Wednesday

Salam damai

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Tidaklah kalian masuk syurga hingga kalian beriman. Dan tidaklah kalian beriman hingga saling menyayangi antara satu sama lain. Mahukah kalian aku tunjukkan suatu amalan yang jika kalian kerjakan niscaya kalian akan saling menyayangi antara satu sama lain? Sebarkanlah salam sebanyak-banyaknya diantara kalian" - (Muslim)

Abdullah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Orang yang mengucapkan salam lebih dahulu terlepas dari sifat kibir/sombong" - (Bukhari)

Abu Umamah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Orang yang mendahului yang lain dalam memberi salam adalah lebih layak untuk menjadi lebih dekat kepada Allah" - (Abu Daud)

Anas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda kepadanya. "Ya anakku, apabila engkau memasuki rumahmu, ucapkan salam kepada ahli keluargamu. Maka akan menjadi barkah bagimu dan kepada penghuni rumahmu" - (Tirmidzi)

Abdullah bin Salam meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda, "Wahai sekalian manusia, tebarkanlah salam di antara kalian, berilah makan, sambunglah tali silatur-rahim dan sholatlah ketika manusia tidur malam, niscaya kalian akan masuk surga dengan selamat" - (Tirmidzi, Ibnu Majah, Ahmad)

Ali r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Setiap muslim memiliki enam hak istimewa dari orang muslim yang lain. Hendaklah memberi salam kepadanya apabila ia bertemu dengannya, menghadiri undangannya apabila ia diundang, apabila bersin dan berkata Alhamdulillah (segala pujian keatas Allah) hendaklah ia menjawab Yarhamukallah (semoga Allah merahmatimu), mengunjunginya ketika sakit, menghantar jenazahnya apabila meninggal dunia dan menyukainya (saudara muslim) apa yang disukai bagi dirinya sendiri" - (Ibnu Majah)

Berita - Ijtema

Sebuah kota di India akan menjadi tempat pertemuan umat Islam salah satu yang terbesar di dunia, yaitu Ijtima Dunia Jamaah Tabligh yang ke 63. Pertemuan global yang diselenggarakn oleh Jamaah Tabligh ini akan diadakan pada tanggal 25-27 Desember di Itkhori Islam Nagar, sekitar 12 km dari Bhopal.

Dengan sekitar 700.000 Muslim diharapkan akan datang dari seluruh dunia, maka dikatakan pertemuan umat Islam ini akan menjadi yang terbesar setelah Haji di Mekkah dan ijtima Jamaah Tabligh di Bangladesh.

"Setiap tahun kami menyelenggarakan ijtima untuk menyebarkan pesan Islam, menyerukan untuk melakukan perbuatan baik dan menghentikan orang-orang dari kesalahan, mengenal Allah dan mengikuti jalan Nabi Muhammad," kata juru bicara Ijtima Atique-ul-Islam kepada IANS.

"Jamaah yang berasal dari Rusia, Kamboja, Thailand, Indonesia, Malaysia dan Sri Lanka telah tiba, dan umat Muslim dari setidaknya 30 negara, termasuk Australia, Inggris dan Afrika Selatan, akan mengambil bagian di dalamnya," katanya.

Dan salah satu fitur terbaik dalam acara ini adalah bahwa orang-orang cacat, yang biasanya menjauhkan diri dari pertemuan besar, dipersilahkan hadir dan bahkan diberi perhatian ekstra.

"Selain pengaturan tempat terpisah bagi penyandang cacat, beberapa orang akan membuat mereka mengerti isi khotbah-khotbah agama yang disampaikan dengan tindakan," kata Atique.

"Aalmi Ijtema (Ijtima Alami) dimulai sejak kemerdekaan India tahun 1947. Dan terus berlanjut sejak itu. "Kegiatan ini terus berlangsung non-stop selama 63 tahun terakhir," kata jurnalis senior Perwez Bari yang berbasis di Bhopal. Dari tahun 1947 hingga 2001, ijtema mengambil tempat dimasjid Taj-ul yang ada di sini - salah satu masjid terbesar di Asia - dan setelah itu mengambil tempat di Itkhori.

