Dunia
insan sebenarnya jauh primitif dan mundur dibandingkan dengan dunia
jin. Bayangkan sebuah kapal terbang yang hanya mampu terbang dengan
kelajuan bunyi dibandingkan dengan sebuah kapal terbang yang mampu
terbang dengan kelajuan cahaya, tentu keduanya amat jauh berbeza dari
segi bentuk kemampuan.
Mundur
dan primitifnya insan kerana kejadiannya yang bersifat haiwanat,
berhawa nafsu dan terikat dengan dunia asbab materinya dari segala
aspek. Namun begitu, dunia insan mampu jauh lebih maju dan mulia
bilamana sifat-sifat kemalaikatan dimiliki dan dirinya tidak terikat
semata-mata pada dunia asbab materinya tetapi pada ketinggian serta
kemuliaan kerohaniahnya.
Sebelum
kehadiran insan didunia ini, bangsa jin telah menakluknya dan bahkan
telah mengembara jauh bukan sahaja dilangit yang pertama tetapi
kelangit-langit seterusnya. Sehinggakan dibina perhentian-perhentian
buat para jin diangkasa-raya sebagaimana terdapat didalam
cerita-cerita fiksi rekaan insan, hanya-sanya kisah para jin ini
adalah suatu kebenaran dan wajib dipercayai oleh setiap muslim.
وَأَنَّا
لَمَسۡنَا ٱلسَّمَآءَ فَوَجَدۡنَـٰهَا
مُلِئَتۡ حَرَسً۬ا شَدِيدً۬ا وَشُہُبً۬ا
(٨)
وَأَنَّا
كُنَّا نَقۡعُدُ مِنۡہَا مَقَـٰعِدَ
لِلسَّمۡعِۖ فَمَن يَسۡتَمِعِ ٱلۡأَنَ
يَجِدۡ لَهُ ۥ شِہَابً۬ا رَّصَدً۬ا
(٩
Dan
sesungguhnya kami telah mencuba mengetahui (rahsia) langit, maka kami
mendapatinya penuh dengan penjagaan yang kuat dan panah-panah api,
dan seseungguhnya kami dahulu dapat menduduki beberapa tempat
dilangit itu dan mendengar-dengarkan (berita-beritanya). Tetapi
sekarang, barang siapa yang (mencuba) mendengar-dengarkan (seperti
itu) tentu akan menjumpai panah api yang mengintai (untuk
membakarnya). - Surah al-Jinn; 8-9
Disebutkan
bahawa sebelum Al-Quran diturunkan kepada Rasulullah s.a.w, bangsa
jin mampu menembusi perjalanan-perjalanan jauh kelangit-langit
diangkasa-raya dan memiliki stasion-stasion perhentiannya
dilangit-langit namun setelah wahyu diturunkan, semua pintu-pintu
langit telah tertutup, dimana kini mereka hanya mampu kelangit yang
pertama, manakala bila bangsa jin cuba melepasi sempadannya maka
mereka akan dilontar dengan panah-panah api. Ini membuat bangsa jin
kehairanan, hanya-sanya bila mereka mendengar bacaan Al-Quran, maka
fahamilah mereka bahawa kejadian ini berlaku kerana Rasul terakhir
buat sekelian alam telah hadir dan berimanlah sebahagian besar dari
bangsa jin.
