Wednesday

Gurau - 3

Tetamu dan ayam


Sebuah rumah disuatu desa dikunjungi tetamu, lalu tuan rumah pun sibuk menyediakan makanan dan menjemput tetamu tersebut menjamahnya. Maka mereka pun mula menjamah hidangan tersebut, hanya nasi, sayuran dan kuah kari. Tetamu yang berkeinginan daging ayam atau ikan tetapi segan bertanya kenapa hanya kuah kari tanpa apa-apa isi hanya berharap didalam hatinya.

 Tiba-tiba dari dalam, isteri tuan rumah bertanya, apakah perlu membawa keluar ayam, sisuami menjawab: "nanti". Tetamu pun amat girang hatinya bila mendengar perkataan ayam, lalu berangan akan besarnya hidangan ayam yang akan nanti dibawa keluar.

Setelah sepinggan dua habis nasi dimakan, seisteri tuan rumah bertanya lagi, apakah perlu sekarang dibawa keluar ayam, sisuami menjawab : "nanti". Sitetamu menjadi kehairanan namun segan bertanya lalu terus menjamah makanan sehinggalah kekenyangan.

Setelah itu, sisuami, tuan rumah lalu menjerit, "bawalah ayam-ayam tu keluar", lantas siisteri pun memberikan anaknya ayam-ayam tersebut untuk dibawa keluar. Lalu sianak pun membawa dua-tiga ekor ayam hidup keluar untuk memakan saki-baki nasi yang tumpah dilantai, manakala sitetamu terpinga-pinga.....


Ayam-ayam

Seperti biasa, sijaka, suami kepada banyaknya ayam-ayam betina berkokok sebelum matahari keluar, samaada untuk membangunkan seluruh keluarganya, tuannya mahupun memang itu adalah rutin hariannya.

Setelah berkokok, maka keluarganya yang terdiri dari banyak isteri-isterinya seta anak-anaknya pun perlahan-perlahan bangun sambil dalam keadaan rabun menanti akan keluarnya sang matahari agar kembali melihat dengan jelas disamping menjalani kehidupan seharian yang bebas diperkarangan rumah tuan mereka.

Tuan mereka pun seperti biasa akan menabur makanan kepada mereka dan seterusnya mereka bebas kesana kemari mencari cacing dan bahan makanan lainnya. Sungguh aman dan beruntungnya mereka merasa bilamana kedatangan sang matahari.

Suatu hari, situan menangkap sijaka, ayam jantan dan suami-ayah serta harapan kepada sekelian ayam-ayam disitu. Situan membawanya kebelakang lalu menyembelihnya. Lalu sekelian ayam betina begitu gelisah terutamanya dipagi hari keesokan harinya sebelum matahari keluar. Begitu gelisah sehingga menganggu itik-itik dikandang sebelah. Maka siitik pun berkata, "Mengapa begitu gelisah dan sedih, itukan lumrah hidup kita semua, segala yang hadir akan pergi juga. Jadi janganlah terlalu bersedih diatas kehilangan  sijaka"

Siayam-ayam betina kemudiannya dengan bersungguh-sungguh menjawab bahawa mereka gelisah dan sedih bukan kerana sijaka, ayam jantan harapan mereka yang telah disembelih semalam, tetapi kerana kini tiada siapa lagi akan berkokok dan memanggil sang matahari keluar (kerana mereka melihat, setiap kali sijaka, ayam jantan harapan mereka berkokok maka keluarlah sang matahari lalu adanya kehidupan mereka disiang hari dengan rezeki yang terbentang).

Siitik begitu terpegun mendengar kata-kata siayam-ayam betina tersebut...

No comments:

Btn_blue_77x28

open source - sumber terbuka

Mana-mana coretan yang dikira baik, dibenarkan mengambil (copy-paste) tanpa perlu bertanya tuan blog ini. Manakala mana-mana coretan yang terdapat kesilapan, mohon ribuan kemaafan dari tuan blog ini. - " Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya "

Coretan lalu

zar4art

Bayan

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com
Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com

Waktu sholat

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

English to Arabic to English Dictionary
Find word:
Exact Word / Starting Word Sub Word
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
www.SearchTruth.com

Salam damai