Ijtema berlangsung di tanah seluas 145 hektar, yang meliputi 36 hektar untuk tenda-tenda, 60 hektar ruang parkir dan 10 hektar untuk MKC untuk memenuhi kebutuhan air dan mandi dalam pertemuan besar tersebut, selain dari ruang untuk mengakomodasi para penyandang cacat.

Meskipun demikian, pihak penyelenggara acara membuat titik untuk memastikan bahwa kegiatan besar tersebut tidak menjadi acara yang membuat 'keributan' dan memungkinkan acara tersebut tetap relijius dengan tanpa suara meskipun dihadiri ratusan ribu jamaah. Terdapat pedoman bagi pemilik toko untuk menjual barang-barang mereka, khususnya makanan, dengan biaya ketat ditentukan oleh pihak manajemen acara.

"Kami sudah mendapat dukungan penuh dari pemerintah. Banyak departemen dari negara atau pemerintah pusat memberikan dukungan mereka kepada kami," kata Atique. Namun keamanan tetap menjadi perhatian utama.

"Paling tidak 1,200 polisi akan diturunkan di sekitar tempat acara untuk menjamin keamanan," kata Singh, salah seorang pejabat kepolisian setempat. Dengan jumlah umat Islam sebesar 140 juta, India memiliki populasi terbesar ketiga Muslim di dunia setelah Indonesia dan Pakistan.(fq/deccanherald)

- www.eramuslim.com

Tuesday

Hijrah dan selepas hijrah - 4

Salah satu hijrah yang utama adalah bagaimana dari kehidupan seharian, amal harian, fikir harian, muamalat, muasyarat, akhlak, ibadat, doa dan seterusnya berkenaaan keimanan buat diri, dari sesuatu yang tertolak atau tidak dinilai oleh Allah kepada pengabulan dan penerimaan-Nya.

Untuk pengabulan serta penerimaan-Nya, pertama-tamanya adalah memerlukan niat yang ikhlas dimana dengan niat yang ikhlas, amal yang sedikit pun Allah boleh memberi ganjaran sebesar-besarnya sedangkan tanpa keikhlasan, amal yang bertimbun-timbun pun tiada nilainya langsung disisi Allah.

عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ : إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى . فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ .

Umar bin Al-Khattab r.a berkata: saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung atas niatnya dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang diniatkan. Sesiapa yang berhijrah kerana (ingin mendapatkan keredhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kerana (keredhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan sesiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dikehendaki atau kerana wanita yang ingin dinikahi, maka hijrahnya (akan dinilai sebagaimana) yang dia niatkan. - (Bukhari & Muslim)

Berkenaan hadits ini, Imam Ahmad rah. dan Imam Syafii rah. menyatakan bahawa dalam hadits tentang niat ini, ia mencakupi sepertiga ilmu. Ini kerana perbuatan insan adalah terdiri daripada perbuatan anggota badannya, lisannya dan hatinya. Imam Syafii rah juga berkata bahawa hadits tentang niat ini mencakupi tujuh puluh bab dalam fiqh.

Sebegitu juga akan hadits lain tentang keutamaan niat ikhlas seperti yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a yang lebih kurang makna terjemahannya, bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesungguhnya Allah tidak melihat bentuk badan (jasad) dan rupamu (kedudukan, posisi dan lain-lain), tetapi memperhatikan niat dan keikhlasan dalam hatimu. - (Muslim)

Atas itu, perlunya sentiasa memperbaiki niat (tashihun niat) agar sentiasa mencapai keikhlasan dan ini dilakukan dengan memperhatikan niat diri sebelum melakukan sesuatu amal atau perbuatan, sedang dalam melakukannya dan sesudah melakukannya.

