Dari masjid Al Aqsa, Jibril a.s membawa Rasulullah s.a.w naik kemikraj pertama. Dimikraj pertama, ketika Jibrail a.s meminta agar dibukakan pintu, terdengar suara bertanya: "Siapakah engkau?" Dijawabnya: "Jibril". Jibril a.s ditanya lagi: "Siapakah bersamamu?" Jibrail a.s menjawab: "Muhammad" Jibril a.s ditanya lagi: "Adakah dia telah diutus?" Jibril a.s menjawab: "Ya, dia telah diutus".
Bila pintu dibukakan pintu maka terlihat seorang insan yang duduk, sedang dikanan dan kirinya tampak sekumpulan insan-insan lain, dimana bila beliau melihat kekanan, beliau tertawa, tetapi bila melihat kekiri, beliau menangis. Kemudian beliau menyambut Rasulullah s.a.w dan Jibril seraya berkata: "Marhaban (selamat datang) nabi yang soleh dan putra yang soleh".
Rasulullah s.a.w bertanya kepada Jibril: "Siapakah itu?" Jawabnya: "Itu adalah Adam a.s., sedang sekumpulan orang yang dikanan kirinya adalah anak cucunya. Kumpulan yang dikanan adalah ahli surga dan kumpulan yang dikirinya adalah ahli neraka, kerana itu, beliau tertawa bila melihat kekanan, dan menangis bila melihat kekirinya". Nabi Adam a.s kemudiannya mendoakan kebaikan buat Rasulullah s.a.w.
Seterusnya Rasulullah s.a.w dibawa naik kemikraj kedua. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Terdengar suara bertanya lagi: "Siapakah engkau?" Dijawabnya: "Jibril".
Jibril a.s ditanya lagi: "Siapakah bersamamu?" Jibril a.s menjawab: "Muhammad". Jibril a.s ditanya lagi: "Adakah dia telah diutus?" Jibril a.s menjawab: "Ya, dia telah diutus".
Pintu pun dibukakan lalu bertemulah Rasulullah s.a.w dengan Isa bin Mariam dan Yahya bin Zakaria, dimana mereka berdua menyambut rasulullah s.a.w dan mendoakan rasulullah s.a.w dengan kebaikan.
“Marhaban nabi yang saleh” Rasulullah s.a.w bertanya: "Siapakah ini?" Jawab Jibril: "Itu Isa" Nabi Isa bertubuh sedang, kulitnya putih kemerahan bagaikan orang yang baru keluar dari pemandian,
Rasulullah s.a.w kemudiannya dibawa naik kemikraj ketiga. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Terdengar suara bertanya lagi: "Siapakah engkau?" Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: "Siapakah bersamamu?" Jibril a.s menjawab: "Muhammad". Jibril a.s ditanya lagi: "Adakah dia telah diutus?" Jibril a.s menjawab: "Ya, dia telah diutus".
Pintu pun dibukakan, lalu Rasulullah s.a.w bertemu dengan Nabi Yusuf a.s yang ternyata beliau telah dikurniakan kedudukan yang sangat tinggi. Nabi Yusuf a.s menyambut Rasulullah s.a.w dan mendoakan kebaikan. "Marhaban nabi yang saleh". Rasulullah s.a.w bertanya: "Siapakah ini?" Jawab Jibril: "Itu Yusuf".
Rasulullah s.a.w dibawa seterusnya naik kemikraj keempat. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu lalu terdengar suara bertanya lagi: "Siapakah engkau?" Dijawabnya: "Jibril". Jibril a.s ditanya lagi: "Siapakah bersamamu?" Jibril a.s menjawab: "Muhammad". Jibril a.s ditanya lagi: "Adakah dia telah diutus?" Jibril a.s menjawab: "Ya, dia telah diutus".
