Monday

Dunia Jin - 1




Insan, semakin maju atau semakin terasa dirinya menguasai pencapaian pengetahuan kepada segala asbab materi didunia ini akan menuju kearah pemikiran bahawa segala-galanya adalah hanya tertakluk pada alam fizik dan segala-galanya hanya mampu dihuraikan dengan apa yang diketahui atau apa yang mampu dicari titik-titik asas sesuatu tersebut dengan asbab-asbab materi melalui panca-inderanya, tetapi apakah benar semuanya itu?

Sebenarnya, insan tiada hak langsung untuk mendabik dada atau bersifat angkuh diatas segala pencapaian diatas pengetahuanya kerana insan itu sendiri adalah fitrahnya bersifat lemah, lalai, lepa dan mengetahui sesuatu tersebut hanyalah dengan izin penciptanya. Pencapaian keatas pengetahuan sebenarnya hanyalah merupakan kunci untuk mengenal penciptanya dan seterusnya bersifat tawaduk, bukan sebaliknya. Kerana itu, terdapatnya perbezaan antara makna sebenar berilmu dengan makna pencapaian akedemik atau pencapaian lain-lainnya.

Contohnya, akan dunia kehidupan lain yang wujud disamping segala asbab materi dalam dunia kehidupan insan iaitu dunia Jin. Dunia Jin parallel dengan dunia yang dikatakan realiti buat insan atau boleh juga diibaratkan dua dunia dibalikan kaca, iaitu seperti didalam bilik soal-siasat polis, yang mana terdapat bilik sebelah yang dapat melihat segala adegan soal-siasat yang dilakukan melalui belakang cermin kaca, sedang dari cermin kaca tersebut, tidak dapat dilihat apa dibelakangnya.

Dunia Jin adalah parallel dengan dunia insan dalam hampir segala aspek seperti daripada kehidupan seharian dengan segala keperluan serta hajat untuk dipenuhi seperti berkeluarga dan berketurunan, memerlukan penginapan, makan-minum dan seterusnya sehinggalah juga kepada beribu ragam mentaliti mahupun fikiran. Dunia Jin juga ada yang dikalangannya beriman kepada Tuhan yang Esa, ada yang kufur, ada yang belum sampai dakwah kepadanya, ada yang baik atau yang jahat, ada yang maju atau yang mundur kehidupannya dan seterusnya. Jin bukanlah syaitan, tetapi ada kalangan mereka menjadi tentera syaitan diatas kejahatan mereka melanggar perintah Allah sebagaimana ada kalangan insan yang menjadi tentera syaitan diatas keangguhan serta kejahatan mereka.

Al-Jawhari (pengarang Al-Sihaah) menyatakan bahawa Al-Jaan adalah bapa kepada keturunan Jin dan sebutan plural untuk Jin adalah Jeenan. Dalam Al-Qaamos Al-Muheet: Jannahu Al-Layl bermakna malam menyeliputi, iaitu semua yang terselindung dan terhalang pandangan kasar adalah Junna `Anka (terhalang dari kamu). Jinn Al-Layl bermakna kegelapan malam, Al-Mijannah adalah nama buat daerah yang dipenghuni oleh ramainya jin manakala Al-Jaan adalah plural untuk Al-Jinn.

Menurut Ibnu Aqil sebagaimana dikutip asy-Syibli dalam bukunya Akam al-Marjan fi Ahkam al- Jann, menyatakan bahawa makhluk yang disebut sebagai jin secara bahasanya bererti tersembunyi, terhalang, tertutup. Disebut jin, kerana makhluk ini terhalang (tidak dapat dilihat) dengan mata kasar insan. Sebagaimana, bayi yang masih berada didalam perut ibu, disebut janin (kata janin dan jin memiliki kata dasar yang sama yakni jann) kerana ia tidak dapat dilihat dengan mata. Demikian juga orang gila dalam bahasa Arab disebut dengan majnun (dari kata jann juga) kerana akal sihatnya sudah tertutup atau terhalang.

Sedangkan kata syaitan, dalam bahasa Arab berasal dari kata syathona yang bererti ba'uda (jauh, yakni yang selalu menjauhkan manusia dari kebenaran). Kemudian kata syaithan ini digunakan untuk setiap mahluk berakal yang durhaka dan membangkang (kullu 'aat wa mutamarrid). Pada awalnya istilah syaitan ini diberikan kepada salah satu golongan jin (Iblis) yang beribadah kepada Allah dan tinggal bersama dengan malaikat didalam surga. Akan tetapi ketika mereka menolak untuk sujud hormat kepada Nabi Adam dengan membangkang kepada perintah Allah, maka diusirnya dari surga dan sejak itu ia menjadi makhluk yang terkutuk sampai hari kiamat kelak.

Definasi kini akan makna perkataan syaitan adalah merupakan bentuk kalimat isim ‘alam (nama sesuatu), iaitu merupakan laqab (gelaran) yang diberikan oleh Allah kepada setiap mahluk yang berakal (jin dan manusia) yang membangkang terhadap perintah Allah Taala.

Lantaran itu, tidak semua jin adalah syaitan, dimana terdapat juga kalangan jin yang beriman serta soleh. Perkataan syaitan sebenarnya hanyalah ditunjukkan untuk jin yang membangkang iaitu kafir, munafik, musyrik sebagaimana terdapat kalangan insan yang sebegitu sifatnya. Didalam Al Quran, terdapat ayat yang menjelaskannya:

وَأَنَّا مِنَّا الصَّالِحُونَ وَمِنَّا دُونَ ذَلِكَ كُنَّا طَرَائِقَ قِدَداً

"Dan sesungguhnya diantara kami ada orang-orang yang shaleh dan diantara kami ada (pula) yang tidak demikian halnya. Adalah kami menempuh jalan yang berbeda-beda". (al-Jin 72:11)


Bersambung....



No comments:

Btn_blue_77x28

open source - sumber terbuka

Mana-mana coretan yang dikira baik, dibenarkan mengambil (copy-paste) tanpa perlu bertanya tuan blog ini. Manakala mana-mana coretan yang terdapat kesilapan, mohon ribuan kemaafan dari tuan blog ini. - " Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya "

Coretan lalu

zar4art

Bayan

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com
Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com

Waktu sholat

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

English to Arabic to English Dictionary
Find word:
Exact Word / Starting Word Sub Word
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
www.SearchTruth.com

Salam damai