Disamping dakwahkan atau ucapkan lagi dan lagi akan keutamaan memiliki sifat niat ikhlas ini agar diri sendiri pertama-tamanya sentiasa mengingati akan keutamaan niat ikhlas dan seterusnya ingat-mengingati sesama insan. Dan juga berdoa agar dikurniakan oleh Allah akan keikhlasan didalam hati kerana Allah sahajalah yang mampu membantu insan yang fitrahnya bersifat dhaif ini.

Hijrah dan selepas hijrah - 3

Hijrah suasana, yang mana meninggalkan suatu suasana kehidupan yang jauh dari mengingati serta mentaati perintah Allah kepada suasana yang membawa diri sentiasa mengingati Allah dan berpesan-pesan dalam mentaati perintah Allah.

Insan lazimnya mudah terkesan pada suasana sekitar samada suasana sedari lahirnya kedunia ini iaitu suasana keluarga atau mereka yang menjaganya, suasana persekitaran dalam kehidupan seharian dan seterusnya kepada suasana-suasana yang mempengaruhi seperti media-media dan lain-lain.

Sebagaimana yang dikatakan, insan adalah dilahirkan seperti kain putih yang bersih, kemudiannya terpalit corak warnanya mengikut suasana sekitar dan ini adalah hakikatnya, yang mana, suasana persekitaran dapat mencorak akan diri seseorang.

Kerana itu, pentingnya untuk khuruj Fisabilillah atau keluar dijalan Allah bagi mendapatkan suasana yang mengajak kearah kebaikan dan suasana yang dipenuhi keimanan serta juga belajar bagaimana bila kembali nanti, dapat pula menghidupkan suasana sebegitu dikawasan yang didiami tidak kira dimana sahaja.


Hadis yang diriwayatkan oleh Mu’awiyah r.a bahawa Rasulullah saw telah bersabda:

لاَ تَنْقَطِعُ الْهِجْرَةُ حَتَّى تَنْقَطِعَ التَّوْبَةُ وَلاَ تَنْقَطِعُ التَّوْبَةُ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ مِنْ مَغْرِبِهَا
Hijrah tidak akan terputus hingga terputusnya (kesempatan) bertaubat, dan taubat tidak akan terputus hingga matahari terbit dari barat. (Ahmad dan Abu Dawud)

Seseorang tersebut bila dia benar-benar ikhlas untuk memperbaiki dirinya dan keluar dijalan Allah atas maksud tersebut, sebelum dia sampai didistinasinya, dia telah pun diampuni kerana Allah Maha Pengampun dan sentiasa menanti hamba-hamba-Nya kembali kepada-Nya. Hanya yang diperlukan, pertama-tamanya adalah ikhtiar kearah tersebut dengan penuh keikhlasan.

Sebagaimana kisah yang diriwayatkan iaitu seorang lelaki pada zaman dulu, yang telah membunuh 99 orang yang merasa bersalah diatas tindakannya, lalu dia pergi berjumpa dengan seorang pendita, menerangkan bahawa dia telah membunuh 99 orang serta bertanya masihkah ada peluang baginya untuk bertaubat. Pendita tersebut dengan tegasnya mengatakan bahawa dosa lelaki itu terlalu banyak dan tiada cara apa pun yang dapat dibuat untuk mendapat pengampunan bagi dirinya. Ini membuat lelaki tersebut bertambah runsing, keliru serta marah dan terus membunuh pendita itu, yang mana menjadi mangsa yang ke-100 dibunuhnya. 
 
Sedang lelaki tersebut memang begitu menyesali akan keadaan dirinya dan benar-benar ingin bertaubat, namun dia tidak tahu bagaimana caranya serta masihkah terbuka pintu taubat bagainya. Akhirnya, ketemu dia dengan seorang yang alim dan lalu diceritakan bahawa dia telah membunuh 100 orang dan bertanya apakah masih ada peluang baginya untuk bertaubat serta apakah Allah akan mengampuninya.

