Dunia
jin bukanlah alam arwah atau alam roh, namun sering terjadi
salah-faham kerananya. Menganggap dunia jin adalah sebahagian dari
alam arwah merupakan propaganda jentera syaitan kerana dari itu, ramai
insan mudah terjebak kedalam fikiran yang menyongsangkan atau memilih
pegangan hidup yang silap.
Daripada
kepercayaan dunia purba akan akan cerita-cerita adanya kewujudan
hantu-hantu, penyembahan-pemyembahan dikuburan dan lain-lain
sehinggalah kedalam dunia modern seperti tulisan-tulisan buku-buku
hantu bersiri, filem-filem menyeramkan dan seterusnya kepada
genre-genre musik keras seperti black metal, adalah contoh propaganda
jentera syaitan dalam membawa insan kearah fikiran yang
menyongsangkan.
Dunia
jin adalah dunia kehidupan sama seperti dunia kehidupan insan atau
digelar dunia fana dimana setiap dari jin cuba menghadapi kehidupan
sehariannya dalam memenuhi keperluan serta hajat akan
kehidupannya. Sebagaimana insan yang berdepan dengan detik-detik
kehidupannya untuk menuju kepada kehidupan samada pada jalan yang
membawa kejayaan dunia dan akhirat atau sebaliknya, sebegitulah juga
bagaimana yang berlaku pada dunia jin.
Dunia jin bukanlah seperti dunia haiwan tetapi mirip dunia insan dimana adanya ikhtiar dan semuanya akan menemui kematian akhirnya dimana seterusnya dipertanggung-jawabkan atas segala peri-lakunya sepanjang hayat didunia ini.
Dunia jin bukanlah seperti dunia haiwan tetapi mirip dunia insan dimana adanya ikhtiar dan semuanya akan menemui kematian akhirnya dimana seterusnya dipertanggung-jawabkan atas segala peri-lakunya sepanjang hayat didunia ini.
Namun
dalam pada itu, biarpun dunia jin adalah paralel dengan dunia insan,
terdapatnya sempadan yang menjadi batas tembok antara keduanya. Malah
keturunan jin yang bukan daripada jentera syaitan akan sering
menjauhi insan dengan membina penempatannya yang terpinggir seperti
didalam hutan belantara atau jauh dipadang pasir, sedang yang
berinteraksi dengan insan dan hidup disamping insan adalah lazimnya
dikalangan jentera-jentera syaitan yang bekerja membawa insan kearah
jalan yang salah atau kesesatan.
Untuk
menembusi batas tembok antara kedua alam ini adalah melalui
pintu-pintu perasaan dan fikiran insan, dimana perasaan dan fikiran
insan bukanlah asbab materi alam ini. Mungkin para saintis hari ini
cuba mengkaji akan elektron-elektron yang beraksi didalam otak insan,
namun otak hanya alat untuk insan berfikir tetapi otak bukan akal
insan. Sebagaimana juga hati lahiriah insan yang berbeza perkataan
dan maknanya dalam berbagai bahasa tetapi kesimpulannya adalah sama
(seperti didalam bahasa Arab disebut qalb atau didalam bahasa
Inggeris disebut heart), iaitu biarpun dikaji akan jantung mahupun
hati insan, tetap tidak didapati perasaan terletak disitu kerana
semua itu adalah asbab materi yang hanya berupa alat.
Melalui
pintu-pintu bukan asbab materi iaitu diatas perasaan dan fikiran
insan, syaitan dapat menembusi tembok antara kedua dunia ini dengan
memanipulsi serta seterusnya menguasai insan
agar menurut kehendaknya, dan bahkan kemudian dilatih untuk menjadi
bala-tenteranya dikalangan bani Adam.
