Monday

Hijrah dan selepas hijrah - 1

Hijrah secara lumrahnya adalah membawa maksud meninggalkan sesuatu perbuatan, sesuatu tempat, sesuatu pemikiran dan sebagainya sebagaimana perkataan hijrah berasal dari perkataan hajara iaitu meninggalkan.

Pengertian hijrah dikatakan meninggalkan kemaksiatan atau perkara-perkara yang dilarang oleh Allah Taala adalah sebagaimana firman Allah:



وَالرُّجْزَ فَاهْجُرْ 
  • Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi. (al-Muddatsir: 5)
Juga sebagaimana hadith dimana Rasulullah s.a.w telah ditanya tentang hijrah yang paling utama, maka beliau bersabda:



أَنْ تَهْجُرَ مَا حَرَّمَ اللهُ عَلَيْكَ
  • Engkau meninggalkan apa-apa yang diharamkan Allah kepadamu – (ad-Darimi)

Ibnu Umar r.a juga telah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda:


الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ وَالْمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللَّهُ عَنْهُ
  • Yang dinamakan muslim adalah orang yang memberikan jaminan keamanan dari kejahatan tangan dan lisannya dan orang berhijrah adalah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah (Bukhari)

Manakala hijrah bermaksud meninggalkan sesuatu tempat adalah sebagaimana firman Allah Taala:



إِنَّ ٱلَّذِينَ تَوَفَّٮٰهُمُ ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةُ ظَالِمِىٓ أَنفُسِہِمۡ قَالُواْ فِيمَ كُنتُمۡ‌ۖ قَالُواْ كُنَّا مُسۡتَضۡعَفِينَ فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۚ قَالُوٓاْ أَلَمۡ تَكُنۡ أَرۡضُ ٱللَّهِ وَٲسِعَةً۬ فَتُہَاجِرُواْ فِيہَا‌ۚ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ مَأۡوَٮٰهُمۡ جَهَنَّمُ‌ۖ وَسَآءَتۡ مَصِيرًا (٩٧) إِلَّا ٱلۡمُسۡتَضۡعَفِينَ مِنَ ٱلرِّجَالِ وَٱلنِّسَآءِ وَٱلۡوِلۡدَٲنِ لَا يَسۡتَطِيعُونَ حِيلَةً۬ وَلَا يَہۡتَدُونَ سَبِيلاً۬ (٩٨) فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ عَسَى ٱللَّهُ أَن يَعۡفُوَ عَنۡہُمۡ‌ۚ وَكَانَ ٱللَّهُ عَفُوًّا غَفُورً۬ا (٩٩) ۞ وَمَن يُہَاجِرۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ يَجِدۡ فِى ٱلۡأَرۡضِ مُرَٲغَمً۬ا كَثِيرً۬ا وَسَعَةً۬‌ۚ وَمَن يَخۡرُجۡ مِنۢ بَيۡتِهِۦ مُهَاجِرًا إِلَى ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ ثُمَّ يُدۡرِكۡهُ ٱلۡمَوۡتُ فَقَدۡ وَقَعَ أَجۡرُهُ ۥ عَلَى ٱللَّهِ‌ۗ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورً۬ا رَّحِيمً۬ا (١٠٠



Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata: Apakah yang kamu telah lakukan mengenai agama kamu? Mereka menjawab: Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi. Malaikat bertanya lagi: Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya? Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah Neraka Jahanam dan Neraka Jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. (97) Kecuali orang-orang yang lemah (lagi uzur) dari kaum lelaki dan perempuan serta kanak-kanak, yang tidak berdaya upaya mencari helah (untuk melepaskan diri) dan tidak pula mengetahui sesuatu jalan (untuk berhijrah). (98) Maka mereka (yang demikian sifatnya), mudah-mudahan Allah maafkan mereka dan (ingatlah), Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun. (99) Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (an-Nisa’: 97-100)


Bersambung...

4 comments:

ابن زين الرمباوي said...

Assalamualaikum..

Salam Maal hijrah...smoga dihayati bersama hakikat hijrah

Irwan said...

peristiwa hijrah mengingatkan saya evolusi Islam dari Iman kepada Taat...berat woooo

zarch said...

Salam ma`al hijrah Ibnu Zain & Irwan. Hijrah dari Mekah keMadinah telah tiada lagi tetapi hijrah untuk memperbaiki diri, hijrah untuk menambahkan ilmu pengetahuan, hijrah untuk meningkatkan keimanan, hijrah dari dosa kepada taat, hijrah untuk meninggikan kalimah Allah, hijrah untuk membawa agama Allah kesetiap penjuru alam dan seterusnya masih terbuka, kerana itu.... insyaallah kita niat 4 bulan keluar dijalan Allah setiap tahun... Doakan untuk saya.

bila hati ditarbiyah.... said...

amin,amin,amin...Ya Rabb

Btn_blue_77x28

open source - sumber terbuka

Mana-mana coretan yang dikira baik, dibenarkan mengambil (copy-paste) tanpa perlu bertanya tuan blog ini. Manakala mana-mana coretan yang terdapat kesilapan, mohon ribuan kemaafan dari tuan blog ini. - " Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya "

Coretan lalu

zar4art

Bayan

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com
Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com

Waktu sholat

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

English to Arabic to English Dictionary
Find word:
Exact Word / Starting Word Sub Word
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
www.SearchTruth.com

Salam damai