Friday

Dunia Jin - 4


Dunia insan sebenarnya jauh primitif dan mundur dibandingkan dengan dunia jin. Bayangkan sebuah kapal terbang yang hanya mampu terbang dengan kelajuan bunyi dibandingkan dengan sebuah kapal terbang yang mampu terbang dengan kelajuan cahaya, tentu keduanya amat jauh berbeza dari segi bentuk kemampuan.

Mundur dan primitifnya insan kerana kejadiannya yang bersifat haiwanat, berhawa nafsu dan terikat dengan dunia asbab materinya dari segala aspek. Namun begitu, dunia insan mampu jauh lebih maju dan mulia bilamana sifat-sifat kemalaikatan dimiliki dan dirinya tidak terikat semata-mata pada dunia asbab materinya tetapi pada ketinggian serta kemuliaan kerohaniahnya.

Sebelum kehadiran insan didunia ini, bangsa jin telah menakluknya dan bahkan telah mengembara jauh bukan sahaja dilangit yang pertama tetapi kelangit-langit seterusnya. Sehinggakan dibina perhentian-perhentian buat para jin diangkasa-raya sebagaimana terdapat didalam cerita-cerita fiksi rekaan insan, hanya-sanya kisah para jin ini adalah suatu kebenaran dan wajib dipercayai oleh setiap muslim.


وَأَنَّا لَمَسۡنَا ٱلسَّمَآءَ فَوَجَدۡنَـٰهَا مُلِئَتۡ حَرَسً۬ا شَدِيدً۬ا وَشُہُبً۬ا (٨) وَأَنَّا كُنَّا نَقۡعُدُ مِنۡہَا مَقَـٰعِدَ لِلسَّمۡعِ‌ۖ فَمَن يَسۡتَمِعِ ٱلۡأَنَ يَجِدۡ لَهُ ۥ شِہَابً۬ا رَّصَدً۬ا (٩

Dan sesungguhnya kami telah mencuba mengetahui (rahsia) langit, maka kami mendapatinya penuh dengan penjagaan yang kuat dan panah-panah api, dan seseungguhnya kami dahulu dapat menduduki beberapa tempat dilangit itu dan mendengar-dengarkan (berita-beritanya). Tetapi sekarang, barang siapa yang (mencuba) mendengar-dengarkan (seperti itu) tentu akan menjumpai panah api yang mengintai (untuk membakarnya). - Surah al-Jinn; 8-9


Disebutkan bahawa sebelum Al-Quran diturunkan kepada Rasulullah s.a.w, bangsa jin mampu menembusi perjalanan-perjalanan jauh kelangit-langit diangkasa-raya dan memiliki stasion-stasion perhentiannya dilangit-langit namun setelah wahyu diturunkan, semua pintu-pintu langit telah tertutup, dimana kini mereka hanya mampu kelangit yang pertama, manakala bila bangsa jin cuba melepasi sempadannya maka mereka akan dilontar dengan panah-panah api. Ini membuat bangsa jin kehairanan, hanya-sanya bila mereka mendengar bacaan Al-Quran, maka fahamilah mereka bahawa kejadian ini berlaku kerana Rasul terakhir buat sekelian alam telah hadir dan berimanlah sebahagian besar dari bangsa jin.


قُلۡ أُوحِىَ إِلَىَّ أَنَّهُ ٱسۡتَمَعَ نَفَرٌ۬ مِّنَ ٱلۡجِنِّ فَقَالُوٓاْ إِنَّا سَمِعۡنَا قُرۡءَانًا عَجَبً۬ا (١) يَہۡدِىٓ إِلَى ٱلرُّشۡدِ فَـَٔامَنَّا بِهِۦ‌ۖ وَلَن نُّشۡرِكَ بِرَبِّنَآ أَحَدً۬ا (٢) وَأَنَّهُ ۥ تَعَـٰلَىٰ جَدُّ رَبِّنَا مَا ٱتَّخَذَ صَـٰحِبَةً۬ وَلَا وَلَدً۬ا (٣) وَأَنَّهُ ۥ كَانَ يَقُولُ سَفِيہُنَا عَلَى ٱللَّهِ شَطَطً۬ا (٤

Katakanlah [hai Muhammad]: "Telah diwahyukan kepadaku bahwasanya: sekumpulan jin telah mendengarkan [Al Qur’an], lalu mereka berkata: "Sesungguhnya kami telah mendengarkan Al Qur’an yang menakjubkan, (1) [yang] memberi petunjuk kepada jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya. Dan kami sekali-kali tidak akan mempersekutukan seorang pun dengan Tuhan kami, (2) dan bahawasanya Maha Tinggi kebesaran Tuhan kami, Dia tidak beristeri dan tidak [pula] beranak. (3) Dan bahawasanya: orang yang kurang akal daripada kami dahulu selalu mengatakan [perkataan] yang melampaui batas terhadap Allah (4) – (Surah Al-Jinn; 1-4)


Kisah akan bagaimana hebat dan jauh majunya binaan bangsa jin adalah terdapat didalam kisah Nabi Sulaiman yang mana bangsa jin membantu Nabi Sulaiman membina kekerajaan beliau sehinggakan tiada kerajaan yang sehebatnya dari dahulu mahupun untuk masa akan datang. Namun biarpun sehebat mana bangsa jin dari berbagai aspek, tidak akan menandingi insan sekiranya kerohaniah insan tersebut begitu mulia dan tinggi darjatnya sebagaimana termaklup dalam kisah akan jin yang berilmu tinggi hendak membawa kursi tahta Ratu Balqis yang jauh beribu kilometer dengan waktu yang begitu singkat iaitu sebelum Nabi Sulaiman bangun dari tempat duduk beliau, namun salah seorang insan yang mempunyai ilmu Al Kitab bahkan dapat membawa kursi Ratu Balqis lebih pantas dari kelipan mata.


قَالَ عِفۡرِيتٌ۬ مِّنَ ٱلۡجِنِّ أَنَا۟ ءَاتِيكَ بِهِۦ قَبۡلَ أَن تَقُومَ مِن مَّقَامِكَ‌ۖ وَإِنِّى عَلَيۡهِ لَقَوِىٌّ أَمِينٌ۬ (٣٩) قَالَ ٱلَّذِى عِندَهُ ۥ عِلۡمٌ۬ مِّنَ ٱلۡكِتَـٰبِ أَنَا۟ ءَاتِيكَ بِهِۦ قَبۡلَ أَن يَرۡتَدَّ إِلَيۡكَ طَرۡفُكَ‌ۚ فَلَمَّا رَءَاهُ مُسۡتَقِرًّا عِندَهُ ۥ قَالَ هَـٰذَا مِن فَضۡلِ رَبِّى لِيَبۡلُوَنِىٓ ءَأَشۡكُرُ أَمۡ أَكۡفُرُ‌ۖ وَمَن شَكَرَ فَإِنَّمَا يَشۡكُرُ لِنَفۡسِهِۦ‌ۖ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ رَبِّى غَنِىٌّ۬ كَرِيمٌ۬ (٤٠

Berkata `Ifrit [yang cerdik] dari golongan jin: "Aku akan datang kepadamu dengan membawa singgasana itu kepadamu sebelum kamu berdiri dari tempat dudukmu; sesungguhnya aku benar-benar kuat untuk membawanya lagi dapat dipercaya". (39) Berkatalah seorang yang mempunyai ilmu dari Al Kitab: "Aku akan membawa singgasana itu kepadamu sebelum matamu berkedip". Maka tatkala Sulaiman melihat singgasana itu terletak di hadapannya, iapun berkata: "Ini termasuk karunia Tuhanku untuk mencoba aku apakah aku bersyukur atau mengingkari [akan ni’mat-Nya]. Dan barangsiapa yang bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk [kebaikan] dirinya sendiri dan barangsiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia". (40) – (Surah Al-Naml; 39-40)

Tentang insan yang berjaya membawa kursi Ratu Balqis lebih pantas dari kelipan mata, para fukaha seperti Ibnu Abbas r.a, Ibnu Ishaq rah., Qatadah rah. dan lain-lain, menerangkan bahawa namanya adalah Asif bin Barkhiya, pembantu Nabi Sulaiman a.s.