Lantaran diri insan hanyut dibawah
bisikan syaitan yang berjaya menguasai dirinya, membuatkan insan sanggup melakukan perkara-perkara yang benar-benar
terkeluar daripada fikiran yang sihat mahupun perasaan fitrah sucinya seperti menyembah
patung-patung, batu-batu dan sebagainya yang jelas tidak bernyawa, percaya kepada perkara-perkara karut-marut, khurafat, memiliki perasan kejam dan melakukan sewenang-wenangnya
kezaliman, melakukan pertelingkahan demi pertelingkahan dalam merebut kuasa tanpa hak, fitnah memfitnah, pertumpahan darah tidak henti-henti,
melakukan segala macam maksiat dan berbagai-bagai lagi kejahatan serta kesesatan.
Merujuk
bagaimana syaitan berusaha sebegitu payah untuk membawa insan kejalan
yang salah serta memesongkan insan jauh dari kebenaran adalah berpunca
dari sumpah Iblis yang dilaknat kerana membangkang untuk sujud hormat
kepada Nabi Adam dimana Iblis menganggap dirinya adalah jauh lebih baik serta hebat
dari insan, sedangkan perintah untuk sujud hormat kepada Nabi Adam
adalah perintah dari Allah sendiri.
قَالَ
مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسۡجُدَ إِذۡ
أَمَرۡتُكَۖ قَالَ أَنَا۟ خَيۡرٌ۬
مِّنۡهُ خَلَقۡتَنِى مِن نَّارٍ۬
وَخَلَقۡتَهُ ۥ مِن طِينٍ۬ (١٢)
قَالَ
فَٱهۡبِطۡ مِنۡہَا فَمَا يَكُونُ لَكَ
أَن تَتَكَبَّرَ فِيہَا فَٱخۡرُجۡ إِنَّكَ
مِنَ ٱلصَّـٰغِرِينَ (١٣)
قَالَ
أَنظِرۡنِىٓ إِلَىٰ يَوۡمِ يُبۡعَثُونَ
(١٤)
قَالَ
إِنَّكَ مِنَ ٱلۡمُنظَرِينَ (١٥)
قَالَ
فَبِمَآ أَغۡوَيۡتَنِى لَأَقۡعُدَنَّ
لَهُمۡ صِرَٲطَكَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (١٦)
ثُمَّ
لَأَتِيَنَّهُم مِّنۢ بَيۡنِ أَيۡدِيہِمۡ
وَمِنۡ خَلۡفِهِمۡ وَعَنۡ أَيۡمَـٰنِہِمۡ
وَعَن شَمَآٮِٕلِهِمۡۖ وَلَا تَجِدُ
أَكۡثَرَهُمۡ شَـٰكِرِينَ (١٧)
قَالَ
ٱخۡرُجۡ مِنۡہَا مَذۡءُومً۬ا مَّدۡحُورً۬اۖ
لَّمَن تَبِعَكَ مِنۡہُمۡ لَأَمۡلَأَنَّ
جَهَنَّمَ مِنكُمۡ أَجۡمَعِينَ (١٨)
Allah
berfirman: Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika
Aku perintahmu? Iblis menjawab: Aku lebih baik daripada Adam, Engkau
(wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari
tanah. (12) Allah berfirman: Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana
tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu
keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina. (13) Iblis
berkata: Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan
(hari kiamat). (14) Allah berfirman: Sesungguhnya engkau dari
golongan yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu). (15) Iblis
berkata: Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat
(maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka
(dari menjalani) jalanMu yang lurus; (16) Kemudian aku datangi
mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari
kanan mereka serta dari kiri mereka dan Engkau tidak akan dapati
kebanyakan mereka bersyukur. (17) Allah berfirman: Keluarlah engkau
dari Syurga sebagai makhluk yang terhina serta terusir. Sesungguhnya
sesiapa di antara mereka yang menurutmu, tetaplah Aku akan memenuhi
Neraka Jahanam dengan (golongan) kamu (yang derhaka) semuanya; (18) -
(Al-‘Araf
7:12-18)
Bersambung...
No comments:
Post a Comment