Sunday

Merantaulah...






Tidak akan tinggal dikampung halamannya saja,
bagi orang yang memiliki kecerdasan dan adab yang tinggi,
tapi dia akan pergi meninggalkan tempatnya,
maka tinggalkanlah tanah-airmu dan merantaulah.

Pergi dan merantaulah ditempat yang baru,
kamu akan dapatkan pengganti dari kerabat dan kawan,
dan bersusah-payahlah, kerana sesungguhnya,
kelazatan hidup itu terasa setelah bersusah-payah.

Sesungguhnya aku melihat diamnya air itu,
akan mengeruhkan dan merusakkannya,
sedang apabila air itu mengalir, ia akan menjadi jernih,
dan apabila tidak mengalir, selamanya tidak akan jernih.

Seekor singa pada saat ia berada dalam sarangnya  sahaja,
tentu tidak akan dapat ia menerkam mangsanya.

Anak panah pun tidak akan mengenai sasarannya,
sebelum ia terlepas dari busurnya.

Jika matahari tidak bergerak dan terus diam,
tentu manusia bosan padanya dan enggan memandang.

Bijih emas bagaikan tanah biasa sebelum digali dari tambang,
kayu gaharu tidak ubahnya seperti kayu biasa, jika hanya didalam hutan.


(Diwan Al-Imam Asy-Syafi’i, 1992:33)


- Sebagaimana seperti maksud syair Imam Syafii ini juga, jemaah demi jemaah dimana-mana sahaja diseluruh dunia, dibentuk untuk keluar kesetiap penjuru alam. Diatas usaha harakah iman (usaha Tabligh)dan dengan tertib yang tersusun rapi, pengorbanan untuk keluar merantau dijalan Allah dapat dilakukan dengan mudah dan terbuka kepada sesiapa sahaja tidak kira apa statusnya.

Dalam mana dengan niat ikhlas pertama-tamanya bagaimana memperbaiki iman dan amal, maka dirilah yang mendapat sebegitu besarnya faedah, disamping juga ahli keluarga dirumah dan untuk generasi seterusnya. Islah pertama-tamanya untuk umat ini adalah bagaimana dapat keyakinannya sebenarnya pada Allah dan zuhud dunia.

Ini adalah suatu rahmat, dalam mana setiap lapisan masyarakat tidak kira seorang alim atau tidak, seorang profesional atau amatur, tua atau muda, yang sihat mahupun yang uzur, miskin atau kaya dan seterusnya, semuanya berpeluang keluar merantau dijalan Allah. Kerana semuanya memerlukan usaha bagaimana untuk mendapat keredhaan Allah, sedang usaha ini tidak memerlukan sesiapa pun. Sebagaimana semua makhluk memerlukan Allah sedangkan Allah tidak memerlukan sesiapa pun. Dan Allah maha suci dari segala sifat kekurangan sedangkan sekelian makhluk, penuh kekurangan.

8 comments:

Ziarah76 said...

jazakallah...dapat baca syair tu

Umma-ali said...

Salam,
MasyaAllah semoga Allah pilih kita dan keturunan kita untuk merantau demi agama Allah SWT spya Allah Redho dgn kita...doakan saya yg lemah ni...

zarch said...

Jazakallah juga pada Z76. Inilah usaha Maulana Ilyas rah. bila diteliti, iaitu menghidupkan kembali usaha dan fikir para-para sahaba, Imam-Imam Mahzab serta para solehan awalin, yang mana umat Islam terkemudian telah berabad-abad meninggalkan usaha ini terutama dizaman penjajahan.

Amin...Kak Umma-ali. Semoga kita dan keturunan kita semua diberi taufik dan hidayat dan diredhai oleh Allah Taala.

ابن زين الرمباوي said...

assalamualaikum tuan..

boleh bagi detail kitab tu tak...ana nak cuba cari...terbitan dan cetakan..dll

jazakallah

zarch said...

Waalaikumsalam Ibnu Zain. Disini ada Ebooknya, syair ini pada syair ke13 (anjuran untuk pergi):

http://www.scribd.com/doc/8743839/Diwan-Imam-Syafii-INDONESIA

http://ia341316.us.archive.org/0/items/waqdshaf/33093.pdf

zarch said...

Diwan Syafii, Dar El-Maferah, Beirut Lebanon, http://www.marefah.com:

http://www.scribd.com/doc/13455395/Diwan-esSafii-Diwan-Imam-Syafei-Beirut

Hideossle said...

ingin 'merantau' dalam diri. dari buruk ke lebih baik. insyaAllah moga kita dikurniakan kejayaan.

zarch said...

Salam Hideossle, semoga Allah memudahkan segala jalan buat kita menuju kearah kebaikan...

Btn_blue_77x28

open source - sumber terbuka

Mana-mana coretan yang dikira baik, dibenarkan mengambil (copy-paste) tanpa perlu bertanya tuan blog ini. Manakala mana-mana coretan yang terdapat kesilapan, mohon ribuan kemaafan dari tuan blog ini. - " Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya "

Coretan lalu

zar4art

Bayan

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com
Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com

Waktu sholat

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

English to Arabic to English Dictionary
Find word:
Exact Word / Starting Word Sub Word
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
www.SearchTruth.com

Salam damai