Qatadah rah. menerangkan bahawa beliau adalah seorang mukmin dari kalangan insan dan bernama Asif (sebagaimana tercatit didalam tafsir Ibnu Kathir rah).


Bersambung....







Tuesday

Dunia Jin - 3


 Dunia jin bukanlah alam arwah atau alam roh, namun sering terjadi salah-faham kerananya. Menganggap dunia jin adalah sebahagian dari alam arwah merupakan propaganda jentera syaitan kerana dari itu, ramai insan mudah terjebak kedalam fikiran yang menyongsangkan atau memilih pegangan hidup yang silap.

Daripada kepercayaan dunia purba akan akan cerita-cerita adanya kewujudan hantu-hantu, penyembahan-pemyembahan dikuburan dan lain-lain sehinggalah kedalam dunia modern seperti tulisan-tulisan buku-buku hantu bersiri, filem-filem menyeramkan dan seterusnya kepada genre-genre musik keras seperti black metal, adalah contoh propaganda jentera syaitan dalam membawa insan kearah fikiran yang menyongsangkan.

Dunia jin adalah dunia kehidupan sama seperti dunia kehidupan insan atau digelar dunia fana dimana setiap dari jin cuba menghadapi kehidupan sehariannya dalam memenuhi keperluan serta hajat akan kehidupannya. Sebagaimana insan yang berdepan dengan detik-detik kehidupannya untuk menuju kepada kehidupan samada pada jalan yang membawa kejayaan dunia dan akhirat atau sebaliknya, sebegitulah juga bagaimana yang berlaku pada dunia jin. 

Dunia jin bukanlah seperti dunia haiwan tetapi mirip dunia insan dimana adanya ikhtiar dan semuanya akan menemui kematian akhirnya dimana seterusnya dipertanggung-jawabkan atas segala peri-lakunya sepanjang hayat didunia ini.

Namun dalam pada itu, biarpun dunia jin adalah paralel dengan dunia insan, terdapatnya sempadan yang menjadi batas tembok antara keduanya. Malah keturunan jin yang bukan daripada jentera syaitan akan sering menjauhi insan dengan membina penempatannya yang terpinggir seperti didalam hutan belantara atau jauh dipadang pasir, sedang yang berinteraksi dengan insan dan hidup disamping insan adalah lazimnya dikalangan jentera-jentera syaitan yang bekerja membawa insan kearah jalan yang salah atau kesesatan.

Untuk menembusi batas tembok antara kedua alam ini adalah melalui pintu-pintu perasaan dan fikiran insan, dimana perasaan dan fikiran insan bukanlah asbab materi alam ini. Mungkin para saintis hari ini cuba mengkaji akan elektron-elektron yang beraksi didalam otak insan, namun otak hanya alat untuk insan berfikir tetapi otak bukan akal insan. Sebagaimana juga hati lahiriah insan yang berbeza perkataan dan maknanya dalam berbagai bahasa tetapi kesimpulannya adalah sama (seperti didalam bahasa Arab disebut qalb atau didalam bahasa Inggeris disebut heart), iaitu biarpun dikaji akan jantung mahupun hati insan, tetap tidak didapati perasaan terletak disitu kerana semua itu adalah asbab materi yang hanya berupa alat.

Melalui pintu-pintu bukan asbab materi iaitu diatas perasaan dan fikiran insan, syaitan dapat menembusi tembok antara kedua dunia ini dengan memanipulsi serta seterusnya menguasai insan agar menurut kehendaknya, dan bahkan kemudian dilatih untuk menjadi bala-tenteranya dikalangan bani Adam.

Lantaran diri insan hanyut dibawah bisikan syaitan yang berjaya menguasai dirinya, membuatkan insan sanggup melakukan perkara-perkara yang benar-benar terkeluar daripada fikiran yang sihat mahupun perasaan fitrah sucinya seperti menyembah patung-patung, batu-batu dan sebagainya yang jelas tidak bernyawa, percaya kepada perkara-perkara karut-marut, khurafat, memiliki perasan kejam dan melakukan sewenang-wenangnya kezaliman, melakukan pertelingkahan demi pertelingkahan dalam merebut kuasa tanpa hak, fitnah memfitnah, pertumpahan darah tidak henti-henti, melakukan segala macam maksiat dan berbagai-bagai lagi kejahatan serta kesesatan.

Merujuk bagaimana syaitan berusaha sebegitu payah untuk membawa insan kejalan yang salah serta memesongkan insan jauh dari kebenaran adalah berpunca dari sumpah Iblis yang dilaknat kerana membangkang untuk sujud hormat kepada Nabi Adam dimana Iblis menganggap dirinya adalah jauh lebih baik serta hebat dari insan, sedangkan perintah untuk sujud hormat kepada Nabi Adam adalah perintah dari Allah sendiri.

قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسۡجُدَ إِذۡ أَمَرۡتُكَ‌ۖ قَالَ أَنَا۟ خَيۡرٌ۬ مِّنۡهُ خَلَقۡتَنِى مِن نَّارٍ۬ وَخَلَقۡتَهُ ۥ مِن طِينٍ۬ (١٢) قَالَ فَٱهۡبِطۡ مِنۡہَا فَمَا يَكُونُ لَكَ أَن تَتَكَبَّرَ فِيہَا فَٱخۡرُجۡ إِنَّكَ مِنَ ٱلصَّـٰغِرِينَ (١٣) قَالَ أَنظِرۡنِىٓ إِلَىٰ يَوۡمِ يُبۡعَثُونَ (١٤) قَالَ إِنَّكَ مِنَ ٱلۡمُنظَرِينَ (١٥) قَالَ فَبِمَآ أَغۡوَيۡتَنِى لَأَقۡعُدَنَّ لَهُمۡ صِرَٲطَكَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (١٦) ثُمَّ لَأَتِيَنَّهُم مِّنۢ بَيۡنِ أَيۡدِيہِمۡ وَمِنۡ خَلۡفِهِمۡ وَعَنۡ أَيۡمَـٰنِہِمۡ وَعَن شَمَآٮِٕلِهِمۡ‌ۖ وَلَا تَجِدُ أَكۡثَرَهُمۡ شَـٰكِرِينَ (١٧) قَالَ ٱخۡرُجۡ مِنۡہَا مَذۡءُومً۬ا مَّدۡحُورً۬ا‌ۖ لَّمَن تَبِعَكَ مِنۡہُمۡ لَأَمۡلَأَنَّ جَهَنَّمَ مِنكُمۡ أَجۡمَعِينَ (١٨)

Allah berfirman: Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu? Iblis menjawab: Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah. (12) Allah berfirman: Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina. (13) Iblis berkata: Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat). (14) Allah berfirman: Sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu). (15) Iblis berkata: Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus; (16) Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur. (17) Allah berfirman: Keluarlah engkau dari Syurga sebagai makhluk yang terhina serta terusir. Sesungguhnya sesiapa di antara mereka yang menurutmu, tetaplah Aku akan memenuhi Neraka Jahanam dengan (golongan) kamu (yang derhaka) semuanya; (18) - (Al-‘Araf 7:12-18)



Bersambung...