قُلۡ
أُوحِىَ إِلَىَّ أَنَّهُ ٱسۡتَمَعَ
نَفَرٌ۬ مِّنَ ٱلۡجِنِّ فَقَالُوٓاْ
إِنَّا سَمِعۡنَا قُرۡءَانًا عَجَبً۬ا
(١)
يَہۡدِىٓ
إِلَى ٱلرُّشۡدِ فَـَٔامَنَّا بِهِۦۖ
وَلَن نُّشۡرِكَ بِرَبِّنَآ أَحَدً۬ا
(٢)
وَأَنَّهُ ۥ
تَعَـٰلَىٰ جَدُّ رَبِّنَا مَا ٱتَّخَذَ
صَـٰحِبَةً۬ وَلَا وَلَدً۬ا (٣)
وَأَنَّهُ ۥ
كَانَ يَقُولُ سَفِيہُنَا عَلَى ٱللَّهِ
شَطَطً۬ا (٤
Katakanlah
[hai Muhammad]: "Telah diwahyukan kepadaku bahwasanya:
sekumpulan jin telah mendengarkan [Al Qur’an], lalu mereka berkata:
"Sesungguhnya kami telah mendengarkan Al Qur’an yang
menakjubkan, (1) [yang] memberi petunjuk kepada jalan yang benar,
lalu kami beriman kepadanya. Dan kami sekali-kali tidak akan
mempersekutukan seorang pun dengan Tuhan kami, (2) dan bahawasanya
Maha Tinggi kebesaran Tuhan kami, Dia tidak beristeri dan tidak
[pula] beranak. (3) Dan bahawasanya: orang yang kurang akal daripada
kami dahulu selalu mengatakan [perkataan] yang melampaui batas
terhadap Allah (4) – (Surah Al-Jinn; 1-4)
Kisah
akan bagaimana hebat dan jauh majunya binaan bangsa jin adalah
terdapat didalam kisah Nabi Sulaiman yang mana bangsa jin membantu
Nabi Sulaiman membina kekerajaan beliau sehinggakan tiada kerajaan
yang sehebatnya dari dahulu mahupun untuk masa akan datang. Namun
biarpun sehebat mana bangsa jin dari berbagai aspek, tidak akan
menandingi insan sekiranya kerohaniah insan tersebut begitu mulia dan
tinggi darjatnya sebagaimana termaklup dalam kisah akan jin yang
berilmu tinggi hendak membawa kursi tahta Ratu Balqis yang jauh
beribu kilometer dengan waktu yang begitu singkat iaitu sebelum Nabi
Sulaiman bangun dari tempat duduk beliau, namun salah seorang insan
yang mempunyai ilmu Al Kitab bahkan dapat membawa kursi Ratu Balqis
lebih pantas dari kelipan mata.
قَالَ
عِفۡرِيتٌ۬ مِّنَ ٱلۡجِنِّ أَنَا۟
ءَاتِيكَ بِهِۦ قَبۡلَ أَن تَقُومَ مِن
مَّقَامِكَۖ وَإِنِّى عَلَيۡهِ لَقَوِىٌّ
أَمِينٌ۬ (٣٩)
قَالَ
ٱلَّذِى عِندَهُ ۥ عِلۡمٌ۬ مِّنَ
ٱلۡكِتَـٰبِ أَنَا۟ ءَاتِيكَ بِهِۦ
قَبۡلَ أَن يَرۡتَدَّ إِلَيۡكَ طَرۡفُكَۚ
فَلَمَّا رَءَاهُ مُسۡتَقِرًّا عِندَهُ ۥ
قَالَ هَـٰذَا مِن فَضۡلِ رَبِّى
لِيَبۡلُوَنِىٓ ءَأَشۡكُرُ أَمۡ أَكۡفُرُۖ
وَمَن شَكَرَ فَإِنَّمَا يَشۡكُرُ
لِنَفۡسِهِۦۖ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ
رَبِّى غَنِىٌّ۬ كَرِيمٌ۬ (٤٠
Berkata
`Ifrit [yang cerdik] dari golongan jin: "Aku akan datang
kepadamu dengan membawa singgasana itu kepadamu sebelum kamu berdiri
dari tempat dudukmu; sesungguhnya aku benar-benar kuat untuk
membawanya lagi dapat dipercaya". (39) Berkatalah seorang yang
mempunyai ilmu dari Al Kitab: "Aku akan membawa singgasana itu
kepadamu sebelum matamu berkedip". Maka tatkala Sulaiman melihat
singgasana itu terletak di hadapannya, iapun berkata: "Ini
termasuk karunia Tuhanku untuk mencoba aku apakah aku bersyukur atau
mengingkari [akan ni’mat-Nya]. Dan barangsiapa yang bersyukur maka
sesungguhnya dia bersyukur untuk [kebaikan] dirinya sendiri dan
barangsiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi
Maha Mulia". (40) – (Surah Al-Naml; 39-40)
Tentang
insan yang berjaya membawa kursi Ratu Balqis lebih pantas dari
kelipan mata, para fukaha seperti Ibnu Abbas r.a, Ibnu Ishaq rah.,
Qatadah rah. dan lain-lain, menerangkan bahawa namanya adalah Asif
bin Barkhiya, pembantu Nabi Sulaiman a.s.
Qatadah rah.
menerangkan bahawa beliau adalah seorang mukmin dari kalangan insan dan
bernama Asif (sebagaimana tercatit didalam tafsir Ibnu Kathir rah).
Bersambung....
No comments:
Post a Comment