Pintu pun dibukakan maka bertemulah Rasulullah s.a.w dengan Nabi Idris a.s dimana beliau menyambut Rasulullah s.a.w dan mendoakan untuk kebaikan. Nabi Idris berkata: “Marhaban (Selamat datang) nabi yang saleh dan saudara yang saleh”
Rasullah s.a.w bertanya kepada Jibril: "Siapakah ini?" Jawabnya: "Ini Idris". Allah s.w.t berfirman: `Dan kami telah mengangkat ke tempat yang tinggi derajatnya.`
Rasulullah s.a.w seterusnya dibawa naik kemikraj kelima. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu dan terdengar suara bertanya lagi: "Siapakah engkau?" Dijawabnya: "Jibril". Jibril a.s ditanya lagi: "Siapakah bersamamu?" Jibril a.s menjawab: "Muhammad". Jibril a.s ditanya lagi: "Adakah dia telah diutus?" Jibril a.s menjawab: "Ya, dia telah diutus".
Pintu pun dibukakan lalu bertemu Rasulullah s.a.w dengan Nabi Harun a.s dimana beliau menyambut Rasulullah s.a.w dan mendoakan kebaikan. “Marhaban nabi yang saleh” Rasulullah s.a.w bertanya pada Jibrail: "Siapakah ini?" Jawab Jibril: "Itu Harun".
Rasulullah s.a.w dibawa seterusnya naik kemikraj keenam. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu, lalu kedengaran suara bertanya lagi: "Siapakah engkau?" Dijawabnya: "Jibril". Jibril a.s ditanya lagi: "Siapakah bersamamu?" Jibril a.s menjawab: "Muhammad". Jibril a.s ditanya lagi: "Adakah dia telah diutus?" Jibril a.s menjawab: "Ya, dia telah diutus".
Pintu pun dibukakan lalu bertemu Rasulullah s.a.w dengan Nabi Musa a.s dimana beliau juga menyambut Rasulullah s.a.w dan mendoakan dengan kebaikan. Nabi Musa a.s menyambut : “Marhaban nabi yang saleh” Rasulullah s.a.w bertanya pada Jibrail: "Siapakah ini?" Jawab Jibril: "Itu Musa". Nabi Musa a.s merpakan seorang yang coklat rupanya, tinggi dan keriting rambutnya, kurus, seperti orang dari suku Syanu’ah.
Seterusnya, Rasulullah s.a.w dibawa naik kemikraj ketujuh. Jibril a.s meminta supaya dibukakan, lalu terdengar suara bertanya lagi: "Siapakah engkau?" Dijawabnya: "Jibril". Jibril a.s ditanya lagi: "Siapakah bersamamu?" Jibril a.s menjawab: "Muhammad". Jibril a.s ditanya lagi: "Adakah dia telah diutus?" Jibril a.s menjawab: "Ya, dia telah diutus".
Pintu pun dibukakan maka bertemu Rasulullah s.a.w dengan Nabi Ibrahim a.s berhampiran dengan Baitul Makmur. Begitu luasnya baitul Makmur dimana setiap hari tujuh puluh ribu malaikat akan memasukinya untuk melakukan tawaf, dan yang telah keluar, tidak mungkin dapat masuk kembali lantaran banyaknya para malaikat.
Rasulullah s.a.w melihat bahawa dirinya sangat menyerupai Nabi Ibrahim a.s. Kepada Rasulullah s.a.w, Nabi Ibrahim a.s berkata; "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: Subhanallah, wal-hamdulillah, wala ilahaillallah, Allahu akhbar dan Wala haula wala Quawwata illa billahil-aliyyil-azhim. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sebatang pohon dalam surga"
Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah s.a.w dan Jibrail masuk kedalam Baitul-Makmur dan bersolat (Kedudukan Baitul-Makmur adalah betul-betul berada diatas Baitullah diMekah).
Rasulullah s.aw dibawa seterusnya untuk naik kemikraj kelapan. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu Sidratul al-Muntaha. Sidratul Muntaha ( سدرة المنتهى , Sidratul Muntaha) adalah sebatang pohon bidara yang yang sangat besar, menandai akhir dari langit ketujuh, mulai tumbuh dilangit Keenam hingga langit Ketujuh, merupakan sebuah batas dimana makhluk tidak dapat melewatinya. Dedaunannya sebesar telinga gajah dan buah-buahannya seperti bejana batu. Menurut Kitab As-Suluk, Sidrat al-Muntahā adalah sebuah pohon yang terdapat di bawah ‘Arsy, pohon tersebut memiliki daun yang sama banyaknya dengan sejumlah makhluk ciptaan Allah.