Monday

Dunia Jin - 2




Dunia Jin adalah dunia yang terhalang buat pandangan kasar insan dimana lantaran itu, banyaknya salah faham yang terjadi sehinggalah kepada perkara-perkara yang karut-marut serta perbuatan khurafat diatas fantasi falasi insan-insan. Rupa bentuk jin itu sendiri sentiasa cuba diimejkan mengikut imaginasi insan dan lazimnya dikaitkan dengan rupa bentuk yang mengerikan seperti gambaran-gambaran dari cerita-cerita tahyul hantu-hantu. Hatta seluruh keadaan mahupun kehidupan Jeenan (plural untuk jin) digambarkan begitu dhaif, mundur, primitif dan sebagainya, tetapi apakah benar semuanya itu?

Pertamanya, terdapat jelas adanya perbezaan antara jin dengan syaitan dan syaitan itu sendiri, sebagaimana ketuanya Iblis bernama Azazil, diburukkan rupa indahnya, diburukkan suaranya serta segala kehidupan yang akan dilaluinya ketika dihalau dari syurga. Segala yang buruk serta membawa kepada keburukan serta kejahatan adalah dari kelompok syaitan, bukannya dari semua kalangan kesemua jin. Dalam suatu riwayat ibnu Abbas r.a:

قال إبليس لربه: يا رب! أهبط آدم وقد علمت أنه سيكون كتاب ورسل، فما كتابهم ورسلهم؟ قال: رسلهم الملائكة والنبيون معهم، وكتبهم التوراة والإنجيل والزبور والفرقان؛ قال: كتابك الوشم، وقرآنك الشعر، ورسلك الكهانة، وطعامك ما لم يذكر اسم الله عليه، وشرابك كل مسكر، وصدقك الكذب وبيتك الحمام ومصايدك النساء، ومؤذنك المزمار، ومسجدك الأسواق .

Telah bertanya Iblis kepada Tuhan : Ya Tuhanku ! ;" Engkau telah menempatkan Adam,dan aku tahu dia memiliki kitab dan utusan, Ya Allah Apakah kitab mereka dan utusan mereka ? Allah menjawab :" Rasul-rasul mereka dimana para malaikat bersama para nabi mereka, kitab mereka Taurat, Injil, Zabur dan Al-Qur'an, sedangkan kitab kamu adalah tulisan gincu yang palsu dibadan (tato) bacaanmu syair, utusanmu dukun, makananmu apa-apa yang tidak disebut nama Allah, minumanmu setiap yang memabukan, teman karibmu para pembohong, rumahmu setiap tempat yang kotor dan bau , umpanmu wanita binal, penyerumu alat-alat musik dan masjidmu adalah pasar" (H.R Thabrani)

Dalam suatu riwayart lain, Ibnu Jarir rah. menyampaikan akan dialog antara Iblis dengan Allah Taala dikala Iblis diturunkan kebumi;

  1. Iblis bertanya kepada Allah Ta'ala: "Wahai Tuhanku! Engkau telah menurunkan daku kedunia dan menjadikan aku terkutuk, maka dimanakah tempat kediamanku." Firman Allah Ta'ala: "Wahai iblis! tempat kediamanmu ialah bilik air (tandas)."
  1. Iblis bertanya lagi"Wahai Tuhanku! Dimanakah tempat bagiku berkumpul?." Firman Allah Ta'ala: "Wahai iblis! tempatmu berkumpul ialah dipasar-pasar, tempat-tempat hiburan (kelab malam, pesta-pesta, majlis maksiat dll) dan sebagainya."
  1. Iblis bertanya lagi:"Wahai Tuhanku!, apakah makanan untukku?. "Firman Allah Ta'ala: "Wahai iblis, makanan untukmu ialah sesuatu yang tidak disebutkan nama Allah."
  1. Iblis bertanya lagi: "Wahai Tuhanku!, apakah minuman untukku? "Firman Allah Ta'ala: "Wahai iblis, minuman untukmu ialah sesuatu yang memabukkan dan yang tidak dimulai dengan nama Allah."
  1. Iblis bertanya lagi: "Wahai Tuhanku! apakah azanku untuk mengumpul orang?". Firman Allah Ta'ala: "Wahai iblis, azan untuk mu ialah seruling."
  1. Iblis berkata lagi:"Wahai Tuhanku! Tunjukkanlah padaku apakah bahan bacaanku?" Firman Allah Ta'ala: "Wahai Iblis, bahan bacaanmu ialah syair (sajak, lagu, puisi yang melalaikan manusia dari mengingat Tuhan).
  1. Iblis bertanya lagi:"Ya Tuhanku! Apakah tulisan bagiku?." Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala: "Wahai iblis, tulisanmu adalah tulisan gincu yang palsu dibadan, (seperti gincu, tato, tahi lalat yang diada-adakan dan yang lebih kurang sama dengannya).
  1. Iblis bertanya lagi:"Wahai Tuhanku! apakah cerita-cerita bagiku?". Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala: "Cerita-cerita bagimu adalah kata-kata dusta (bohong atau yang berkaitan dengannya)".
  1. Iblis bertanya lagi: "Wahai Tuhanku! Siapakah yang menjadi utusan bagiku?". Firman Allah Ta'ala: "Wahai iblis para utusanmu ialah terdiri dari dukun (peramal nasib), ataupun yang lebih kurang sama dengannya."
  1. Iblis bertanya lagi: "Wahai Tuhanku! Apakah perangkap bagiku?." Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman: "Wahai iblis, perangkap untukmu ialah wanita-wanita."


Dari dialog diatas, maka jelas mengapa terjadinya segala perkara-perkara yang karut-marut, tahyul, khurafat serta seterusnya kepada syirik terutamanya bila dikaitkan dengan syaitan. Juga akan perkara-perkara yang menjauhkan insan dari Tuhannya seperti dari segala bentuk hiburan-hiburan yang melalaikan samada dari alat-alat muzik-muzik, syair dan lain-lain.

Antara gambaran akan bentuk buruknya syaitan seperti kepala bertanduk dan lain-lain adalah sebagaimana termaklum didalam beberapa ayat dan riwayat hadith:


إِنَّهَا شَجَرَةٌ تَخْرُجُ فِي أَصْلِ الْجَحِيمِ طَلْعُهَا كَأَنَّهُ رُؤُوسُ الشَّيَاطِينِ

"Sesungguhnya dia (pohon Zaqum) adalah sebatang pohon yang ke luar dan dasar neraka yang menyala. mayangnya seperti kepala syaitan-syaitan" (QS. As-Shafat 37: 64-65).


عن ابن عمر : عن النبي صلى الله عليه و سلم قال : ( لا تحروا بصلاتكم طلوع الشمس ولا غروبها فإنها تطلع بقرني شيطان

"Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: "Janganlah kalian bermaksud untuk shalat pada waktu matahari terbit juga pada waktu matahari terbenam, kerana pada kedua waktu itu saat dimana dua tanduk setan muncul" (HR. Muslim).


عَنْ جَابِرٍ ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى الله عَلَيه وسَلَّم يَقُولُ : إِذَا سَمِعْتُمْ نُبَاحَ الْكِلاَبِ ، أَوْ نُهَاقَ الْحَمِيرِ مِنَ اللَّيْلِ فَتَعَوَّذُوا بِاللهِ فَإِنَّهُنَّ يَرَيْنَ مَالاَ تَرَوْنَ

"Dari Jabir bin Abdullah berkata, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: "Apabila kalian mendengar anjing menggonggong dan himar meringkik, maka berlindunglah kepada Allah karena sesungguhnya mereka itu melihat sesuatu yang kalian tidak dapat melihatnya" (HR. Abu Dawud dalam shahih sunannya).

Namun semua keburukan dan kejahatan ini tidak boleh dikaitkan dengan keseluruhan bangsa jin sebagaimana terdapat segelintir insan yang kerjanya mengundang kepada kejahatan maka tidak wajar dikatakan keseluruhan bangsa insan mengundang kepada kejahatan.


وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ أَوْلِيَاء مِن دُونِي وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ بِئْسَ لِلظَّالِمِينَ بَدَلاً

Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", maka sujudlah mereka kecuali iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia mendurhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan turunan-turunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti (Allah) bagi orang-orang yang dzalim. (QS:Al-Kahfi 18:50)


Bersambung...

Dunia Jin - 1




Insan, semakin maju atau semakin terasa dirinya menguasai pencapaian pengetahuan kepada segala asbab materi didunia ini akan menuju kearah pemikiran bahawa segala-galanya adalah hanya tertakluk pada alam fizik dan segala-galanya hanya mampu dihuraikan dengan apa yang diketahui atau apa yang mampu dicari titik-titik asas sesuatu tersebut dengan asbab-asbab materi melalui panca-inderanya, tetapi apakah benar semuanya itu?

Sebenarnya, insan tiada hak langsung untuk mendabik dada atau bersifat angkuh diatas segala pencapaian diatas pengetahuanya kerana insan itu sendiri adalah fitrahnya bersifat lemah, lalai, lepa dan mengetahui sesuatu tersebut hanyalah dengan izin penciptanya. Pencapaian keatas pengetahuan sebenarnya hanyalah merupakan kunci untuk mengenal penciptanya dan seterusnya bersifat tawaduk, bukan sebaliknya. Kerana itu, terdapatnya perbezaan antara makna sebenar berilmu dengan makna pencapaian akedemik atau pencapaian lain-lainnya.

Contohnya, akan dunia kehidupan lain yang wujud disamping segala asbab materi dalam dunia kehidupan insan iaitu dunia Jin. Dunia Jin parallel dengan dunia yang dikatakan realiti buat insan atau boleh juga diibaratkan dua dunia dibalikan kaca, iaitu seperti didalam bilik soal-siasat polis, yang mana terdapat bilik sebelah yang dapat melihat segala adegan soal-siasat yang dilakukan melalui belakang cermin kaca, sedang dari cermin kaca tersebut, tidak dapat dilihat apa dibelakangnya.

Dunia Jin adalah parallel dengan dunia insan dalam hampir segala aspek seperti daripada kehidupan seharian dengan segala keperluan serta hajat untuk dipenuhi seperti berkeluarga dan berketurunan, memerlukan penginapan, makan-minum dan seterusnya sehinggalah juga kepada beribu ragam mentaliti mahupun fikiran. Dunia Jin juga ada yang dikalangannya beriman kepada Tuhan yang Esa, ada yang kufur, ada yang belum sampai dakwah kepadanya, ada yang baik atau yang jahat, ada yang maju atau yang mundur kehidupannya dan seterusnya. Jin bukanlah syaitan, tetapi ada kalangan mereka menjadi tentera syaitan diatas kejahatan mereka melanggar perintah Allah sebagaimana ada kalangan insan yang menjadi tentera syaitan diatas keangguhan serta kejahatan mereka.

Al-Jawhari (pengarang Al-Sihaah) menyatakan bahawa Al-Jaan adalah bapa kepada keturunan Jin dan sebutan plural untuk Jin adalah Jeenan. Dalam Al-Qaamos Al-Muheet: Jannahu Al-Layl bermakna malam menyeliputi, iaitu semua yang terselindung dan terhalang pandangan kasar adalah Junna `Anka (terhalang dari kamu). Jinn Al-Layl bermakna kegelapan malam, Al-Mijannah adalah nama buat daerah yang dipenghuni oleh ramainya jin manakala Al-Jaan adalah plural untuk Al-Jinn.

Menurut Ibnu Aqil sebagaimana dikutip asy-Syibli dalam bukunya Akam al-Marjan fi Ahkam al- Jann, menyatakan bahawa makhluk yang disebut sebagai jin secara bahasanya bererti tersembunyi, terhalang, tertutup. Disebut jin, kerana makhluk ini terhalang (tidak dapat dilihat) dengan mata kasar insan. Sebagaimana, bayi yang masih berada didalam perut ibu, disebut janin (kata janin dan jin memiliki kata dasar yang sama yakni jann) kerana ia tidak dapat dilihat dengan mata. Demikian juga orang gila dalam bahasa Arab disebut dengan majnun (dari kata jann juga) kerana akal sihatnya sudah tertutup atau terhalang.

Sedangkan kata syaitan, dalam bahasa Arab berasal dari kata syathona yang bererti ba'uda (jauh, yakni yang selalu menjauhkan manusia dari kebenaran). Kemudian kata syaithan ini digunakan untuk setiap mahluk berakal yang durhaka dan membangkang (kullu 'aat wa mutamarrid). Pada awalnya istilah syaitan ini diberikan kepada salah satu golongan jin (Iblis) yang beribadah kepada Allah dan tinggal bersama dengan malaikat didalam surga. Akan tetapi ketika mereka menolak untuk sujud hormat kepada Nabi Adam dengan membangkang kepada perintah Allah, maka diusirnya dari surga dan sejak itu ia menjadi makhluk yang terkutuk sampai hari kiamat kelak.

Definasi kini akan makna perkataan syaitan adalah merupakan bentuk kalimat isim ‘alam (nama sesuatu), iaitu merupakan laqab (gelaran) yang diberikan oleh Allah kepada setiap mahluk yang berakal (jin dan manusia) yang membangkang terhadap perintah Allah Taala.

Lantaran itu, tidak semua jin adalah syaitan, dimana terdapat juga kalangan jin yang beriman serta soleh. Perkataan syaitan sebenarnya hanyalah ditunjukkan untuk jin yang membangkang iaitu kafir, munafik, musyrik sebagaimana terdapat kalangan insan yang sebegitu sifatnya. Didalam Al Quran, terdapat ayat yang menjelaskannya:

وَأَنَّا مِنَّا الصَّالِحُونَ وَمِنَّا دُونَ ذَلِكَ كُنَّا طَرَائِقَ قِدَداً

"Dan sesungguhnya diantara kami ada orang-orang yang shaleh dan diantara kami ada (pula) yang tidak demikian halnya. Adalah kami menempuh jalan yang berbeda-beda". (al-Jin 72:11)


Bersambung....



Wednesday

MAWLID AL-NABI - 2



(Part 1)

- Peringatan Maulid Nabi termasuk dalam anjuran hadith nabi untuk membuat sesuatu yang baru yang baik dan tidak menyalahi syari’at Islam. Rasulullah s.a.w bersabda:


مَنْ سَنَّ فيِ اْلإِسْـلاَمِ سُنَّةً حَسَنـَةً فَلَهُ أَجْرُهَا وَأَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا بَعْدَهُ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أُجُوْرِهِمْ شَىْءٌ (رواه مسلم في صحيحه


“Barang siapa yang memulai (merintis) dalam Islam sebuah perkara baik maka ia akan mendapatkan pahala dari perbuatan baiknya tersebut, dan ia juga mendapatkan pahala dari orang yang mengikutinya setelahnya, tanpa berkurang pahala mereka sedikitpun”. (Muslim dalam kitab Shahihnya).

Hadith ini memberikan keleluasaan kepada ummat Nabi Muhammad untuk merintis perkara-perkara baru yang baik yang tidak bertentangan dengan al-Qur’an, Sunnah, Atsar maupun Ijma’. Peringatan maulid Nabi adalah perkara baru yang baik dan sama sekali tidak menyalahi satu-pun di antara dalil-dalil tersebut. Dengan demikian bererti hukumnya boleh, bahkan salah satu jalan untuk mendapatkan pahala. Jika ada orang yang mengharamkan peringatan Maulid Nabi, bererti telah mempersempit keleluasaan yang telah Allah berikan kepada hamba-Nya untuk melakukan perbuatan-perbuatan baik yang belum pernah ada pada masa Nabi.


- Diriwayatkan bahawa ketika Rasulullah s.a.w tiba di Madinah, beliau mendapati orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura’ (10 Muharram). Rasulullah s.a.w bertanya kepada mereka: “Untuk apa mereka berpuasa?” Mereka menjawab: “Hari ini adalah hari ditenggelamkan Fir'aun dan diselamatkan Nabi Musa, dan kami berpuasa di hari ini adalah kerana bersyukur kepada Allah”. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda:



أَنَا أَحَقُّ بِمُوْسَى مِنْكُمْ

“Aku lebih berhak terhadap Musa daripada kalian”. (Bukhari dan Muslim)

Lalu Rasulullah s.a.w berpuasa dan memerintahkan para sahabatnya untuk berpuasa. Pelajaran penting yang dapat diambil dari hadits ini ialah bahwa sangat dianjurkan untuk melakukan perbuatan syukur kepada Allah pada hari-hari tertentu atas nikmat yang Allah berikan pada hari-hari tersebut. Baik melakukan perbuatan syukur kerana memperoleh nikmat atau kerana diselamatkan dari marabahaya. Kemudian perbuatan syukur tersebut diulang pada hari yang sama di setiap tahunnya. Bersyukur kepada Allah dapat dilakukan dengan melaksanakan berbagai bentuk ibadah, seperti sujud syukur, berpuasa, sedekah, membaca al-Qur’an dan semacamnya. Bukankah kelahiran Rasulullah s.a.w adalah nikmat yang paling besar bagi umat ini?! Adakah nikmat yang lebih agung dari dilahirkannya Rasulullah s.a.w pada bulan Rabi’ul Awwal ini?! Adakah nikmat dan karunia yang lebih agung dari pada kelahiran Rasulullah s.a.w yang menyelamatkan kita dari jalan kesesatan?! Demikian inilah yang telah dijelaskan oleh al-Hafizh Ibn Hajar al-‘Asqalani.


- Rasulullah s.a.w ketika ditanya mengapa beliau puasa pada hari Isnin, beliau menjawab:

ذلِكَ يَوْمٌ وُلِدْتُ فِيْهِ

“Hari itu adalah hari dimana aku dilahirkan”. (HR Muslim)

Hadith ini menunjukkan bahwa Rasulullah s.a.w melakukan puasa pada hari Isnin kerana bersyukur kepada Allah, bahwa pada hari itu beliau dilahirkan. Dari ini dapat dijadikan dalil bahawa sekiranya Rasulullah s.a.w sendiri berpuasa pada hari Isnin kerana bersyukur kepada Allah atas kelahiran beliau pada hari itu, maka demikian pula bagi umatmya yang sudah selayaknya pada tanggal kelahiran Rasulullah s.a.w, untuk melakukan perbuatan syukur, misalkan dengan membaca al-Qur’an, membaca kisah kelahirannya, bersedekah, atau perbuatan baik lainnya.


Fatwa Beberapa Ulama Ahlussunnah


1. Fatwa Syaikh Imam Ahmad Ibn Hajar al-‘Asqalani rah. yang menukilkan sebagai berikut:


أَصْلُ عَمَلِ الْمَوْلِدِ بِدْعَةٌ لَمْ تُنْقَلْ عَنِ السَّلَفِ الصَّالِحِ مِنَ الْقُُرُوْنِ الثَّلاَثَةِ، وَلكِنَّهَا مَعَ ذلِكَ قَدْ اشْتَمَلَتْ عَلَى مَحَاسِنَ وَضِدِّهَا، فَمَنْ تَحَرَّى فِيْ عَمَلِهَا الْمَحَاسِنَ وَتَجَنَّبَ ضِدَّهَا كَانَتْ بِدْعَةً حَسَنَةً" وَقَالَ: "وَقَدْ ظَهَرَ لِيْ تَخْرِيْجُهَا عَلَى أَصْلٍ ثَابِتٍ.


“Asal peringatan maulid adalah bid’ah yang belum pernah dinukil dari generasi Salaf soleh yang hidup pada tiga abad pertama, tetapi demikian peringatan maulid mengandung kebaikan dan lawannya, jadi barangsiapa dalam peringatan maulid berusaha melakukan hal-hal yang baik saja dan menjauhi lawannya (hal-hal yang buruk), maka itu adalah bid’ah hasanah”. Al-Hafizh Ibn Hajar juga mengatakan: “Dan telah nyata bagiku dasar pengambilan peringatan Maulid di atas dalil yang tsabit (Shahih)”.


2. Fatwa al-Imam al-Hafizh as-Suyuthi rah. yang menukilkan dalam risalahnya Husn al-Maqshid Fi ‘Amal al-Maulid: Beliau menuliskan sebagai berikut:


عِنْدِيْ أَنَّ أَصْلَ عَمَلِ الْمَوِلِدِ الَّذِيْ هُوَ اجْتِمَاعُ النَّاسِ وَقِرَاءَةُ مَا تَيَسَّرَ مِنَ القُرْءَانِ وَرِوَايَةُ الأَخْبَارِ الْوَارِدَةِ فِيْ مَبْدَإِ أَمْرِ النَّبِيِّ وَمَا وَقَعَ فِيْ مَوْلِدِهِ مِنَ الآيَاتِ، ثُمَّ يُمَدُّ لَهُمْ سِمَاطٌ يَأْكُلُوْنَهُ وَيَنْصَرِفُوْنَ مِنْ غَيْرِ زِيَادَةٍ عَلَى ذلِكَ هُوَ مِنَ الْبِدَعِ الْحَسَنَةِ الَّتِيْ يُثَابُ عَلَيْهَا صَاحِبُهَا لِمَا فِيْهِ مِنْ تَعْظِيْمِ قَدْرِ النَّبِيِّ وَإِظْهَارِ الْفَرَحِ وَالاسْتِبْشَارِ بِمَوْلِدِهِ الشَّرِيْفِ. وَأَوَّلُ مَنْ أَحْدَثَ ذلِكَ صَاحِبُ إِرْبِل الْمَلِكُ الْمُظَفَّرُ أَبُوْ سَعِيْدٍ كَوْكَبْرِيْ بْنُ زَيْنِ الدِّيْنِ ابْنِ بُكْتُكِيْن أَحَدُ الْمُلُوْكِ الأَمْجَادِ وَالْكُبَرَاءِ وَالأَجْوَادِ، وَكَانَ لَهُ آثاَرٌ حَسَنَةٌ وَهُوَ الَّذِيْ عَمَّرَ الْجَامِعَ الْمُظَفَّرِيَّ بِسَفْحِ قَاسِيُوْنَ.


“Menurutku: pada dasarnya peringatan maulid, berupa kumpulan orang-orang, berisi bacaan beberapa ayat al-Qur’an, meriwayatkan hadits-hadits tentang permulaan sejarah Rasulullah dan tanda-tanda yang mengiringi kelahirannya, kemudian disajikan hidangan lalu dimakan oleh orang-orang tersebut dan kemudian mereka bubar setelahnya tanpa ada tambahan-tambahan lain, adalah termasuk bid’ah hasanah yang pelakunya akan memperoleh pahala. Karena perkara semacam itu merupakan perbuatan mengagungkan terhadap kedudukan Rasulullah dan merupakan penampakan akan rasa gembira dan suka cita dengan kelahirannya yang mulia. Orang yang pertama kali merintis peringatan maulid ini adalah penguasa Irbil, Raja al-Muzhaffar Abu Sa'id Kaukabri Ibn Zainuddin Ibn Buktukin, salah seorang raja yang mulia, agung dan dermawan. Beliau memiliki peninggalan dan jasa-jasa yang baik, dan dialah yang membangun al-Jami’ al-Muzhaffari di lereng gunung Qasiyun”.


3. Fatwa al-Imam al-Hafizh as-Sakhawi rah. seperti disebutkan dalam al-Ajwibah al-Mardliyyah, sebagai berikut:


لَمْ يُنْقَلْ عَنْ أَحَدٍ مِنَ السَّلَفِ الصَّالِحِ فِيْ الْقُرُوْنِ الثَّلاَثَةِ الْفَاضِلَةِ، وَإِنَّمَا حَدَثَ بَعْدُ، ثُمَّ مَا زَالَ أَهْـلُ الإِسْلاَمِ فِيْ سَائِرِ الأَقْطَارِ وَالْمُـدُنِ الْعِظَامِ يَحْتَفِلُوْنَ فِيْ شَهْرِ مَوْلِدِهِ -صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَشَرَّفَ وَكَرَّمَ- يَعْمَلُوْنَ الْوَلاَئِمَ الْبَدِيْعَةَ الْمُشْتَمِلَةَ عَلَى الأُمُوْرِ البَهِجَةِ الرَّفِيْعَةِ، وَيَتَصَدَّقُوْنَ فِيْ لَيَالِيْهِ بِأَنْوَاعِ الصَّدَقَاتِ، وَيُظْهِرُوْنَ السُّرُوْرَ، وَيَزِيْدُوْنَ فِيْ الْمَبَرَّاتِ، بَلْ يَعْتَنُوْنَ بِقِرَاءَةِ مَوْلِدِهِ الْكَرِيْمِ، وَتَظْهَرُ عَلَيْهِمْ مِنْ بَرَكَاتِهِ كُلُّ فَضْلٍ عَمِيْمٍ بِحَيْثُ كَانَ مِمَّا جُرِّبَ". ثُمَّ قَالَ: "قُلْتُ: كَانَ مَوْلِدُهُ الشَّرِيْفُ عَلَى الأَصَحِّ لَيْلَةَ الإِثْنَيْنِ الثَّانِيَ عَشَرَ مِنْ شَهْرِ رَبِيْع الأَوَّلِ، وَقِيْلَ: لِلَيْلَتَيْنِ خَلَتَا مِنْهُ، وَقِيْلَ: لِثَمَانٍ، وَقِيْلَ: لِعَشْرٍ وَقِيْلَ غَيْرُ ذَلِكَ، وَحِيْنَئِذٍ فَلاَ بَأْسَ بِفِعْلِ الْخَيْرِ فِيْ هذِهِ الأَيَّامِ وَاللَّيَالِيْ عَلَى حَسَبِ الاسْتِطَاعَةِ بَلْ يَحْسُنُ فِيْ أَيَّامِ الشَّهْرِ كُلِّهَا وَلَيَالِيْهِ.


“Peringatan Maulid Nabi belum pernah dilakukan oleh seorang-pun dari generasi Salaf Soleh yang hidup pada tiga abad pertama yang mulia, melainkan baru ada setelah itu di kemudian. Dan ummat Islam di semua daerah dan kota-kota besar senantiasa mengadakan peringatan Maulid Nabi pada bulan kelahiran Rasulullah. Mereka mengadakan jamuan-jamuan makan yang luar biasa dan diisi dengan hal-hal yang menggembirakan dan baik. Pada malam harinya, mereka mengeluarkan berbagai macam sedekah, mereka menampakkan kegembiraan dan suka cita. Mereka melakukan kebaikan-kebaikan lebih dari biasanya. Mereka bahkan meramaikan dengan membaca buku-buku maulid. Dan nampaklah keberkahan Nabi dan Maulid secara merata. Dan ini semua telah teruji”. Kemudian as-Sakhawi berkata: “Aku Katakan: “Tanggal kelahiran Nabi menurut pendapat yang paling shahih adalah malam Senin, tanggal 12 bulan Rabi’ul Awwal. Menurut pendapat lain malam tanggal 2, 8, 10 dan masih ada pendapat-pendapat lain. Oleh kerana itu tidak mengapa melakukan kebaikan bila-bila pun pada hari-hari dan malam-malam ini sesuai dengan kesiapan yang ada, bahkan baik jika dilakukan pada hari-hari dan malam-malam bulan Rabi'ul Awwal seluruhnya” .



(Part - 2)
  • Bidaah terbahagi kepada 2, bidaah hasanah iaitu bidaah yang terpuji dan bidaah dholalah iaitu bidaah tercela. Atas itu, sekiranya sambutan Maulid Nabi jika diadakan dengan mematuhi segala batas-batas agama seperti tiada majlis percampuran antara lelaki dan wanita yang bukan mahram, tiada perasan menunjuk-nunjuk (riyak) dan sebagainya yang bertentangan dengan syariah maka ia adalah bidaah hasanah iaitu bidaah yang terpuji atas usaha mengajak semua memperingati akan kemuliaan Rasulullah صلى الله عليه و سلم .

  • Syeikh Jalaludin al-Suyuti rah. telah menulis didalam kitab beliau, "Hawi li al-Fatawa", Sheikhul Islam dan Imam Hadith pada zamannya, Ahmad ibn Hajar ('Asqalani) rah. telah ditanya mengenai perbuatan menyambut Maulidurrasul dan beliau telah memberi jawapan secara bertulis: Adapun perbuatan menyambut Maulidurrasul merupakan bida'ah yang tidak pernah diriwayatkan oleh para Salafussoleh pada 300 tahun pertama selepas hijrah. Walau bagaimana pun, ianya penuh dengan kebaikan dan perkara-perkara yang terpuji dan kadangkala ianya dicacatkan oleh perbuatan-perbuatan yang tidak sepatutnya. Jika sambutan Maulidurrasul itu terpelihara dari perkara-perkara yang melanggar shari'a maka ianya tergolong didalam perbuatan bida'ah hasanah tetapi jika sambutan tersebut terselit perkara-perkara yang melanggar shari'ah maka ianya tidak tergolong didalam bida'ah hasanah. 
     