Alim tersebut menerangkan bahawa pintu taubat sentiasa terbuka tetapi dengan syarat lelaki itu wajar meninggalkan daerah tempat tinggalnya kerana disitu dipenuhi dengan suasana yang mengajak kearah kemungkaran dan pergi kearah yang dipenuhi suasana kebaikan serta keimanan, yang mana, disitu dipenghuni oleh ahli-ahli abid. Memang, sesejak dilahirkan, lelaki tersebut telah dibesarkan dan dididik dalam suasana daerah halamannya yang penuh kemungkaran. Kerana itu, usaha pertama yang harus dilakukan adalah meninggalkan daerah halamannya dan pergi kedaerah yang terdapat suasana keimanan.

Lelaki tersebut mendengar nasihat sialim dengan penuh kesyukuran dan pengharapan kerana rupanya masih ada peluang bagi dirinya untuk bertaubat dan berubah menjadi baik. Maka lelaki tersebut mengucapkan ribuan terima-kasih diatas nasihat sialim lalu bergegas menuju untuk pergi kedaerah yang dikatakan oleh sialim. Namun telah ditakdirkan, didalam perjalanan, lelaki tersebut jatuh sakit dan meninggal dunia.

Maka terjadilah perbalahan antara malaikat Rahmat dengan malaikat Azab, dimana kedatangan malaikat Rahmat adalah untuk mengambil roh lelaki tersebut itu kerana pada pendapatnya, lelaki tersebut adalah tergolong antara orang-orang yang baik lantaran azamnya untuk bertaubat sementara Malaikat Azab pula bertegas mengatakan bahawa lelaki tersebut mati dalam su'ul-khatimah kerana dia telah membunuh 100 orang dan masih belum membuat sebarang kebajikan. 
 
Ketika mereka saling berebutan dan tidak dapat memutuskan keadaan lelaki itu, Allah telah menghantar seorang malaikat lain berupa manusia untuk mengadili perbalahan mereka berdua. Dia menyuruh kedua-dua malaikat yang berbalah untuk mengukur antara jarak tempat lelaki itu meninggal dengan daerah yang penuh suasana kemungkaran yang mahu ditinggalkan oleh lelaki tersebut dan daerah yang penuh suasana kebaikan serta keimanan.

Mana-mana daerah antara keduanya yang dihampiri oleh lelaki tersebut, maka lelaki tersebut termasuk dalam golongan penduduknya iaitu samaada daerah penuh kemungkaran untuk diazab atau daerah yang penuh kebaikan untuk dirahmat. Setelah diukur, didapati hanya sejengkal jaraknya lebih dekat kepada daerah yang penuh suasana kebaikan yang bermakna lelaki tersebut telah diampuni dan mendapat kerahmatan.

Bersambung...


Wednesday

Hijrah dan selepas hijrah - 2

Penghijrahan diri yang sebenar adalah dari tahap hanya sebagai muslim kepada kepada tahap sebagai mukmin iaitu mereka yang benar-benar beriman dan seterusnya ketahap-tahap mereka yang sentiasa diredhai Allah Taala. Dimana mencapai keimanan yang sebenar adalah kewajipan sebelum insan meninggalkan dunia ini, untuk mendapat kejayaan yang abadi buat selamanya dan mengelakkan diri dari terjerumus kelembah yang amat menyeksakan dikemudian hari.

Muslim adalah mereka yang bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah utusan Allah, iaitu samaada mereka yang dilahirkan sebagai seorang muslim atau mereka yang baru memeluk agama Islam dan sebagainya, dimana mereka yang mempercayai keesaan Allah dan kerasulan Nabi Muhammad, dalam erti kata lain, mereka telah menyerah diri kepada Allah namun belum tentu telah mencapai keperingkat didalam hati benar-benar keimanan kepada Allah, keyakinan sepenuhnya kepada Allah dan beristiqamah dalam mentaati perintah-perintah Allah.

