Penghijrahan diri yang sebenar adalah dari tahap hanya sebagai muslim kepada kepada tahap sebagai mukmin iaitu mereka yang benar-benar beriman dan seterusnya ketahap-tahap mereka yang sentiasa diredhai Allah Taala. Dimana mencapai keimanan yang sebenar adalah kewajipan sebelum insan meninggalkan dunia ini, untuk mendapat kejayaan yang abadi buat selamanya dan mengelakkan diri dari terjerumus kelembah yang amat menyeksakan dikemudian hari.
Muslim adalah mereka yang bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah utusan Allah, iaitu samaada mereka yang dilahirkan sebagai seorang muslim atau mereka yang baru memeluk agama Islam dan sebagainya, dimana mereka yang mempercayai keesaan Allah dan kerasulan Nabi Muhammad, dalam erti kata lain, mereka telah menyerah diri kepada Allah namun belum tentu telah mencapai keperingkat didalam hati benar-benar keimanan kepada Allah, keyakinan sepenuhnya kepada Allah dan beristiqamah dalam mentaati perintah-perintah Allah.
Ini dijelaskan didalam ayat ke-14 surah al-Hujraat, dimana orang-orang Arab Badwi yang memeluk agama Islam dan kemudiannya menyatakan bahawa mereka beriman, tetapi penyataan mereka ini ditegur oleh Allah sebagaimana turunnya ayat ini:
قَالَتِ ٱلۡأَعۡرَابُ ءَامَنَّاۖ قُل لَّمۡ تُؤۡمِنُواْ وَلَـٰكِن قُولُوٓاْ أَسۡلَمۡنَا وَلَمَّا يَدۡخُلِ ٱلۡإِيمَـٰنُ فِى قُلُوبِكُمۡۖ وَإِن تُطِيعُواْ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُ ۥ لَا يَلِتۡكُم مِّنۡ أَعۡمَـٰلِكُمۡ شَيۡـًٔاۚ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ (١٤
Orang-orang Arab berkata: "Kami telah beriman (A'manna)". Katakanlah (kepada mereka): "Kamu belum beriman, tetapi katakanlah: ‘Kami telah tunduk (Aslamna)’, kerana iman itu belum masuk kedalam hatimu dan jika kamu taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia tiada akan mengurangi sedikit pun (pahala) amalanmu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". (Al-Hujraat:14)
Atas itu, untuk membawa keimanan yang sebenar kedalam hati dan agar sentiasa dapat menjaga keimanannya, maka insan perlu berhijrah dari menjadi hamba mahluk kepada menjadi hamba Allah, dari mal kepada amal, dari dunia kepada akhirat, jahil kepada berilmu, dari dholalah kepada sunnah, gafla kepada sakinah dan seterusnya, dan dari hanya fikir nafsi-nafsi kepada fikir ummati-ummati dengan menghidupkan usaha dakwah dalam diri sebagaimana yang dilakukan oleh para-para anbiya dan para-para sahaba.
Setiap insan sewajarnya tawaduk serta sentiasa merasa gementar akan apakah dirinya telah benar-benar mencapai tahap keimanan yang sebenar dan juga apakah dirinya sentiasa dapat menjaga keimananya. Disamping sentiasa memohon perlindungan, kerahmatan dan hidayat dari Allah agar menjadikan dirinya sebagai seorang yang benar-benar beriman dan tetap diatas keimanannya, biar apa pun ujian yang datang.
Sebagaimana ditegaskan bahawa seseorang yang mengaku beriman, apakah dia mengira dirinya dibiarkan diatas pengakuan sebegitu tanpa diuji akan keimanannya?
أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن يُتۡرَكُوٓاْ أَن يَقُولُوٓاْ ءَامَنَّا وَهُمۡ لَا يُفۡتَنُونَ (٢) وَلَقَدۡ فَتَنَّا ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡۖ فَلَيَعۡلَمَنَّ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ صَدَقُواْ وَلَيَعۡلَمَنَّ ٱلۡكَـٰذِبِينَ (٣
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Al-‘Ankabuut: 2-3)
Justeru itu, seorang insan yang mengaku bahawa dia telah beriman, maka tentunya dia diuji dahulu apakah benar pengakuannya. Ini kerana, pengertian beriman bukanlah sesuatu yang tiada nilai maknanya atau bukanlah sesuatu yang remeh-temeh, tetapi ia adalah kunci buat kejayaan sebenar didunia dan diakhirat, dan dari itu memerlukan usaha yang gigih berserta pengorbanan demi pengorbanan untuk mencapainya.
Hatta untuk perkara dunaiwi, sekiranya seseorang insan mahu berjaya dan berbahagia diatas kejayaannya didunia disamping juga kekal diatas keadaan sebegitu, tentunya ia memerlukan banyaknya pengorbanan diri dan waktu, disiplin serta beristiqamah dalam usahanya, inikan pula sesuatu yang untuk kejayaan dunia dan akhirat buat selama-lamanya, tentulah bukan sesuatu yang mudah.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment