Satu ketika,
Rasulullah s.a.w dan para sahaba sedang makan buah kurma,
biji-bijinya mereka sisihkan ditempatnya masing- masing. Akhirnya
kemudian, sisa biji-biji kurma terkumpul lebih banyak disisi
Ali r.a berbanding disisi Rasulullah s.a.w. Maka Ali r.a pun secara diam-diam memindahkan biji-biji kurma tersebut kesisi Rasulullah.
Kemudian Ali r.a
dengan bergurau berkata, “ Wahai Nabi, engkau memakan kurma lebih
banyak daripada aku. Lihatlah sisa biji-biji kurma yang berkumpul
ditempatmu.”
Rasulullah s.a.w
pun tersenyum dan menjawab, “Ali, kamulah yang memakan lebih banyak
kurma. Aku memakan kurma dan masih menyisakan biji-bijinya. Sedangkan
engkau, memakan kurma dengan biji-bijinya”. (HR. Bukhari)
Manakala dalam
riwayat yang lain, Rasulullah s.a.w pernah bergurau dengan seorang
wanita tua yang datang dan berkata, “Doakan aku kepada Allah agar
Allah memasukkan aku kedalam syurga .”
Rasulullah s.a.w
berkata kepadanya, “Wahai Ummu Fulan! Sesungguhnya syurga itu tidak
dimasuki orang yang sudah tua .”
Maka wanita tua
itu pun menangis. Lantas kemudian, Rasulullah s.a.w memahamkannya,
bahawa disyurga tiada orang tua kerana ketika dia memasuki syurga
nanti, tidak akan masuk syurga sebagai orang yang sudah berumur, tetapi
akan berubah menjadi muda belia dan cantik.
Lalu Rasulullah
s.a.w membaca firman Allah SWT:
“Sesungguhnya
Kami menciptakan mereka (wanita-wanita syurga) itu dengan langsung,
dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan, penuh cinta lagi sebaya
umurnya.” (Surah Al Waqi’ah: 35-37)
No comments:
Post a Comment