Sunday

Israk & Mikraj - 5

Disamping perjalanan Israk dan Mikraj ini adalah suatu akan tanda ketinggian darjat Rasulullah s.a.w, ia juga adalah untuk menguji dan memahatkan keyakinan sebenar umat Islam akan kebenaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Dimana setelah berita ini disampaikan oleh Rasulullah s.a.w, pihak musyrikun mempersendakannya, ada kalangan mereka yang memeluk agama Islam diwaktu itu menjadi longgar pegangannya dan menjadi murtad, manakala mereka yang benar-benar beriman, menjadi bertambah teguh keimanannya seperti Abu Bakar r.a dan para sahaba serta sahabi yang lain.

Abu Jahal yang mendengar berita perjalanan Israk dan Mikraj ini setelah kembalinya Rasulullah s.a.w, amat gembira kerana menyangka kini dirinya mendapat alasan untuk menyangkal segala kebenaran yang dibawa oleh Rasulullah.s.a.w. "Sekiranya aku mengumpul semua disini, bersediakah engkau menceritakan kepada mereka apa yang engkau sampaikan padaku?", tanya Abu Jahal. "Kenapa tidak", jawap Rasulullah s.a.w.

Maka dengan penuh semangat, Abu Jahal pun berlari-lari masuk kelorong-lorong mengundang orang-orang Quraish datang keMasjidil Haram untuk mendengar cerita dari Rasulullah s.a.w tentang perjalanan Israk dan Mikraj beliau. Setelah berkumpul semuanya, maka Rasulullah s.a.w pun mula menceritakan akan perjalanan Israk dan Mikrajnya, manakala Abu Jahal begitu gembira kerana racunnya untuk mempersendakan Rasulullah s.a.w dianggapnya telah berjaya.

Abu Jahal kemudian berdiri dan dengan nada mengejek berkata, "Sekiranya engkau benar-benar telah bertemu nabi-nabi yang engkau sebutkan, maka cuba sifatkan bagaimana bentuk mereka agar para hadirin dapat memastikan ceritamu". Maka Rasulullah s.a.w pun mengambarkan bahawa Nabi Isa a.s mempunyai perwatakan yang sedang dan warna kulitnya kemerah-merahan manakala Nabi Musa a.s bertubuh sasa dan agak gelap kulitnya. Mengenai Nabi Ibrahim a.s, Rasulullah s.a.w mengambarkan akan kesamaan rupa-bentuk Nabi Ibrahim dengan dirinya.

Setelah itu, Abu Jahal menuntut dari Rasulullah s.a.w akan bukti-bukti kebenaran perjalanan Israk dan Mikraj beliau yang dapat menyakinkan mereka. Rasulullah s.a.w menceritakan bahawa dalam perjalanannya menuju Syam, beliau telah melalui suatu kabilah, disebuah lembah dimana seekor unta mereka lari tersesat, namun atas petunjuknya, mereka telah bertemu kembali dengan unta mereka tersebut. Juga diceritakan, setibanya beliau dibukit Dhajnan, Rasulullah s.a.w melalui serombongan kabilah yang berehat dalam perjalanan mereka keMekah. Rombongan kabilah tersebut didahului oleh seekor unta abu-abu yang mengangkut dua buah karung, yang satu berwarna hitam, sedang yang satu lagi berwarna hitam-putih dan akan memasuki Mekah melalui jurusan Tan`iem.

Untuk memastikan cerita Rasulullah, maka pihak Quraish telah menghantar beberapa orang keTan`iem untuk melihat rombangan kabilah tersebut dan setelah diselidik, benarlah sebagaimana apa yang diceritakan oleh Rasulullah s.a.w. Namun mereka masih enggan untuk mempercayai cerita perjalanan Rasulullah s.a.w.

Al-Muth`iem bin Adi, seorang pemuka Quraish berkata; “Bagaimana kami dapat mempercayai ceritamu ya Muhamad, bahawa engkau dapat melakukan perjalanan pergi-balik keBaitul-Maqdis hanya dalam tempoh semalam sedang kami memerlukan tempoh berbulan-bulan dengan unta kami. Demi tuhan kami Lata dan Uzza, kami tidak akan menerima ceritamu ini sebagai suatu yang benar dan pasti engkau telah berdusta“.

Abu Bakar r.a yang berada disitu segera berkata dengan lantang: "Aku percaya ya Muhamad, bahawa apa yang diceritakan adalah benar dan engkau adalah pesuruh Allah".

Al-Muth`iem bin Adi bertanya Abu bakar r.a, "Percayakah engkau Abu Bakar bahawa dia telah melakukan perjalanan pergi-balik dalam tempoh hanya semalam?". Abu Bakar r.a menjawab, "Aku percaya kepadanya tentang hal-hal yang lebih jauh dan lebih ganjil dari itu. Aku percaya kepadanya tentang berita-berita langit yang dibawanya siang dan malam, maka bagaimana aku tidak mempercayai tentang Israk dan Mikraj, yang merupakan suatu kemulian anugerah Allah kepadanya".

Sebegitulah keyakinan yang dimiliki oleh Abu Bakar r.a, sehingga layaklah dirinya digelar Abu Bakar Siddiq. Penyataan Abu Bakar r.a ini juga menguatkan lagi keimanan golongan-golongan sahaba yang setia. Rasulullah s.a.w seterusnya ditanya akan rupa bentuk Baitul-Muqadis yang mana pada permulaannya agak sukar untuk Rasulullah s.a.w mengingati akan ciri-cirinya, namun Allah Taala telah membuka dihadapan Rasulullah s.a.w akan pandangan buat Baitul-Muqadis, dimana beliau dapat menjelaskan dengan sejelas-sejelasnya akan ciri-ciri bentuk Baitul-Muqadis yang mana diakui sendiri akan kebenaranya oleh pihak Quraish yang pernah kepergi Baitul-Muqadis.

- Ibn Ishak dalam menyatakan mengenai periwayat-periwayat hadis Israk dan Mikraj bahawa; ….“mereka semua meriwayatkan dari Rasulullah s.a.w sebahagian dari apa yang beliau sebutkan tentang peristiwa Israk yang beliau alami. Sungguh pada peristiwa Israk yang beliau jalani dan apa yang beliau sebutkan didalamnya terdapat tujuan, seleksi dan salah satu bukti akan kekuasaan Allah. Didalamnya juga terdapat pelajaran bagi orang-orang berakal, petunjuk, rahmat pengukuhan bagi orang yang beriman kepada Allah dan membenarkannya. Sungguh peristiwa Israk adalah salah satu bukti kekuasaan Allah. Allah S.W.T mengisra’kan baginda seperti yang di kehendaki-Nya untuk memperlihatkan ayat-ayat-Nya kepada yang Dia inginkan, hingga beliau boleh menyaksikan bukti-bukti kekuasaan-Nya dan kemampuan-Nya mengerjakan apa sahaja“


No comments:

Btn_blue_77x28

open source - sumber terbuka

Mana-mana coretan yang dikira baik, dibenarkan mengambil (copy-paste) tanpa perlu bertanya tuan blog ini. Manakala mana-mana coretan yang terdapat kesilapan, mohon ribuan kemaafan dari tuan blog ini. - " Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya "

Coretan lalu

zar4art

Bayan

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com
Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com

Waktu sholat

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

English to Arabic to English Dictionary
Find word:
Exact Word / Starting Word Sub Word
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
www.SearchTruth.com

Salam damai