Friday

Jihadun nafs


Jihadun nafs adalah bermaksud jihad untuk membersihkan jiwa dengan membawa sifat-sifat yang mulia lagi terpuji disamping berusaha sedaya upaya menegakkan agama dalam diri juga dalam masyarakat dan seterusnya keseluruh alam.

Sebagaimana juga berusaha mensucikan hati dan fikir agar sentiasa mendapat keredhaan Allah Taala.

Allah Taala berfirman:

وَمَن جَـٰهَدَ فَإِنَّمَا يُجَـٰهِدُ لِنَفۡسِهِ

{Dan sesiapa yang berjuang (Jaahada) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang (Yujaahidu) untuk kebaikan dirinya sendiri} (29:6).

وَٱلَّذِينَ جَـٰهَدُواْ فِينَا لَنَہۡدِيَنَّہُمۡ سُبُلَنَا‌ۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ

{Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan Kepada mereka jalan-jalan Kami (Hidayat). Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.} (29:69)

Ayat Al-Quran mengenai jihad ini yang terdapat didalam Surah Ankabut adalah ayat yang diturunkan diMekah (Surah Makki) yang mana diwaktu itu tiada tindakan ketenteraan atau belum ada peperangan dan ini jelas bahawa ayat ini diturunkan sebagaimana yang dikatakan oleh para-para ulamak adalah berkenaan Jihadun nafs iaitu jihad keatas nafsu diri.

Penyataan akan keutamaan Jihadun nafs adalah juga seperti yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w:

Dari Fudhalah bin ‘Ubaid r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:

اَلْمُجَاهِدُ مَنْ جَاهَدَ نَفْسَهُ فِي طَاعَةِ اللهِ

“Seorang mujahid adalah orang yang berjihad memperbaiki dirinya dalam ketaatan kepada Allah”. (Ibn Hibban (#1624, 2519): sahih; al-Hakim: sahih; Tirmidhi, Ahmad, dan Tabarani)

Dari Abu Muhammad Abdullah bin Amr bin al-’Ash radhiyallahu’anhuma beliau berkata : Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Tidaklah beriman salah seorang di antara sehingga hawa nafsunya tunduk mengikuti ajaran yang aku bawa.” (Hadits sanad sahih).

Dari itu, jelas sesungguhnya mereka-mereka yang mengorbankan masa, kewangan dan diri dijalan Allah seperti keluar untuk tempoh 3 hari, 40 hari, 4 bulan, setahun serta cuba menghidupkan setiap masjid dimana sahaja dengan amalan masjid Nabawi dizaman Rasulullah s.a.w dan para sahaba seperti sentiasa wujud dakwah, taklim wa taklum, ibadat/zikir dan khidmat, adalah merupakan antara para mujahidin sejati.

Dalam mana berusaha keatas Iman dan amal solehan, berusaha keatas sifat-sifat mulia seperti sifat rahmat keatas semua makhluk, sifat ilmu dan zikir, berusaha menekan nafsu, berusaha agar keikhlasan sentiasa dihati serta berusaha keras mendapat keredhaan Allah Taala dengan membawa usaha dakwah Rasulullah s.a.w kedalam diri dan alam seterusnya.

Kesilapan memang kekadang berlaku kerana begitulah lazimnya insan, sebagaimana juga terjadi dikalangan para-para sahaba namun jalan yang diambil adalah jalan kebenaran dan jalan mentarbiahkan diri.

Contohnya seorang yang dalam perjalanan keMekah dan Madinah untuk mengerjakan haji, umrah serta menziarahi makam Rasulullah, mungkin terjadi berbagai-bagai dugaan, cabaran, malah kekadang memenatkan dan seterusnya, namun jalan yang diambil untuk menuju keMekah dan Madinah dengan niat yang ikhlas adalah jalan kebenaran dan dari situ, diri semakin meningkat tinggi darjatnya disisi Allah Taala.

2 comments:

Ziarah76 said...

semoga dapat istiqamah

zarch said...

Amin..Z76...amin.

Btn_blue_77x28

open source - sumber terbuka

Mana-mana coretan yang dikira baik, dibenarkan mengambil (copy-paste) tanpa perlu bertanya tuan blog ini. Manakala mana-mana coretan yang terdapat kesilapan, mohon ribuan kemaafan dari tuan blog ini. - " Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya "

Coretan lalu

zar4art

Bayan

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com
Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com

Waktu sholat

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

English to Arabic to English Dictionary
Find word:
Exact Word / Starting Word Sub Word
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
www.SearchTruth.com

Salam damai