dan kehinaan yang menimpa kaum muslim adalah lazimnya bermula dari dalam dunia muslim itu sendiri seperti berebut kuasa, fitnah-memfitnah, kezaliman dll...
Inilah murka Allah atas ummat. Jarum fitnah menusuk dalam kulit kita semua. Hanya yg bisa mencabutnya adalah kembali taat perintah Allah cara Nabi.. InsyaAllah.
Ya merah_s, biznillah, dengan izin Allah, semua jalan untuk kejayaan didunia dan akhirat telah dibuka buat umat Islam, iaitu mengikut jalan Rasulullah s.a.w. Hatta untuk bersatu hati dan fikir, Rasulullah telah menunjukkan cara bermasyuara, namun umat Islam lumrahnya meninggalkan apa yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w dan memilih jalan lain yang merugikan dirinya.
tamsilan yg bagus...syaitan penghasut ada di mana2, bekerja 24jam tanpa rehat...org2 islam tidur dlm kesenangan dunia...kelak dlm kubur baru mata mereka celik...aduhai...
Salam Umma-ali, semoga dipandang-Nya dengan rahmat dan sentiasa diberi-Nya hidayat, petunjuk buat umat sekelian. Umat sekelian sentiasa melakukan kesilapan, namun Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Sedang kemurkaan-Nya, tiada siapa yang sanggup menghadapinya.
aduhai syaitan...nyah ko...dari kami
A'uzu billahi minashaitanir rajim
Post a Comment