  • Abu Qatada al-Ansari meriwayatkan didalam Sahih Muslim, kitab as-siyam (puasa), bahawa Rasulullah s.a.w kenapa beliau berpuasa pada hari Isnin, dan baginda bersabda,"Itulah hari aku dilahirkan dan itulah juga hari aku diangkat menjadi Rasul." Daripada Mutawalli Sha'rawi:"Banyak peristiwa yang ajaib telah berlaku pada hari baginda (s.a.w) dilahirkan sebagai bukti bagi hadith dan sejarah bahawa malam Rasulullah s.a.w dilahirkan tidak seperti malam-malam manusia lain dilahirkan". Peristiwa yang termaktub didalam hadith termasuklah gegaran yang dirasakan di istana 'Chosroes' dan padamnya api yang telah menyala selama 1000 tahun di Parsi dan beberapa peristiwa-peristiwa lain yang ditulis didalam karangan Ibnu Kathir, al-Bidaya, Jilid 2, mukasurat 265-268. Daripada Kitab al-Madhkal oleh Ibnu al-Hajj (jilid 1, ms. 261) "Menjadi satu kewajiban bagi kita untuk membanyakkan kesyukuran kita kepada Allah setiap hari Isnin bulan Rabi'ul Awwal kerana Dia telah mengurniakan kepada kita nikmat yang besar iaitu diutusNya Nabi s.a.w untuk menyampaikan Islam kepada kita dan menyebarkan salam. Apabila baginda ditanya mengapa baginda berpuasa pada hari Isnin, baginda bersabda,"Hari itu adalah hari kelahiranku". Oleh kerana itu, hari tersebut telah memberi satu 'penghormatan' kepada bulan tersebut, kerana hari itu merupakan hari Rasulullah s.a.w dan baginda bersabda,"Aku merupakan penghulu bagi anak cucu Adam dan aku tidak mengatakan ini kerana kesombongan …dan baginda bersabda: Adam dan anak cucunya akan bernaung dibawah panji-panjiku pada hari pembalasan kelak. Hadith-hadith ini merupakan riwayat Bukhari dan Muslim. Didalam Sahih Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda, Aku telah dilahirkan pada hari Isnin dan pada hari yang sama juga wahyu yang pertama telah diturunkan kepadaku." Rasulullah s.a.w mengutamakan hari kelahiran baginda dan memuji serta bersyukur kepada Allah, dengan berpuasa pada hari tersebut (Isnin) seperti yang diriwayatkan oleh Abu Qatada didalam sebuah hadith. Ini bermakna, Rasulullah s.a.w telah melahirkan dan menzahirkan perasaan gembira baginda dengan berpuasa pada hari tersebut - salah satu daripada bentuk ibadah khusus. Oleh kerana Rasulullah s.a.w sendiri mengutamakan hari tersebut, jadi sebagai mencontohi baginda, sambutan atau ibadah yang selaras dengan shari'ah adalah dibolehkan - walaupun mungkin kaedah menyambutnya mungkin boleh berubah mengikut keadaan dan tempat tetapi dzat/intipati sambutan itu tetap sama. Dan kerana itu, berpuasa, memberi makanan kepada orang fakir miskin, bersama-sama berselawat kepada Nabi s.a.w, ataupun bersama-sama mengingati dan merenung akan akhlaq baginda yang terpuji lagi mulia - semuanya merupakan kaedah ataupun cara yang boleh dilakukan untuk mengutamakan dan menyambut hari tersebut.

  • Kitab Rihal, karangan Ibnu Jubayr (540-614), didalam bab Perjalanan (ms.114-115) merupakan sumber yang terawal yang menceritakan mengenai sambutan Maulidurrasul s.a.w secara beramai-ramai didalam suatu kelompok masyarakat. "Tempat yang diberkati ini (rumah kelahiran Nabi s.a.w ) dibuka dan setiap lelaki dibenarkan untuk memasukinya untuk mendapat barakah daripadanya (mutabarrikin bihi) pada setiap hari Isnin didalam bulan Rabi'al al-Awwal kerana pada hari dan bulan tersebut, Nabi s.a.w telah dilahirkan." 
     
  • Ibnu Battuta merupakan ahli sejarah abad ke - 8 yang masyhur dan beliau telah menulis didalam kitabnya, Rihla (Jilid 1,ms.309 dan 347) bahawa pada setiap hari Jumaat, selepas solat dan pada hari kelahiran Nabi, pintu Ka'bah akan dibuka oleh ketua Banu Shayba, pemegang kunci pintu Ka'bah. Pada hari Maulidurrasul juga, Qadi yang bermazhab Shafi'i (Ketua Hakim, Makkah), Najmuddin Muhammad Ibnu al-Imam Muhyiddin al-Tabari, membahagi-bahagikan makanan kepada shurafa' (keturunan Nabi s.a.w) dan juga kepada kesemua penduduk Makkah. 
     
  • Allah telah berfirman kepada Rasulullah s.a.w untuk mengingatkan ummatnya yang mengakui mencintai Allah, untuk mencintai NabiNya dan katakanlah kepada mereka,"Jika kamu mencintai Allah, ikutlah (dan cintai dan hormati) aku, dan Allah akan mencintai kamu" (3:31) Sambutan Maulidurrasul merupakan natijah atau kesan akan adanya perasaan kecintaan terhadap Rasulullah s.a.w, perasaan taat kepada baginda, sentiasa mengingati baginda, mencontohi baginda dan berbangga dengan baginda sebagaimana Allah bangga terhadap baginda kerana Allah memuji akan baginda didalam Al-Quran, "Sesungguhnya engkau mempunyai akhlaq yang mulia" (al-Qalam:4) Tahap kecintaan kepada Rasulullah s.a.w, merupakan antara pengukur kepada tahap kesempurnaan keimanan antara seseorang mukmin dan seorang mukmin yang lain. Dalam sebuah hadith sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah s.a.w telah bersabda,"Tidak sempurna iman kamu sehingga aku lebih dicintainya daripada anak, ibu bapa dan manusia seluruhnya." Dalam sebuah hadith lain yang diriwayatkan oleh Bukhari Rasulullah s.a.w bersabda, "Tidak sempurna iman kamu sehingga aku kamu lebih cintai daripada diri kamu sendiri." Dan Sayyidina 'Umar berkata,"Ya Rasulullah aku mencintaimu lebih daripada diriku sendiri. Kesempurnaan iman seseorang itu amat bergantung pada kecintaannya terhadap Rasulullah s.a.w dan para Malaikat sentiasa memuji baginda sebagaimana yang dimaksudkan didalam ayat al-Quran yang berbunyi, "Sesungguhnya Allah dan para Malaikat sentiasa bersalawat keatas Nabi" (33:56). Seterusnya ayat ini disambung dengan perintah Tuhan,"Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu keatasnya". Ayat ini sahaja menjadi bukti bahawa kualiti iman seseorang itu bergantung kepada dan dizahirkan melalui selawat kepada Nabi (s.a.w). Ya Allah! Limpahkanlah selawat serta salam kepada Nabi, ahli keluarga baginda dan para sahaba.

  • Lantaran itu jelas, jumhur ulama ASWJ telah menyatakan bahawa Mawlid Nabi boleh dianjurkan dan dikategorikan sebagai bidaah hasanah tetapi dengan syarat-syarat tegas yang dinyatakan diatas iaitu hendaklah selari dengan syariat Islam.

MAWLID AL-NABI - 1




(Part – 1)

By Mufti Muhammad Taqi Usmani

Q: What is the truth about Milad? On the 12th of Rabi-Awwal Milad-un-Nabi is celebrated with great fanfare and Milad meetings are arranged. What is the ruling of Shariah regarding that?

A: The gatherings arranged to remember the birth of the Prophet Muhammad صلى الله عليه و سلم ,  the mercy to the mankind, are called Milad gatherings. Remembering the life of Rasulullah صلى الله عليه و سلم and teaching others about it, is an act of great blessing and virtue. However all good deeds have to be performed according to the rules and guidelines established by the Shariah. To exceed them is a grave sin. For example reciting the Qur'an is a great act of virtue, but it is prohibited to do so while one is in ruku or sujud in prayers. Likewise, Salat is one of the most important acts of worship. Yet, it is haram to perform it at sunrise or sunset.

Similarly, there are rules governing the blessed remembrance of the Sirah. For example, this remembrance must not be associated with a particular day or month; it should be considered equally virtuous during every month of the year, every week of the month, and every day of the week. Also it can take any permissible form. For example you can arrange a reading of an authentic book on Sirah or have a lecture delivered by a scholar. Doing that is not only permissible but it will bring great reward. But it is important to stay away from the evils found in the prevalent Milad gatherings. Here are some of those evils: A particular date (12 Rabi-Awwal) has been designated for this remembrance. There is no evidence supporting this designation during the time of Sahaba (Companions), the tabiyeen (the generation that followed the companions) or taba-tabiyeen (the next generation). This designation is bida'a (innovation).

