Tuesday

Hijrah dan selepas hijrah - 3

Hijrah suasana, yang mana meninggalkan suatu suasana kehidupan yang jauh dari mengingati serta mentaati perintah Allah kepada suasana yang membawa diri sentiasa mengingati Allah dan berpesan-pesan dalam mentaati perintah Allah.

Insan lazimnya mudah terkesan pada suasana sekitar samada suasana sedari lahirnya kedunia ini iaitu suasana keluarga atau mereka yang menjaganya, suasana persekitaran dalam kehidupan seharian dan seterusnya kepada suasana-suasana yang mempengaruhi seperti media-media dan lain-lain.

Sebagaimana yang dikatakan, insan adalah dilahirkan seperti kain putih yang bersih, kemudiannya terpalit corak warnanya mengikut suasana sekitar dan ini adalah hakikatnya, yang mana, suasana persekitaran dapat mencorak akan diri seseorang.

Kerana itu, pentingnya untuk khuruj Fisabilillah atau keluar dijalan Allah bagi mendapatkan suasana yang mengajak kearah kebaikan dan suasana yang dipenuhi keimanan serta juga belajar bagaimana bila kembali nanti, dapat pula menghidupkan suasana sebegitu dikawasan yang didiami tidak kira dimana sahaja.


Hadis yang diriwayatkan oleh Mu’awiyah r.a bahawa Rasulullah saw telah bersabda:

لاَ تَنْقَطِعُ الْهِجْرَةُ حَتَّى تَنْقَطِعَ التَّوْبَةُ وَلاَ تَنْقَطِعُ التَّوْبَةُ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ مِنْ مَغْرِبِهَا
Hijrah tidak akan terputus hingga terputusnya (kesempatan) bertaubat, dan taubat tidak akan terputus hingga matahari terbit dari barat. (Ahmad dan Abu Dawud)

Seseorang tersebut bila dia benar-benar ikhlas untuk memperbaiki dirinya dan keluar dijalan Allah atas maksud tersebut, sebelum dia sampai didistinasinya, dia telah pun diampuni kerana Allah Maha Pengampun dan sentiasa menanti hamba-hamba-Nya kembali kepada-Nya. Hanya yang diperlukan, pertama-tamanya adalah ikhtiar kearah tersebut dengan penuh keikhlasan.

Sebagaimana kisah yang diriwayatkan iaitu seorang lelaki pada zaman dulu, yang telah membunuh 99 orang yang merasa bersalah diatas tindakannya, lalu dia pergi berjumpa dengan seorang pendita, menerangkan bahawa dia telah membunuh 99 orang serta bertanya masihkah ada peluang baginya untuk bertaubat. Pendita tersebut dengan tegasnya mengatakan bahawa dosa lelaki itu terlalu banyak dan tiada cara apa pun yang dapat dibuat untuk mendapat pengampunan bagi dirinya. Ini membuat lelaki tersebut bertambah runsing, keliru serta marah dan terus membunuh pendita itu, yang mana menjadi mangsa yang ke-100 dibunuhnya. 
 
Sedang lelaki tersebut memang begitu menyesali akan keadaan dirinya dan benar-benar ingin bertaubat, namun dia tidak tahu bagaimana caranya serta masihkah terbuka pintu taubat bagainya. Akhirnya, ketemu dia dengan seorang yang alim dan lalu diceritakan bahawa dia telah membunuh 100 orang dan bertanya apakah masih ada peluang baginya untuk bertaubat serta apakah Allah akan mengampuninya.

Alim tersebut menerangkan bahawa pintu taubat sentiasa terbuka tetapi dengan syarat lelaki itu wajar meninggalkan daerah tempat tinggalnya kerana disitu dipenuhi dengan suasana yang mengajak kearah kemungkaran dan pergi kearah yang dipenuhi suasana kebaikan serta keimanan, yang mana, disitu dipenghuni oleh ahli-ahli abid. Memang, sesejak dilahirkan, lelaki tersebut telah dibesarkan dan dididik dalam suasana daerah halamannya yang penuh kemungkaran. Kerana itu, usaha pertama yang harus dilakukan adalah meninggalkan daerah halamannya dan pergi kedaerah yang terdapat suasana keimanan.

Lelaki tersebut mendengar nasihat sialim dengan penuh kesyukuran dan pengharapan kerana rupanya masih ada peluang bagi dirinya untuk bertaubat dan berubah menjadi baik. Maka lelaki tersebut mengucapkan ribuan terima-kasih diatas nasihat sialim lalu bergegas menuju untuk pergi kedaerah yang dikatakan oleh sialim. Namun telah ditakdirkan, didalam perjalanan, lelaki tersebut jatuh sakit dan meninggal dunia.

Maka terjadilah perbalahan antara malaikat Rahmat dengan malaikat Azab, dimana kedatangan malaikat Rahmat adalah untuk mengambil roh lelaki tersebut itu kerana pada pendapatnya, lelaki tersebut adalah tergolong antara orang-orang yang baik lantaran azamnya untuk bertaubat sementara Malaikat Azab pula bertegas mengatakan bahawa lelaki tersebut mati dalam su'ul-khatimah kerana dia telah membunuh 100 orang dan masih belum membuat sebarang kebajikan. 
 
Ketika mereka saling berebutan dan tidak dapat memutuskan keadaan lelaki itu, Allah telah menghantar seorang malaikat lain berupa manusia untuk mengadili perbalahan mereka berdua. Dia menyuruh kedua-dua malaikat yang berbalah untuk mengukur antara jarak tempat lelaki itu meninggal dengan daerah yang penuh suasana kemungkaran yang mahu ditinggalkan oleh lelaki tersebut dan daerah yang penuh suasana kebaikan serta keimanan.

Mana-mana daerah antara keduanya yang dihampiri oleh lelaki tersebut, maka lelaki tersebut termasuk dalam golongan penduduknya iaitu samaada daerah penuh kemungkaran untuk diazab atau daerah yang penuh kebaikan untuk dirahmat. Setelah diukur, didapati hanya sejengkal jaraknya lebih dekat kepada daerah yang penuh suasana kebaikan yang bermakna lelaki tersebut telah diampuni dan mendapat kerahmatan.

Bersambung...


No comments:

Btn_blue_77x28

open source - sumber terbuka

Mana-mana coretan yang dikira baik, dibenarkan mengambil (copy-paste) tanpa perlu bertanya tuan blog ini. Manakala mana-mana coretan yang terdapat kesilapan, mohon ribuan kemaafan dari tuan blog ini. - " Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya "

Coretan lalu

zar4art

Bayan

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com
Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com

Waktu sholat

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

English to Arabic to English Dictionary
Find word:
Exact Word / Starting Word Sub Word
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
www.SearchTruth.com

Salam damai