Ini dijelaskan didalam ayat ke-14 surah al-Hujraat, dimana orang-orang Arab Badwi yang memeluk agama Islam dan kemudiannya menyatakan bahawa mereka beriman, tetapi penyataan mereka ini ditegur oleh Allah sebagaimana turunnya ayat ini:


قَالَتِ ٱلۡأَعۡرَابُ ءَامَنَّا‌ۖ قُل لَّمۡ تُؤۡمِنُواْ وَلَـٰكِن قُولُوٓاْ أَسۡلَمۡنَا وَلَمَّا يَدۡخُلِ ٱلۡإِيمَـٰنُ فِى قُلُوبِكُمۡ‌ۖ وَإِن تُطِيعُواْ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُ ۥ لَا يَلِتۡكُم مِّنۡ أَعۡمَـٰلِكُمۡ شَيۡـًٔا‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ (١٤



Orang-orang Arab berkata: "Kami telah beriman (A'manna)". Katakanlah (kepada mereka): "Kamu belum beriman, tetapi katakanlah: ‘Kami telah tunduk (Aslamna)’, kerana iman itu belum masuk kedalam hatimu dan jika kamu taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia tiada akan mengurangi sedikit pun (pahala) amalanmu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". (Al-Hujraat:14)

Atas itu, untuk membawa keimanan yang sebenar kedalam hati dan agar sentiasa dapat menjaga keimanannya, maka insan perlu berhijrah dari menjadi hamba mahluk kepada menjadi hamba Allah, dari mal kepada amal, dari dunia kepada akhirat, jahil kepada berilmu, dari dholalah kepada sunnah, gafla kepada sakinah dan seterusnya, dan dari hanya fikir nafsi-nafsi kepada fikir ummati-ummati dengan menghidupkan usaha dakwah dalam diri sebagaimana yang dilakukan oleh para-para anbiya dan para-para sahaba.

Setiap insan sewajarnya tawaduk serta sentiasa merasa gementar akan apakah dirinya telah benar-benar mencapai tahap keimanan yang sebenar dan juga apakah dirinya sentiasa dapat menjaga keimananya. Disamping sentiasa memohon perlindungan, kerahmatan dan hidayat dari Allah agar menjadikan dirinya sebagai seorang yang benar-benar beriman dan tetap diatas keimanannya, biar apa pun ujian yang datang.

Sebagaimana ditegaskan bahawa seseorang yang mengaku beriman, apakah dia mengira dirinya dibiarkan diatas pengakuan sebegitu tanpa diuji akan keimanannya?


أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن يُتۡرَكُوٓاْ أَن يَقُولُوٓاْ ءَامَنَّا وَهُمۡ لَا يُفۡتَنُونَ (٢) وَلَقَدۡ فَتَنَّا ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ‌ۖ فَلَيَعۡلَمَنَّ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ صَدَقُواْ وَلَيَعۡلَمَنَّ ٱلۡكَـٰذِبِينَ (٣


Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Al-‘Ankabuut: 2-3)

Justeru itu, seorang insan yang mengaku bahawa dia telah beriman, maka tentunya dia diuji dahulu apakah benar pengakuannya. Ini kerana, pengertian beriman bukanlah sesuatu yang tiada nilai maknanya atau bukanlah sesuatu yang remeh-temeh, tetapi ia adalah kunci buat kejayaan sebenar didunia dan diakhirat, dan dari itu memerlukan usaha yang gigih berserta pengorbanan demi pengorbanan untuk mencapainya.

Hatta untuk perkara dunaiwi, sekiranya seseorang insan mahu berjaya dan berbahagia diatas kejayaannya didunia disamping juga kekal diatas keadaan sebegitu, tentunya ia memerlukan banyaknya pengorbanan diri dan waktu, disiplin serta beristiqamah dalam usahanya, inikan pula sesuatu yang untuk kejayaan dunia dan akhirat buat selama-lamanya, tentulah bukan sesuatu yang mudah.


Bersambung...

Monday

Hijrah dan selepas hijrah - 1

Hijrah secara lumrahnya adalah membawa maksud meninggalkan sesuatu perbuatan, sesuatu tempat, sesuatu pemikiran dan sebagainya sebagaimana perkataan hijrah berasal dari perkataan hajara iaitu meninggalkan.

Pengertian hijrah dikatakan meninggalkan kemaksiatan atau perkara-perkara yang dilarang oleh Allah Taala adalah sebagaimana firman Allah:



وَالرُّجْزَ فَاهْجُرْ 
  • Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi. (al-Muddatsir: 5)
Juga sebagaimana hadith dimana Rasulullah s.a.w telah ditanya tentang hijrah yang paling utama, maka beliau bersabda:



أَنْ تَهْجُرَ مَا حَرَّمَ اللهُ عَلَيْكَ
  • Engkau meninggalkan apa-apa yang diharamkan Allah kepadamu – (ad-Darimi)

Ibnu Umar r.a juga telah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda:


الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ وَالْمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللَّهُ عَنْهُ
  • Yang dinamakan muslim adalah orang yang memberikan jaminan keamanan dari kejahatan tangan dan lisannya dan orang berhijrah adalah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah (Bukhari)

Manakala hijrah bermaksud meninggalkan sesuatu tempat adalah sebagaimana firman Allah Taala:



إِنَّ ٱلَّذِينَ تَوَفَّٮٰهُمُ ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةُ ظَالِمِىٓ أَنفُسِہِمۡ قَالُواْ فِيمَ كُنتُمۡ‌ۖ قَالُواْ كُنَّا مُسۡتَضۡعَفِينَ فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۚ قَالُوٓاْ أَلَمۡ تَكُنۡ أَرۡضُ ٱللَّهِ وَٲسِعَةً۬ فَتُہَاجِرُواْ فِيہَا‌ۚ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ مَأۡوَٮٰهُمۡ جَهَنَّمُ‌ۖ وَسَآءَتۡ مَصِيرًا (٩٧) إِلَّا ٱلۡمُسۡتَضۡعَفِينَ مِنَ ٱلرِّجَالِ وَٱلنِّسَآءِ وَٱلۡوِلۡدَٲنِ لَا يَسۡتَطِيعُونَ حِيلَةً۬ وَلَا يَہۡتَدُونَ سَبِيلاً۬ (٩٨) فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ عَسَى ٱللَّهُ أَن يَعۡفُوَ عَنۡہُمۡ‌ۚ وَكَانَ ٱللَّهُ عَفُوًّا غَفُورً۬ا (٩٩) ۞ وَمَن يُہَاجِرۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ يَجِدۡ فِى ٱلۡأَرۡضِ مُرَٲغَمً۬ا كَثِيرً۬ا وَسَعَةً۬‌ۚ وَمَن يَخۡرُجۡ مِنۢ بَيۡتِهِۦ مُهَاجِرًا إِلَى ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ ثُمَّ يُدۡرِكۡهُ ٱلۡمَوۡتُ فَقَدۡ وَقَعَ أَجۡرُهُ ۥ عَلَى ٱللَّهِ‌ۗ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورً۬ا رَّحِيمً۬ا (١٠٠



Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata: Apakah yang kamu telah lakukan mengenai agama kamu? Mereka menjawab: Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi. Malaikat bertanya lagi: Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya? Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah Neraka Jahanam dan Neraka Jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. (97) Kecuali orang-orang yang lemah (lagi uzur) dari kaum lelaki dan perempuan serta kanak-kanak, yang tidak berdaya upaya mencari helah (untuk melepaskan diri) dan tidak pula mengetahui sesuatu jalan (untuk berhijrah). (98) Maka mereka (yang demikian sifatnya), mudah-mudahan Allah maafkan mereka dan (ingatlah), Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun. (99) Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (an-Nisa’: 97-100)


Bersambung...
Btn_blue_77x28

open source - sumber terbuka

Mana-mana coretan yang dikira baik, dibenarkan mengambil (copy-paste) tanpa perlu bertanya tuan blog ini. Manakala mana-mana coretan yang terdapat kesilapan, mohon ribuan kemaafan dari tuan blog ini. - " Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya "

Coretan lalu

zar4art

Bayan

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com
Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com

Waktu sholat

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

English to Arabic to English Dictionary
Find word:
Exact Word / Starting Word Sub Word
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
www.SearchTruth.com

Salam damai