The element of showoff (riya) is commonly present in these gatherings. If someone does not attend these gatherings, he is looked down upon. Distribution of sweets is considered an indispensable part of the proceedings. To meet the expenses donations are collected from sometimes unwilling people who give money under social pressure. According to the Hadith it is not permissible to take any Muslim's money without his willingness.

Intermixing of men and women commonly takes place in these gatherings. People stay late at night in these meetings thereby missing the next morning's prayers.

The focus of the talks delivered there is very limited. Rasulullah
صلى الله عليه و سلم , has given guidance for every aspect of our life. These cover acts of worship, dealing with other people, morals and manners, social relationships, business dealings, etc. However, it has been observed that the prevalent Milad talks concentrate mainly or solely on the account of the birth of Rasulullah صلى الله عليه و سلم , and his miracles. They do not attempt to cover the vast teachings of Rasulullah صلى الله عليه و سلم , [Thus, not only the form of these meetings but also the message given by them is generally a distorted one. Translator.]

For these reasons one should refrain from the prevalent Milad gatherings. However if care is taken to avoid all of these evils and to follow the Shariah carefully, then a meeting organized to remember Rasulullah صلى الله عليه و سلم , with the sole purpose of seeking Allah's pleasure, will InshaAllah be a blessed event. And Allah knows best.




(Part - 2)

Scholars state that the first person to introduce the celebrating the Milad was the ruler of Irbil, Muzaffar ad-Din ibn Zain al-Din. This was six centuries after the period of prophet hood.

Allaamah Muizzuddin Hasan Khwaarzimi rah. states in his book, Al-Qawl al Mutamad:

- The Ruler of Irbal, King Muzaffar Abu Saeed Kaukari, was an irreligious and prodigal king. He ordered the scholars of his time to act according to their opinions and discard the practice of following any school of law. A group of learned men inclined towards him. He (this king) organized Mawlood sessions during the month of Rabi al Awwal. He was the first king ever to introduce this practice.

Ibn Kathir said in al-Bidaya wa al-Nihaya (Beirut and Riyadh: Maktabat al-Ma`arif & Maktabat al-Nasr, 1966 ed. 13:136-137): "He (King Muzaffar) used to celebrate the noble Mawlid in Rabi` al-Awwal and organize huge festivities for it. He was a wise king, brave, a fierce fighter, intelligent, learned, and just (May Allah have mercy on him and ennoble his grave). Shaykh Abu al-Khattab ibn Dihya (Ibn Unain - Ibn Dihya) compiled for him a book on the Mawlid of the Prophet s.a.w and named it al-Tanwir fi Mawlid al-Bashir al-Nadhir ("The illumination concerning the birthday of the Bringer of glad tidings and Warner") and the king rewarded him with 1,000 dinars for it. His rule lasted until he died in the year 630 (Hijri) as he was besieging the French in the city of Acca (Acre, Palestine) after a glorious and blameless life."

Futher more, Ibn Kathir himself composed a text on Mawlid, made of hadiths, invocations of blessings on the Prophet s.a.w and poetry in praise of him. It is entitled Mawlid Rasulillah sallallahu `alayhi wa sallam, and was edited and published by Salah al-Din al-Munajjid (Beirut: Dar al-Kitab al-Jadid, 1961).

But about about Ibn Unain (Ibn Dihya), Ibn Kathir rah. has reported on the authority of As-Sabt say,

قال السبط: وقد كان كابن عنين في ثلب المسلمين والوقيعة فيهم، ويتزيد في كلامه فترك الناس الرواية عنه وكذبوه
(البداية والنهاية - 13 / 169دار إحياء التراث العربي)

Ibn Unain (Ibn Dihya) used to insult the Muslims and vilify them. He would make additions in his report and exaggerate. The people stopped narrating traditions from him and falsified him. (Al-Bidaya wa al-Nihaya, 3/144-146)

Ibn Hajar Al-Asqalani rah. also has commented on Ibn Unain (Ibn Dihya),

وكان ظاهري المذهب كثير الوقيعة في الأئمة وفي السلف من العلماء خبيث اللسان أحمق شديد الكبر قليل النظر في أمور الدين متهاونا
(لسان الميزان - 4 / 296مؤسسة الأعلمي للمطبوعات  بيروت)

He was a follower of the Zahiri school of thought and often slandered the scholars and the scholars of the past. He possessed an evil tongue and was stupid, self-conceited, lacked insight in religious matters, and looked down upon religion. (Lisan al-Mizan, 4/296)

The companions loved the Prophet صلى الله عليه و سلم the most yet they did not celebrate the mawlid. They remained alive after him for about a century, but despite their unparalleled and profound love towards the Holy Prophet صلى الله عليه و سلم , they never celebrated his birthday. If the mawlid was a meritorious and divinely inspired act, then surely Rasulullah would have commanded the Ummah to celebrate it, or at least, either he or his noble Companions would have practiced on it. Since it cannot be substantiated by any action of theirs, it becomes crystal clear that celebrating the mawlid has absolutely no relationship with Islam and it is Bidaah (innovation).

There for, this will be bidaah hasanah and it is permissible if the gatherings are conducted at a random in which the love of Nabi صلى الله عليه و سلم is discussed and people are encouraged to follow the Sunnah, as long nothing againts syariah like music, intermingling between man and woman which non-mahram, omiting compulsory prayers etc was having in such gatherings..

This ruling is derived from the following narration of Saheeh Al-Bukhari and Saheeh Muslim,

- حدثنا عمرو الناقد وإسحاق بن إبراهيم وابن أبى عمر كلهم عن سفيان قال عمرو حدثنا سفيان بن عيينة عن الزهرى عن سعيد عن أبى هريرة أن عمر مر بحسان وهو ينشد الشعر فى المسجد فلحظ إليه فقال قد كنت أنشد وفيه من (هو خير منك. (متفق عليه 

Abu Hurairah r.a narrates, Umar r.a once passed by Hassan r.a who was saying poetry in the Masjid. He glanced angrily towards Hassan r.a. Hassan r.a responded, I used to say poetry and in the Masjid there used to be one who is greater than you (meaning Nabi صلى الله عليه و سلم). (Bukhari and Muslim)

As stated by al-Sayyid Muhammad al-Maliki in his Fatwa Hawl al-Ihtifal bi Dhikra al-Mawlid al-Nabawi al-Sharif_ (10th ed. p. 15): "The first to observe the celebration of the Mawlid was the Prophet s.a.w himself by fasting on Mondays because it was the day of his birth as narrated in Sahih Muslim. This is the soundest and most explicit textual proof for the licitness of commemorating the Noble Prophetic Mawlid." )

- حدثنا يعقوب بن إبراهيم قال حدثنا ابن علية عن عبد العزيز بن صهيب عن أنس عن النبي صلى الله عليه و سلم (ح) . وحدثنا آدم قال حدثنا شعبة عن قتادة عن أنس قال قال النبي صلى الله عليه و سلم : ( لا يؤمن أحدكم حتى أكون أحب إليه من والده وولده والناس أجمعين

None of you truly believes until I am more beloved to him than his father, his children and mankind in its entirety. (Bukhari 1/14 and Muslim 1/49)


Btn_blue_77x28

open source - sumber terbuka

Mana-mana coretan yang dikira baik, dibenarkan mengambil (copy-paste) tanpa perlu bertanya tuan blog ini. Manakala mana-mana coretan yang terdapat kesilapan, mohon ribuan kemaafan dari tuan blog ini. - " Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya "

Coretan lalu

zar4art

Bayan

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com
Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com

Waktu sholat

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

English to Arabic to English Dictionary
Find word:
Exact Word / Starting Word Sub Word
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
www.SearchTruth.com

Salam damai