Allah berfirman dalam surah An-Najm 16,
“ Ketika Sidratul Muntaha diliputi oleh sesuatu yang meliputinya (an-Najm, 53: 16) ” Dikatakan bahawa yang menyelimutinya adalah permadani terbuat dari emas.
“ Ketika Sidratul Muntaha diliputi oleh sesuatu yang meliputinya (an-Najm, 53: 16) ” Dikatakan bahawa yang menyelimutinya adalah permadani terbuat dari emas.
Jika Allah memutuskan sesuatu, maka “bersemilah” Sidratul Muntaha sehingga diliputi oleh sesuatu, yang menurut penafsiran Ibnu Mas’ud r.a adalah “permadani emas”. Penerangan tentang Sidratul Muntaha dalam hadits-hadits tentang Isra Mikraj tersebut hanyalah berupa gambaran (metafora) sebatas yang dapat diungkapkan kata-kata, sedang hakikat sebenarnya, hanya Allah sahaja yang maha mengetahui.
Dari Anas bin Malik, dari Malik bin Sha’sha’ah, dari Rasulullah s.a.w; Dia pun menyebutkan hadits Mikraj, dan didalamnya: “Kemudian aku dinaikkan keSidratul Muntaha”. Lalu Rasulullah s.a.w mengisahkan: “Bahawa daunnya seperti telinga gajah dan buahnya seperti bejana batu”. (HR al-Baihaqi, Bukhari dan Muslim)
Dari sidratul muntaha dilihatnya pula empat sungai, dua sungai non-fisik (bathin) disurga, dua sungai fisik (dhahir) di dunia: sungai Efrat di Iraq dan sungai Nil di Mesir. Disinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah s.a.w menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai yang air tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah-buahan, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah, disamping unggas-unggas emas yang berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi indahnya untuk diungkapkan. Rasulullah s.a.w juga dapat menyaksikan sungai Al-Kautsar yang mengalir terus kesyurga.
Jibril juga seterusnya membawa mengajak Rasulullah s.a.w untuk melihat surga yang indah. Inilah yang dijelaskan pula dalam Al-Qur’an surat An-Najm. DiSidratul Muntaha itu juga, Rasulullah s.a.w telah melihat bentuk wujud Jibril yang sebenar.
Ibnu Mas’ud meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah melihat (bentuk asli) Jibril. Ia memiliki enam ratus sayap.” (HR Muslim)
Ibnu Mas’ud meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah melihat (bentuk asli) Jibril. Ia memiliki enam ratus sayap.” (HR Muslim)
“ Dan sesungguhnya Muhammad telah melihat Jibril itu (dalam rupanya yang asli) pada waktu yang lain, (An-Najm 53:13) ”
Setelah disurga, Jibril mengajak pula Rasulullah s.a.w untuk melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya. Rasulullah s.a.w seterusnya dibawa lagi naik kemikraj kesembilan oleh Jibril a.s dimana sampai suatu batas, Jibril terpaksa meninggalkan Rasulullah s.a.w keseorangan untuk meneruskan perjalanannya. Rasulullah s.a.w masuk kedalam nur lalu naik keMustawa dan Sharirul-Aqlam. Disitu, beliau melihat seorang lelaki yang ghaib didalam nur `Arasy, iaitu lelaki yang didunia lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu-bapanya (mentaati dan menghormati orang tuanya).
Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah melihat hijab Allah yang berupa cahaya. Abu Dzar r.a meriwayatkan: "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w: “Apakah tuan melihat Allah?”. Rasulullah s.a.w menjawab: “Cahaya. Bagaimanakah aku melihat-Nya?" (HR Muslim)
Dari Abdullah bin Syaqiq: ‘Aku berkata kepada Abu Dzar r.a: “Seandainya aku melihat Rasulullah s.a.w, pasti aku akan menanyainya.” Lantas Abu Dzar r.a bertanya: “Tentang apa?” Aku akan menanyainya: “Apakah beliau melihat Allah?” Abu Dzar berkata: “Aku telah menanyainya, kemudian beliau jawab: ‘Aku telah melihat cahaya’.”(HR Muslim)
Bersambung...
No comments:
Post a Comment